Home » » HIJAB UNIK DAN STYLISH

HIJAB UNIK DAN STYLISH

!Assalamualaikum!

Ramai melontarkan pandangan yang cukup memuji penampilan selebriti-selebriti tempatan yang mengenakan hijab. Antara selebriti yang sering menggamit tumpuan ramai akan penampilan berhijab mereka ialah dua figura terkenal dengan kelas yang tersendiri iaitu penyanyi meningkat naik Yuna dan diva tersohor nusantara, Dato’ Siti Nurhaliza. Ada kebenaran di sebalik pandangan yang mengatakan penampilan seseorang artis itu mampu mempengaruhi peminat mereka. Lihat sahaja apa yang berlaku dalam kalangan peminat seni tempatan apabila dua penyanyi ini mengenakan tudung atau hijab.

Mereka mencetuskan fenomena di mana kemunculan hijabista masa kini mengambil inspirasi daripada mereka berdua. Malah bagi Yuna sendiri penampilannya memberikan impak positif dalam usaha beliau mencipta nama di persada dunia dan US. 


Penampilan berhijab memberikan gambaran yang cukup positif buat pemerhati dan pengkritik. Ini kerana hijab yang dipakai dipadankan dengan cara pemakaian yang cukup sopan dan masih tampak elegan dan anggun tanpa perlu berpakaian seksi. Ini memberikan extra point buat si pemakai kerana mampu bergaya dengan hijab semaksima yang mungkin. Selain itu hijab juga membuatkan penampilan seseorang lebih ayu dan eksotik – suatu nilai yang menjadi punca trend hijab berkembang.

Fesyen hijab online juga telah mengalami perubahan yang cukup ketara sejak akhir-akhir ini hasil usaha pereka fesyen yang bersungguh-sungguh memberikan sentuhan kreatif mereka ke atas hijab atau tudung agar kelihatan lebih trendy.



Ini memberikan impak yang cukup positif buat pasaran hijab di Malaysia dan memperlihatkan permintaan yang cukup tinggi. Penggunaan hijab juga memberikan lebih ‘wow’ factor buat anda andai digayakan dengan betul. Terdapat pelbagai stail hijab yang boleh digayakan dan anda boleh buat experiment sendiri agar menepati cita rasa dan personaliti. 

Zalora.my sebagai destinasi fesyen online yang terunggul bakal memberikan kepuasan buat pembeli mereka dengan adanya koleksi hijab buat wanita Muslim yang mencari tudung moden yang fashionable. Zalora juga menempatkan ratusan jenama terkenal yang boleh didapati dengan tawaran diskaun yang menakjubkan. Beli trendy hijabs online di sana sekarang dan nikmati promosi istimewa buat hijabista.


p/s: bagi aku bergaya dengan hijab tu tak salah...yang penting aurat tu kena jaga..betol tak??^___^

10 comments

9 February 2014 at 21:31

memang vogue dan memang taste2 akak juga ni...he he he...

9 February 2014 at 21:50

@Farah Waheda Wahid haa...tu lah kak...tapi mmg cantik diorang ni

9 February 2014 at 21:51

suka tengok gaya dorang ni
marbeloss !

9 February 2014 at 21:59

mak aih.....pelik je nak pakai mcm tu, orang yg takde anak maybe boleh lah nak bergaya...

kalau anak hyperaktif mcm anak Huda ni, xdenya sempat nk cucuk kerongsang bagai...hehe

Kalau sudi bolehlah ye follow http://vitaminboutique.blogspot.com/

9 February 2014 at 22:14

Assalamualaikum dan salam singgah sini...Hijab sekarang macam2 fesyen...apa lagi kalau modelnya cantik2..

9 February 2014 at 22:15

org berhijab meme omey...hehe

10 February 2014 at 00:15

cantiknya ek

10 February 2014 at 01:17

tpi x suke dress up yuna skg.huuuuuuuuuuu

10 February 2014 at 06:13

Honestly, orang cantik depa pakai tudung style macam mana pum memang lawa. Kalo kita maybe bertukar kpd hantu bungkus la.hehehe

10 February 2014 at 15:47

betul2.. nk bergaya x slh tp aurat tu tutup la btol2 . =)

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^