Home » » Jom Sihat Sambil Beramal

Jom Sihat Sambil Beramal

!Assalamualaikum!

Suka bersenam? suka beramal? haa ni memang program terbaik untuk korang. Sebenarnya program amal yang aku cakap ni ialah program Walkathon - 'Rose2Rose Walk For Humanity'. Program ni sangat bagus kerana ini adalah satu program kemanusiaan dan kebajikan untuk disalurkan sebanyak RM500,000 kepada setiap negara iaitu Palestin, Syria dan Rohingya.

Apa yang menariknya lagi, duta kesihatan dan kecantikan Kevin Zahri turut serta di sana nanti! Jadi korang boleh dapat pelbagai tips kesihatanlah dari Kevin ni nanti. Aku pun sangat suka blog Kevin ni, kerana tips yang dibagi sangat bagus untuk dipraktikkan. 



 Untuk Walkathon ini penganjur menganggarkan penglibatan seramai 2,000 orang daripada semua latar belakang. So, kalau korang berminat dengan program ni..apa lagi...jomlah daftar sekarang.

PENGANJURAN
Rose2Rose Walk For Humanity adalah anjuran bersama Sekretariat Rose2Rose, Aqsa Syarif dan Ikram4Syria.

TARIKH
16 Mac 2014, Ahad

LOKASI
Padang Merbok, Jalan Parlimen, KL

ANGGARAN PENYERTAAN
2000 orang dari semua kategori meliputi semua lapisan masyarakat dan bangsa.

DUTA KESIHATAN & KECERGASAN
Kevin Zahri

TEMA WALKATHON
“Walk for Humanity”

OFFICIAL FB PAGE: https://www.facebook.com/myrose2rose
EVENT FB: https://www.facebook.com/events/1418416978403669/
WEBSITE: http://aqsasyarif.org.my/
INSTAGRAM: @rose2roseofficial
HASHTAG: #walk4humanity
BORANG PENDAFTARAN: http://bit.ly/r2rwfh-form

Bayaran atau sumbangan boleh dibuat kepada:
AQSA SYARIF BERHAD
Maybank : 5515 7500 4299
CIMB : 1216 0000 452101


Menjadi harapan besar agar program kutipan dana melalui konsep walkathon ini dapat menembusi lapisan masyarakat yang baru bagi meningkatkan kesedaran tentang isu kemanusiaan di Palestin, Syria dan Rohingya. Sesungguhnya isu kemanusiaan merentasi bangsa dan agama. Semoga Allah meredhai usaha kecil ini dalam membantu saudara-saudara kita yang tertindas.

p/s: apa lagi?? jomlah sihat sambil beramal ^___^

1 comment

19 February 2014 at 07:20

singgah sini lagi malam ni..all the best dlm berblog ye :)

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^