Nafsu Itu Hilang

!Assalamualaikum!

Giler arhh tajuk malam ni, nafsu apa yang hilang tu?? cik kak cik abang mahupun cik adik..nafsu ada banyak lagi-lagilah perempuan ni..heheh..nafsu yang aku maksudkan kat sini nafsu untuk berblogging macam dulu kala. Sesiapa yang selalu singgah blog aku dulu-dulu tu taulah aku ni camne kan? setiap hari mesti ada dua tiga entry..sekarang?? sawang-sawang lelabah dah banyak kat blog aku ni haaaa...sadesss =(



Sejak bila nafsu blogging hilang? sejak banyak kerja dekat U ni haa..tahun ni pulak tahun last aku kat U, so tau-tau jelah banyak benda yang kena buat...dengan thesisnya, dengan cari duitnya, dengan suka tidurnya, dengan beraidijumanya, dengan persiapan nak kawengnya....aik???hahaha macam-macamlah senang citer, buat aku malas nak mengadap blog macam dulu.

Tapi kan, sejak dua menjak ni terpikir jugak...rasa macam rugi je kalau tinggalkan blog camtu je kan? aihh banyak jugak jasa blog kesayangan hamba ni...dengan hasilnya jugaklah aku boleh enjoy2 jugaklah duk kat U ni..so, aku dah pikir masak-masak untuk teruskan legasi Nabilabiela.com ni..hahaha *skema bebenor ayatnya*

Makanya, aku akan terus menaip..insyaAllah,,,cumanya takdelah kerap seperti dulu, kalo ada citer best aku share ye...dadada

p/s: ramai yang membenci tapi ramai juga yang menyayangi.so chilll ajooo ok?hewhew

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih


As-salam


Berita baik untuk semua kaki shopping online kerana Lazada Malaysia akan menganjurkan 1 jualan besar-besaran selama 1 hari pada 11th November 2014 dengan potongan harga sehingga 94%. 



Terdapat Flash Sale selama 1 jam untuk setiap satu kategori (12 Kategori) bermula 11 pagi hingga 11 malam! Harga rendah ditawarkan untuk semua kategori di Lazada Malaysia sepanjang Flash Sale. 

Mark your calendar and Jom Gegarkan Jualan Hebat ini dengan klik link ni : Jualan Hebat 

Any update tentang jualan besar-besaran ini sila ke Lazada Malaysia !! 

Ini adalah Blogger Giveaway Contest anjuran Lazada Malaysia dengan kerjasama Kisah Emas Putih. 11 Pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah berjumlah RM 700! Untuk sertai contest ini, sila ke blog Kisah Emas Putih dengan ke link ini : LINK CONTEST .


Tak Sedar Diri

!Assalamualaikum!

Aishhh tetibe rasa nak marah-marah aje...angin tak baik betol, rasa geram je, rasa nyampah je, rasa bersalah pun ada..macam-macam rasalah ni. Nak marah siapa sebenarnya ni biela oi?? haa nak marah diri sendiri sebenarnya ni...sebab selalu tak sedar diri yang umur dah meningkatt dan makin meningkat tapi tetap nak orang layan kite ni macam budak2 jugakk...ngok betol lah kan?hahaha *jangan salah faham tau*

Sebenarnya aku teringat yang aku pergi gunting rambut semalam, first time pergi kedai rambut ni sebab mak aku cakap murah kat tempat ni. So, pergilah aku bersama adikkuu..masuk aje tengok yang tukang gunting tu sibuk tengat potong rambut customer lain. Okay...kami pun tunggu...habis je turn customer tu tibelah turn aku dan adik aku. 




Mula-mula turn adik aku, banyak jugaklah adik aku sembang dengan tukang gunting tu...aku dengar tak dengar aje...lepas tu turn aku pulak...dari awal sampai akhir berbual dengan tukang gunting ni aku duk panggil dia akak aje...akak dan akak...dia pulak senyap tak cakap apa. Lepas je abis gunting rambut, adik aku gelak...dia cakap yang tukang gunting tu muda lagi dari aku...adesss selalulah aku ni tak sedar diri...asyik nak panggil orang lain akak je...padahal diri tu dah tua...tak sedar2 lagi. So lepas ni akan mulai praktisss bahasakan diri akak dulu pulaklah kan? hihi...tu lah baru namanya sedar diri..tak gitu?  =P


p/s; dah tua tu buatlah cara tua kan? baru sedar yang umur aku ni dah layak dapat anakkk dahhh...kihkihih
Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^