Home » » Resepi Kek Cheese Meleleh

Resepi Kek Cheese Meleleh

!Assalamualaikum!

Ada peminat kek cheese meleleh tak kat sini? okay, hari ni aku nak bagi resepi kek chees meleleh free je kat korang. Semalam adik aku dah try, dan sememangnya menjadi..lagi satu cheese tu kita boleh letak ikut suke hati kita..hehe..barulah syok kan? 


RESEPI KEK CHEESE MELELEH

Bahan2 :
200gram cream cheese tak kisah guna TATURA CHEESE/PHILADHEPIA CHEESE
300ml susu segar@susu cair
100gram mentega @ marjerin
100gram tepung gandum
100gram gual halus
4 biji telur saiz A
1st esen vanila
1st jus lemon (x bubuh pun xper)

cara2nya :

1. masukkan susu segar dalam periuk. masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand wisk. masukkan pula marjerin, kacau lagi sehingga cair, padamkan api dan ketepikan.
2.asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. - meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia x jatuh apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
3. didalam bekas lain yang lebih besar, pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika... ayakkan tepung sedikit semi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul - kacau menggunakan hand wisk dengan perlahan
4. akhir sekali campurkan meringue ke dalam adunan tadi dan esen vanila/jus lemon, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand wisk tapi gaul dgn perlahan2)
5. masukkan adunan kek di dalam acuan. pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek.
6. bakar pada suhu 150'c guna api ATAS BAWAH selama 1 jam @ sehingga btul2 masak dan meggunakan kaedah bain marie (loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
7. hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja
8. biarkan kek didalam loyang nmpk lekang barulah senang dikeluarkan dan dptlah tepi2 kek yg licin gitu... .
9. simpan didlm peti sejuk dulu lg enak dimakan time keknya sejuk.

Resepi cream cheese cair meleleh

250gram cream cheese
120gram susu pekat manis
50ml UHT Whipping Cream (Anchor)
*mix semua bahan diatas hingga sebati, adunan ini mmg cair

untuk hiasan :
1 buku (250gram) cheddar cheese, diparut

cara penyediaan :
1. kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keping, tuangkan cream cheese diatas kepingan pertama, lapiskan dengan kek, tuang semua baki cream cheese tadi.
2.paruttkan cheddar cheese diatas kek.


kami buat kek cheese meleleh perisa pandan...hihi


p/s: jomlah cuba, lepas ni tak payah beli mahal-mahal lagi ^__^

15 comments

24 January 2014 at 20:07

kalau buat perisa coklat mesti lagi sedap :D tapi cake cheese cepat muak kan? huhu

24 January 2014 at 20:14

nak sikit......hehehehe

24 January 2014 at 20:23

nak tapau sikit. hii

juraeni
24 January 2014 at 20:27

Boleh tak bakar kek ni tanpa menggunakan kaedah bain marie..?

24 January 2014 at 20:52

Teliur Tengok..Lapornya...

Oven Rosak Beli Di Secret Resipi Jp Lg...

http://shafiqhashim.blogspot.com/2014/01/guess-emoji-ketagihan.html

24 January 2014 at 20:59

Memang febret kita nih! Tapi biasanya beli je, tak rajin nak buat hehehee

24 January 2014 at 21:14

Dah lama tak buat kek mcm ni..cuba resepi pun x dpt..:'(

sdpnya..skrg tahu beli je..:'(

24 January 2014 at 22:29

Para wanita suka banget ya buat kek
Nice share :)

25 January 2014 at 02:16

Nak buatlah cuti tahun baru nanti...
Elaun pun maybe masuk time tu
Thank u for the resepi...hehe

25 January 2014 at 03:20

Memang leleh333 laah. Hehe

13 April 2014 at 03:02

Tak tahu pula Nabila boleh buat kek keju meleleh... sampai meleleh air liur tengok kek ini.

18 May 2014 at 16:36

Cream cheese sy pkat sgt, xcair.. apa yg xkna eh

3 August 2014 at 06:29

Mohon ambik resepi ni ye sis...tqvm 😊

24 September 2014 at 18:45

awak saya nk copy resepi tuk blog saya tau..mohon dihalalkan hehe

15 October 2014 at 02:34

Awak saya nak tanye nii, soda bikarbonat r baking powder memang takguna yer

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^