Home » » Tips Berniaga Online

Tips Berniaga Online

!Assalamualaikum!

Disebabkan ramai yang tanya aku, camne nak start berniaga online dan semestinya nak laku kan??InsyaAllah entry kali ni aku kongsikan tips berniaga online. Sebenarnya aku baru jugak dalam bidang ni..baru dalam setahun camtu, tapi alhamdullilah...bolehlah tanggung diri sendiri hidup dekat U kan..hehe

ya, bagi aku sekarang FB untuk business bukan untuk berpoya-poya..huhu


Buat Pages Berniaga
Barang nak jual dah ada, gambar pun dah ada...sekarang camne nak promote??okay, mula-mula korang buat pages berniaga korang sendiri. Mula-mula memanglah tak ada orang like lagi. Jadi korang jemputlah kawan-kawan FB korang like pages korang tu..insyaAllah lama-lama nanti bilangan like akan naik.

Join Group FB Besar
Maksud aku kat sini, korang join group-group yang ramai orang. Bila ramai orang dalam group tu, bila korang promote barang korang..posibblity untuk orang beli tu ramai sebab dalam tu ramai orang kan? Dalam masa yang sama, korang jugak boleh perkenalkan page korang dalam group besar tu..secara tak langsung boleh tingkatkan like pages korang.


Jangan Jual Mahal Sangat
Haa yang ni korang perlu ingat betul-betul, dalam berniaga ni janganlah ambik untung banyak sangat. Cuba korang fikir, orang lain jual RM80..korang jual RM100..so, mestilah pelanggan nak beli yang murah kan?? siapalah nak beli barang yang mahal-mahal..lagi-lagilah sekarang ni semua barang dah naik...huhuhu

Buat Group Dropship
Haa...kalo korang ni memang tokey besar..korang bolehlah buat group dropship. Kat dalam ni, korang ajak siapa-siapa yang nak berniaga, suruh jual barang korang. Korang turunkanlah harga sikit, supaya diorang senang nak promote. Ni korang bagi untung kat diorang RM5 or ada yang taik hidung masin lagi bagi untung RM2 satu barang, korang rasa diorang akan lama ke dengan korang??ofkosslah larikkk....hahaha


Haa tu je kot, sebenarnya banyak lagi..kalau nak promote lebih power..korang bolehlah iklankan kat google, FB dan macam-macam lagi medium besar yang lain. Tapi setakat ni aku tak mampulah buat semua tu lagi..hehe..lepas habis belajar bolehlah kan nak lebih serius lagi kan?? Satu lagi pesan aku, kalau nak perniagaan tu berkat..korang janganlah tipu orang or sumber modal korang tu biarlah yang halal..barulah berkat dan lariss je perniagaan korang tu..insyaAllah.

p/s: ni tips asas je...kalau nak lebih lagi, pergi belajar dengan yang lebih pakar ye =P

3 comments

30 January 2014 at 00:38

tips yg sgt berguna :)

30 January 2014 at 00:56

@Farisya Anastasyia

thanks syirah..huhu

3 October 2014 at 23:09

salam..
kepada sesiapa yang ingin memulakan prniagaan online bolh la melawat dan mendaftar di laman web ini https://aztetic.my/signup/14968.cuba daftar dan mula untk brniaga

segala soalan yg ingin ditanyakan boleh lihat di laman web ini

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^