Home » » Kecoh Kisah Bermula RM1 di Facebook!

Kecoh Kisah Bermula RM1 di Facebook!

!Assalamualaikum!

Bukan senang nak kaya, tapi tak mustahil kalau kaya dengan cepat jika ada cara yang betol bukan?? Aku merasa sedih dengan perangai orang Melayu kita yang selalu berfikiran negatif. Belum cuba lagi dah fikir negatif, belum baca habis dah judge macam-macam. Entry kali ni aku nak citer pasal kecoh kisah bemula RM1 di facebook.

Kisahnya camni, baru-baru ni ada seorang usahawan muda iaitu Muhammad Zukermi telah menyatakan di dalam akhbar Utusan yang dia hanya bermula dengan RM1 untuk mengecapi kejayaannya sekarang. Tapi ramai yang buat kecoh di facebook yang menyatakan semua tu tipu dan ada yang lebih teruk siap mengutuk lagi kisah usahawan muda ni tanpa membaca habis kisah kejayaan beliau yang sebenar.

tengoklah sikap orang Melayu kita ni...huhu..sedih!!

Sebab korang dah judge macam-macam sebelum baca habis kisah Muhammad Zukermi ni, meh aku nak citer sikit pasal beliau. Sebenarnya beliau menyatakan yang beliau bermula dengan RM1 tu sebab pada permulaannya beliau menggunakan RM1 itu melayari internet di kafe ciber. Pada masa tu jugak, beliau berniaga secara dropship di facebook. Alhamdullilah hasil daripada jualan dropship tu, beliau sudah boleh membina empayar sendiri sekarang.




Pemuda kelahiran Temerloh Pahang ni telah melancarkan beberapa produk kecantikan yang terkenal iaitu MZ Secret soap dan MZ Secret body spray di bawah syarikat MZ Secret Sdn. Bhd kepunyaan dia sendiri! Jangan terkejut, dari berniaga secara dropship dulu..sekarang Muhammad Zukermi berjaya mendapat keuntungan mencecah jutaan ringgit!

Wahh hebat bukan anak Melayu kita?? So sebagai orang Melayu, kita perlulah mencotohi semangat dan kisah kejayaan Muhammad Zukermi ni. Bukan mencaci, bukan mengutuk dan bukan selalu berfikiran negatif. Apa yang aku belajar, bila kita asyik berfikiran negatif...yang negatiflah akan datang kepada kita. Cubalah berfikiran postif dan berfikiran terbuka ya.

Bagi aku, semua ni tak mustahil jika kita berusaha dan terus berusaha. Sesungguhnya Allah suka orang yang berusaha, bukan hanya menunggu emas jatuh ke riba. Apa yang peliknya?? bukan ke 9/10 daripada punca rezeki adalah dalam perniagaan??


p/s: dahlah buat kecoh ye wahai Melayuku..huhu..untuk baca lebih lagi tentang kisah ini, boleh terus ke Utusan online kat SINI ye ^___^


27 comments

5 February 2014 at 21:18

Itu la.. Klu berfikiran negatif nanti aura negatif la akan dekat. Rm1 tu klu kita tekad n ikhlas.. In shaa Allah akan berhasil.

5 February 2014 at 21:21

@Zazabetol tu zaza...huhu

5 February 2014 at 21:26

biasalah org melayu ni nak berjya dgn cra mudah bkn nk cya sgt pasal cm ni..kesian depa..haha...yg penting dia ni dh brjya..terima kasih kongsi :-)

5 February 2014 at 21:31

Saya dulu bermula dengan RM0 :)

5 February 2014 at 21:37

@hazwan hairytulah pasal...kesian jgak dgn org camtu..

5 February 2014 at 21:38

@malaysiatercinta.comwah...ni lagi hebakkk..hehe

5 February 2014 at 21:45

wow hebatnya !

5 February 2014 at 22:24

@NurainSuperrye...mmg hebat...org camnilah boleh kita jadikan contoh untuk berjaya ^_^

6 February 2014 at 00:18

susah kan ada org yg suka judge tanpa ambil tau perkara sebenar.

6 February 2014 at 01:25

kalau usaha InshaAllah akan berjaya :)

6 February 2014 at 02:17

sepatutnya sesama melayulah kita saling sokong menyokong.. lihat cara cina berniaga, mereka tak busuk hati, tak ada hasad dengki.. malah kumpulkan kawan-kawan cina yang lain berniaga sama-sama di tempat yang sama.. masalah persaingan? no big problem, they take it as easy way mereka bersaing dengan sihat, no back stab, if you do more and work hard, you get more and more. just my 2 centlah.. :)

6 February 2014 at 03:02

Melayu? Biasalah. Sebab tu lah kebanyakan peniaga yang berjaya ialah orang cina. mereka takde perasaan hasad dengki antara satu sama lain :)

6 February 2014 at 03:08

Terbaik!!

6 February 2014 at 04:49

wah boleh jd pencetus semangat nih!

6 February 2014 at 06:25

manusia . hmm . Suka judge tp x suka mengkaji terlebih dahulu .
btw , usaha n kejayaan itu patut dijadikan sumber inspirasi.. =)

nice sharing..sy bru tahu..ehehe..^_^

6 February 2014 at 19:46

tu la, baca tak habis lagi dah menggelabah duk pong pang sane sini...ish2x

6 February 2014 at 19:55

@ain syafieqaye...suke judge tanpa soal slidik dulu..

6 February 2014 at 19:56

@Azhafizah Md Norbetol tu kak =)

6 February 2014 at 19:56

@Haneeza Mohamadbetol2

6 February 2014 at 19:56

@Si Galah Panjangntahla...org Melayu mmg cmni kan..huhu..sedey

6 February 2014 at 19:57

@Abak Lorong Cintawuhuuu...hehe

6 February 2014 at 19:58

@Zamani Abemmg...bile bace kisah hidup beliau..rase semangat sikit nk jd kaye..hehe

6 February 2014 at 19:58

@Mie Aimietu lah yg plg geram tuhh

6 February 2014 at 19:59

@Ai Syahsame2 dear

6 February 2014 at 23:50

org zaman sekarang. main nk terjah je. lagipun kita ptot bangga bila ada bangsa kita berjaya mcm ni. kita ptot mencontohi dia

7 February 2014 at 00:20

wahh..terbaik lah

14 February 2014 at 17:12

tu ar manusia... macam-macam.. semogelah mereke yg berfikiran negatif ni akan berubah jadi positif juga... :)

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^