Home » » Keturunanku digelar "Wan"

Keturunanku digelar "Wan"

!Assalamualaikum!

Sebenarnya dari kecik lagi aku terfikir, kenapa didepan nama aku dan adik-adik aku yang lain ada Wan? aku pelik jugak kan, masa kecik tu..aku selalulah tanya mak aku, dan ada satu saat tu aku cakap kat mak aku, aku nak buang nama Wan kat depan tu..boleh tak? Mak aku cakap, "Ish jangan cakap camtu, nanti ayah marah"..aish..kenapa pulak ayah nak marah? ala bingung lagi aku masa tu, apa pun tak tahu..yang aku tahu, nama "wan" kat depan macam tak best..hehehe




Bila dah besar sikit, baru aku tahu..bukan keluarga aku je berketurunan wan ni..rupanya ramai lagi kawan aku yang bernama Wan kat depan..hihi..lega sikitlah masa tu. Masuk je sekolah menengah, mulalah belajar matapelajaran sejarah, owh suke beno aku subjek ni..cikgu yang ajar aku pulak sporting je..tak adalah tension macam aku belajar math dan add math..hahaha

Masa tu, cikgu sejarah aku cerita..yang masa dia di U...dia kena kaji asal-usul keturunan dia..wahhh tertarik giler aku..yela..aku pun nak tahu asal-usul keturunan aku ni haa. Cikgu aku cakap, nenek moyang dia dulu pengawal istana..wahh!!sampai boleh tahu keturunan dari zaman Hang Tuah...ko adoo??hiii

Aku pun ada tanya cikgu aku pasal keturunan Wan ni. Cikgu aku cakap, keturunan Wan ni keturunan pembesar. Masa tu barulah aku rasa macam bangga sikit dengan keturunan aku..ahahaha...tapi ada kawan-kawan aku cakap, keturunan Wan pun dari keturunan raja..aku pun tak tahulah betol ke tak..yang pasti keturunan Wan ada dia 3 buah negeri..iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah, dan aku Wan dari Terengganu.

Aku citer pasal keturunan ni bukan nak bermegah, tapi cuma jadi satu pengajaranlah bagi aku..supaya menghargai nama dan keturunan kita kan?? sejarah ni penting..sebab kita belajar dari sejarah lepas dan pengalaman bukan? Tak kisahlah keturunan apa pun, dan aku tak sendiri pun tak kisah kalau kawin dengan orang biasa yang tak ada Wan didepan...tak mati pun kan??hehehe

p/s: berminat sangat nak kaji sejarah keturunan sendiri..tapi nak wat camne, minatk kos sejarah di U tak dapat..hihi ^_^

9 comments

21 January 2014 at 05:30

saya pun ad kaji..sbb mak keturunan che wan...tpi jmpa mcm kak jumpa la...

21 January 2014 at 05:30

aip terasa la pulak :P

21 January 2014 at 05:36

Saya pulak keturunan "Che" ^^
Orang tua-tua ckp keturunan "Wan" "Che" "Nik" nie keturunan raja

21 January 2014 at 05:42

Ngeh3

21 January 2014 at 07:16

keluarga dayah ada surat salah silah keluarga ^^, asal dari keturunan raja indon..huhu..kaji pnya kaji dpt tahu yang atuk ayah adk beradk atuk mak..kira adk n abg la..best kaji keturunan sendiri ^^,

21 January 2014 at 07:48

saya pun ada dengar jugak yg wan ni keturuan pembesar/raja2 zaman dulu..saya tau ni pun sbb sya keturunan tu jugak. tapi belah nenek la. so tak turun kat ayah dgn saya. setakat nenek je ada wan..hehe

21 January 2014 at 08:06

Aku pun ada Wan tapi aku asal Johor. hahaha

21 January 2014 at 09:44

Mak Hana keturunan Wan. masa kecik-kecik dulu ade jugak tanya ayah, knp nama mak ade Wan nama Hana tak de Wan. dah besar2 baru paham. eheee :D

21 January 2014 at 19:30

dengar pun mcm tu jugak...sebab hsbnd pun wan jugak..

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^