Home » » Makanan Western Sedap di Kuala Terengganu

Makanan Western Sedap di Kuala Terengganu

!Assalamualaikum!

Owhh masih teringat lagi kat kepala aku makanan western sedap di Kuala Terengganu aku makan semalam. Ni gara-gara terpengaruh dengan blogger Duniafarisya.com..hehe. Semalam lepas teman dia pergi hantar baju kat kedai jahit, terus pergi NR seafood village ni. Sampai je kat sini, terpegun jap..kenapa unik sangat restoran ni?? Restoran ni sedikit gelap..dibuat daripada kayu dan aku rasa macam duk dalam perkampungan tarzan pulak aih..tapi yang pasti sangat cantik!!

sila abaikan selipar kami tu ye..hehe
Masa aku pergi tu, tak ada orang lagi..sebab maybe baru bukak. Cepat je waiter dia datang ambek order. Banyak sangat pilihan makanan western..eh-eh makanan biasa-biasa pun ada..jangan salah faham pulak. Sebab terlalu pening nak pilih, aku just tanya je Farisya apa yang sedap kan, dan yang sedap kat sini tentulah Chicken chop bawah ni haa. Aku order chicken chop, banana split dan air yang namanya First love..eh aku tak tipu okay! Farisya pulak order nasi goreng, banana split dan air kelapa....almaklumlah dia selalu datang, so..memang dah biasalah makan chicken chop ni.


Ni lah chicken chop tu..bila ingat balik...rasa mengidam..huhuhu
Banana split ni pulak RM3 je..sangat berbaloi dengan rasanya.

bukan setakat nasi goreng, sotong dan udang pun adoo


Haa ni aku nak citer sikitlah pasal air aku pilih ni. Namanya first love...masa aku nak pilih air dalam menu dia tu, semua nama air macam jiwang gituh..aishh....aku rasa macam pergi date ngan pakwe pulak..haha..yang pasti air aku pilih ni super sedap ye..hihi



Lupa nak bagitau, NR seafood village ni terletak di Mengabang telipot Kuala Terengganu. Tadi, aku usha-usha kat google, rupanya restoran ni pernah masuk Jalan-jalan cari makan. Memang sesuai sangatlah, sebab makanan dia memang sedap dan sangat berpatutan. Semua makanan yang aku citer tadi hanya RM30 sahaja..murah kan? Kalau bawak family ni, belom tentu habis RM200..sangat berpatutan.


p/s: thanks untuk blogger farisya sebab kenalkan restoran ni....rasa beruntung sebab tahu ada restoran yang sedap kat Kuala Terengganu ni..hewhew

16 comments

10 February 2014 at 22:26

aaaa sedapnyaaaa banana split , muraaaahhhhhh

10 February 2014 at 22:26

hahaha.kan i da cakap u pasti fall in love punye.haha

10 February 2014 at 22:34

wee..nanti nk try gi laa.. ;)

10 February 2014 at 22:56

kat mana ni kak? more details please. hihi

10 February 2014 at 22:57

nasi goreng nampak sedap tuh... lazatnya

10 February 2014 at 23:20

lain kali pegi boleh la ain singgah..hehe

10 February 2014 at 23:22

Nampak gambar sangat menyelerakan..
Pernah baca gak restoran ini agak popular di Trengganu

11 February 2014 at 00:20

standrd banana split.. 5 hinggit...

11 February 2014 at 00:33

even saya org terengganu tapi x pernah smpai lagi :)

11 February 2014 at 00:54

wah banan split!!

11 February 2014 at 03:29

Ahh sedapnya !!
Nanti kalau pergi Terengganu harus jejak kaki kat restoran ni :)

11 February 2014 at 15:13

Cantiknya restoran ni. First Love ok la daripada I Love You kat Noodle Station. Nak bagitau kat waiter lelaki pun malu. Tunjuk dalam menu je la..

11 February 2014 at 16:39

nanti mai kelate plak eaa.

12 February 2014 at 01:26

Sya dekat jga dngn NR restoran tu tp x nah pgi..x smpt hehe

12 February 2014 at 20:50

wohaa! sedapnye..part air tu y terliur tu,,nak jugak..eheh..=)

1 February 2015 at 03:46

dah makan smlm chicken chop di NR ni aku bg 3 star je yg paling best aku mkn yg kedai lain tak leh chalenge chicken chop di area pengkalan chepa nama kedai lupa lak kedai penuh setiap masa harga memang murah double chicken chop hanya rm15 je dgn ada hot dog dan telur lg memang terbaiklah

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^