Pesta Buku Besar Di The Mines

!Assalamualaikum!

Seperti aku janjikan dua hari lepas yang aku nak citer aku pergi pesta buku kan? okay, sorry sebab baru boleh tunaikan janji pada hari ni..hii..semalam sibuk kemainn..ke sana ke mari. Buat kali pertamanya aku jejak kan kaki ke pesta buku yang besar di The Mines camni, "Big bad box sale" namanya. Macam-macam buku ada, semuanya murah dan ada buku serendah RM1!! 


Macam tak percaya, semua buku dilelong pada harga RM3. Buku besar ke, kecik ke..majoritinya RM3! ohoiii murahnya..tapi kan...tapi kan...yang banyaknya English book lah..haha..nak cari buku Melayu tu ada, tapi tak banyak T_T.

Dalam paksa rela, aku tetap ringankan tangan pilih buku walaupun ianya berbahasa English..haha..nampak tak keterpaksaan kat situ? Tapi sesiapa yang memang nak mantapkan bahasa English wajib datang sini okay?? Macam-macam buku, novel, buku masakan ada tau! Rambang mata aku pilih buku.


Mulanya aku heran jugak, kenapa pesta buku ni nama dia "Big bad box sale"?? kenapa ada nama kotak pulak kan? hurmm..takpe-takpe, malas nak tanya kawan lagi masa tu. Abis je beli buku semua, kiteorang sampai lagi satu kawasan yang banyak sangat buku dan orangnya ramai jugak berebut buku. Semua orang ada satu kotak di tangan mereka, semuanya sibuk duk pilih buku letak dalam kotak. Masa tu baru tahu kenapa pesta buku ni ada nama kotak..hahaha.

Habis dalam seratus baucer buku aku beli buku. Mula giatkan diri beli buku fixi dan lejen jugak. Tu lah cepat je baucer abis..hihi. Dari tak suke bace buku, jadi tersuka pulak dengan buku-buku keluaran diorang..kihkih..nanti aku review buku pulak ye..dadada.




p/s: owhhh lupa nak gitau, pesta buku ni habis esok tau..so yang free-free tu bolehlah pergi ke The Mines Serdang ya..mohla habiskan baucer buku..hewww

Kenapa Malas Sangat Ni?

!Assalamualaikum!

Dua hari tanpa entry di blog, sunyi sepi menjalankan tugasan hariannn..owhhh hari ni baru menyesal tak sudah..adesss! Kenapa malas sangat ni? Tu lah aku kalau ada esaimen banyak sikit, mulalah blog diabaikan..sehari tak update, ianya akan berlanjutan jadi dua hari...dan aku rasa kalau tak update jugak hari ni, esokk dan hari seterusnya kemalasan akan berpangjangan...ye dak??



Semalam bertungkus lumus siapkan esaimen, hari ni reward diri pergi jalan-jalan ke pesta buku di The Mines *esok citer ye*..malam ni cari journal untuk direview lagi submit minggu depan pulakkk...memang perfect sangat hidupku sekarang...hihihi....otak semakin susuttt..tapi camne sekalipun kena siapkan untuk hantar minggu depan sebab minggu depan jugak cuti midsem bermula.

Jadi sekarang korang dah faham sikit kan kenapa aku malas update blog sejak dua menjak ni? hurmmm bukan sahaja blog, malah pages pun sama, orang tersayang juga terabaiii..apa kes??hewhew...kemalasann melampau disebabkan stress mengundang..aishhh..memang kena buat jadual..kalau tak memang teraburr..T_T


p/s: hari ni hepyy sebab boleh jalan-jalan jap, esok aku citer pasal pesta buku kat The Mines tu ye

Minat Kami Berbeza

!Assalamualaikum!

Minat kami berbeza? Siapakah "kami" tu??hhihi..kami tu maksud aku kat sini minat lelaki dan perempuan berbeza kan? pernah tak korang terfikir, kenapa lelaki minat kereta, gadjet, games, bola manakala perempuan pulak suka shopping, baju, beg, tengok cerita korea??? 

MINAT LELAKI
kereta sapoolah ni..hihi


MINAT PEREMPUAN


Sebenarnya kan aku pun tak tahu kenapa minat "kami" berbeza tapi kan aku lebih suka minat aku dan pasangan hidup aku nanti tu berbeza. Takdelah aku citer pasal citer korea, dia pun sama naik citer jugak..sekurang-kurangnya..bila dia citer pasal gadget aku tekun mendengar..sebab aku tak tahu sangat pasal benda-benda camtu..hihi..Allah dah buat sempurnakan?saling melengkapi gituhh.

Tapiiii kan korang, ada satu hal lah yang tak best..bila pergi shopingg kita nak usha baju lama-lama cam tak bestlah pulak...yela, kalau si lelaki tak sporting...konfem tak dilayan punyer..hehe..dan bila dia pergi kedai gadget, kita mesti bowink semacam je kan?kan? okay,, aku dah alami bile keluar dengan adik laki aku..dengan BF??hurmm..hurmm..hahaha

p/s: minat berbeza tu seronok..tapi kena pandailah kawall..janganlah overr ye uollls!

Entry Yang Ke 1000

!Assalamualaikum!

Lalalalala..macam tak percaya, dah 1000 entry yang aku tulis kat blog aku ni dan entry kali ni adalah entry yang ke 1000. Rasanya hampir dua tahun aku berblog ni, tak sedar pulak dah banyak jugak entry yang aku taip ya??hehe

Ye..aku tahu, ramai lagi blogger yang dah taip beribu-ribu malahan ada yang berpuluh ribu entry yang dia telap tulis macam abang ben, kak mia liana, bro eyrikaz dan ramai lagi blogger otai yang selalu jadi aku punyer inspired...tapi disebabkan kemalasan dan kesibukan yang melampau, sekarang sempat tulis satu je sehari T_T.

InsyaAllah, azam baru sempena entry ke 1000 ni, jika ada masa akan ku taip entry berpuluh-puluh lemon dalam masa sehari *over sangat*..hehe. Apa pun terima kasih juga buat kawan-kawan blogger yang selalu memberi semangat kat aku ya! =P

p/s: 1000 entry dah, sekarang tengah tunggu PV 1000000 pulak...hihihi

Aku Punyer Baucer buku

!Assalamualaikum!

Terubat sikit kekecewaan sebab tak dapat BRIM tapi dapat baucer buku 1 Malaysia ni..alhamdullilah, boleh jugak beli buku-buku sekolah..hahaha. Aku ingat lagi masa mula-mula dapat aku punyer baucer buku dulu, semua buku nak aku nak beli...yang pasti bukan buku belajar...errr banyak komik kot...hihi




Tapi sekarang kan dah tahun 3, tak kan lah nak jadi macam budak-budak lagi kan? beli satu dua komik cukuplah kan?*nak jugak*. Aku punyer baucer buku yang baru je dapat tak sampai sebulan lagi, dah tinggal dua keping kat atas tu lagi. Yang lain dah abis beli buku belajar..alhamdullilah, boleh jugak guna untuk beli buku sem ni.

p/s: esok nak beli satu lagi buku, so tinggal lagi satu untukk belii buku yang macam-macam..kehkeh

Semalam Yang Gembira

!Assalamualaikum!

Citer ni hari ahad baru-baru ni, semalam ke?? bukan ya?hehe..dah basi dah citer baru nak update kan? tapi takpelah, sebab aku memang nak citer pasal semalam yang gembira ni sebab pada hari kejadian aku sangat-sangat gembira dengan kawan kos kaunseling aku ni haa...semuanya melebar je senyum pada hari tu..hehe

Sebenarnya hepy-hepy bergambor ni lepas sambut befday 3 kawan kiteorang iaitu atifah, syahima dan syu. Tak suprise sangat pun aku rasa, sebab diorang dah macam boleh agak T_T...tapi ape pun memang hepy sampaikan aku balik rumah pun masih senyum lagikkkk.
muke-muke befday girls...hewhew
Kami sambut kat dataran nilai tu je, aihh macam tak percaya malam tu tak ada orang sangat kat dataran. Apa lagi, dataran tu kamilah yang punyerr..ahahaha. Lepas makan kuew teow buatan aswad dan nor, ayam kepci, kek dan makanan sampingan lain...apa lagi, bergambor sakanlah..almaklum tak ada orang sangat kan, jadi tak ada istilah segan dan malulah..hehe.


Dah penat bergambar, siap sedia untuk baliklah...tapi dalam banyak-banyak gambar aku suka gambar kat bawah ni haa...sebab semua orang senyum melebar. Suka sangat-sangat! ihihii...melengkapkan lagi entry semalam yang gembira dalam hidup aku ni...^__^



p/s: hidup tak selalunya indah...tapi yang indah tetap dalam kenangan..*senyum sokmo*

Biskut Oat Yang Sedap

!Assalamualaikum!

Dah lama aku cari biskut oat yang sedap ni, minggu ni baru jumpa..hehe. Tu pun kawan aku asmida yang jumpa kat kedai runcit pulak tuh..adess. Aku tahu pasal biskut oat choco ni dari blogger jugak, dia update entry pasal biskut ni..entry dia bukan main lagi buat aku terliur sangat-sangat..haha..bila kawan aku jumpa ni rasa nak melompat pun ade.


Okay...ciyes aku cakap, biskut ni memang sedap. Mula-mula aku makan biskut ni masa kawan aku syafiqah bagi dekat kelas. Owhhh makan satu memang tak cukup...biskut ni rasa macam nestum sikit dan sangat ranggup. Makan sekali, mesti nak...nak...dan nak lagi ;)

Aku tak tahulah nak cakap ni biskut ke apa, tapi lebih kepada biskutlah kot sebab agak berkhasiatlah dengan adanya oat kan?? rasa nak membuang aje lepas makan biskut ni haa..haha..biskut ni pun taklah manis sangat..sedap-sedap je rasa dia.Yang aku tahu dari kilang dalam RM8 je sepeket ni..tapi yang aku beli ni RM11.80..almaklumlah beli kat kedai runcit. 

Jangan salah faham, bukan nak menjual or promote ke apa ni, cuma nak gitau yang aku suke sangat dengan biskut ni. Setiap hari makan pun takpe, tak jemuuulahhh...heww over!

meh makan meh..hihihi

p/s: memang payah sikit cari biskut ni, kadang-kadang kat supermarket pun takde...cuba korang intai kat kedai runcit tempat korang ye kot-kot ade ^_^

Percubaan Update Blog Guna Handphone

!Assalamualaikum!

Testinggggg...hehe..macam tajuk entry aku tu, sebenarnya ni percubaan pertama aku update blog guna handphone. Dah lama download aplication blogger android kat play store tu tapi baru sekarang rasa nak guna..huu.


Sebab ni pertama kali update blog guna handphone,,aku tak tahulah camne entry ni nanti..senget ke tak, okay ke tak, aku tak tahu tau. So kalau ada yang kurang tu korang paham-paham jelah ye.budak baru belajar ni..hewhew

Aku nak cuba update blog guna handphone ni bukan suka-suka tapi aku pikir lebih senang kot nak citer macam-macam bila update guna handphone ni,,bila ada modal nak citer je terus update kan??


P/s: jadi korang semua, jika entry ni dipublish dengan jayanya...sila berhati-hatilah ye..jangan muak pulak baca aku membebel setiap hari..kehkehkeh

Salah Blogger Jugak Ke??

!Assalamualaikum!
Sangat terkilan dan kasihan jugak dengar citer-citer kawan blogger yang lain bila ada pihak advertiser menyalahkan mereka apabila barang yang direview oleh blogger itu tidak mendapat kesan atau keuntungan pun kepada advertiser tu.

Persoalannya sekarang, salah blogger jugak ke jika barang yang direview oleh blogger tu tidak laku?? Blogger tu dah review sebaik yang mungkin, pagesview untuk review tu pom banyak...tapi barang tu tetap tak laku..salah blogger jugak ke??herannn...padahal aku rasa jika beriklan di blog sangat menguntungkan ..sebab promosinya berjalan setiap masa selagi entry review tu tak didelete, ianya tetap di pages google jika blogger itu pandai main keywordlah. *tu lah kena pilih blogger yang berkualiti*..haa promosi sepanjang zaman..tak gituh??



Pihak adevertiser perlulah mengambil risiko jika barang yang direview tu tak memberi keuntungan kepada mereka kerana maybe kadang-kadang barang yang disuruh review itu tidak berapa okay ke ape ke kan? kalau nak lebih cepat gempak..bolehlah terus beriklan kat TV ke radio ke kan? hurmm...

Alhamdullilah lah setakat ni aku tak jumpe lagi advertiser yang camtu...huu..kalau jumpa, aku rela bagi balik bayaran tu kat dia dari terus dimarah or maybe di persalahkan?? apa-apa yang kita buat kat dunia ni, haruslah kita kena tanggung risikonya..jangan sedap-sedap hati je nak salahkan orang lain okay??

p/s: entry panas pulak malam ni aihhh...

Cinta Sejati

!Assalamualaikum!

Ada orang cakap cinta sejati ni cinta sampai mati, ada juga yang cakap cinta sejati ni cinta setia dalam hati, ramai juga yang cakap cinta sejati ni bila kita sanggup berkorban diri untuk si cinta hati...hurmmm banyak betol dengar cakap orang ya??tapi bagi aku cinta sejati ni bukan sahaja memberi tapi menghargai.


Omputih kat atas ni pulak cakap, cinta sejati ni bukan mudah tapi kita mesti berusaha dapatkannya, sebab bila kita dah jumpa ianya susah dah nak diganti..hurmm. Aku setuju sangat dengan omputih ni, so bila dah dapat cinta sejati pandai-pandailah korang hargai ye??


cinta sejati biarlah sampai ke syurga..insyaAllah.

p/s: apa makna cinta sejati bagi korang pulak?? share-share...hoho *mood jiwang malam ni*

Jubah Abaya Cantik dan Murah

!Assalamualaikum!

Ehemm ada sesiapa kat sini yang suke jubah abaya? or sekarang sedang cari jubah abaya cantik dan murah?? haa meh sini Cik Biela nak citer sikit jubah abaya cantik dan murah yang baru je cik Biela pakai masa SBB2014 minggu lepas...dan hari ni pakai lagi pergi kelas, sebab cantik sangat dan yang penting longgar dan superb selesa.

Sebagai seorang pelajar, memang aku lebih selesa berjubah ke kelas sebab sangat mudah dipakai dan nak iron pun senang. Tak payah nak iron banyak benda kan? hee..biasalah semuanya nak cepat je bila nak ke kelas. Alhamdullilah, jubah abaya yang aku dapat dari akak Leen Enterprise ni memang mempunyai ciri-ciri jubah abaya yang aku suka!!

Owhh lupa nak gitau, jubah abaya ni pre-order dan ada saiz jugak tau. Korang boleh pilih saiz apa pun yang korang nak..ada dari saiz kecik sampailah besarr..nak bagi ukuran sendiri pun boleh. So, yang badan kecik molek mahupun yang comel-comel sikit tu tak payah risau untuk order.


Kenapa aku cakap jubah abaya ni cantik dan murah?? Apa tak nya, bila pakai rasa macam princess japp..sebab cutting dia besar ke bawah..so bila ditiup angin tu, korang paham-paham jelah camne kan??hahaha..dan harga untuk jubah plain macam aku pakai kat atas tu hanya RM73 sahaja. Haa super murah kan?? kalau kat luar beratus jugak diorang cas..mahall oiiii T_T

Jangan salah faham...bukan jubah abaya warna hitam yang aku pakai je ada. Macam-macam warna lagi ada sebenarnya. Semuanya lawa-lawa dan masa nak pilih warna hari tu, hampir sejam jugak aku duk tilik kat pages akak leen ni..hihi..rambangg mata lah sebab warna yang ditawarkan pun bukan main lawa..adess.

Ishh aku rasa dah banyak aku membebel ni, jadi bagi yang berminat dengan jubah abaya ala-ala princess gituh ni, bolehlah terus ke pages FB akak Leen dibawah ni ya :



P/s: jubah ni longgar dan tak jarang tau...insyaAllah menutup aurat ^___^

Bila Dapat Hadiah Mekap

!Assalamualaikum!

Dah hampir seminggu aku dapat hadiah ni tapi selalu je lupa nak update dalam blog..adess mintak maaf sangat-sangat buat sponsor dan penganjur..hihi. Camnilah bila kacang lupakan kulit agaknya..hahaha..sorry bangettt.

Hadiah yang aku dapat kali ni ialah naked 2 by Urban Decay dan BB cream yang agak comel bekasnya..suke sangattt. Tapi yang aku lemah bila dapat hadiah mekap ni, aku tak pakai pun kecuali BB cream dan lip balm je aku pakai...sayang kan?? Nak lukis muka tak pandai dan tak kreatiflahh pulak..wuuu


Sebenarnya, banyak sangat hadiah yang aku dapat yang aku belom guna..duk tersimpan rapi dalam loker aku tuh. Macam-macamlah ada..maskara, celak, tambah pulak dengan yang kat atas tuh...adess buat koleksi jelah gayanya.

Haaa tu je nak citernya bila aku dapat hadiah mekap, hanya mampu pandang..hihi. Kadang-kadang kalau rajin sikit main mekap-mekap dalam bilik...hahaha. Apa pun terima kasih kat pengajur iaitu pingje.org dan sponsor iaitu akak Maslina. Bukan senang nak menang camni selalu =P

p/s: jeless benor dengan girlss yang pergi SBB hari tu, semuanya cantik bermekap T_T

Terima Kasih Daun Keladi

!Assalamualaikum!

Orang lain dah siap-siap tetapkan untuk buat sesi kaunseling keluarga, aku pulak baru terkial-kial cari klien. Camnilah, selalu je buat kerja last minit. Tanya situ, tanya sini..semua junior kos kaunseling sibuk dengan kerja masing-masing. So, memang aku terpaksa cari daripada kos lain..huhu

Cari punya cari, baru aku teringat yang klien kawan aku syahirah tu kos lain. So, aku mintak tolong klien kawan aku tu cari klien dari kos dia kat aku sebab aku memang dah buntu sangat dah nak cari sape. Alhamdullilah, klien kawan aku yang baik hati tu sudi cari klien kat aku.

Baru je suruh petang tadi, malam ni dah dapat klien. Cepat betol dia cari..hihi..so tenanglah sikit hati aku malam ni. Sekarang just kena aturkan masa untuk buat sesi pulak...4 sesi semuanya. Entry kali ni cuma nak ucapkan ribuan terima kasih kat kawan aku punya klien tu. Terima kasih daun keladi, lain kali sila tolong kami lagi ye.. =P




p/s: sorry sebab sekarang sempat update sekali sehari je kerana terlalu banyak keje T_T

Hasil Kutipan di Sepetang Bersama Blogger

!Assalamualaikum!

Walaupun ketiadaan mood yang baik, aku gagahkan jugaklah jari aku ni untuk share hasil kutipan yang aku dapat di Sepetang bersama blogger hari sabtu baru ni. Alhamdullilah, macam-macam ilmu juga aku dapat dari perkongsian blogger-blogger otai.

Amat teruja sebab ramai blogger yang aku kenal di blog mahupun di facebook yang datang pada hari tu. Tapi apa yang sedihnya, tak sempat nak tegur semua orang. Nak tegur dulu pun agak segan jugak, hanya mampu senyum jelah...T_T. Tapi apa pun terima kasih buat blogger yang sempat aku jumpa yang sudi bertukar dengan aku..thanks a lot ^__^



Pada hari tu aku agak jeles pada yang dapat hadiah cabutan bertuah, ada yang menang ipad, iphone, hosting, telekung dan macam-macam lagilah..jelessss sebab aku hanya dapat tengok..hihi..tapi apa pun tahniahlah semua ya. Dapat rasakan aura meriahnya SBB 2014 ni.

Bukan dapat kad je, aku pun dapat buku dari akak syuhada. Ciyes, akak syuhada ni peramah dan baik sangat orangnya. Dahla belanja breakfast dapat pulak buku yang super cun kat bawah ni...suke...suke...suke...=P



Alhamdullilah, aku jugak amat berterima kasih kepada akak azhafizah dan suaminya sebab sudi tumpangkan aku balik ke nilai. Kalau tak, terpaksalah aku naik KTM sorang-sorang..huhu. Terima kasih ye kak fizah yang sangat comel..hihi..*bukan bodek okay*


p/s: gambar lain?? nantilah aku citer lagi ya...banyak lagi sebenarnya nak citer..sabor-sabor =P

Disaat Kita Gembira Ada Yang Menangis

!Assalamualaikum!

Semalam masa hepy-hepy kat Sepetang Bersama Blogger, tiba-tiba dapat berita yang pesawat Mas MH 370 menuju ke Beijing terhempas. Ya Allah, terkejut jugak dengar masa tu. Bukan sorang dua dalam pesawat tu, beratus-ratus jugak.



Setakat ni berita yang sebenar belom diketahui, apa yang penting sekarang..marilah kita sama-sama mendoakan mereka supaya semuanya selamat. Tak payah tulis macam-macam lagi tanpa usul periksa...sebab ramai ahli keluarga yang terlibat masih menanti jawapan yang tepat.

p/s: macam-macam citer aku dengar, tak tahulah yang mana betol..huu =(

Jom Cek Tempat Duduk SBB Esok!!

!Assalamualaikum!

Huwaaaa...korang dah cek belum tempat duduk untuk Sepetang Bersama Blogger esok? aku baru je cek, dan sedikit hampa sebab tak dapat nak duduk sekali dengan geng...hihihi..tapi it's okay, sebab boleh kenal blogger lain jugak kan??? *positif-positif*


 

Okay, nak buat pengumuman sikitlah..yang aku duduk kat tepiiii sekali...no 16 tuhhh..hehe. Alhamdullilah sebab duduk depan-depan jugaklah kan? errr excited, seronok, hepy semua adalah sekarang ni. Just nak tunggu esok je lagi ni.

Dah...malas nak membebel panjang...yang belom cek tu, jom cek tempat duduk korang di SBB esok ye. Yang kenal muka aku kat atasss header tuh, tegur-tegurlah ye..aku ni muke je sombong, tapi tak pun sebenarnyaaaa....kwikwikwi


p/s: korang boleh cek kat SINI ye ^___^

Isu Hangat! Banyak Blog Dijangkiti Virus

!Assalamualaikum!

Owhh..owhh...tak ku sangka tak ku duga, blog aku pun kena virus malware baru-baru ni. Sebelum tu dah dengar ramai blogger mengadu kat FB yang blog diorang kena virus malware. Tak sangkalah pulak aku kena sekali, tapi kat blog aku tak ada orang perasan sangat sebab malware ada kat menu tab je..huu..aku tahu pun dari email kak kujie hantar kat aku..kalau tak, memang tak tahu lah.



Alhamdullilah, baru je buang virus tu semua dengan pertolongan admin pingje.org. Nasib baik ada kawan-kawan blogger yang prihatin ni, hee dah hampir dua tahun dalam blog tapi nak buang virus pun aku tak pandai T_T.*akibat malas nak belajar..hehe*

Rupa-rupanya, widget sitemap abu farhan punca utama menu tab aku tu kena virus. So, memang kena buang awal-awal lah widget tu. Aku pasti ramai jugak yang guna widget sitemap tu kan??so cepat-cepatlah buang..wuu..tapi tak semestinya punca aku sama dengan korang tau. Kalau korang nak tahu punca virus ada kat blog korang, boleh cek kat webmaster tools.

Abis tu camne nak buang virus?? macam aku gitau tadi, aku tak arif sangat dengan semua ni, so kalau korang nak buang malware di blog korang, korang boleh tengok tutorial dari blog aminin di SINI...tutor dia simple, insyaAllah korang boleh ikut..hee..gudluck!


p/s: terima kasih banyak untuk kak kujie dan admin pingje.org ^___^




Main Masak-masak

!Assalamualaikum!

Dari minggu lepas lagi nak update yang aku dan kawan aku main masak-masak kat rumah kawan aku iaitu syafiqah..hehe. Masak bukan sebarang masak, masa sebab ada tujuan penting...bukan sebab nak makan je...bukan sebab sebab nak belajar masak aje...tapi untuk siapkan kerja assignment kiteorang...wuhuu.

Makanan yang kitaorang buat amat simple, tapi yang penting sangat sedap okay!! tak salah kan puji masakan sendiri??ihihihi. Makanan apa? camne nak buat? nak resepi jugak??owhh sorry...tak boleh dihebohhkan lagi resepinya, sebab kiteorang mahu jual makanan ni semua nanti.,,takut pulak ade yang ciplaknye nanti kan?hahaha*kalo adelah*


Nah..korang usha-usha gambar ni dulu ye, nak makan gambar ni pun boleh..hehe..nanti bila kiteorang dah jual, baru boleh bagi resepi kat korangg yee..sangat mudah nak buatnya, pejam mata sebelah pom boleh buat..fine! hiperbola jap.. =P


p/s: nak resepi?? sabar dulu ya..insyaAllah akan bagi nanti ;)

Siapakah Wanita Ini?

!Assalamualaikum!

Hari minggu baru ni, duk seronok shopping sana sini tiba-tiba aku ternampak seorang wanita yang amat menarik perhatian aku. Wanita ni sedang kutip tin-tin dan kertas yang terdapat di dalam satu tong sampah besar. Mukanya sangat tenang dan tak nampak langsung yang dia mengeluh dengan apa yang dibuatnya sekarang.



Aku terfikir, siapakah wanita ini?? tak ada anak kah dia? tak ada suami kah dia?? ermm aku sangat bersimpati kepada wanita ni. Aku cuba bayangkan kalau aku ditempat dia. Apalah agaknya yang dia rasa,  semasa mengutip tin dan kertas semua tu. Wanita ni betol-betol mengajar aku pada hari itu, yang kita perlu tenang, tabah dan bersyukur dengan nikmat yang kita ada sekarang. Jika kita rasa susah, sebenarnya ramai lagi yang diluar sana yang lebih susah. Alhamdullilah.

p/s: sedih sangat masa tengok makcik ni kutip semua tu demi sesuap nasi T__T

Kuasa Instagram Yang Korang Perlu Tahu

!Assalamualaikum!

Sebelum aku ada instagram, aku heran..kenapalah kawan-kawan aku ni suke sangat beli baju, dress, blouse, dan macam-macam lagilah kat instagram. Lepas aku ada instagram, baru aku tahu kuasa instagram ni sebenarnya..hehe.



Kuasa instagram yang korang perlu tahu ialah pada "gambar". Biasanya kalau kat facebook kita tengok status dulu baru gambar kan? Tapi kat instagram kita tengok gambar dulu baru status. Kadang-kadang tak tengok langsung pasal apa yang dia gitau sebab lihat gambar je yang lebeyyy...camnelah tak terbeli baju semua bagai tu..T_T.

Disebabkan kuasa instagram ni...malam ni je aku dah beli dua barang..hihi. Aku ni memang pantang sikit nampak yang lawa, tapi yang peliknya kalau barang ada kat depan-depan tak terasa nak beli pun. Tapi bila dalam gambar semua nak...haa nampak tak kuasa gambar kat situ???

So, sesiapa yang memang kaki shopingg dan sedang nak jimat sekarang...plezzz jangan bukak instagram..nanti macam-macam korang nak beli..hahaha. Tapi...tapii...kalau amat memerlukan memang kena bukak..dan aku tadi pun memang sengaja bukak..sebab cari tudung dan kasut untuk SBB nantilahhh..hii.


p/s: dua jam depan instagram pun takpe, tak bowinkk layan gambar oiii..
Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^