Royal Expert Produk Muka Berkesan

Assalamualaikum
Yuhuuu, mesti ramai yang dah kenal dengan produk Royal Expert ni kan?? yang dah pakai tu mesti dah tahu yang produk ni memang betol-betol berkesan kan? haa?? ada lagi yang tak kenal?? takpe2 hari ni cik biela kenalkan kat korang ye.

Haa kat atas ni produknya, packaging pun dah nampak meyakinkan kan?hihii..produk Royal Expert ni sebenarnya dah hampir 6 tahun di Malaysia ni, cuma sejak akhir-akhir ni femes memes sebab dah ramai yang cuba, konfem beli lagi sebab ternyata berkesan!! kulit jerawat ke, kulit jeragat ke, kulit berminyak ke, kulit kering macam aku ke insyaAllah memang boleh dirawat dengan menggunakan Royal Expert ni.
Tak bagus aku tak citer, aku citer ni sebab hampir 3 bulan aku guna produk ni, aku sangat puas hati. Kulit aku yang agak kering, dah lembab-lembab sikit...gebu gebas lagii uoolls.Yang best lagi jimat duit, sebab produk ni tahan sampai 3. 4 bulan jugalah.  Aishh citer banyak tapi takde bukti x guna ye dak?? so, mehla kita tengok testimoni yang berjaya guna produk Royal Expert ni.
Tengok tak muka akak tu?? jerawat ngan parut jerawat makin hilang kan?? best sangat produk ni...mula-mula aku pakai dulu rasa macam setiap kali basuh muka nak pakai, sebab wangi dan licin je muka bila pakai..aku suggest sangat kat korang yang nak kulit-kulit licin tuuu...ehhh lupa pulak nak bagitau, krim pemutih Royal Expert juga tak kurang hebatnya, siap menang krim terbaik lagi dalam pembaca magazine Natural Health ni...aishhh kalau korang tak caya lagi tak tahulah aku nak cakap camne...heee.
Dah malas nak cakap banyak...kalau korang rasa nak cuba produk yang ternyata berkesan ni bolehlah terus contact akak yang baik hati kat bawah ni ye..ingat contact akak ni, bukan aku tau...hihi..aku tukang promote aje, sebab suke giloss dengan produk Royal Expert produk muka berkesan ni..nak tengok testimoni lain boleh tengok kat blog Royal Expert dan FB pages.
FACEBOOK ROYAL EXPERT 
BLOG ROYAL EXPERT 
p/s: belum cuba belum tahu...dah cuba nanti jangan salahkan aku kalau muka korang cun melecun macam retisss...selamat mencuba ^_____^

Nafsu Itu Hilang

!Assalamualaikum!

Giler arhh tajuk malam ni, nafsu apa yang hilang tu?? cik kak cik abang mahupun cik adik..nafsu ada banyak lagi-lagilah perempuan ni..heheh..nafsu yang aku maksudkan kat sini nafsu untuk berblogging macam dulu kala. Sesiapa yang selalu singgah blog aku dulu-dulu tu taulah aku ni camne kan? setiap hari mesti ada dua tiga entry..sekarang?? sawang-sawang lelabah dah banyak kat blog aku ni haaaa...sadesss =(



Sejak bila nafsu blogging hilang? sejak banyak kerja dekat U ni haa..tahun ni pulak tahun last aku kat U, so tau-tau jelah banyak benda yang kena buat...dengan thesisnya, dengan cari duitnya, dengan suka tidurnya, dengan beraidijumanya, dengan persiapan nak kawengnya....aik???hahaha macam-macamlah senang citer, buat aku malas nak mengadap blog macam dulu.

Tapi kan, sejak dua menjak ni terpikir jugak...rasa macam rugi je kalau tinggalkan blog camtu je kan? aihh banyak jugak jasa blog kesayangan hamba ni...dengan hasilnya jugaklah aku boleh enjoy2 jugaklah duk kat U ni..so, aku dah pikir masak-masak untuk teruskan legasi Nabilabiela.com ni..hahaha *skema bebenor ayatnya*

Makanya, aku akan terus menaip..insyaAllah,,,cumanya takdelah kerap seperti dulu, kalo ada citer best aku share ye...dadada

p/s: ramai yang membenci tapi ramai juga yang menyayangi.so chilll ajooo ok?hewhew

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih


As-salam


Berita baik untuk semua kaki shopping online kerana Lazada Malaysia akan menganjurkan 1 jualan besar-besaran selama 1 hari pada 11th November 2014 dengan potongan harga sehingga 94%. 



Terdapat Flash Sale selama 1 jam untuk setiap satu kategori (12 Kategori) bermula 11 pagi hingga 11 malam! Harga rendah ditawarkan untuk semua kategori di Lazada Malaysia sepanjang Flash Sale. 

Mark your calendar and Jom Gegarkan Jualan Hebat ini dengan klik link ni : Jualan Hebat 

Any update tentang jualan besar-besaran ini sila ke Lazada Malaysia !! 

Ini adalah Blogger Giveaway Contest anjuran Lazada Malaysia dengan kerjasama Kisah Emas Putih. 11 Pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah berjumlah RM 700! Untuk sertai contest ini, sila ke blog Kisah Emas Putih dengan ke link ini : LINK CONTEST .


Tak Sedar Diri

!Assalamualaikum!

Aishhh tetibe rasa nak marah-marah aje...angin tak baik betol, rasa geram je, rasa nyampah je, rasa bersalah pun ada..macam-macam rasalah ni. Nak marah siapa sebenarnya ni biela oi?? haa nak marah diri sendiri sebenarnya ni...sebab selalu tak sedar diri yang umur dah meningkatt dan makin meningkat tapi tetap nak orang layan kite ni macam budak2 jugakk...ngok betol lah kan?hahaha *jangan salah faham tau*

Sebenarnya aku teringat yang aku pergi gunting rambut semalam, first time pergi kedai rambut ni sebab mak aku cakap murah kat tempat ni. So, pergilah aku bersama adikkuu..masuk aje tengok yang tukang gunting tu sibuk tengat potong rambut customer lain. Okay...kami pun tunggu...habis je turn customer tu tibelah turn aku dan adik aku. 




Mula-mula turn adik aku, banyak jugaklah adik aku sembang dengan tukang gunting tu...aku dengar tak dengar aje...lepas tu turn aku pulak...dari awal sampai akhir berbual dengan tukang gunting ni aku duk panggil dia akak aje...akak dan akak...dia pulak senyap tak cakap apa. Lepas je abis gunting rambut, adik aku gelak...dia cakap yang tukang gunting tu muda lagi dari aku...adesss selalulah aku ni tak sedar diri...asyik nak panggil orang lain akak je...padahal diri tu dah tua...tak sedar2 lagi. So lepas ni akan mulai praktisss bahasakan diri akak dulu pulaklah kan? hihi...tu lah baru namanya sedar diri..tak gitu?  =P


p/s; dah tua tu buatlah cara tua kan? baru sedar yang umur aku ni dah layak dapat anakkk dahhh...kihkihih

Liz Amon Button Shawl from Liz Amon Collection

!Assalamualaikum!

Nak shawl yang mudah dipakai?? yang tak payah nak guna brooch bagai?? simple tapi cantik?? elegan dan exclusive?? haa ni lah aku nak citer sikit tentang Liz Amon Button Shawl from Liz Amon Collection yang aku dapat ni. Excited sangat nak gitau korang semua yang shawl button dari Liz Amon Collection superb best dipakai dan yang penting mudah sangat nak pakai..hihi.



Uwaaaaa!! cantik sangat kan shawl button ni? janganlah menangis lagi...tak habis citer lagi ni..hehe. Shawl button plain hitam ni kita boleh pilih warna piping dia tu tau. Ada banyak warna yang menarik sbenarnya tapi aku pilih warna turcoise ni jugak sebab terlalu menarik agaknya..ihiii...eh-eh..jangan salah faham shawl button ni bukan ada yang plain aje, yang corak-corak exclusive pom adoo lah.



Boleh pakai pelbagai gaya, sangat exclusive dan yang pasti takde kat tempat lain tau...ada kat Liz Amon Collection aje..so berpadanlah dengan tagline mereka iaitu Revolutionary Hijab & Fashion Style kan?? haaa nak bagitau jugak yang tudung ni dah banyak dipasarkan di luar negara seperti Singapore,Brunei ,UK ,US dan banyak lagi. Kain yang digunakan sangat bermutu tinggi dan lembut aje tau..suka sangat-sangat sebab mudah dipakai dan tak payah nak cari brooch lagi...maklumlah si pemalas macam aku ni, nak cepat aje kejenya =P


Dah bosan pakai bawal? dah boring pakai shawl biasa aje?? dah jemu dengan tudung instant yang tak berapa nak menarik? or nak cuba sesuatu yang lain dan takde kat tempat lain?? rasanya tudung button Liz Amon lah jawapannya. Aku dah try, tengoklah muka senyum melebar je pakai shawl tantikkk sangat ni.



Ololohh camne nak pakai ni? tutorial plezzz...nahh korang boleh tekan SINI, SINI dan SINI untuk terus lihat tutorial pakai tudung Liz Amon ni ye.

Owhhh sorry sebab tempek muka aku besar-besar kali ni..hahaha...cuma nak kasi tau yang aku berpuas hati sangat dengan shawl button ni haa..tengok, takde brooch pun selain button kan? hee..so, aku tak nak lah membebel lagi..jika berminat boleh terus order di pages akak yang baik hati ni ya?

PAGES: LIZ AMON COLLECTION


P/S: sekarang shawl button plain ada promosi, buy 2 only RM120 save rm10..apa lagi...jom 
rebut!!

Adik-adik Pun Suka Jubah Ni

!Assalamualaikum!

Haloooo..aishhh lamanya tak update blog hari-hari kan? macam dulu-dulu...rindu pulak rasanya...hiii..untuk mengubat rindu ni...nak share sikitlah yang adik-adik aku pun suka jubah abaya dari leen enterprise ni..kalau aku punya jubah two-tone..adik-adik aku ni jubah plain aje...walaupun plainn warnanya sangat cantik.



Amecam?? comel je kan jubah plain ni?? macam-macam warna ada...yang adik-adik aku pakai ni warna purple, hijau dan emerald green...ermmm x caya lagi jubah ni cantik?? tengok jelahh adik-adik aku senyumm sampai ke telinga tu haaa..hihihi *mohon adik2 kesayangan jangan marah*.


okay fine!! siap tunjukk best lagiii tuuu...hhehehe

Rasanya dah banyak kali aku update pasal abaya leen enterprise ni kan?? untuk maklumat yang lebih2 lagi..korang boleh baca kat SINI dan SINI...kalau nak order abaya cecomell macam adik-adik aku pakai ni, boleh terus order dengan leen enterprise kat bawah ni ya ^_^


PAGES: LEEN ENTERPRISE (KLIK)


p/s: terima kasih buat adik2 tersayang yang comel2..hihi..nanti aku belanja eskremm okies??? =P

Tips membeli minyak wangi secara online

!Assalamualaikm!

Ramai orang lebih suka membeli barangan secara online kerana menjimatkan masa dan tenaga. Lagi-lagi bila pasaraya seperti Tesco juga menawarkan perkhidamatan penghantaran ke rumah apabila membeli barang dapur basah secara online. 
Tetapi paling membimbangkan jika barangan yang dibeli tidak seperti yang disangkakan, terutama apabila memilih minyak wangi yang sesuai. Lagipon, kita tidak dapat bau minyak wangi tersebut untuk membuat pilihan yang tepat. 

Ada beberapa tip untuk memilih minyak wangi secara online yang dapat aku kongsikan : 

1. Membuat research terlebih dahulu.

Kalau nak beli minyak wangi, make sure buat research dahulu. Sekarang ni apa-apa maklumat pon kita boleh melalui online. Kalau well-known product macam Calvin Klein, Hugo Boss or minyak wangi yang popular, tak perlu risau kualiti. Kalau product yang jarang-jarang kita dengar, boleh google and tengok forum. Ingat, kita kena tahu apa yang kita beli. Usually kalau online shopping mesti ada filter rating, korang boleh la filter rating paling tinggi and have good customer feedback.




2. Check description/Product detail

Paling penting, kita kena check jenis kandungan and berapa banyak kandungan. As a muslim, kita kena check kandungan, sebab risau takut ada bahan-bahan tertentu yang dilarang. Then kita kena check berapa banyak kandungan sebab bila dalam gambar, kita tak tahu botol tu besar or kecik, so kita depends on berapa banyak kandungan. 10 ml ke , 12 ml ke , so kita boleh teka how big that bottle.



3. Tetapkan wangian pilihan - jenis bau

Bila membeli online, pastikan membeli jenis wangian yang disukai. Contohnya kalau suka wangian yang berbau lavender, beli lavender. Jangan beli minyak wangi yang wangian yang belum pernah beli or try. Takut bila sampai barang yang dibeli, korang tak suka wangian tu then buang. Membazir. Lagi satu, beli wangian yang sesuai dengan gender.

Lazada Malaysia ada sediakan 2 kategori, iaitu wangian untuk Lelaki dan Wanita supaya senang pembeli membuat pilihan. 


4. Discount

Semua orang suka potongan harga/discount, oleh itu tiap kali beli minyak wangi, pastikan harganya berpatutan sebab different online shop mesti mempunyai harga atau diskaun yang berbeza. Pastikan kualiti bersesuaian dengan harga yang ditawarkan. Tapi, lagi banyak diskaun lagi bagus kan? kan? hehe





Jadi pastikan korang  memilih minyak wangi yang betul. Boleh survey pelbagai jenis wangi yang ada dijual di Lazada sebagai hadiah kepada yang teristimewa atau beli untuk diri sendiri. ^_^


p/s: siapa cakap lazada jual gadget je? haa korangg silap...kat laman lazada macam-macam ado...jom shopping ;)

Ini bukan batu TAPI....

!Assalamualaikum!

Wuhuuu...sekali tengok macam batu? dua kali tengok pun macam batu? tiga kali tengok pun macammm batu yang letak dalam akuarium tu kan??hehhe...kamu semua salah!!! ini bukan batu tapi coklatttt...yummyyy dapdap sangat coklat batu ni..ihiiii sorry gedik sikittt.




Ini coklat batu dari jordann..haa puan kaunselor yang tempat aku kerja ni yang bawak kan. Dia bagitau dia beli coklat batu kat jordan bulan lepas. Wahhh sepertii beliauu tahu aku ni hantu coklat...ermm cadburyy dah tak boleh makan, coklat lain tak berape suke...so coklat batu ni jadi pengubatt rinduu?? aishhh mengada pulakk aihh..hahahaha

Bila puan ni bukak aje plastik, letak dalam tupperware..aku dah siap sedia serangg tupperware tu..hehe..bukan sekali aku serang..berkali-kali weiii...sedap sangat rupanya coklat batu ni. Alhamdullilah rezeki hari ni...esok dah last aku praktikal kat politeknik ni haa.




p/s: rupanya yang comey dan berwarna-warni, ditambah pulak sedap dan ranggup buatkan aku tak sanggup jauh dari tupperware..haha..over!! sekiannn ;)

Esgesee.com Shopping Online Best!!

!Assalamualaikum!

Yuhuuu...sedang godek-godek laman shopping online best ke?? haa ni yang aku nak kasi tau korang ni. Aku baru terjumpa shopping online yang memang syok abis iaitu Esgesee.com. Kenapa best? kenapa syok?? ni yang aku nak citerkan ni..hehe

Buat peminat tshirt or top korea macam aku ni, memang sesuai sangat entry ni dengan korang sebab di Esgesee.com terdapat pelbagai tshirt korea yang cun abis wa cakap lu. Masa bukak laman Esgesee.com ni terpegun aku jap, sebab rambang mata aku tengok baju-baju yang lawa dan trendy di laman ni. Kalau aku yang kuat shopping ni rambang mata, aku tak tahulah korang pulak camne kan??

tshirt belang2 yang aku berkenan..hihi (ehemm RM24 )

Mata aku ni haa alergik beno tengok tshirt korea comel-comel, semua aku rasa nak beli. Bila tengok di Esgesee.com terdapat banyak pilihan, melekat sejam dua jam gak aku depan laptop, semata-mata duk usha-usha laman ni. Apa yang menarik bagi aku di Esgesee.com ni, semua barang dia ready stock...sekali lagi diulang ready stock ye. So, korang tak perlulah tunggu berminggu-minggu untuk tshirt comel korang sampai ke rumah kiorang...dalam dua ke tiga hari dah sampai ke rumah korang, kot-kot sehari je dah sampai...wahhh memang best kan Esgesee.com ni??

Dari tadi lagi aku duk sibuk cakap pasal tshirt korea je kan? sebenarnya ada banyak lagi yang terdapat di laman Esgesee.com ni. Ada seluar, blouse labuh, kemeja, yang dalam-dalam pun adooo..hihi. Semuanya cantik, trendy, dan korang pun boleh pilih tshirt yang longgar2 tau. Bukan semua ketat ye, tapi korang kenalah pandai pilih ;)

blouse yang superbb lawa bagi aku ( RM25 JEEEE!!! hahaha )

jaket jeans yang buat aku menjerit jap...hahaha (RM43 je weiii)

Owh lupe, bagi mereka yang nak cari pendapatan lebih, Esgesee.com pun ade menyediakan sistem dropship. Haa, jadi korang bolehlah menjual tshirt-tshirt korea jugak...insyaAllah yang berusaha mesti akan dapat hasilnya. Bagi peniaga yang nak beli borong pun amat dialu-alu kan di Esgesee.com, banyak beli banyaklah korang dapat diskaun..hiii.

Aku malas nak cakap banyak, yang pasti bagi aku Esgesee.com memang shopping online best!! Dengan service yang pantas dan cekap, dan apa yang paling penting murah!! kebanyakkan produknya tak sampai RM30..insyaAllah aku jamin korang mesti berpuas hati. So, apa lagi...jomlah shoppingg uollsss.

Beraya Dengan Jubah Abaya Leen

!Assalamualaikum!

Rasanya belom terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin kan? yela, raya baru dua miggu..belom sebulan lagi..hihi. Okaylah, kali ni aku nak citer yang raya baru ni aku berjubah abaya leen ni haa...wahhh sangat puas hati sebab akak leen ni gitau yang aku pakai ni design baru dari pages dia...alhamdullilah, boleh jugak aku pakai raya jubah ni.

gambar sedekit blurr...sorry yaa..hehe


Mula-mula dapat jubah ni sangat excited sebab warna dan designnya yang sangat cun!! pink hitam waa cakap luuu..rare sangat kan?? so, bila dah dapat terus bukak instagram cari tudung warna pink hitam jugak..alhamdullilah akhirnya penemuan berakhir bila jumpa shawl ala-ala rose gituhh. 

Apa yang aku lagi hepi ialah bila pakai jubah ni rasa macam slimm sikit aku nihh, padahal berat semakin melambung..maybe sebab designnya yang kecik diatas dan kembang dibawah  like princess2 tapi masih loggar bila dipakai sangat memuaskan hati aku ni. Bukan senang nak cari jubah abaya yang design like dress camni kan??




Pusing sini, pusing sana...sampai adik aku cakap aku macam berlagak je masa pakai jubah abaya ni..hahaha..tapi aku tak kisah diorang cakap apa..janji aku hepyy dan suke sesangat jubah abaya ni...so kalau korang nak jugak baiklah cepat-cepat gi tempah sekarang..nak saiz kecik ke, besar ke, pluss pluss pluss size pom adooo...jom!!!




p/s: thanks sesangat buat kak leen untuk jubah yang sentiasa menjadi kegemaran hambaa..hihihi


Terlalu Lama

!Assalamualaikum!

Owhhh janggalnya!janggalnya! ganjanya!! ganjanya?? hahaha...haa tengok akibat terlalu lama tinggalkan blog, nak menaip pom dah ke laut. Ermm apabila di kira-kira dekat 5 minggu jugak blog ni sepi, sebenarnya aku bukak aje blog ni tapi disebabkan tekanan exam yang melampau-lampau, blog kesayangan jadi mangsanya.


me when not in mood....owhhh maybe???kihkihkih


Ramai jugak yang tanya, dah tak berblogging lagi ke?? senyap je? sunyi je?? aishhh wahai mak jemah sekelian, bukan tak nak menaip..bukan merajuk...bukan dah tak minat, cume bila setiap kali bukak blog, mood tak ada sebab pikir terlalu banyak benda lain nak dibuat...wuhuuuu

Habis tu bulan puasa ni kenapa tak update blog jugak?? ini disebabkan sibuk dengan jual-jual online dan satu lagi nak berhoneymoonlah kejap bila dah abis exam kan? kan? mohonnlah difahami isi hatiii sekali dengan pedal ku ini...hahaha *entah pape*

Aku tak nak berjanji lagi akan update blog tiap hari, cuma insyaAllah dalam seminggu ada aje yang aku nak share dengan korang semua macam dulu-dulu tu. Nak blogwalking, nak main komen-komen dengan korang semualah wahai blogger..hihi


p/s: lepas-lepas ni kalau takde citer, aku menaip dari hati takpe kan? kan? 


Kurung Kerawang Raya

!Assalamualaikum!

Aip...aip...dah beli baju kurung raya belom?? haa bagi yang belom tu, sesuai sangatlah korang baca entry aku pasal kurung kerawang raya ni haa. Sekarang ni semua orang nak beli yang dah siap je kan? yela, sekarang ni dahla kain mahal..upah orang jahit pun sama mahal dengan kain....so, baiklah korang beli yang dah siap aje..hehe..betol tak?

Okay kali ni nak citer sikit pasal kurung kerawang yang lawa-lawa seperti kat bawah ni. Kurung kerawang mewah dan berkualiti memang jadi pilihan para gadis, mahupun makcik-makcik kan? oppss datin pom suka okay!!hehe..malas nk membebel ke hujung duniaaa...mohla usha-usah jap nohh.









Wahhhh banyak pilihan kan?? semua warna pun ada ni. Tema baju raya warna apa tahun ni??? mehlah beli untuk satu family, harga borong lagi murah ye gadis-gadis sekelian..hihi. Haa bagi yang memang berminat giloss dengan kurung-kurung kerawang ni bolehlah PM salah satu cara di bawah ni ya.


PAGES: BAJU CANTIK DAN MURAH
SMS/ WHSSAP: 0145224180

p/s: yang berminat tu cepat-cepat PM..sebab takut habis stok karangg..kempunan pulak aihh..hehe

Pergi Fun Fair Tapi....

!Assalamualaikum!

Dah lama aku nak pergi fun fair, tapi selalu je tak kesampaian...wuhuuu..memang sadess kalau sesuatu yang kita nak sangat tu tak dapat kan? so, tadi lepas pergi pasar malam, aku gedik-gedik ajak kawan aku pergi fun fair..tak kira nak pergi jugak!! *okay selalu ikut kepala aku ajee..hiii*

gambar google ya...tak sempat aihh nak ambek gambo bagai tadi..hiii


Sebelum nak pergi tu, bukan main pikir nak naik tu lah, nak naik nilah...hoohoho..macam-macam aku rasa nak main. Tapi masuk je fun fair, barulah terpikir.."alamak,,pakai skirt camne nak main benda pusing-pusing kan??"...kalau naik jugak...err dosa free jelah aku dapat...huu..so, tu lah motifnya aku nak citer pada malam buta ni...pergi fun fair tapi tak mainnn apa pun.

Walaupun tak main, aku dan kawan aku balik dengan rasa penat...penat sebab tengok orang main kata kawan aku...hihi. Yelah, tengok orang jerit sana...jerit sini...aishhh kita pun rasa bedebar sekalik...walaupun tak main..aku puas hati, sebab akhirnya hajatku kesampaian ;)


p/s: bila dah lama tak menaip ni rasa janggal pom adooo.. =P

Bermula Dari Bawah Balik

!Assalamualaikum!

Hayyyaaa...dah lama ku tinggalkan blog hinggakan aku tak sedar yang aku ni ada blog ke sebenarnya?? sejak akhir-akhir ni memang sedikit lupa daratan, tidow..makan...tidow makan...okay tu je aktiviti harian before exam ni...lepas tensionlah kunuuunnn..hihi



So, now...proudly? sadly? hepily? or regretly?? to say yang aku kena bermula dari bawah balik..uhuuuu..memang susah, tapi kena trylah kan? *sorry sebab broken englishh yang "ly" tadi tu*..hehe..sekarang hidup untuk makan dan tidow kena diubah kepada hidup untuk blog..blog untuk hidup..haa gitteww kan?

Sejujurnya aku tak tahu nak taip apa untuk entry kali ni, cuma nak gitau keazaman aku yang kuat untuk taip entry kembali setiap hari...insyaAllah. Doakan yang baik-baik aje ya untuk cik biela yang comey sokmo ni untuk menaip lagi dan lagi.

Nak tahu kenapa aku relax je tak taip entry seminggu?? sebab ego sangat tengok pagesview maintain 2K sehari, sampai lupa yang ranking alexa pun kena jaga...uhuuu..tak guna PV 10K sehari pun tapi tak taip entry sehari ranking ko akan turun punyer, tak caye?? tirulah macam saya ni haaa...waaaa...memang kena bermula dari bawah balik!!!


p/s: aku ni janji kosong aje kan?? okayy kali ni ciyess aku nak backup balik blog kesayangan ni haaa.

Kain Cotton Vietnam Murah!!

!Assalamualaikum!
Aku yakin dan pasti, peminat kain cotton vietnam mesti cepat-cepat bukak link entry kali ni pasal kain cotton vietnam murah kan?? Ye, aku faham walaupun raya lagi dua bulan lagi tapi nak tempah baju raya kena awal-awal..betol tak? so, entry kali ni aku nak perkenalkan pages FB yang menjual kain cotton vietnam yang aku rasa sangat murah berbanding dengan yang lain.

Sejujurnya aku ni pun salah seorang peminat kain cotton vietnam ni..kenapa? sebab kainnya lembut, tak mudah kedut dan yang paling best senang nak gosok! hehe, biasalah student macam aku ni nak selalu nak cepat aje pergi kelas, lagi satu corak kain cotton vietnam ni sangat cun dan lawa. Aihh boleh kata dari budak-budak, anak dara macam aku sampai kan ke makcik-makcik dan nenek-nenek lah suka kain cotton vietnam ni..hehe..over?? inilah hakikat wahaii pembaca blogku sekelian..hahaha

Aipp jangan salah faham, tak semestinya murah tak cantik dan tak original. Pages kain cotton vietnam aku citer ni memang konfem original ya. Sebab ownernya yang baik hati dah siap bagi aku dua pasang kain ni..hehe..so siapa tak grab tu memang rugi sesangat..sebab coraknya sangat cantik dan yang penting murah!! sebelum kita citer bab harga meh cuci mata jap tengok antara koleksi yang terdapat di pages QZ collection ni ya.






Amecam?? tergodalah lettew...hahaha..kenapa dari tadi aku duk ulang-ulang kain cotton vietnam ni murah?? sebab di pages QZ collection ni, kain cotton vietnam ni hanya RM45 sahaja sepasang! okay, aku ulang sekali lagi hanya RM45 satu ye!! kalau korang beli banyak or borong boleh lagi murah-murah. 

Ada banyak jenis lagi kain yang ada, ada yang japaness cotton, plain cotton, english cotton dan banyak lagilah. Jika korang berminat dan nak tengok lebih banyak lagi koleksi lain dari pages QZ collection ni, boleh terus contact mereka salah satu cara dibawah ya??


PAGES FB : QZ COLLECTION ( KLIK )
SMS/ WHSSAP: 01123257013

p/s: nak beli borong boleh, nak beli satu-satu boleh...aihh mane nak cari lagi kain cotton vietnam serendah RM45 kan?? hihi...jom order laju-laju jom.


Handsocks Cantik Dan Simple

!Assalamualaikum!
Ada peminat handsocks simple-mimple tak kat sini??hehe..sebab hari Cik biela yang dah lama tak menaip ni nak cerita sikitlah handsocks cantik dan simple yang Cik biela baru dapat ni. Handsocks simple tapi comel ni namanya handsocks Mini Mina. Kenapa mini? kenapa simple? kenapa cantik? haa nilah yang terangkan ni, konfem peminat handsocks tertariklah..hii



Nama pun handsocks Mini Mina kan? so, handsocks ni tak panjang sangat macam korang beli kat kedai tu, handsock ni okay2 je pakai kat lengan tu. Yang aku paling suka tentang handsocks ni sebab panjang dia bawah daripada siku kita, jadi takdelah kita rasa rimas kalau atas siku kan? sebab aku ni kalau pakai handsocks biasa yang kita beli kat kedai tu, konfem memang aku lipat sikit biar bawah dari siku..huhu..so, handsocks ni memang sesuai sangat orang macam aku ni.

Lagipun koranggg, kain handsocks ni lembut bukan main. Sangat selesa dan kadang-kadang tak rasa pun yang kita ni pakai handsocks rupanya..hehe. Buat yang baru nak belajar pakai handsocks tu, aku 100% suggestkan korang try handsocks Mini Mina ni, tak rugi..malah aku rasa korang akan beli lagi..bahahaha..sangat cantik dan simple.

this handsocks is comeyyy..believe me...hihi

Pergi kelas, pakai handsock ni..ramai yang tanya beli mana? "cantiklah handsocks awak", "comel lah", "nak jugak!!" wahh memang semua tertarik benor dengan handsocks aku pakai. Harga?? sangat murah..hanya RM6 sepasang untuk handsocks handmade ni!! So sesiapa yang berminat tu, meh kita tengok warna handsocks yang ada dulu ye, lepas tu boleh terus order dengan akak yang bagi aku handsocks ni okay?




Amecam? banyak warna yang cantik lagi comel kan? warna candy pun adoo..so, sesiapa yang berminat boleh PM salah satu cara dibawah ya? :

PAGES: Jubah muslimah moden & gorgeous dress
SMS/ VIBER/ WHSSAP: 012-5833479  (Puan Shadayani)


p/s: akak ni gitau, handsocks diorang laku macam goreng pisang, so apa lagi?? jom tutup aurat dengan cantik sama-sama..ihiii ^___^

Buatlah Apa Yang Kamu Suka

!Assalamualaikum!

Bila bercakap pasal kerjaya, still lagi manusia yang seusia aku ni kompiuss nak jadi apa ya bila dah habis belajar nanti? walaupun dah terang benderang aku ni ambek kos kaunseling, kalau ikut logik mesti jadi kaunselorlah kan?? tapi...tapiiii....minat tu tetap swinggg aje..hehe



Dulu aku pikir, bila kita dah ambek kos tu...kita mesti dan kena jadi apa yang kita ambek kat U, tapi sekarang bukan macam dulu. Kenapa?? cuba korang tengok, orang-orang yang berjaya kat dunia ni bekerja dengan kos dia ambek di U ke?? kena ambek kos yang hebat-hebat ke?? owhh silap...sebenarnya orang yang berjaya kat dunia ni bila dia buat apa yang dia suka..malah ada yang tak bersekolah pun boleh berjaya!

Jadi sekarang, jangan kompius lagi...walaupun korang ambek kos medik ke, engenieering ke, business ke, kos kaunseling macam aku ke, malah yang tak habis sekolah ke, buatlah apa yang kamu suka....sebab bila kita buat apa yang kita suka, kita tak kan pernah kenal erti penat untuk berjaya.


p/s: ehemm, sebenarnya aku ni banyak sangat cita-cita...tu lah asyik pening aje, tapi sekarang tak lagi ^____^

Sandle Jelly Glitter Murah!

!Assalamualaikum!

Sekarang ni musimm orang pakai sandle jelly kan? Bukan orang-orangg lain aje, aku pun ada satu, patotlah ramai yang suka, selesa sangat kot bila pakai..hihi..suke sangat. Warna-warna yang memikat hati, ditambah pulak dengan tinggi sandle yang sweet-sweet aje..owhh memang perfect!!

Kalau dulu sandle jelly yang biasa-biasa aje kan? sekarang dah upgrade pulak kepada sandle jelly glitter. Makin cantik, makin cun dan yang paling best sandle jelly ni super comfortt uolls...kite tak tipu tau..tau...aihhh gedikkk kan bermula =P


Haa amecam? mengancamm kan?haha..sangat cantik tau. Suka sangat dengan design glitter ni...berape kali ntah cakap suke ni..hehe. Sebenarnya takde niat nak membebel malam-malam ni, cukuplahh cuma nak gitau yang sandle jelly ni memang superbb best.




Pilihan warna yang pelbagai seperti diatas, dan buat kita rasa nak beli semua..betol tak wahaii kawan 
perempuanku sekelian? So, sesiapa yang berkenan dengan sandle gilitter blink blink ni...boleh order seperti dibawah ya?? jom shopping!!

CARA ORDER

PM PAGES: Baju cantik dan murah (klik)


p/s: silalah order ya,owh lupa...kasut ni ada saiz dari 5 hingga 9 okay ^_^


Apakah Ciri-ciri Blogger Terkenal?

!Assalamualaikum!

Hangittt lagi tengik sikitlah topik malam ni, bukan ape...cuma aku terfikir apakah ciri-ciri blogger yang boleh kita gelarkan dia blogger terkenal?? adakah kerana rupanya? penulisannya? keotaiiiannya? kecantikan blognya?? atau gosip peribadi yang di up olehnya sendiri??

Haa..camne? korang rasa kenapa kita gelarkan seseorang tu blogger terkenal? "Alahh semua orang cakap dia blogger terkenal, so ikut jelah".."dia blogger yang cantik dan hensem, konfemlah terkenal"..."ramai blogger kenal dia sebab dia blogger lama..terkenal lah kot dia ni'.....sebab-sebab ni ke yang korang fikir????owhhh semestinya tidak!

okay...ni blogger terkenal pilihan hati..Fatin Liyanaku..hehe


Bagi aku, ciri-ciri blogger terkenal ialah bila kita tahu ramai yang cakap dia terkenal, dan kita pergi sendiri ke blognya..baca sendiri apa yang ditulisnya...dan bila kita tengok penulisan blognya bagus sesuai dengan niche blognya, itulah blogger yang terkenal sebenarnya. Maybe tak dikenali ramai, tapi ramai pembaca setianya..yang selalu menunggu apa yang akan diupdatenya.

Tapi...tapii..tapi...nak bergosip sikitlah...ehehehe..aku tengok blogger sekarang banyak yang mencari populariti murahan..buat entri yang bukan-bukan nak up kan blog sendiri...bukan setakat blogger malah orang biasa pun ada yang camtu kan??? bak kata adik aku..nak terkenal ni senang aje..bunuh orang terus masuk paper kan???hahaha

Point penting aku nak gitau kat sini, terkenal dengan cara mana tu yang penting. Terkenal dengan cara betol or salah? Ada blogger yang tak nak terkenal pun, tapi sebab satu citer gempak pasal peribadinya, terus dia jadi terkenal...errr so jangan jeles-jeles...rezeki masing-masing..hehe..


p/s: lepas habis baca entry, mesti ramai yang terfikir camne nak jadi terkenal cepat kan? termasuklah si penaipp entry ni sekalik..kihkih

Angka Yang Ditunggu

!Assalamualaikum!
Bukan nak berbangga mahupun menunjuk, sebab aku teramat yakin yang ramai lagi blogger lain dah mencapai angka yang dituggu oleh aku sekian lame ni..hehe. Alhamdullilah, tercapai jugak angka ni di blog aku...angka apakah???




Haa angka pageviews kat atas tulah...hehe. Akhirnya sampai jugak PV sejuta..lama kot aku tunggu dan tunggu. Dulu mula-mula berblog update 3 entry sehari untuk kejar pageviews ni, tapi sekarang dua tiga hari baru ada satu entry, sebab kemalasan dan kesibukan yang melampau-lampau..hihi.

Minggu ni, nilah pertama kali aku update entry, macam aku cakap tadilah, bukan tak nak update tapi masa selalu aje tak mengizinkan. Bila ada masa pulak, aku lepaskan tension dengan main game...haa macam tu lah setiap hari bila aku banyak kerja...bloggg selalu diabaikan T_T.

Tapi..tapi...sekarang dah tak boleh nak buat-buat malas or main game...sebab aku dah pasang iklan adsense di blog aku ni haa. Baru je pasang dua tiga hari, alhamdullilah...ni semua bantuan kawan blogger aku tuuuu..so, kalau rajin-rajin tu..mohon klik iklan-iklan di blog aku ni ye, nanti aku belanja aiskrim okay?? =P

p/s: pageviews berjuta-juta tak semestinya bagus, tapi bila pageviews bertamabah..semangat berblog tu semakin bercambahhhh ^_^

Laman Alexa Dah Berubah Wajah

!Assalamualaikum!

Walaupom sejak dua menjak ni aku malas benor nak taip entry serta blogwalking ke blog uools semua, tapi aku tak kan miss satu benda, iaitu cek ranking alexa blog aku kat laman Alexa.com. Sebelum ni alexa suruh update laman dia yang baru, aku buat tak tahu je...tetibe hari ni tengok-tengok dah bertukar wajah  laman alexa ni ye.



Nampak macam kelasss jekan? hihi..korang suka yang dulu or yang sekarang? bagi aku tak kisahlah yang mana pom lebih lawa, asalkan ranking aku baik. Ni laman alexa dah berubah wajah, ranking blog aku pun berubah wajah....adesss, makin baik takpe...ni makin buruk aku tengok.....T_T

Camnilah akibatnya bile malas taip entry dan malas nak blogwalking....semuanya hancuss. Kena start dari mula baliklah nampak gayanya. Tapi alhamdullilahlah, aku tengok PV aku makin baik hari demi hari...yang banyak lekat kat google...ihikkk..thanks a lot mr. google ku.


p/s: entry pendek bila mood tengahhh swinggg ni..jangan  mareee nahhh 

Seronok Cerita Bab Kawin

!Assalamualaikum!

"Weii ko nak kawin bila?", "Kawin nanti nak pakai baju warna apa?", " Nak kawin dengan orang mana?", "Nak kawin umur berapa"...wahhh seronok benor bila citer bab kawin kan? kalau duk sembang dengan kawan 3, 4 jam pun takpe..bab kesukaan orang muda mudi macam aku yang belom kawin ni haaa..kihkih.



Bohongglah sesiapa yang tak pernah cerita bab kawin dengan kawan-kawan, sebab tak silap aku lah tak terkira berapa kali aku sembang bab ni dengan kawan-kawan aku..bahahaha. Best dan syok benor berangan sambil sembang, "aku nak kawin umur 25 lepas dapat kerja, hantaran kawin takyah lah mahal-mahai...kereta ferrari sebijik pun dah lepas", and bla...bla..bla...sampailah hati rasa sepuas-puasnya bercerita...hihihi.

Ada yang tak mahu kawin lagi, pasangan beriya-iya ajak kawin...ada yang dah tak boleh nak tahan dah...nak kawin sangat-sangat dah ni...pasangan pulak tak nak kawin lagi, ada jugak yang tak mahu kawin langsung! Alahaiiii nilah lumrah hidup, so harap yang dah tak sabar kawin bawak-bawaklah bersabar..hahaha..bagi aku pulak, aku okay je bila-bila pun...asalkan kita yakin jodoh kita ada..insyaAllah semuanya akan okay!

Teringat pulak profesor aku gitau, kalau kita nak sesuatu dalam hidup kita tu cepat menjadik...cuba rancang awal-awal apa yang kita nak dalam hidup kita. Macam aku, aku dah taip siap-siap dalam note hanset aku apa aku nak dalam hidup, kalau korang nak tulis dalam kertas pun boleh..insyaAllah apa yang kita nak dan rancang tu akan menjadi...amin.

p/s: buat bakal si jantung hati, mohon banyak bersabar sebab banyak lagi impian aku tak lepas sebelum kawin ni haa...siapakah? siapakah? shuhhh awak yang baca tu je tau..krikkrikkkk...

Bukan Tak Nak Komen Tapi.....

!Assalamualaikum!

Sebenarnya aku nak share satu benda ni.....khas buat kawan-kawan blogger yang aku kenal or tak kenal..errr macam suspend je kan?? aku ni suka jugak pergi blogwalking, tapi part yang paling aku tak suke bila bukak blog yang loadingnya lama teramat..baru ingat nak komen, tapi tak jadi..and then tanpa segan silu terus aje aku pangkah..uhuhuk...so nak membebel sikitla malam ni..boleh?hahaha




Kalau nak tahu, blogger-blogger lain pun bukan tak nak komen tapi bila loadingnya berat sangat dan makan masa, jadi tak syoklah nak blogwalking kan? So, cara yang mudah...korang yang rasa blog berat sikit tu bolehlah buang widget yang tak perlu.

Apa widget yang tak perlu dalam blog?? Bagi aku, widget tak perlu ialah seperti salji-malji bertaburan, lagu-lagu yang kadang-kadang buat aku terkejut, blink-blink yang teramat, iklan yang superb banyak dan pelbagai lagi. Tapi yang aku sebut tu memang tak perlu kot..hee...bagi aku lah.

Dulu aku suka jugak pasang macam-macam widget tu, tapi sekarang baru sedor...yang orang masuk blog kita bukan nak tengok sangat benda-benda tu, yang paling utama diorang nak tengok apa yang tulis aje...tak percaya cube tengok blog fatin liyana, yuyu zulaikha, ben ashaari..adoo ke semua tu?? takde kan?hee..so buang ajelah adik, abang dan akak-akak sekelian...blog simple tapi power lebih berkualiti tau..tau..so gunalah blog wordpress *tibe-tibe..macamlah aku guna blog WP*..kihkih

p/s: camnilah gaya si blogger yang tiada modal nak bercerita, semua nak dikomennya...owhh mak jemahh betoiilah =P

Hambek Kau Nak Sangat!

!Assalamualaikum!

Kerungsingan tahap dewa bila aku balik kampung ni adik-adik, mak ayah, saudara-mara serta sepupu sepapa cakap aku makin berisi! adess..tu lah, dulu bukan main lagi aku nak gemuk sangat kan?? nahhh hambek kau nak sangat bielaa oiii T_T

Memanglah tak gemuk gedempol, tapi takut jugak kan? so, duk rumah sekarang...aku kawal makan aku. Kalau ambek nasi tu, letak sikit je...aishhh baru aku tahu bertapa susah orang nak diet ni kan? dulu aku sedap mulut je nak makan ape..sampai boleh telan 3 pinggan nasi sehari!!



Masa kurus tu tak mahu bersyukur, bila berisi ni barulah nak jaga...manusia..manusia..manusia...owhhhhh. So, sekarang aku dah sedikit insaf..hehe. Hari ni baru try bersenam sikit, pastu tengok kat dapur ade teh herbalife bapak aku punyer, aku bancuh jugak..nak try..mane tau boleh turun KG aku ni haa..hehe..kalau ok baru boleh beli sendirik punyer pulak kan?

p/s: hari ni, menu utama aku sayur air aje...stress jugak diet buat si pemakan tegar macam aku ni yeee


Tempat Shopping Online Best

!Assalamualaikum!

Secara jujurnya, aku memang suka shopping. Tapi kalau pergi window shopping, aku jarang sangat nak beli, tapi kalau dari online, semua aku rasa nak beli..hehe.  Hari ni, aku nak share dengan korang tempat shopping online best yang biasa aku beli. Kenapa best?? Konfemlah sebab cantik..dan yang paling penting murah!!

Tempat shopping online best yang aku cakap ni ialah dia pages Hazanis fashion. Kenal tak blogger hazanis yang comey-comey tu? dialah pemilik pages Hazanis fashion ni. Dialah yang jadi model, dialah yang jual, dia jugak ownernya..hihihi.


Kat atas tu, fishtail yang latest aku beli dengan akak Hazanis ni. Alhamdullilah, semua baju yang aku beli dengan akak anis ni aku suke. Bajunya yang limited dan cantik..buat aku tertarikk seribu juta kali untuk beli..lagi satu, akak Hazanis baik sangat-sangat dengan kawan blogger..tu yang sayang lebeyy tu =P




Baju kat atas ni pulak, peplum dan skirt corak paisley. Baju yang labuh dan loggar ni, memang selesa betol dipakaii. Keluar jalan-jalan aku pakai baju ni, pergi kenduri kawin pun baju ni...nak cakapnya, pergi semua tempat pun sesuai. Dah tiga pasang baju yang aku beli dengan akak Hazanis..semuanya aku suke.

Jadi bagi korang yang tengah cari tempat shopping online best, Hazanis fashion jawapan yang tepat! Baju yang cantik dengan harga berpatutan, beserta service yang cepat...konfem korang akan puas hati. So, apa lagi...jom serbu pages Hazanis fashion sekarang!




p/s: bajunya cantik, service terbaik, ownernya pun baik..lalalalala (bukan bodek okay)

Pesta Buku Besar Di The Mines

!Assalamualaikum!

Seperti aku janjikan dua hari lepas yang aku nak citer aku pergi pesta buku kan? okay, sorry sebab baru boleh tunaikan janji pada hari ni..hii..semalam sibuk kemainn..ke sana ke mari. Buat kali pertamanya aku jejak kan kaki ke pesta buku yang besar di The Mines camni, "Big bad box sale" namanya. Macam-macam buku ada, semuanya murah dan ada buku serendah RM1!! 


Macam tak percaya, semua buku dilelong pada harga RM3. Buku besar ke, kecik ke..majoritinya RM3! ohoiii murahnya..tapi kan...tapi kan...yang banyaknya English book lah..haha..nak cari buku Melayu tu ada, tapi tak banyak T_T.

Dalam paksa rela, aku tetap ringankan tangan pilih buku walaupun ianya berbahasa English..haha..nampak tak keterpaksaan kat situ? Tapi sesiapa yang memang nak mantapkan bahasa English wajib datang sini okay?? Macam-macam buku, novel, buku masakan ada tau! Rambang mata aku pilih buku.


Mulanya aku heran jugak, kenapa pesta buku ni nama dia "Big bad box sale"?? kenapa ada nama kotak pulak kan? hurmm..takpe-takpe, malas nak tanya kawan lagi masa tu. Abis je beli buku semua, kiteorang sampai lagi satu kawasan yang banyak sangat buku dan orangnya ramai jugak berebut buku. Semua orang ada satu kotak di tangan mereka, semuanya sibuk duk pilih buku letak dalam kotak. Masa tu baru tahu kenapa pesta buku ni ada nama kotak..hahaha.

Habis dalam seratus baucer buku aku beli buku. Mula giatkan diri beli buku fixi dan lejen jugak. Tu lah cepat je baucer abis..hihi. Dari tak suke bace buku, jadi tersuka pulak dengan buku-buku keluaran diorang..kihkih..nanti aku review buku pulak ye..dadada.




p/s: owhhh lupa nak gitau, pesta buku ni habis esok tau..so yang free-free tu bolehlah pergi ke The Mines Serdang ya..mohla habiskan baucer buku..hewww
Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^