Hari Hijab Sedunia

!Assalamualaikum!

Owhhh aku baru tahu sebenarnya hari ni 1 Februari ialah Hari Hijab Sedunia. Apa tujuan Hari Hijab Sedunia ni?? Hari ni bertujuan untuk menyatakan yang tudung ni hak asasi wanita Islam. Tujuan kempen ini antara lain ialah untuk memberi penghormatan yang sewajarnya kepada pemakai hijab dan menghormati agama anutan mereka. 

Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah sama-sama menyokong kempen ni. Bukan apa. kempen ini akan menyedarkan seluruh masyarakat Malaysia mahupun masyarakat di luar sana kebaikan memakai hijab dan menghormati umat Islam yang berhijab. Di samping tu, akan menyedarkan juga kepada masyarakat kewajipan wanita Islam berhijab.

Kalau kempen ni berjaya, tak adalah lepas ni kita dengar lagi isu majikan tak mahu mengambil pekerja perempuan yang berhijab di Malaysia bukan?? harap semua bangsa lain malah bangsa kita sendiri menghormati wanita yang berhijab...insyaAllah.

p/s: bagi yang Belom berhijab, jomlah berhijab...tak apa berubah slow-slow dulu...Islam tu mudah ^___^

Segmen "Saya Nak Tudung Bawal Roses"

!Assalamualaikum!

TAMAT



Bismillahirahmanirahim, dah lama jugak aku tak buat segmen....alhamdullilah pada malam ni aku ingin mengadakan segmen yang simple tapi hadiahnya sangat exclusive iaitu sebanyak 10 helai tudung bawal roses dan 5 helai tudung bawal plain. Segmen ni hanya berlangsung selama 3 hari sahaja tau, insyaAllah Isnin ni jugak akan diumumkan pemenang... sebelum kita tengok hadiahnya, meh tengok syarat-syaratnya dulu ye.

SYARAT-SYARAT

1) Follow blog Nabila Biela dan Cik Lyeen
2) Like pages di bawah:

3) SHARE di FB mana-mana gambar dalam album tudung bawal di SINI *pastikan public*
4) Letak link blog ini dalam bloglist korang *supaya alert bila umum pemenang nanti*
5) Segmen ni berlangsung pada hari ini 31/1(Jumaat) hingga 2/2 (Ahad) dan pada hari Isnin ni akan diumumkan pemenang!!
6) Buat satu entry bertajuk Segmen "Saya Nak Tudung Bawal Rose" dan copy paste code di bawah




7) Tinggalkan link entry segmen korang sahaja di kotak komen entry ini.

HADIAH
1) 5 Top reffral : Akan mendapat sehelai tudung bawal roses Airis dan sehelai tudung bawal plain
2) 5 Random: Akan mendapat sehelai tudung bawal roses Creamy

GAMBAR HADIAH: 
 a) Tudung bawal roses Airis boleh pilih warna dalam album kat SINI
 b) Tudung bawal roses Creamy boleh pilih warna dalam album kat SINI
  #Warna tudung boleh pilih ye ^_^

SENARAI PESERTA

p/s: seperti yang aku cakap tadi, segmen ni berlangsung selama 3 hari sahaja...dan pada hari Isnin ni akan diumumkan pemenang..so, apa tunggu lagi...jomlah join!! 
             
                                    





Macam-macam Coklat Ada

!Assalamualaikum!

Awal pagi tadi, aku pergilah rumah nenek aku..ingatkan pagi ni kena jaga nenek, rupanya tengok-tengok emak saudara aku yang tinggal di Perak tu balik jugak. So, berbual-bual dengan dia..macam-macamlah, pasal belajarlah...pasal family dan macam-macam lagi. 

Abis je berbual rancak tu, aku pun ingat nak baliklah...hehe..sebelum balik tu, emak saudara aku yang baik hati tu...suruh aku tunggu jap...aku ingatkan apalah, rupanya...dia pergi ambik coklat....ermmm macam-macam coklat ada.

korang suke yang mana??hehehe

Alhamdullilah, rezeki di pagi hari...hihi...mak saudara aku aku cakap, coklat ni dia beli kat Langkawi. Aku bila tengok je dia bagi coklat, rasa nak melompat pun ada...al-maklumlah aku ni hantu coklattt..lagi-lagilah coklat Daimmm ni... =P


p/s: macam-macam coklat ada...ambiklah yang mana korang berkenan ye..bye!! hahaha

Baru Nak Tukar Kotak Komen

!Assalamualaikum!

Owhh...dah berkurun lamanya aku nak tukar kotak komen ala-ala wordpress*kononnye*..hari ni baru tertukar..hehe..jadi lepas-lepas ni mudahlah sikit korang nak komen kan??

Sebenarnya, aku baca kat blog akak Mia yang dia tukar kepada Threaded Comment...dah lama dia tukar, entry tu tahun lepas lagi....hari ni baru aku rasa nak tukar sebab nampak lebih mudah dan kemas....ciyess suka sangat dengan kotak komen camni.



Aku tahu, ramai yang dah tukar kan? aku je ni yang ketinggalan zaman..hahaha...malas nak citer banyak...kalo korang nak tukar jugak boleh tengok tutorial kat SINI ye...sebab aku pun tak pandai nak buat tutorial kat orang...ni pun ada jugak orang lain tolong sikit-sikit..alhamdullilah...menjadik jugak..thanks a lot for her ^___^


p/s: jomlah tukar jugak...nanti senanglah nak berbalas komen =P

Tips Berniaga Online

!Assalamualaikum!

Disebabkan ramai yang tanya aku, camne nak start berniaga online dan semestinya nak laku kan??InsyaAllah entry kali ni aku kongsikan tips berniaga online. Sebenarnya aku baru jugak dalam bidang ni..baru dalam setahun camtu, tapi alhamdullilah...bolehlah tanggung diri sendiri hidup dekat U kan..hehe

ya, bagi aku sekarang FB untuk business bukan untuk berpoya-poya..huhu


Buat Pages Berniaga
Barang nak jual dah ada, gambar pun dah ada...sekarang camne nak promote??okay, mula-mula korang buat pages berniaga korang sendiri. Mula-mula memanglah tak ada orang like lagi. Jadi korang jemputlah kawan-kawan FB korang like pages korang tu..insyaAllah lama-lama nanti bilangan like akan naik.

Join Group FB Besar
Maksud aku kat sini, korang join group-group yang ramai orang. Bila ramai orang dalam group tu, bila korang promote barang korang..posibblity untuk orang beli tu ramai sebab dalam tu ramai orang kan? Dalam masa yang sama, korang jugak boleh perkenalkan page korang dalam group besar tu..secara tak langsung boleh tingkatkan like pages korang.


Jangan Jual Mahal Sangat
Haa yang ni korang perlu ingat betul-betul, dalam berniaga ni janganlah ambik untung banyak sangat. Cuba korang fikir, orang lain jual RM80..korang jual RM100..so, mestilah pelanggan nak beli yang murah kan?? siapalah nak beli barang yang mahal-mahal..lagi-lagilah sekarang ni semua barang dah naik...huhuhu

Buat Group Dropship
Haa...kalo korang ni memang tokey besar..korang bolehlah buat group dropship. Kat dalam ni, korang ajak siapa-siapa yang nak berniaga, suruh jual barang korang. Korang turunkanlah harga sikit, supaya diorang senang nak promote. Ni korang bagi untung kat diorang RM5 or ada yang taik hidung masin lagi bagi untung RM2 satu barang, korang rasa diorang akan lama ke dengan korang??ofkosslah larikkk....hahaha


Haa tu je kot, sebenarnya banyak lagi..kalau nak promote lebih power..korang bolehlah iklankan kat google, FB dan macam-macam lagi medium besar yang lain. Tapi setakat ni aku tak mampulah buat semua tu lagi..hehe..lepas habis belajar bolehlah kan nak lebih serius lagi kan?? Satu lagi pesan aku, kalau nak perniagaan tu berkat..korang janganlah tipu orang or sumber modal korang tu biarlah yang halal..barulah berkat dan lariss je perniagaan korang tu..insyaAllah.

p/s: ni tips asas je...kalau nak lebih lagi, pergi belajar dengan yang lebih pakar ye =P

Cara Masak Tomyam Mudah dan Sedap

!Assalamualaikum!

Siapa yang tak pandai masak kat sini??angkat tangan plezzz..hahaha..jangan risau dan bimbang, kali ni aku nak ajar korang cara masak tomyam mudah dan senang. Ya, aku tahu..ada antara korang semua memang dah pakar masak tomyam ni, tapi kali ni jomlah try masak tomyam dengan mudah menggunakan tomyam paste Thailand ni...aummm..sangat sedap..hihi

haa...ni dia tomyam paste bersama sos ikan nya

Korang tahu tak, kenapa kat kedai mek-mek Thailand tu sedap benorr tomyam nye??haaa sebab paste tomyam nilah. Nilah senjata utama, yang buat korang teringat-ingat tomyam kat kedai tu..hihi...ok jom kita tengok camne nak masak tomyam mudah dan sedap guna tomyam paste ni haaa:

Cara masak: 

Mula-mula korang didihkan 500ml air dalam periuk,lepas tu masukkan 3 sudu makan tomyam paste kat atas. Kacau sikit dan masukkan pula bahan-bahan yang korang nak letak seperti ayam, udang, sotong dan apa sahaja mengikut citarasa korang. Okay, lepas tu tunggu sampai mendidih dan last sekali baru masuk kan masukkan 3 sudu teh fish sauce yang dalam botol tu....dannnn bolehlah makannnn..yummmyy!!

Senang bukan??dan semestinya sedap. Sebenarnya fish source tu diletakkan dalam semua masakan Thai tau, dalam daging merah, paprik, nasi goreng dan macam-macamlah sebagai penambah perasa. Owhh satu lagi korang jangan risau, tomyam paste ni ada cop halal Thailand..insyaAllah dijamin halal ^___^.


p/s: mesti korang nak jugak kan??hihi..kalo nak boleh terus beli dengan akak yang aku beli ni kat SINI ye...jom pakat try tomyam paste ni =)

Komen Di Blog Yang Buat Aku Sebak

!Assalamualaikum!

Sebagai seorang blogger, kita sangat mengharapkan komen positif dari blogger lain mahupun pembaca blog kita kan?? Sebenarnya, ada satu komen di blog yang buat aku sebak. Aku sebak bukan sebab dia komen teruk-teruk, tapi sebab dia bagitau yang barang yang dia hilang dah dijumpai balik lepas buat apa yang aku tulis dalam entry blog aku ni.



Ingat tak dulu aku pernah citer yang barang aku hilang tapi aku dah jumpa balik dengan baca surah yassin?? kalau ada yang tak tahu tentang entry tu..korang boleh baca kat SINI ye. Alhamdullilah, entry tu rupanya lekat kat google dan ramai yang barang hilang telah baca entry tu. Alhamdullilah, entry tu dapat membantu mereka semua.

Kadang-kadang aku terfikir jugak, kalau kita selalu tulis benda yang bermanfaat dalam blog ni, mesti boleh bantu ramai orang kan? tapi macam  mana pula kalau kita selalu tulis benda yang tak elok dan letak gambar-gambar yang sepatutnya??ermm..tu korang fikir sendirilah ye..huhu

Lepas je dapat komen ni, aku rasa terus bersemangat nak tulis entry yang boleh bagi faedah kat orang lain. Tak semestinya kisah pengajaran je kan?tips-tips yang berguna pun kita boleh tulis jugak kan? insyaAllah...bila kita tulis benda yang...kita dapat ganjaran yang baik ^___^


p/s: bagi yang sesiapa barangnya hilang, bolehlah baca entry aku yang hilang barang tu..insyaAllah..barang tu akan ditemui balik =)

AylaMyra Produk Penjagaan Muka Terbaik

!Assalamualaikum!
AylaMyra produk penjagaan muka terbaik tajuk entry aku pada kali ni. Memang sesuai sangat tajuk ni dengan produk AylaMyra yang super best ni. AylaMyra yang aku pakai ni adalah sejenis serum, kalau letak kat muka rasa sejok semacam je..hehe

Nampak tak kotak pink comeyy kat atas tu, nilah serum AylaMyra. Serum AylaMyra ni ada banyak jenis tapi yang aku guna ni ialah Aylamyra Stem Cell Peptide Serum. Serum ni lebih kepada menyelesaikan parut berlubang seperti parut jerawat or parut apa-apa lah yang ada kat muka korang. Ya, kawan-kawan aku cakap..muka aku tak nampak parut pun??ehh jangan salah faham..muka aku pun ada parut halus yang lama..maybe aku je kot perasan..huhuhu
Sebenarnya produk AylaMyra ni banyak kelebihannya, bukan setakat hilangkan parut lama tapi produk ni boleh melambatkan proses melambatkan proses penuaan sel kulit, mengurangkan dan mengelak kewujudan garis halus dan kedutan dengan cara mengaktifkan penghasilan sel kulit baru, mencerahkan dan memperbaharui sel dan memastikan kulit anjal dan bersih. 
Bukan itu je, serum ni juga dengan semulajadinya meransang penghasilan kolagen kepada kulit kita, membantu melindungi kulit dari radikal bebas dan yang paling best boleh mengecilkan pori-pori terbuka di muka kita!! Bestkan?? kalo aku citer banyak pun, kalo tak ada bukti korang tak percayakan? okay, untuk kali pertamanya..aku bagi testimoni muka aku sendiri selepas hampir dua minggu aku pakai produk ni.
no edit, no camera 360..guna camera yang sama ^__^
Kalau korang perasan, kat muka aku tu ada parut lama..tapi tak berapa nampak sangat. Alhamdullilah, parut tu semakin tak nampak, dan apa yang aku perasan muka aku semakin putih dan pori-pori muka makin kecil. Owhh...suka sangat-sangat sebab muka pun nampak lebih muda..hehe. Aku cadangkan, bagi yang ada parut jerawat lama-lama tu..korang pakailah serum ni buat ubat..alhamdullilah dah ramai yang guna cakap sangat berkesan!!
Bila aku post di FB tentang serum ni, ramai yang tanya macam mana cara pakai serum ni kan? serum ni cecair tau, satu botol kecil tu korang pakai dua atau tiga kali sehari. Serum ni korang just sapu je kat muka korang yang comey tu..senang je kan? yang paling best..muka korang akan rasa sejokk je bila pakai serum ni..ciyes tak tipu tau! Jangan bimbang, produk ini telah mendapat kelulusan dari KKM dan JAKIM. Selamat dan halal diguna untuk disapu dimuka. Produk ni juga, sesuai dipakai untuk lelaki dan wanita yang berumur 15 tahun sahaja tau...hihi
Dah ramai yang menggunakan produk AylaMyra ni..kat bawah ni antara customer yang sudah berjaya menghilangkan parut jerawat selepas menggunakan AylaMyra:
Ketara kan  perbezaan customer ni?? so, janganlah ragu-ragu lagi..AylaMyra ni memang produk penjagaan muka terbaik. Berminat??bolehlah terus order salah satu cara di bawah ye:
CARA UNTUK ORDER
WEBSITE
direct ke www.aylamyra.com
FANPAGE PRODUK
https://www.facebook.com/AylaMyra
INSTAGRAM
@aylamyra
NO.TELEFON
sms/whatsapp+60162890020

p/s: jangan tunggu lame, karang habis serum ni..jangan salah aku ye..hehehe..

Misi Pulihkan Ranking Alexa

!Assalamualaikum!

Akibat malas update entry masa kat U, ranking alexa semakin jatuh dan pagesview pun makin kurang. Jadi kenalah bermula dari bawah balik macam dulu-dulu..hehe. So, kalo korang tengok aku selalu update entry sekarang ni, korang janganlah pelik..sebab memang aku nak pulihkan ranking alexa aku balik..huhu

RANKING DULU KALA


Wahhh..rindu ranking yang dulu...hehe..hakikatnya..sekarang hampeh.wuu..bukan aku tak bersyukur dengan ranking sekarang, cuma nak pulihkan lagi ranking alexa yang sekarang ni. Tu lah, aku target dua entry sehari akan turunkan ranking alexa aku balik...insyaAllah.

RANKING TERKINI


Betol lah cakap sorang kawan blogger aku dulu, ranking alexa ni cepat sangat turun naiknya. Dah dulu aku tiga hari sekali baru update, camnelah tak jadi terok kan??hihi. Tapi sekarang dah insaf dah, mule menaip balik. Kena ada disiplin kalau nak maju dalam dunia blogging ni.

Jadi korang semua, dah ada ranking yang baik sekarang ni??so, jangan jadi macam aku ye??tengok tak perbezaan yang ketara kata atas tu??ingat senang ke nak turun balik??wooooo memang susah..tapi alhamdullilah, ada masa lagi untuk aku stabilkan balik.

p/s: pesan aku, kalau nak okay, setiap hari mesti ada satu entry..bukan entry cincai ye...biar satu tapi berkualiti ^____^

Alhamdullilah Dapat Sponsor Tudung

!Assalamualaikum!

Owhhh...perasan tak, dah lama aku tak buat segmen dalam blog kan??yela..asyik busy dengan business dan belajar je, camne nak buat segmen macam dulu-dulu lagi..hehe. Tapi alhamdullilah, aku cadang nak buat segmen sempena aku cuti sem ni dan alhamdullilah jugak dapat sponsor tudung roses dari Cik Lyeen.

Aku sebenarnya baru je nak cari sponsor untuk buat segmen ni, tapi dah alang-alang Cik Lyeen yang baik hati ni PM aku nak sponsor tudung bawal roses dia yang cun melecun tu, jadi aku ambik keputusan nak ambek Cik Lyeen sahaja sebagai sponsor, jadi mudahlah korang nak join nantikan? tak adalah syaratnya banyak nanti.

Apa yang best tentang segmen aku nak buat nanti??mestilah hadiah dan syaratnya. Hadiahnya ialah sebanyak 10 helai tudung bawal roses dan 5 helain tudung bawal plain 10 orang pemenang. Syarat yang aku nak buat nanti senang je, dan segmen ni aku akan buat dalam tiga hari camtu je...bestkan??

nilah tudung bawah roses yang bakal jadi milik korang nanti..hehe

Haa nampak tak tudung bawal comey kat atas tu??tu lah antara tudung yang akan jadi hadiah segmen ni nanti. Owhh lupe nak bagitau, selain tu para pemenang boleh pilih warna tudung yang diorang suke..hihi..bestlah korang nantiiiii*jelesss*.

Aku memang berkenan benorr dengan tudung bawal roses cik lyeen ni. Hasil yang dibuat sangat cantik dan kemas. InsyaAllah, aku ingat nak buat segmen ni jumaat malam...nak buat dalam masa 3 hari je..jumaat, sabtu dan ahad. Jadi taklah korang tunggu lama sangat untuk umum pemenang kan?*ye aku paham*..wuu...

So, siapa yang nak join nanti..bolehlah terus like pages tudung Cik lyeen awal-awal..or sesiapa yang berkenan dengan tudung roses Cik lyeen ni, bolehlah usha-usha kat pages dia kat bawah ni ye ^__^

Le Roses & Tudung Bawal Terkini (klik)


p/s: buat si pencinta tudung bawal comey-comey..rugi tak usha pages cik lyeen ni..hehe

Tempat Shopping T-shirt Korea Paling Murah!

!Assalamualaikum!

Tengah cari tempat shopping t-shirt Korea paling murah ye??okay, disebabkan aku hepy sangat, sebab t-shirt ala-ala korea aku dah sampai...so aku nak share dengan korang semualah satu laman web shopping t-shirt Korea paling murah aku pernah jumpe!! 

Sebelum tu, korang tengoklah dulu t-shirt yang dah aku beli ni..cantik tak?cantik tak?hehe


3 helai t-shirt ni termasuk pos..hanya rm80 sahaja..hiii


Cuba korang semua teka, satu baju ni berape ringgit?? RM40? RM30? ohhh tidak-tidak..aku beli satu baju ni dengan hanya RM23, RM25 and RM27 sahaja...murah giler kan?? ada ke kat tempat lain jual t-shirt korea dengan harga ni??cer bagitau and komen sikit kalo ada..hahaha

Memang cantik baju-baju ni, aku suka sebab bajunya labuh dan besar, ala faham-faham jelah t-shirt ala-ala korea kan..hihi..so, siapa yang rasa tertarik sangat-sangat dengan t-shirt korea camni...bolehlah terus singgah ke laman web SF-STYLEZ.COM ye.

Bagi yang nak baju t-shirt korea yang labuh macam aku beli ni, boleh pergi terus ke link long-tees kat SINI ye. Selamat bershopping!!!

p/s: lepas ni, jimatlah duit korang..tak payah beli t-shirt mahal-mahal yang jual kat FB tu ye..hehe

Takut Kucing ialah Satu Penyakit??

!Assalamualaikum!

Ketakutan yang melampau pada kucing pada pagi ni buat aku terfikir, kenapalah aku takut kucing??apa lagi, aku googlelah kenapa ada manusia malang macam aku takut kucing T_T. Haa??apa?? takut kucing ialah satu penyakit?penyakit ni bernama Ailurophobia.

Ya, aku paham...ramai yag suka kucing..aku bukan benci or menyampah tengok kucing...cuma aku takut. Hurmm..dulu aku pernah citer kenapa aku takut kucing kan?sekarang penyakit ni tak hilang-hilang...adesss. Orang yang tak kenal aku mesti menyampah tengok aku takut kucing tapi kalo family aku, gelak je kalo aku lari-lari dari kucing..wuuu.



Yang paling aku heran, kenapalah kucing suka dekat dengan orang yang takut kat dia?? yang ni pun aku google...ada satu pages ni gitau:

" Ini kerana jika seekor kucing masuk ke dalam sebuah bilik dipenuhi orang. Orang yang sukakan kucing akan memberikan bahasa tubuh yang menjemput kucing untuk digesel dan dimanja. Berbanding si fobia kucing yang akan menunjukkan bahasa tubuh seperti duduk diam, merapatkan tangan dan kaki serta agak kaku posturnya.

Si kucing akan nampak bahasa tubuh serta posisi si fobia kucing adalah sangat kurang faktor mengancam keselamatan, dan akhirnya lebih tertarik kepada mereka untuk diterokai dan disiasat kemudiannya."

Owhh..camtu rupanya, pelik je kan?hurmm kalo camtu, bila jumpe kucing, aku kena buat-buat suke lah ye??memang tak lah T_T. Jadi bagi mereka si pencinta kucing, janganlah menyampah or tengok kiteorang ni gedik bila takut kucing ye, sebab ni satu penyakit...hehehe.

kan bagus kalo selalu je ade penyelamat cenggini...^___^

p/s: sekali lagi aku gitau, aku bukan benci kucing cume takut, kalo tak caye pergi tengok DP FB aku..gambar kucing comey kan??hehehe


Blogger Otai Tapi Tak Sombong

!Assalamualaikum!

Owhhh rasa gembira sangat, sebab semalam seorang blogger otai ni komen kat entry blog aku..hehe. Aku selalu jugak komen kat blog beliau, tapi tak sangka pulak kan blogger seotai beliau sudi komen di blog picisan macam aku. Terkejut gak sebenarnya, nak melompat pun ade..haha.

Ya, aku tahu..mesti blogger otai ni pernah komen kat blog korang tapi ini kali pertama beliau komen kat blog aku, so..tu lah rasa excited sangat tu. Siapakah beliau? tak lain tak bukan blogger Denai hati lah. Jangan cakap korang tak kenal ye*ketuk kepala karang..hahaha*


Tak sangka, sekarang ni ada lagi blogger otai tapi tak sombong macam beliau. Tapi aku tahu, ramai lagi blogger otai tapi tak sombong macam akak Mia Liana, admin Pingje.org, Hasrul Hassan dan ramai lagi blogger otai yang lain.

Jadi walaupom korang newbie ke, blogger sekerat jalan ke, janganlah segan komen kat blog blogger otai camni, insyaAllah diorang semua tak sombong..hehehe.


p/s: thanks buat blogger Denaihati sebab sudi berkunjung balik ke blog ni ^___^

Resepi Kek Cheese Meleleh

!Assalamualaikum!

Ada peminat kek cheese meleleh tak kat sini? okay, hari ni aku nak bagi resepi kek chees meleleh free je kat korang. Semalam adik aku dah try, dan sememangnya menjadi..lagi satu cheese tu kita boleh letak ikut suke hati kita..hehe..barulah syok kan? 


RESEPI KEK CHEESE MELELEH

Bahan2 :
200gram cream cheese tak kisah guna TATURA CHEESE/PHILADHEPIA CHEESE
300ml susu segar@susu cair
100gram mentega @ marjerin
100gram tepung gandum
100gram gual halus
4 biji telur saiz A
1st esen vanila
1st jus lemon (x bubuh pun xper)

cara2nya :

1. masukkan susu segar dalam periuk. masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand wisk. masukkan pula marjerin, kacau lagi sehingga cair, padamkan api dan ketepikan.
2.asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. - meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia x jatuh apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
3. didalam bekas lain yang lebih besar, pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika... ayakkan tepung sedikit semi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul - kacau menggunakan hand wisk dengan perlahan
4. akhir sekali campurkan meringue ke dalam adunan tadi dan esen vanila/jus lemon, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand wisk tapi gaul dgn perlahan2)
5. masukkan adunan kek di dalam acuan. pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek.
6. bakar pada suhu 150'c guna api ATAS BAWAH selama 1 jam @ sehingga btul2 masak dan meggunakan kaedah bain marie (loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
7. hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja
8. biarkan kek didalam loyang nmpk lekang barulah senang dikeluarkan dan dptlah tepi2 kek yg licin gitu... .
9. simpan didlm peti sejuk dulu lg enak dimakan time keknya sejuk.

Resepi cream cheese cair meleleh

250gram cream cheese
120gram susu pekat manis
50ml UHT Whipping Cream (Anchor)
*mix semua bahan diatas hingga sebati, adunan ini mmg cair

untuk hiasan :
1 buku (250gram) cheddar cheese, diparut

cara penyediaan :
1. kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keping, tuangkan cream cheese diatas kepingan pertama, lapiskan dengan kek, tuang semua baki cream cheese tadi.
2.paruttkan cheddar cheese diatas kek.


kami buat kek cheese meleleh perisa pandan...hihi


p/s: jomlah cuba, lepas ni tak payah beli mahal-mahal lagi ^__^

Rezeki Yang Tak Disangka

!Assalamualaikum!

Rezeki yang tak disangka yang aku nak citer malam ni ialah hadiah yang aku dapat masa exam hari tu. Ceritanya camni, pada satu pagi...ada sorang perempuan kol aku..camni bunyinya:

Perempuan: Salam, ni cik nabila ke?
Aku: Ye saya?
Perempuan: Camni, saya nak bagi hadiah awak yang tahun lepas, keychain..hadiah tu saya dah pos, tapi sampai kat rumah saya balik:
Aku: Owh..tak apalah, saya halalkan je.
Perempuan: Tak bolehlah camtu, ni hak awak..bagi alamat, nanti saya pos lagi.
Aku: Yela..terima kasih.

Owhh...terkejut aku, hadiah tahun lepas? aku menang apa?aku pun dah lupa. Tulah aku ingat nak halal jelah kan, kesian pulak budak ni kena pos balik. Tapi budak ni macam bersungguh je nak bagi balik, aku pun bagilah alamat aku kat dia. 

Alhamdullilah, hadiah tu selamat sampai kat rumah aku pada minggu lepas. Terkejut aku, bukan setakat keychain, malah ada tudung, handsock dengan keychain comel. Terima kasih sangat kat budak ni, maaf sangat-sangat lupa nak tanya nama. Apa pun sekali lagi thanks buat perempuan misteri ini...hehe

mana handsock?dah bagi kat adik..hihi
p/s: terkilan, sebab tak tahu nama dia..huhuhu..sorry.

CUSTOM MADE STICKER KERETA

!Assalamualaikum!

CUSTOM MADE STICKER KERETA ialah sebuah contest SEO yang dianjurkan oleh sahabat blogger aku iaitu Farisya yang mempetaruhkan keyword CUSTOM MADE STICKER KERETA pada kali ini. Apa yang menarik tentang contest SEO pada kali ni?? tentulah pada hadiahnya yang sangat lumayan iaitu penginapan 3 hari 2 malam sebagai hadiah utama..hehe...dan aku juga sangat tertarik dengan sticker yang dibuat oleh penganjur kali ni, sangat kreatif!!

CUSTOM MADE STICKER KERETA


Apa yang aku lihat, CUSTOM MADE STICKER KERETA sangat menjadi perhatian buat masa sekarang. Apa taknya, kita boleh mereka sticker kereta kita mengikut citarasa kita sendiri, best kan? Selaku blogger jugak, kita boleh promosikan blog kita dengan buat design sticker kereta blog kita. Yela, bila orang kata jalan raya tengok sticker blog kat kereta kita, secara tak langsung kita telah memperkenalkan blog kita kepada mereka.

Tadi, aku pergilah usha-usha kat instagram penganjur, wahhh smart dan comel betol CUSTOM MADE STICKER KERETA yang dibuat. Korang nak buat camne? ade kartun? ada gambar muka korang? semuanya boleh. Gambar kat bawah adalah salah satu CUSTOME MADE STICKER KERETA yang menarik perhatian aku..doremonn gituhh..hihi.

CUSTOM MADE STICKER KERETA


Comey je kan? yang pasti, kita sorang je ada sticker yang kita design ni kat dunia!! Wah-wah...bukan tu je, harga pun sangat berpatutan. Apa lagi yang korang tunggu, jomlah beli CUSTOM MADE STICKER KERETA ni dengan Car Sticker Malaysia dibawah:

No Telefon: 010-2255485 / 012-6953385
Fanpage: Car Stickers Malaysia
Instagram Car Stickers Malaysia: car_stickers_malaysia.
Servis: Printing car Sticker dan sticker biasa

Untuk menempah design CUSTOM MADE STICKER KERETA korang sendiri, korang bolehlah pergi terus order dengan laman web, fanpages or Instagram Car Sticker Malaysia diatas ye. Nnati bolehlah tepek sticker kereta design korang sendiri, mesti pengguna jalan raya lain jeless nanti..wuhuuu!


Contest SEO Car Stickers Malaysia ini
di anjurkan oleh

dan ditaja oleh

p/s: apa lagi yang korang tunggu, jomlah join contest CUSTOM MADE STICKER KERETA ni ^_^

Orang Terengganu Semua Hisap Dadah??

!Assalamualaikum!



Isu kali ni memang buat aku bengangg..ikut sedap mulut je pepuan ni cakap orang Terengganu ni majoritinya hisap dadah. Adoiii...sedapnya mulut, kalo ye pun, perlu ke update status cakap camni?? siap cakap jangan bercinta dengan orang Terengganu lagii...amboiii.

Ya, memang kejadian yang menimpa adik Syafiqah tu berlaku di Terengganu...tau tapi tak adalah setiap family dia Terengganu ni ada penagih dadah. Mulut tu kalau nak lepas pom, janganlah over sangat...ishhh..kalo nak aibkan perempuan ni boleh je..tapi aku bukan jenis camtu.

p/s: mohon perempuan ni buat permintaan maaf untuk kami orang ganu..huuu*sadesss*

Produk Berkualiti Tapi Tahan Lama

!Assalamualaikum!
Produk berkualiti tapi tahan lama yang aku maksudkan ni ialah produk Simplysiti yang aku pakai ni haa. Ingat tak lagi dulu aku pernah gitau dalam entry yang aku pakai produk Simplysiti Dermagic untuk lembabkan kulit aku??dah lame kan??korang tahu tak produk ni still aku guna sampai sekarang?okay jangan terkejut..dah hampir 5 bulan aku guna produk ni, tapi belom habis...hehe

Pencuci muka, pelembab muka dan toner
Kadang-kadang kita takut nak beli produk yang mahal kan? sebab banyak lagi produk murah yang berkesan. Tapi, bagi aku..biarlah mahal sikit tapi tahan lama dan berkesan. Takut jugak sekarang ni, banyak produk yang keluar, tapi kualiti dia kita tak tahu okay ke tak..huhu
Jadi bagi mereka yang nak jimat macam aku ni, trylah produk Simplysiti...kalo Simplysiti Dermagic ni sesuai untuk lembabkan kulit muka je tau...jadi yang kulit berminyak, jangan gataii pakai produk ni..hehe..tapi banyak lagi jenis lain yang korang boleh try.
p/s: tinggal sikit lagi yang Dermagic ni, nanti nak try yang putihkan muka pulak...=P

Jangan Tertipu Dengan Laman Ini!!

!Assalamualaikum!
Semalam aku adalah join satu laman web ni, al-maklumlah join je dah dapat 25USD..sape tak mahu??memang rugilah kan?setiap kali orang klik dapat pulak 10USD..bestnye. Tapi aku heran, camni senang dapat duit??kayalah camtu..tak payah kerja penat-penat kan? lepas tu aku terus tanya kawan blogger aku iaitu Eyma..sebab dia join dulu dari aku..camnilah bunyinya:


nampak tak laman apa???hehe


Haa..laman tu StayReward namanya...ramai giler yang join sekarang aku nampak. Kesian pulak, tu lah rasa tergerak hati nak buat entry ni. Sebab nanti bila duit dah banyak *kononnya*..tapi tak boleh nak cashout, buat penat je promote kan??

Duit dah banyak, tapi bila cashout macam-macam suruh buat, nampak tak permainan kotor kat situ???so, buat korang semua yang dah join dan asyik duk promote je, baik hentikan jelah..tapi sesiapa yang dah pernah cashout, bolehlah kogsikan caranya kat komen ye..hehe..*kalo ada*...nak buat duit online yang betol-betol..join je 8shared macam aku join, dah banyak kali cashout..biar lambat asal selamat...apa itu 8shared?? Bolehlah tengok dalam entry aku kat SINI ye.

p/s: harap tak ada lagi yang join lepas ni..huuuuuu

Pagi-pagi Dah Makan Nasi Minyak??

!Assalamualaikum!

Haa pagi ni nak citer pasal nasi minyak pulak. Semalam bila aku makan nasi minyak pagi-pagi, aku teringat yang kawan aku luar dari negeri Terengganu dan Kelantan tak tahu pun yang pagi-pagi kat tempat kami ada jual nasi minyak. Bukan nasi minyak je, nasi dagang, nasi kerabu...semua jual di pagi hari..hehe..memang makanan beratlah orang kata.

\
nasi minyak pagi semalam..hihi

Aku ni belajar kat Negeri Sembilan, rindu sangat nak makan makanan berat camni pagi-pagi..hehe..kalo kat ganu ni, pagi-pagi macam makanan ada. Jadi kalo korang datang kat Terengganu, janganlah lupa try makanan berat untuk breakfast, konfem sampai tengahari korang rasa kenyang lagi tau. Aku citer ni sebab manalah tahu, tiba-tiba korang pergi melancong kat ganu ke, janganlah terkejut pulak kalo pagi-pagi ada nasi minyak, bukan mase kenduri je ade tau..hehehehe.

p/s: pagi ni, makan nasi kerabu pulak aihhh...yummmyy..hihi

Keturunanku digelar "Wan"

!Assalamualaikum!

Sebenarnya dari kecik lagi aku terfikir, kenapa didepan nama aku dan adik-adik aku yang lain ada Wan? aku pelik jugak kan, masa kecik tu..aku selalulah tanya mak aku, dan ada satu saat tu aku cakap kat mak aku, aku nak buang nama Wan kat depan tu..boleh tak? Mak aku cakap, "Ish jangan cakap camtu, nanti ayah marah"..aish..kenapa pulak ayah nak marah? ala bingung lagi aku masa tu, apa pun tak tahu..yang aku tahu, nama "wan" kat depan macam tak best..hehehe




Bila dah besar sikit, baru aku tahu..bukan keluarga aku je berketurunan wan ni..rupanya ramai lagi kawan aku yang bernama Wan kat depan..hihi..lega sikitlah masa tu. Masuk je sekolah menengah, mulalah belajar matapelajaran sejarah, owh suke beno aku subjek ni..cikgu yang ajar aku pulak sporting je..tak adalah tension macam aku belajar math dan add math..hahaha

Masa tu, cikgu sejarah aku cerita..yang masa dia di U...dia kena kaji asal-usul keturunan dia..wahhh tertarik giler aku..yela..aku pun nak tahu asal-usul keturunan aku ni haa. Cikgu aku cakap, nenek moyang dia dulu pengawal istana..wahh!!sampai boleh tahu keturunan dari zaman Hang Tuah...ko adoo??hiii

Aku pun ada tanya cikgu aku pasal keturunan Wan ni. Cikgu aku cakap, keturunan Wan ni keturunan pembesar. Masa tu barulah aku rasa macam bangga sikit dengan keturunan aku..ahahaha...tapi ada kawan-kawan aku cakap, keturunan Wan pun dari keturunan raja..aku pun tak tahulah betol ke tak..yang pasti keturunan Wan ada dia 3 buah negeri..iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah, dan aku Wan dari Terengganu.

Aku citer pasal keturunan ni bukan nak bermegah, tapi cuma jadi satu pengajaranlah bagi aku..supaya menghargai nama dan keturunan kita kan?? sejarah ni penting..sebab kita belajar dari sejarah lepas dan pengalaman bukan? Tak kisahlah keturunan apa pun, dan aku tak sendiri pun tak kisah kalau kawin dengan orang biasa yang tak ada Wan didepan...tak mati pun kan??hehehe

p/s: berminat sangat nak kaji sejarah keturunan sendiri..tapi nak wat camne, minatk kos sejarah di U tak dapat..hihi ^_^

Berita Baik Buat Wanita Malaysia

!Assalamualaikum!


Mesti korang berdebar-debar dan excited nak tahu apa berita baik buat wanita Malaysia kan?kan?okay..okay..kali ni memang berita baik. Sebenarnya produk Mistine telah masuk ke Malaysia secara sah dan telah mendapat kelulusan KKM. Apa tu produk Mistine?? dah banyak aku review produk Mistine ni, semunya best-best tau..sebelum aku pergi jauh baik uools tengok antara produk Mistine yang pernah aku review dulu  kat entry SINI, SINI dan SINI okay.

Okay dah tengok dah produk Mistine yang pernah aku review??semuanya best dan meletup kan?? haa..berita baik yang pertama Mistine telah mendapat kelulusan KKM Malaysia, dan berita yang kedua..sesiapa yang nak jadi ahli pun boleh. Produk Mistine ni dah ada katalog tau!! Walaupun masih baru, tapi memang setanding dengan jenama yang lain seperti Avon dan lain-lain.

haaa tu dia..katalog Mistine yang super cun

Produk apa je ye best dengan Mistine ni?? banyak sangat, ada BB cream untuk dapatkan kulit macam baby, ada losyen gold yang sangat wangi dan dapat hilangkan parut, ada produk mekap yang bila pakai nampak natural semacam..wohaaa..sangat best. Aku tak puji kalo aku tak guna sendiri, kat bawah ni antara produk Mistine yang aku ada..semuanya best dan packaging dia buakan main lawaaaa..hihi


kulit aku dah macam kulit baby sekarang sebab asyik bermistine aje..hewhew

Menarik kan produk Mistine ni? Kalau tak pernah cuba lagi, mesti cuba satu dulu..baru korang rasa sendiri apa yang aku rasa bila guna produk ni..hehehe..istimewanya bila korang menjadi ahli Mistine ialah korang akan dapat harga ahli untuk setiap pembelian produk Mistine Malaysia,boleh jual mengikut harga katalog, dan yang paling penting muka jadi cun abis..hehe. Daftarlah sebagai ahli dan korang akan dapat katalog..dan dan dan boleh dapat duit jugak bila ada kawan-kawan yang order dengan korang..mudah bukan??berminat??boleh daftar keahlian terus dengan kak wan tau..seperti di bawah:


FB KAK WAN
PAGES KAK WAN

p/s: rasa macam nak buat giveaway produk Mistine untuk korang semua cuba sendiri produk ni...okay tak??hahaha..boley ke kak wan??  ;)

Cantik dengan Elvyra Envy Coffee

!Assalamualaikum!
Cantik dengan Elvyra Coffee

Cantik dengan Elvyra Envy Coffe, eh betol ke ni?? bila aku citer ni, korang janganlah terkejut tau..ni pengalaman aku sendiri minum produk Elvyra Envy Coffee ni. Banyak kelebihan kopi ni tau.Bukan tipu-tipu, bukan main-main..apa yang aku citerkan nanti semuanya benar..hihi
Kalau sebelum ni, aku takut untuk cuba produk yang berasaskan makanan, sebab kena telan benda tu kan..tapi dengan Elvyra Envy Coffee aku rasa sangat yakin sebab mula-mula aku cube produk ni masa aku tengah exam hari tu. Siang tu aku exam dari pagi sampai petang, malam tu faham-faham jelah, rasa macam nak pengsan sebab penat, tapi aku gagahkan diri untuk berjaga sebab keesokan tu ada exam lagi. Mata kuyuku jadi makin kuyu, dan..dan..dan..masa tu baru teringat aku ada Elvyra Envy Coffee ni..terus aku bancuh untuk minum buat pertama kalinya.
Sekali teguk, eh sedap jugak kopi ni..ingatkan produk kesihatan camni tak sedap..minum..minum..minum sampai habis. Lepas tu, mata dah tak kuyu, badan rasa macam ada tenaga..wah..betul-betul ajaib Elvyra Envy Coffee ni. Terfikir jugak aku, kenapa produk ni cepat sangat tindak balas kan..terus pergi ambil produk ni dan baca apa isi kandungan dalam kopi ni. Owhh patutlah..produk ni berasaskan habbatus sauda ,vitamin c dan collagen rupanya..selain tu dengan khasiat Premium Brazilian coffee yg lazat, rendah lemak dan kurang kafein; Kolagen dari sisik ikan tilapia yg halal dan berkesan yang mempunyai 1001 khasiat....terus aku jadi kagum!!

Kelebihan minum kopi
hari-hari ku bertenaga dan ceria bersama Elvyra Envy Coffee
Aku ingatkan produk ni untuk cantik kan kulit sahaja, rupanya kelebihan kopi ni untuk kesihatan jugak..yela..siap ada habbatus sauda lagi kan..memang power rangers produk ni, lain dari yang lain. Kopi untuk kesihatan dan kecantikan..2 in 1 uollss..hehehe..rugi tak try tau ^__^. Eh lupe nak bagitau Elvyra Coffee ni health and whitening coffee kan, so..muke i pun dah gebuss gebas uollsss..*gedikan sejuta kalinya*..hewhew..rasa licin semacam je kulit ni haa.
Bukan tu je, perut aku yang selalu meragam ni pun dah okay. Minum je kopi ni, terus pergi tandas buang air besar....indahnya hidup jika begini setiap hari, makin kuruslah aku jawabnye..lalalala..mohon jangan jeles..hihihihi. Satu lagi, jangan salah faham, produk ni untuk lelaki dan perempuan tau. Semua boleh minum, adik-adik ke, kakak-kakak yang sedang mengandung ke, makcik-makcik yang selalu sakit urat tu pun sangat sesuai minum tau!!

Cantik dengan Elvyra Coffee
kopi kesayanganku ^__^
Dah banyak aku sangat aku membebel ni..jadi kalau korang ingin cantik dan sihat, bolehlah try Elvyra Envy Coffee ni, bukan sahaja sedap, sihat, selamat lagi sebab produk ni dah dapat kelulusan KKM jugak ya,,tak rugi uollss cuba..lagi rugi kalau tak cuba..hee..owh lupa sesiapa yang berminat jadi agent pun boleh dengan modal hanya serendah RM210 untuk 5 jar bagi semua negeri dia Malaysia dan termasuk Brunei dan Singapura tau . Bagi yang berminat untuk cuba sendiri pun boleh, tak kenal tak cinta kan?? so, boleh terus beli dengan:

PM FB : Nadia ShairaShaf’ii
HOTLINE:  0197727572
BLOGSHOP : nandnminishop.blogspot.com
Price: RM58 SM/ RM63 SS ( dapat freegift jugak)
COD: Melaka dan Johor Bahru
FB PAGE: https://www.facebook.com/pages/N-and-N-mini-shop/167811943329538?ref=hl
    

p/s: ciyes, aku kagum beno dengan kopi ni ^_____^

Semua Orang Pun Sibuk

!Assalamualaikum!

"Ala malasnya update blog", "examlah, lepas examlah update", "banyak kerja lainlah"...banyak je alasan tak nak update blog kan?? akulah tu orangnya..hee..tapi aku amat tertarik dengan entry abang Hasrul Hassan yang blogger ni perlu berdisplin untuk update blog dan amat kagum dengan beliau, walaupun mempunyai anak dan kerja rumah yang lain, tapi tetap berdisplin update blog..wuhuu..baru aku sedar..semua orang pun sibuk tapi kita kenalah ada displin.



Kalau dulu, aku pernah cakap aku akan update entry setiap hari kan? tapi tu semua hanyalah janji palsu..banyak je alasan aku lagi-lagilah time exam camni..adess..padahal masa free aku ngadap FB je, bukan sibuk sangat pun. Nampak tak kemalasann yang nyata kat sini??hihihi

So, mulai hari ni..kena ada jadual..kena update entry setiap hari, barulah ranking blog stabil je kan? bila rasa sibuk, cuba fikir yang blogger lain pun sibuk..semua orang pun sibuk, tapi apa yang penting kena ada displin..insyaAllah.

p/s: hari-hari ada entry, biar korang rasa jemu..hahahahaha =P

Barang Pos Dah Sampai

!Assalamualaikum!



Alhamdullilah, dah hampir dua tahun dalam blog ni rezeki tak putus-putus..hee..hari ni ada dua lagi barang pos sampai untuk direview. Apakah barang bertuah tu??haa adalah...hii..semuanya produk kecantikan..ermm biasalah perempuan ni..nak cantik je kan.

Fuhh..minggu ni minggu exam, jadi tak sempat lagi nak review produk yang banyak ni haa..insyaAllah lepas exam akan start mereview produk yang dah sampai ni. Kalau satu barang tak apa, ni banyak barang ni haa..terima kasih kat para advertiser yang percaya kat aku dan blog ni untuk mereview..huu....*terharu*

Korang tengok jelah barang-barang yang perlu aku review kat bawah ni....korang cuci mata dulu ye..hii

1
1
1
1
V
TADAAAA!!

macam-macam adooo ;)

Haa nampak tak??hee..bagi sesiapa yang berminat nak aku promote barang dia jual, tak kiralah apa produk sekali pun, makanan pun tak apa..janji halal...aku sudi mereview produk korang. Harga??insyaAllah amat berpatutan. InsyaAllah setiap barang direview aku akan main keyword supaya lebih SEO dan akan melekat di  pages google, so janganlah malu-malu untuk contact aku ya. 

Email: nabilapinky80@yahoo.com
FB: tekan SINI


p/s: Alhamdullilah, mendapat respon yang baik dari pihak advertiser =)

Satu Dah, Tinggal Lagi Lima

!Assalamualaikum!

Satu dah, tinggal lagi lima?apa pulak aihh kan?hee,,tak adalah..sebenarnya sekarang aku dalam bulan exam..exam untuk semester 5 tahun 3. Dah habis satu paper public speaking, tinggal lagi 5 paper iaitu group counseling, psycho, career counseling, cross culture dan last sekali family law...wuhuuu memang mencabar untuk semester ni.

Pejam celik, tahun ni jugak aku akan masuk tahun 4. Hah??tahun 4 dah..hee..sekejap je masa berlalu..umur pun dah meningkat...dah boleh kawenggg..hahaha..huishh tak ada motif betol. Sejujurnya tak tahu nak taip apa, tapi ada orang suruh taip entry ni haa...taip jelah kan?korang layan jelah gambar bawah ni ye...hewhew

hari pertama exam...ceria bukan maennn

ihikkkk3
Ni gambar masa hari pertama exam, kalau boleh setiap kali exam kami nak ambik gambar..hahaha..korang tunggu jelah gambar hari kedua sampailah hari last exam ye..errr sabor jelah =P*kredit gambar HP Lenovo eda hot..hihi*

p/s: camnilah warna-warni hidup di kampus...bulan exam bulan paling ceria buat kami..hahahaha ^^

Scrub Badan Best

!Assalamualaikum!
Scrub badan best
kat luar pun dah nampak best kan?kan?cepat ngaku!hahaha

Ehemm tengah cari scrub badan best ke? haa...yang sebenarnya seumur hidup aku, aku pernah pakai scrub badan sekali je tu pun masa zaman sekolah dulu, tapi tak ingat dah scrub apa kan..yela, sebab dah lama..hiii..tapi sekarang aku dah jumpa scrub badan yang best, scrub perasa oren pulak tu..Mistine Richy Orange Body Scrub namanye..eheee*perasa pun perasalah*
Apa yang best sangat dengan scrub badan Mistine ni?? owhh tentulah sebab bau oren dia yang semerbak buat aku nak je selalu mandi berscrub, rasa macam pergi spa gituu uollsss..hahaha...dalam seminggu wajib aku berscrub oren ni haa..kadang-kadang bau ni buat aku nak telan terus je..sebab tak tahan bau oren dia..hihihi..nasib baik waras lagiii..tu scrublah biela!!
Buat kulit yang sensitif tu memang elok sangatlah dengan scrub ni, sebab scrub ni menggunakan bahan yang lembut dan tak menyakitkan kulit kita kecuali kita tonyoh kuat kat kulit kita tu lain citerlah kan..hahaha..yang tu diri masing-masinglah pulak..tapi fungsi utama scrub ni konfemlah nak mencantikkan kulit, menghaluskan dan menyihatkan kulit..fuhhh..memang berbaloiii.
Bagi badan yang cepat sangat berpeluh dan cepat sangat naik daki tu, mohlahh try tonyoh sikit badan tu dengan scrub ni, konpem abis semua daki-daki tu haaa..daki hilang, badan bau wangiiii...wahhhh...lepas ni memang tak ada bau badanlah kan?ehhheeee..aku malas nak citer banyak, sebab kalau nak lebih percaya memang kena try sendirilah...tapi..tapi...aku memang tak tipu okay??hee..nah..tengok komen pengguna yang dah guna scrub ni haa.
klik gambar untuk lebih jelas =)
Masih tak percaya??tak tahulah nak habaq camne lagi nohh..hahaha..jadi...jika berminat bolehlah beli dengan kak wan sendiri ye..bukan dengan aku tau..tapi istimewa buat pembaca blog aku, jika beli dapat hadiah special kata kak wanlah..ehemmm..apa lagi??macam biasalah..kalau nak order boleh terus direct PM kat kak wan di link FB dan pages kak wan kak bawah ye..^__^

p/s: lepas ni semua jadi gebuss gebasslah ye...hahahaha..selamat mencubaa uollss

1ST GIVE AWAY BY PINGJE.ORG

!Assalamualaikum!



Wohaaaa..tahu tak pingje.org sedang mengadakan giveaway pertama di blognya?? memang best sangat sebab hadiahnya sangat lumayan. Kalau tak join, rugi sangat-sangat sebab insyaAllah 70% yang join akan menang..hihihi..siapa tak nak kan?peluang menang tu banyaklah..insyaAllah.

Tak tahu apa itu pingje.org??pingje.org ni tempat ping entry..ala yang macam busuk, kartikel dan lain-lain tu. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang pingje.org boleh baca entry aku kat SINI ye...jelas sikit untuk korang faham..hihiii-  http://ohpingblog.com

p/s: jom join ramai-ramai..lagi best =)

Apa Lagi Yang Tak Cukup??

!Assalamualaikum!
subhanallah kuatnya adik Damia ni, insaf sangat tengok gambar ni..wuu =(

Disaat kita mengeluh itu tak cukup, ini tak cukup..rupanya ramai lagi insan yang lebih kekurangan dari kita. Disaat kita mengeluh hidup ni macam tak sempurna, gemuklah..kurus sangatlah...pendek lagi...tapi rupanya ada insan lain yang tidak cukup anggota badan sekalipun boleh teruskan hidup seperti biasa. Setiap manusia Allah berikan kekurangan dan kelebihan, jadi nikmat mana lagi yang kamu dustakan??

p/s: tak perlu jadi insan sempurna, tapi cubalah menjadi insan yang bersyukur dengan pemberianNya...insyaAllah...

Handphone GiveAway by Syuhada1981.com

!Assalamualaikum!

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Malam ni, rasa cerah mata bila dapat tahu segmen paling best ni haa..apa tak bestnya, hadiah segmen ni berupa handphone Louis Vuitton sebanyak 4 bijik pulak tuuu!!!adoiii..kalau menang memang hepy sakan aku ni haa..hehe..bukan handphone je, perfume pun ada...kalau korang tak nak join jugak tak tahulah aku nak cakap camne lagi..hihi..dalam banyak-banyak warna handphone tu..aku suke warna kat bawah ni, sebab stail giler kot corak leopark..yuhuuu..meh join meh.

comey kan??yg ni aku punyer, korang ambek yang lain ok??hehe

p/s: macam aku gitau tadilah, tak join rugiiiiiii =P

Keliru! Nak Yang Mana?

!Assalamualaikum!

Dari pagi sampai tengah hari, aku godek-godek kat google nak pilih handphone pujaan hati. Keliru sangat-sangat, tak tahu nak ambik hanphone apa. Mula-mula ingat nak ambik Samsung mega 6.3 tapi hanset ni besar, takut aku pegang jatuh..abis berkecaiii...aku pulak jenis ganas.Pastu adik aku cakap, dari ambik Samsung Mega baik ambik Smasung note 2..sebab harga lebih kurang.

Pilihan kedua, nampak macam Iphone5s macam best je kan. Tapi harga pulak bapakkk mahal, kalau aku ni bukan student, dah lama aku rembat..tapi apa kan daya, aku ni belajar lagi..tunggu kerja dulu barulah boleh berangan nak pakai hanset camtu kot.



Disebabkan aku ni jenis ganas, hanset nokia yang aku guna sekarang ni dah berpuluh kali jatuh tapi alhamdullilah tetap hidup sampai sekarang..jadi godek-godeklah Nokia Lumia 925...wah...nampak macam best sangat kan, insyaAllah lah kot tahan lama macam nokia aku guna sekarang, tapi still keliru tak tahu nak pilih apa ni haaa.

Aku dah pernah guna HTC...tu lah tak nak dah guna HTC..hee nak try jenis lain pulak..korang rasa camne? yang mana lebih okay?? Samsung Mega 6.3 or Nokia Lumia 925 or Samsung note 2??Iphone tak yah sebutlah ye, sebab yang ni je yang aku mampu beli sekarang guna duit sendiri..bukan duit mak bapak..hihi..so....yang mana yaa??Owhhh keliruuuu.

p/s: silalah bantu insan keliru ni haaaaaaa..huwaaaaa =P

Pakej Bilik Seminar di Terengganu

!Assalamualaikum!

Aiiiiii...sedang mencari pakej bilik seminar di Terengganu ye? Okay, hari ni nak citer pasal pakej bilik seminar di Terengganu yang best. Kenapa best? sebab pakej bilik seminar ni termasuk penginapan lagi tau. Pakej bilik seminar yang aku nak citer ni berada di Sumai Apartment Hotel di Kuala Terengganu.

Banyak pakej yang disediakan untuk bilik seminar seperti pakej pelajar, pakej korporat dan pakej seminar kerajaan dan swasta. Bilik seminar ni dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk microphone, white screen, free wifi, makanan dan banyak lagilah untuk keperluan mengadakan seminar, harga pulak sangat berpatutan iaitu hanya RM60 seorang untuk sehari dan RM45 untuk separuh hari termasuk makan okay!!

pakej bilik seminar di Terengganu
besar dan sangat mewah

Amat berbaloi jika menyewa bilik seminar di Sumai Hotel Apartment ni kerana selain biliknya selesa, makanan disini pun sangat sedap dan mewah kerana disini terdapatnya Restoran Bintang Laut. Restoran Bintang Laut betul-betul berada di dalam Sumai Hotel Apartment ni namun, orang luar pun boleh kesini untuk menikmati makanan yang power lazat..hihi.

Apa yang istimewa sangat dengan Restoran Bintang Laut ni??haa ni lah nak citer..makanan kat sini semuanya best, sampai hari tu aku makan tambah-tambah..hahaha..okay, aku citer makanan istimewa kat sini ye..yang paling-paling istimewa kat sini ialah tempoyak ikan patin. Siapa tak try memang rugi sebab chef yang masak ikan ni memang berasal dari Temerloh...sebab tu lah aku cakap sedapppp tuhhhh..meh tengokk sikit biaq terliuq..hahaha
mohon terliur..hihihi*kredit gambar duniafarisya.com*
Resepi yang kedua meletup kat sini ialah ikan bakar...cuba bayangkan...ikan, pari, sotong dan banyak lagi makanan laut yang fresh-fresh kat depan korang dan korang hanya pilih untuk dibakar depan-depan korang..syok kan??haa camtulah sistem pembakaran ikan kat sini. Memang sedaplah kan dibakar fressh...wuu,,rugi tak cube youuu..harga promosi sekarang, hanya RM20 untuk seorang...makan sepuas hati okay....hihi

muke hepy sebab ikan bakar sedap sangat...yuhhuuuu

Kalau tadi asyik makan makanan melayu je, ni nak citer makanan cina yang special kat sini. 100% buatan chef melayu tau, jadi bagi penggemar masakan cina, jangan segan-segan datang kat sini.  Masakan cina chef kat sini sangat mengujakan. Aku yang tak pernah hayat makan masakan cina pun jadi tetarik..wohaaa..meh usha masakan cina...

pembuka selera kamiii
ayam dan sup ni yang paling aku suke, ranggup sangat ayam dia.

Banyak lagi sebenarnya yang masakan cina ni, tapi tak nak lah letak semua kan, nanti korang termimpi-mimpi pulak..hehe..jadi kalau nak, silalah ke Restoran Bintang Laut di Sumai Hotel Apartment di Kuala Terengganu ye.

Bagi yang berminat untuk tahu lebih lanjut tentang Restoran Bintang Laut ni serta pakej yang terdapat disini, bolehlah terus hubungi nombor dibawah ye ^__^ :


Eksekutif Jualan Sumai Hotel Apartment
Noor Zarimaniza Mohd
014.5243941


p/s: tengok je ke?? jomlah try sekali..tak rugiiii...;)

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^