Sandle Jelly Glitter Murah!

!Assalamualaikum!

Sekarang ni musimm orang pakai sandle jelly kan? Bukan orang-orangg lain aje, aku pun ada satu, patotlah ramai yang suka, selesa sangat kot bila pakai..hihi..suke sangat. Warna-warna yang memikat hati, ditambah pulak dengan tinggi sandle yang sweet-sweet aje..owhh memang perfect!!

Kalau dulu sandle jelly yang biasa-biasa aje kan? sekarang dah upgrade pulak kepada sandle jelly glitter. Makin cantik, makin cun dan yang paling best sandle jelly ni super comfortt uolls...kite tak tipu tau..tau...aihhh gedikkk kan bermula =P


Haa amecam? mengancamm kan?haha..sangat cantik tau. Suka sangat dengan design glitter ni...berape kali ntah cakap suke ni..hehe. Sebenarnya takde niat nak membebel malam-malam ni, cukuplahh cuma nak gitau yang sandle jelly ni memang superbb best.




Pilihan warna yang pelbagai seperti diatas, dan buat kita rasa nak beli semua..betol tak wahaii kawan 
perempuanku sekelian? So, sesiapa yang berkenan dengan sandle gilitter blink blink ni...boleh order seperti dibawah ya?? jom shopping!!

CARA ORDER

PM PAGES: Baju cantik dan murah (klik)


p/s: silalah order ya,owh lupa...kasut ni ada saiz dari 5 hingga 9 okay ^_^


Apakah Ciri-ciri Blogger Terkenal?

!Assalamualaikum!

Hangittt lagi tengik sikitlah topik malam ni, bukan ape...cuma aku terfikir apakah ciri-ciri blogger yang boleh kita gelarkan dia blogger terkenal?? adakah kerana rupanya? penulisannya? keotaiiiannya? kecantikan blognya?? atau gosip peribadi yang di up olehnya sendiri??

Haa..camne? korang rasa kenapa kita gelarkan seseorang tu blogger terkenal? "Alahh semua orang cakap dia blogger terkenal, so ikut jelah".."dia blogger yang cantik dan hensem, konfemlah terkenal"..."ramai blogger kenal dia sebab dia blogger lama..terkenal lah kot dia ni'.....sebab-sebab ni ke yang korang fikir????owhhh semestinya tidak!

okay...ni blogger terkenal pilihan hati..Fatin Liyanaku..hehe


Bagi aku, ciri-ciri blogger terkenal ialah bila kita tahu ramai yang cakap dia terkenal, dan kita pergi sendiri ke blognya..baca sendiri apa yang ditulisnya...dan bila kita tengok penulisan blognya bagus sesuai dengan niche blognya, itulah blogger yang terkenal sebenarnya. Maybe tak dikenali ramai, tapi ramai pembaca setianya..yang selalu menunggu apa yang akan diupdatenya.

Tapi...tapii..tapi...nak bergosip sikitlah...ehehehe..aku tengok blogger sekarang banyak yang mencari populariti murahan..buat entri yang bukan-bukan nak up kan blog sendiri...bukan setakat blogger malah orang biasa pun ada yang camtu kan??? bak kata adik aku..nak terkenal ni senang aje..bunuh orang terus masuk paper kan???hahaha

Point penting aku nak gitau kat sini, terkenal dengan cara mana tu yang penting. Terkenal dengan cara betol or salah? Ada blogger yang tak nak terkenal pun, tapi sebab satu citer gempak pasal peribadinya, terus dia jadi terkenal...errr so jangan jeles-jeles...rezeki masing-masing..hehe..


p/s: lepas habis baca entry, mesti ramai yang terfikir camne nak jadi terkenal cepat kan? termasuklah si penaipp entry ni sekalik..kihkih

Angka Yang Ditunggu

!Assalamualaikum!
Bukan nak berbangga mahupun menunjuk, sebab aku teramat yakin yang ramai lagi blogger lain dah mencapai angka yang dituggu oleh aku sekian lame ni..hehe. Alhamdullilah, tercapai jugak angka ni di blog aku...angka apakah???




Haa angka pageviews kat atas tulah...hehe. Akhirnya sampai jugak PV sejuta..lama kot aku tunggu dan tunggu. Dulu mula-mula berblog update 3 entry sehari untuk kejar pageviews ni, tapi sekarang dua tiga hari baru ada satu entry, sebab kemalasan dan kesibukan yang melampau-lampau..hihi.

Minggu ni, nilah pertama kali aku update entry, macam aku cakap tadilah, bukan tak nak update tapi masa selalu aje tak mengizinkan. Bila ada masa pulak, aku lepaskan tension dengan main game...haa macam tu lah setiap hari bila aku banyak kerja...bloggg selalu diabaikan T_T.

Tapi..tapi...sekarang dah tak boleh nak buat-buat malas or main game...sebab aku dah pasang iklan adsense di blog aku ni haa. Baru je pasang dua tiga hari, alhamdullilah...ni semua bantuan kawan blogger aku tuuuu..so, kalau rajin-rajin tu..mohon klik iklan-iklan di blog aku ni ye, nanti aku belanja aiskrim okay?? =P

p/s: pageviews berjuta-juta tak semestinya bagus, tapi bila pageviews bertamabah..semangat berblog tu semakin bercambahhhh ^_^

Laman Alexa Dah Berubah Wajah

!Assalamualaikum!

Walaupom sejak dua menjak ni aku malas benor nak taip entry serta blogwalking ke blog uools semua, tapi aku tak kan miss satu benda, iaitu cek ranking alexa blog aku kat laman Alexa.com. Sebelum ni alexa suruh update laman dia yang baru, aku buat tak tahu je...tetibe hari ni tengok-tengok dah bertukar wajah  laman alexa ni ye.



Nampak macam kelasss jekan? hihi..korang suka yang dulu or yang sekarang? bagi aku tak kisahlah yang mana pom lebih lawa, asalkan ranking aku baik. Ni laman alexa dah berubah wajah, ranking blog aku pun berubah wajah....adesss, makin baik takpe...ni makin buruk aku tengok.....T_T

Camnilah akibatnya bile malas taip entry dan malas nak blogwalking....semuanya hancuss. Kena start dari mula baliklah nampak gayanya. Tapi alhamdullilahlah, aku tengok PV aku makin baik hari demi hari...yang banyak lekat kat google...ihikkk..thanks a lot mr. google ku.


p/s: entry pendek bila mood tengahhh swinggg ni..jangan  mareee nahhh 

Seronok Cerita Bab Kawin

!Assalamualaikum!

"Weii ko nak kawin bila?", "Kawin nanti nak pakai baju warna apa?", " Nak kawin dengan orang mana?", "Nak kawin umur berapa"...wahhh seronok benor bila citer bab kawin kan? kalau duk sembang dengan kawan 3, 4 jam pun takpe..bab kesukaan orang muda mudi macam aku yang belom kawin ni haaa..kihkih.



Bohongglah sesiapa yang tak pernah cerita bab kawin dengan kawan-kawan, sebab tak silap aku lah tak terkira berapa kali aku sembang bab ni dengan kawan-kawan aku..bahahaha. Best dan syok benor berangan sambil sembang, "aku nak kawin umur 25 lepas dapat kerja, hantaran kawin takyah lah mahal-mahai...kereta ferrari sebijik pun dah lepas", and bla...bla..bla...sampailah hati rasa sepuas-puasnya bercerita...hihihi.

Ada yang tak mahu kawin lagi, pasangan beriya-iya ajak kawin...ada yang dah tak boleh nak tahan dah...nak kawin sangat-sangat dah ni...pasangan pulak tak nak kawin lagi, ada jugak yang tak mahu kawin langsung! Alahaiiii nilah lumrah hidup, so harap yang dah tak sabar kawin bawak-bawaklah bersabar..hahaha..bagi aku pulak, aku okay je bila-bila pun...asalkan kita yakin jodoh kita ada..insyaAllah semuanya akan okay!

Teringat pulak profesor aku gitau, kalau kita nak sesuatu dalam hidup kita tu cepat menjadik...cuba rancang awal-awal apa yang kita nak dalam hidup kita. Macam aku, aku dah taip siap-siap dalam note hanset aku apa aku nak dalam hidup, kalau korang nak tulis dalam kertas pun boleh..insyaAllah apa yang kita nak dan rancang tu akan menjadi...amin.

p/s: buat bakal si jantung hati, mohon banyak bersabar sebab banyak lagi impian aku tak lepas sebelum kawin ni haa...siapakah? siapakah? shuhhh awak yang baca tu je tau..krikkrikkkk...

Bukan Tak Nak Komen Tapi.....

!Assalamualaikum!

Sebenarnya aku nak share satu benda ni.....khas buat kawan-kawan blogger yang aku kenal or tak kenal..errr macam suspend je kan?? aku ni suka jugak pergi blogwalking, tapi part yang paling aku tak suke bila bukak blog yang loadingnya lama teramat..baru ingat nak komen, tapi tak jadi..and then tanpa segan silu terus aje aku pangkah..uhuhuk...so nak membebel sikitla malam ni..boleh?hahaha




Kalau nak tahu, blogger-blogger lain pun bukan tak nak komen tapi bila loadingnya berat sangat dan makan masa, jadi tak syoklah nak blogwalking kan? So, cara yang mudah...korang yang rasa blog berat sikit tu bolehlah buang widget yang tak perlu.

Apa widget yang tak perlu dalam blog?? Bagi aku, widget tak perlu ialah seperti salji-malji bertaburan, lagu-lagu yang kadang-kadang buat aku terkejut, blink-blink yang teramat, iklan yang superb banyak dan pelbagai lagi. Tapi yang aku sebut tu memang tak perlu kot..hee...bagi aku lah.

Dulu aku suka jugak pasang macam-macam widget tu, tapi sekarang baru sedor...yang orang masuk blog kita bukan nak tengok sangat benda-benda tu, yang paling utama diorang nak tengok apa yang tulis aje...tak percaya cube tengok blog fatin liyana, yuyu zulaikha, ben ashaari..adoo ke semua tu?? takde kan?hee..so buang ajelah adik, abang dan akak-akak sekelian...blog simple tapi power lebih berkualiti tau..tau..so gunalah blog wordpress *tibe-tibe..macamlah aku guna blog WP*..kihkih

p/s: camnilah gaya si blogger yang tiada modal nak bercerita, semua nak dikomennya...owhh mak jemahh betoiilah =P

Hambek Kau Nak Sangat!

!Assalamualaikum!

Kerungsingan tahap dewa bila aku balik kampung ni adik-adik, mak ayah, saudara-mara serta sepupu sepapa cakap aku makin berisi! adess..tu lah, dulu bukan main lagi aku nak gemuk sangat kan?? nahhh hambek kau nak sangat bielaa oiii T_T

Memanglah tak gemuk gedempol, tapi takut jugak kan? so, duk rumah sekarang...aku kawal makan aku. Kalau ambek nasi tu, letak sikit je...aishhh baru aku tahu bertapa susah orang nak diet ni kan? dulu aku sedap mulut je nak makan ape..sampai boleh telan 3 pinggan nasi sehari!!



Masa kurus tu tak mahu bersyukur, bila berisi ni barulah nak jaga...manusia..manusia..manusia...owhhhhh. So, sekarang aku dah sedikit insaf..hehe. Hari ni baru try bersenam sikit, pastu tengok kat dapur ade teh herbalife bapak aku punyer, aku bancuh jugak..nak try..mane tau boleh turun KG aku ni haa..hehe..kalau ok baru boleh beli sendirik punyer pulak kan?

p/s: hari ni, menu utama aku sayur air aje...stress jugak diet buat si pemakan tegar macam aku ni yeee


Tempat Shopping Online Best

!Assalamualaikum!

Secara jujurnya, aku memang suka shopping. Tapi kalau pergi window shopping, aku jarang sangat nak beli, tapi kalau dari online, semua aku rasa nak beli..hehe.  Hari ni, aku nak share dengan korang tempat shopping online best yang biasa aku beli. Kenapa best?? Konfemlah sebab cantik..dan yang paling penting murah!!

Tempat shopping online best yang aku cakap ni ialah dia pages Hazanis fashion. Kenal tak blogger hazanis yang comey-comey tu? dialah pemilik pages Hazanis fashion ni. Dialah yang jadi model, dialah yang jual, dia jugak ownernya..hihihi.


Kat atas tu, fishtail yang latest aku beli dengan akak Hazanis ni. Alhamdullilah, semua baju yang aku beli dengan akak anis ni aku suke. Bajunya yang limited dan cantik..buat aku tertarikk seribu juta kali untuk beli..lagi satu, akak Hazanis baik sangat-sangat dengan kawan blogger..tu yang sayang lebeyy tu =P




Baju kat atas ni pulak, peplum dan skirt corak paisley. Baju yang labuh dan loggar ni, memang selesa betol dipakaii. Keluar jalan-jalan aku pakai baju ni, pergi kenduri kawin pun baju ni...nak cakapnya, pergi semua tempat pun sesuai. Dah tiga pasang baju yang aku beli dengan akak Hazanis..semuanya aku suke.

Jadi bagi korang yang tengah cari tempat shopping online best, Hazanis fashion jawapan yang tepat! Baju yang cantik dengan harga berpatutan, beserta service yang cepat...konfem korang akan puas hati. So, apa lagi...jom serbu pages Hazanis fashion sekarang!




p/s: bajunya cantik, service terbaik, ownernya pun baik..lalalalala (bukan bodek okay)
Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^