Home » » Cara Masak Tomyam Mudah dan Sedap

Cara Masak Tomyam Mudah dan Sedap

!Assalamualaikum!

Siapa yang tak pandai masak kat sini??angkat tangan plezzz..hahaha..jangan risau dan bimbang, kali ni aku nak ajar korang cara masak tomyam mudah dan senang. Ya, aku tahu..ada antara korang semua memang dah pakar masak tomyam ni, tapi kali ni jomlah try masak tomyam dengan mudah menggunakan tomyam paste Thailand ni...aummm..sangat sedap..hihi

haa...ni dia tomyam paste bersama sos ikan nya

Korang tahu tak, kenapa kat kedai mek-mek Thailand tu sedap benorr tomyam nye??haaa sebab paste tomyam nilah. Nilah senjata utama, yang buat korang teringat-ingat tomyam kat kedai tu..hihi...ok jom kita tengok camne nak masak tomyam mudah dan sedap guna tomyam paste ni haaa:

Cara masak: 

Mula-mula korang didihkan 500ml air dalam periuk,lepas tu masukkan 3 sudu makan tomyam paste kat atas. Kacau sikit dan masukkan pula bahan-bahan yang korang nak letak seperti ayam, udang, sotong dan apa sahaja mengikut citarasa korang. Okay, lepas tu tunggu sampai mendidih dan last sekali baru masuk kan masukkan 3 sudu teh fish sauce yang dalam botol tu....dannnn bolehlah makannnn..yummmyy!!

Senang bukan??dan semestinya sedap. Sebenarnya fish source tu diletakkan dalam semua masakan Thai tau, dalam daging merah, paprik, nasi goreng dan macam-macamlah sebagai penambah perasa. Owhh satu lagi korang jangan risau, tomyam paste ni ada cop halal Thailand..insyaAllah dijamin halal ^___^.


p/s: mesti korang nak jugak kan??hihi..kalo nak boleh terus beli dengan akak yang aku beli ni kat SINI ye...jom pakat try tomyam paste ni =)

2 comments

29 January 2014 at 07:29

Tomyam mmg feverate zara ! Slalu kalo nk mkn mmg buat sdiri kat uma kalo rajin.. hahakss.. ada pula sos ikan ek. Nnti zara try tambah kat resepi.. ^^

29 January 2014 at 07:40

@Zara Nurhaidah
ye...trylah...sedap sgt2....^__^

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^