Home » » Punca Orang Kaya Tapi Tak Bahagia

Punca Orang Kaya Tapi Tak Bahagia

!Assalamualaikum!

Pernah tak korang tengok orang kat sekeliling korang, dia kaya..ada rumah, ada kereta, ada syarikat tapi tak bahagia? Selalu je rasa tak cukup dalam hidup dia, padahal duit yang dia dapat setiap bulan bukan main banyak. Bandingkan pula dengan orang yang hidupnya sederhana, tapi hidup diorang bahagia tapi kenapa??





Bukan semua orang kaya tak bahagia, tapi sesetengah dari mereka ada yang tak bahagia. Apakah punca orang kaya tak bahagia? Bagi aku ada 3 punca utama orang kaya ni tak bahagia:

SUKA BERHUTANG

Eh ingat orang kaya tak pernah berhutang?? masa susah berhutang dengan ramai orang, tapi masa senang hutang lambat-lambat je bayar dan ada yang lebih teruk tak bayar langsung. Sedangkan dalam Islam menyuruh kita membayar hutang terlebih dahulu daripada benda-benda yang lain. Camnelah hidup nak berkat oi?? hutang ni tak kira siapa...kalau kita cakap kita nak pinjam duit dengan mak ayah kita sekalipun, kalau namanya dah hutang..WAJIB bayar okay??

SUMBER REZEKI YANG TIDAK HALAL

Berniaga macam-macam...sampaikan arak pun nak jual. Macam orang tak tahu agama, bila benda tu haram..sumber yang kita dapat pun tentulah haram. Ada jugak yang suka rampas hak orang lain, pastu elok-elok je berniaga dengan barang yang dirampasnya tu. Kaya memang kaya, tapi tengok-tengok anak-anak semua "tak menjadi". Bukan salah anak-anak, tapi salah mak bapak bagi makan dari sumber yang haram.

KEDEKUT

Punyalah kedekut, sampaikan zakat yang wajib bayar pun tak bayar. Inikan pulak nak derma kat masjid dan surau?? anak-anak yatim jauh sekali kot. Apa yang kita dapat, kongsilah sesama orang Islam yang lain, dan orang yang terpenting septutnya kita bagi jugak ialah mak ayah kita. Ni kalau mak ayah pun tak bagi, camne nak bagi kat orang lain?memang taklah. Janganlah kedekut sangat oiiii.


p/s: hurm.....mintak-mintaklah kita dijauhi dengan kelakuan sebegini kan?

7 comments

19 February 2014 at 19:51

betul tu.. sedekahlah biar sikit. sebab sedekah akan mmbuatkan kita tak kan putus rezeki

19 February 2014 at 20:20

sbnrnya point ni tak kira kaya ke miskin kan..
InsyaAllah kita dijauhkan sifat gini.. :)

19 February 2014 at 20:37

@Liza Licha Betol tu kak =)

19 February 2014 at 20:37

@zulhilmi tempoyak yes...semua orang jugak sebenarnye...huu

19 February 2014 at 20:42

kena rajin ringankan tgn tuu.. bru masyukk, insyaAllah

Contest SEO Muslim Niaga

19 February 2014 at 20:53

kaya xsemestinya hati senang..kaya lagi susah hati dari yang miskin sebab pagi petang siang malam duk pikir macamana nak jaga harta yang bertimbun itu...

21 February 2014 at 17:34

Pendek kata, duit bkn sgala2 nya..lebih baik hidup bsederhana kn .. ^^

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^