Pageviews Entry Ini Mencecah 30 Ribu!

!Assalamualaikum!

Pageviews Entry Ini Mencecah 30 Ribu!


Wahh pageviews entry 30 ribu?? mesti ada yang cakap "ala 30 ribu je, bukan berjuta pun kan", tapi bagi aku 30 ribu untuk satu entry tu memang dah banyaklah, lagi-lagilah blog peribadi macam aku ni kan..hee..paling aku suka bila entry 30 ribu ni bukan kerana entry lucah, bukan juga entry berunsur fitnah, apa lagi entry gosip artis yang tak sudah. Entry 30 ribu yang berada di blog aku ni, hanya entry biasa yang berunsur perasaan semata-mata.

Sebenarnya keyword entry melekat kat google, tu lah setiap hari ade je view untuk entry ni. Memang gembiralah juga kan. Kalau keyword dalam entry melekat kat google, tak payahlah nak update entry setiap hari kan? alangkah bestnya kalau setiap entry tu melekat je keyword dia kat google..hehe..goyang kaki jelah jawabnya.

Dari tadi cerita pasal entry 30 ribu ni kan, linknya tak bagi-bagi pun? Adess, sabar-sabar..nak bagilah ni..hihi..korang mesti terkejut kalau aku bagitau entry gambar-gambar sedih ni entry 30 ribu yang aku maksudkan. Dahla tak banyak pun tulis, gambar-gambar je yang banyak aku tepek dalam entry tu.

ENTRY 30 RIBU---->> SINI

Macam mana?biasa je kan? dan setiap hari pageviews untuk entry tu menaik..hee..rasa seronok pulak kalau pandai main dengan keyword ni. Blogger-blogger otai tolonglah ajar aku main keyword dan SEO ni, mesti best!!!wuu..teringin sangat nak belajar benda-benda ni semua =)

p/s: ranking alexa semakin naik dan naik, ni lah akibat jarang update entry..wuuu

Alhamdullilah Dapat Tawaran Handle Contest Grand

!Assalamualaikum!

Dah lama rasanya blog aku ni sunyi dengan segmen grand macam dulu-dulu kan? Alhamdullilah baru-baru ni ade sebuah laman web baru meningkat naik iaitu  www.reddelima.com menawarkan aku untuk handle contest yang disponsor oleh mereka sendiri dan apa yang aku terkejut, barang yang disponsor mereka hampir bernilai RM5000!!

nampak tak RM5000 tu??hehe


Alhamdullilah, syukur tak terkata jugaklah aku ni walaupun hanya menjadi penganjur contest grand ni nanti. Apa yang menarik banner segmen ni nanti akan disewakan di blog lyssa faizurien dan blog fyna. Wah!wah! bestkan? insyaAllah akan dapat sambutan. Korang nak tengok tak senarai hadiahnya?? segmen ni nanti ada dua kategori tau, meh tengok tngok meh.

Kategori Pertama
===============
Telekung x 3
Beg x 3
Selendang/Pashmina x 3
T-Shirt x 10 
Select 1 item dari laman web www.reddelima.com unutk Kategori 'Sleepwear.'
Select 1 item dari www.reddelima.com untuk Kategori 'Officewear'. 
Select 1 item dari www.reddelima.com untuk Kategori beg.
Select 1 item from www.reddelima.com untuk Kategori 'Accessories'.
Select 1 item from www.reddelima.com untuk Kategori Scarf.

Kategori Kedua
===============
Percutian 3 hari 2 malam di Pulau Satang, Kuching, Sarawak (Pulau Persendirian) untuk 6 paks (tidak termasuk kos penerbangan).
Sila rujuk https://www.facebook.com/pages/Satang-Island/148250631916611 untuk keterangan lanjut mengenai Pulau Satang.
 
+ : 'Facelift' untuk Web/blog/facebook
+ : 5 Artikel daripada penulisartikelmalaysia.com
+ : Iklan daripada 'Sponsor' untuk 3 months sebanyak RM300. 
1x 'Facelift' untuk Web/blog/facebook.
+ 3 Artikel 
+ Iklan untuk 1 bulan di blogfyna.com
1x 3 Artikel + iklan di lyssasecret.com
Telekung x 5
Beg x 5
Selendang x 5
T-Shirt x 5

Amacam? menggoda tak hadiahnya? siap ada tiket percutian lagi tau. Tak sabar jugak nak handle contest ni nanti. Segmen ni dijangka akan dilancarkan pada 15 Oktober nanti *cepat-cepat simpan tarikh ni* hehe. Aku harap semuanya akan berjalan lancar nanti..insyaAllah.

Apa yang best jugak, sebagai penganjur aku juga dapat hadiah..hehe..mereka menyuruh aku memilih dua hadiah yang aku nak di dalam senarai hadiah diatas..nak tiket percutian pun boleh katanya..tapi aku nak pergi dengan siapa kalau ambek tiket kan??huu..aku ingat nak ambil telekung dengan beg yang comel je..hihi.

p/s: harap korang semua sudi join contest ni nanti ya..rugi tau tak join!!
 

Terkini! Portal Radio Muzik Baru : 2crank.com.my

!Assalamualaikum!

2Crank adalah sebuah syarikat portal muzik yang bertujuan mencari bakat-bakat baru seperti band dan pemuzik bebas. Mereka juga menyediakan platform untuk bakat-bakat baru yang boleh membantu bakat-bakat baru untuk dikenali dan ditemui dalam industri muzik. Memberi tumpuan khusus kepada muzik dan bakat diri mereka dengan menjumlahkan pakej penuh video muzik dan album untuk bakat-bakat baru. Sebaliknya, bakat-bakat baru mempunyai peluang untuk mendapatkan melalui kesatuan dan sistem kedudukan melalui platform media sosial
 
Hari Malaysia Band Fest 2013

Hari Malaysia Band Fest 2013 adalah 7-hari acara rock-and-roll-kepala terhantuk dianjurkan oleh 2Crank mempamerkan band tempatan Malaysia bersama-sama dengan 1Malaysia. MDBF 2013 akan menampilkan indie tempatan yang berlainan dan band penutup bagi setiap hari acara antara pada 5 - 15 September 2013. Selain meraikan dan membawa kumpulan band Malaysia bersama-sama, MDBF 2013 juga bertujuan untuk menggalakkan akan datang baru dan kumpulan-kumpulan yang berbakat, dan memberi mereka kesedaran dan pendedahan yang mereka perlukan.

Terkini! Portal radio muzik baru : 2crank.com.my




 Acara ini akan diadakan di sekitar kawasan Lembah Klang, serta Melaka dan Pulau Pinang. Lokasi dan Scedules Band peristiwa adalah seperti berikut:

MDBF 2013-Tempat dan band jadual prestasi (SEMAKAN)
Pancaragam di mengikut masa slot:

5/9 - Studio Lounge, TCM
PC - Kimia / Amrita Soon / Instake
Pra-acara
8:00 - Kimia
845pm - Instake
9:00 - Kimia
945pm - Kimia

6/9 - Perpustakaan, Midvalley
8:00 - Kimia
845pm - The Endleaves
9:00 - Kimia
945pm - Kimia

7/9 - Perpustakaan, Melaka
8:00 - antara bintang
845pm - Faan
9:00 - antara bintang
945pm - antara bintang


7/9 - Studio Lounge, TCM
8:00 - Kimia
845pm - Mencapai For The Skies
9:00 - Kimia
945pm - Kimia

8/9 - Perpustakaan, Midvalley
8:00 - Kimia
845pm - Stalker Djezna ini
9:00 - Kimia
945pm - Kimia

12/9 - Studio Lounge, TCM
8:00 - Kimia
845pm - Rock N Roll John
9:00 - Kimia
945pm - Kimia

13/9 - Perpustakaan, Pulau Pinang
8:00 - Kimia
845pm - mentereng
9:00 - Kimia
945pm - Kimia

15/9 - Event Finale, Studio Lounge, TCM
Band Indie slot. 5 minit setup pada & off pentas, 20 minit prestasi
2pm - Pushpapura
230pm - Prema Yin
3:00 - Instake
330pm - Faan
4:00 - Cats In Love
430pm - Shaneil Devaser
5:00 - Round Robin
530pm - Stalker Djezna ini
6:00 - Rock N Roll John
630pm - Mencapai For The Skies
7pm - Bob The Sausage
730pm - Wanted Symphony

Meliputi slot Band. 30 minit prestasi, selang 15 minit
815pm - 845pm: antara bintang
9:00 - 930pm: Fiezzta
945pm - 1015pm: Rock n Rolla
1030pm - 11pm: Kimia
1115pm - 1145pm: Ambil 5

Hari Malaysia Band Fest 2013 adalah 7- hari acara rock-and- roll- kepala terhantuk dianjurkan oleh 2Crank mempamerkan band tempatan Malaysia bersama-sama dengan 1Malaysia. MDBF 2013 akan menampilkan indie tempatan yang berlainan dan band penutup bagi setiap hari acara antara pada 5 - 15 September 2013.

Kenapa perlu join 2crank?
 2crank merupakan satu-satunya portal muzik yang mencari bakat-bakat baru di Malaysia yang akan menaikkan lagi industri muzik di negara kita.

Bukan itu sahaja, 2crank juga sedang mencari bakat baru yang mengikut peredaran muzik terkini dan amat sesuai bagi remaja diluar sana.

Jadi, apa lagi yang ditunggu? jomlah serlahkan bakat anda kepada 2crank!!

FOLLOW-->> FACEBOOK
FOLLOW-->> TWITTER
FOLLOW-->> YOUTUBE





Nak Sambung Master Atau Tidak?

!Assalamualaikum!

Ehemm degree belom abis, dah nak cakap pasal master ye?tak salah kan kalau kita nak rancang masa depan kita??haa ni lah yang nak citer ni..tadi cakap dengan mak kat handphone..citernya camni:

Aku: Mak..ila rasa nak sambung masterlah nanti, kejap je master..setahun setengah je.
Mak: Sambung jelah..okay jugak.
Aku: memanglah okay, tapi nak kawin umur berape ya mak?
Mak: Amboi..dah pikir kawin??
Aku: Errrr...(gelak)



Haaa...camne??kalau sambung master nak kawin bila?nak kerja pulak bila?umur semakin meningkat...wuuu..tapi ramai je yang akan cakap, kawin jelah masa belajar kan?apa salahnya kan?kalau ikut hati aku, okay je..tapi tak tahulah pulak family macam mana..hehehe

Kalau nak sambung master, insyaAllah lah aku akan sambung family counselling..kalau tak sambung, kompemlah keje terus dengan ijazah ni haa. Kalau tak, kawin jelah anak dato' mana-mana kan?kan?hahaha...nak sambung PHD terus pun tak apa*al-maklum suami tanggung*

Banyaknya kalau? insyaAllah..kita hanya merangcang, sebaik-baik perangcang hanyalah Dia. 

p/s: dalam masa terdekat ni aku akan buat segmen yang grand, nantikan ye ^__^

Jom Menang RM600 Bersama "Kontes Review Klinik Cinta"

!Assalamualaikum!


Hello!! rasanya dah lama aku tak buat segmen kan?kan? okay, kali ni ada berita baik untuk korang semua tapi kali ni bukan segmen aku tau..tapi segmen dari blog klinik cinta...kontest ni memang giler awesome.!! lebih RM600 yang bakal dimenangi oleh korang semua..banyak kan?? 

Otai SEO or suka mengayat jiwang-jiwang??silalah join...hee...tapi tak semestinya yang pandai main keyword je yang boleh join, semua blogger boleh join sebab kalau tak join nanti, jangan jeles pulak tengok orang lain dapat duit ye*aku pesan awal-awal ni* hewhew

Eh duk menung apa lagi tu??jomlah join Kontes Review Klinik Cinta ni...aku tahu korang kan banyak idea nak review blog orang kan?kan? ala..tak kan lah nak review blog cinta ni pun susah??hee..jomlah join..ruginya kalau tak joinnnn ^___^

JOIN KAT SINI --->>> Kontes Review Klinik Cinta

Gambar Comel Yang Membuat Anda Tersenyum

!Assalamualaikum!

Sejak akhir-akhir ni rasa nak tulis entry pasal cinta ajer...ehemmm..tapi hari ni bukan nak membebel panjang, cuma nak share dengan korang gambar-gambar comel jari bercinta ni haa....sangat comel okay!! rasa mcam nak gigit-gigit je...bahahaha

ololoh bahagianya
untuk saya ke??terima kasih awak =P

hai cinta

saya gembira bila awak ade ;)

comel je kita kan??
Haaa aku kompem korang tengah senyum tu...hamboii...ingat kat siapalah tu kan...heee..sebenarnya aku suka gile gambar-gambar camni..macam aku cakap tadilah..rasa macam nak gigit je...nasib baik itu jari orang...hewhew

p/s: bahagia je tengok jari comel ni..kita bilalah pulak nak bahagia ye..hehe*mood gatai*

BERITA BAIK BUAT BLOGGER!!!

!Assalamualaikum!



Haa..suspend je kan entry hari ni?okay..ini memang berita baik buat blogger yang sedang belajar di UPM serdang, UITM Shah Alam dan UIA gombak!!! Apa yang berita baiknya?? nilah nak citer ni ^__^

Sempena Vaksinasi HPV ada agen  akan adakan road show utk bagi vaksinasi percuma di kampus korang. Untuk uitm 16oct, utk UPM 30oct, utk UIA 23oct..  program ni program kebajikan daripada kerajaan so untuk setiap blog post tu, RM50. 

RM50 akan dibayar kepada setiap blogger yang membuat entry pasal Vaksinasi HPV ni...tapi hanya untuk blogger dari UITM Shah Alam, UPM serdang dan UIA Gombak je tau...haa best kan??banyak jugak tu RM50..hee..

Aku ditugaskan untuk mencari sesiapa yang nak buat entry ini...bukan free ye...akan dibayar RM50 untuk setiap entry...haa...jika korang yang belajar UITM, UIA dan UPM berminat..boleh PM aku segera kat pages atau FB aku...atau boleh terus tinggalkan email korang di kotak komen, nanti details akan dihantar ke email korang....senang kan??ajaklah semua kawan-kawan korang yang blogger jugak...LAGI RAMAI LAGI BAGUS...jomlah buat duit..hihi

PM AKU DI PAGES kat sini ----->>> https://www.facebook.com/pages/Nabila-biela-blogspot/273844176055064

p/s: untuk blogger lain..aku minta maaf ye..sebab sponsor hanya mencari blogger UIA, UPM dan UITM Shah Alam sahaja...huu..sowi 

Cinta Bukan Hanya Menerima

!Assalamualaikum!

Ketika sedang asyik dalam perhubungan,
Kau sering bertanya kepadaku,
Adakah aku mencintaimu,
Aku hanya mendiamkan diri,
Kerna susah bagiku untuk mencintai,
Seorang lelaki yang masih bukan mahramku.

Disaat itu aku mula mencari,
Apa itu cinta sejati,
Pelbagai dugaan yang aku tempuhi,
Ibarat menguji,
Sejauh manakah tekadku ini.

Dirimu masih disitu,
Setia menunggu cintaku,
Sedangkan aku masih begitu,
Masih dengan prinsipku,
Hebatnya ujian ini, hanya Dia yang tahu.

Kini ku menyedari,
Cinta bukan hanya menerima,
Tapi ia juga memberi,
NAMUN,
Sehebat mana pun cinta duniawi,
Tak kan dapat menandingi cinta Illahi.

p/s: dah lame tak tulis sajak oiii..kalau ade ayat yang tak masuk tu.diam-diam jelah yer..hihihi ;)

WANITA INI PENIPU!!

!Assalamualaikum!

Adoi...tak habis-habis dengan kes peniaga online yang tipu kan?ni ade satu kes lagi wanita yang berniaga online di Facebook. Aku dengar-dengar dia dah ramai tipu peniaga lain dan jugak customer dia..malah dia akan block FB customer dia selepas pembayaran dibuat.

Maklumat ni aku dapat dari rakan FB yang lain:



Nampak tak?? facebook perempuan ni bernama Bella Mode..dia menjual baju dan dress dengan harga yang sangat murah!! kalo tengok kat FB dia...kompem kita nak beli..almaklumlah murah..siapa tak nak kan??tapi rupa-rupanya dia ni penipu hebakkk..dah ramai yang kena kencing dengan perempuan penipu ni haa.

Menurut maklumat akak ni lagi...perempuan ni bernama Nurul Ain..aku harap korang semua silalah berhati-hati dengan wanita ini ye..kat bawah ni link facebook wanita ini..SILA BERHATI-HATI!

WANITA INI PENIPU
https://www.facebook.com/bella.mode.18

p/s: kalau nak berniga biarlah ikhlas...tak nak kena tipu??bolehlah beli baju cantik dan murah dengan aku yer..hehe ^__^

T-SHIRT I ❤ BLOGGING GIVEAWAY!

!Assalamualaikum!





Klik Banner
Bermula 16 September - 23 September 2013


Tips Cantik Macam Siti Nurhaliza

!Assalamualaikum!

Hamboii...tajuk bukan main kan...haha..*haruslah*..kehkeh...tak kan nak comey sorang-sorang kan?okay, hari ni nak citer tips cantik macam dato' Siti Nurhaliza. Rasanya dah ramai yang tahu yang siti dah keluarkan produk beliau sendiri kan? ala...dalam TV tu...Simplysiti namanya.

Dulu aku pernah citer yang aku pakai Alaisyah, memang produk Alaisyah ni best tapi bila lama-lama pakai, kulit aku jadi menggelupas..dahla kulit aku ni kering..plus pulak dengan gelupas...mana boleh tahan kan??walaupom gelupas halus je...tapi nampak kot bila tepek bedak...wuuu,,tapi produk Alaisyah ni sesuai sangat dengan orang kulit berminyak plus jerawat...*sesiapa yang nak putih tu boleh bace entry aku pasal Alaisyah kat SINI ye =)*

Sekarang kita tinggalkan citer produk Alaisyah tu, dan beralih ke produk Simplysiti pulak..yuhuu...mula-mula tengok TV pasal produk Simplysiti, tak terasa nak beli pom sebab aku pikir produk ni mahal..hihi...tapi bila aku dengar citer kulit kawan adik aku jadi semakin cantik dan licin guna Simplysiti, aku tekad,,nak beli jugak Simplysiti nihhh...*suka tiru-tiru orang..haha*

Tanpa buang masa..aku terus ajak adik aku ke giant untuk beli produk Simpysiti ni haa. Sebenarnya produk SimplySiti ade 3 jenis tak silap aku..tapi aku ambek yang jenis Dermagic...dan memang magic uoollsss!!!


tadaaa...RM69.90...ade 3 benda kat dalam..krim muka, toner dan pencuci muka

Tanggapan aku terhadap produk Simplysiti memang salah, yelah...selama ni bukan main pikir mahal..rupanya...amat berpatutan...tapi korang pandailah beli yang bonus pack yang aku beli kat atas tu..kalo beli satu-satu memang mahal sikitlah..hewhew...tapi takpelah..sebab produk ni made in korea yew :P

Produk dermagic memang betol-betol berkesan bagi kulit kering macam aku ni...dua hari je aku pakai, kulit aku dah tak kering..lembab jee tau!!betol..aku tak tipu...bukan tu je...pori-pori kat muka aku ni pom macam dah makin kecik...yeeppiii..memang bestlah guna dermagic ni haa...banyak lagi kelebihan dermagic..tapi yang paling jelasss...muka lembab, freshhh dan gebusss sentiasa ;)

Sebenarnyakan...aku baru pakai produk ni seminggu..tapi tangan ni gatal-gatal nak bagitau semua orang yang produk Simplysiti ni best...eh-eh jap..bagi kulit yang berminyak dan jerawat..jangan gatal-gatal pakai set dermagic macam aku ni..sebab set ni untuk lembabkan kulit muka...tapi ada lagi dua set yang lain untuk muka yang berminyak dan jerawat..trylah usha-usha kat kedai yer ^____^

p/s: nak tengok kulit muka aku??tunggulah sebulan dua pakai produk ni ye...nanti aku tepek gambar muka aku besaq2..hahaha





Rindu!!!

!Assalamualaikum!


Hai..hai...hai...rasenya dah berkurun aku tinggalkan blog aku ni haa...adoiii..rindu bangattt woooo...korang semua camne??sihat??aku?alhamdullilah semuanya sihat belake*dah tubik bahase kucar-kacir*hiii....sebenarnya ade 4 benda aku rindu tentang blog ni..benda tu ialah...jeng...jeng...jeng..

BLOGWALKING
Ciyess..aku rindu nak blogwalking kat blog korang semua...tapi apa kan daya...masa dan mood aku tak tentu arah sejak dua-menjak ni...aku mintak maaf banyak-banyak..kalo ikutkan hati..nak je pergi jenguk blog korang tiap-tiap saat, minit dan jam*okay fine!! sangat over!!*..haha

SEGMEN
Owhh benda ni pom aku rindu...nak buat segmen hebak-hebak dan best-best..biar korang semua hepy sebab dapat hadiah kan??aku pulak dapat penat sebab kena update nama peserta semua...haha...(gurau je okay)...serious aku rinduu...huuu

ENTRY
Update entry setiap hari...kadang-kadang sampai 5 entry sehari...woww...tu semua citer lama...sekarang habukk pun tak dak..huu...mulai hari ni aku betol-betol berazam akan update entry setiap hari...insyaAllah...korang doakan yer ;)

KOMEN
Yang ni memang aku betol-betol rindu...rindu nak tengok komen korang semua..dan berbalas komen kat blog korang jugak...tersangat-sangat rindu!!! plezzzlah percaya...bahahahaha*cepat2 komen nohhh :P*

p/s: akan kurawat rindu ini dengan menaip entry tiap-tiap..sila jangan muntah bila bacer entry aku lepas ni ye...hewhewhew

Buat Duit Online Dengan Cara Mudah!!

!Assalamualaikum!

Wah..wah...sedikit ciyess dan excited tajuk hari ni kan. Okay, memang ciyes..dan bukan main-main tau. Uuuools perasan tak, kita ni selalu online kat FB mahupun twitter setiap hari kan? tapi kita tak pernah terfikir macam mana nak dapatkan income dari internet ni dengan cara yang mudah sekali, kejenya korang just shared iklan dan apabila kawan-kawan korang klik iklan korang, korang akan dapat duit!!!

Kejap-kejap...ni bukan skim cepat kaya tau, tapi ni ialah 8shared. Rasanya dah ramai blogger yang mendaftar 8shared untuk dapatkan income sampingan. Hampir setengah tahun jugak aku dalam 8shared ni tapi baru 3 bulan aktif shared2 iklan diorang dan alhamdullilah dah 3 kali cashout 8shared.

ni baru sikit yer..ade yang dah otai..dah cashout beribuuu raban ;)

Haa camne??excited tak nak buat duit jugak??tapi aku ni kira newbie lagilah dalam 8 shared ni, ada yang dah otai lagi bayak dari ni lagi yang diorang dah dapat tau..jeles kite :P..hee...setiap kali duit kita dah dapat RM50 dalam akaun 8shared, kita bolehlah cashout..sorang yang klik iklan kita..kita akan dapat 20 sen tau..sikit??meh kita belajar mengira jap..hihi

SEHARI= 20sen X 30 org klik = RM6
RM6 X 30 hari = RM 180

Yang aku kira tu untuk 30 orang je klik, cuba bayangkan kalau 100 orang klik dalam masa sehari???haa banyak kan??ala...dari korang meroyann kat FB tanpa dapat faedahh, baik korang shared iklan, dapat jugak sikit income kan??duk depan laptop je pom...dan yang paling penting DAFTAR FREE okay!!hewhew


ni akaun aku punyer...nak cukupkan rm100, baru nak cahsout..hihi...tak sabooo

Rasanya dah banyak aku citer pasal 8shared ni haa...jika korang pun nak buat duit jugak macam aku dan baratus ribu lagi pengguna 8shared, korang bolehlah daftar dahulu..jom buat duit online dengan cara mudahhh ^___^

DAFTAR 8SHARED = KLIK SINI


P/s: jika korang ade masalah untuk daftar atau ingin tahu cara untuk shared iklan di FB mahupun twitter, bolehlah terus PM aku kat FB aku yer..*jangan malu2*






Datuk Seri Najib Razak Akan Berlakon Drama??

!Assalamualaikum!

Eh2 ni bukan main-main..ni ciyess punyer citer...tadi terbaca dalam FB yang PM kita Datuk seri Najib akan berlakon dalam drama khas kemerdekaan bertajuk 'Ikrar Pewira' hasil tulisan Nizuan Hanaffi.

Drama ni mengenai peristiwa berdarah Lahad datu. Man raja lawak pom turut berlakon dalam drama ni. Haa engat senang PM nak berlakon drama??heee..Pm negara kita je tauu..PM negara lain tak pastilah ade ke tak..kehkeh



Menurut Nizuan lagi...PM melakonkan wataknya dengan sekali pusingan sahaja, tanpa ulangan. Haa hebakkk kan :P

p/s: aku tau..korang mesti xsabar nak tengok kan?kan?hahaha

Ciri-ciri Lelaki Yang Digilai Wanita

!Assalamualaikum!


Rasenya dalam google atau FB banyak yang dah citer pasal ciri-ciri lelaki yang digilai wanita kan?? tapi ciri-ciri yang aku nak citer ni ciri-ciri versi Melayu okay!! dan yang paling penting ciri-ciri ni aku pikir sendiri..hewhew

  • Lelaki ini akan buat kamu tersenyum ketika kamu sedih
  • Bagi remote control semasa dia bermain game..eh?hee
  • Kelakar ketika denganmu TAPI tahu bila ingin serious
  • Selalu tolong orang lain (baik hati)
  • Hargai kamu sesangat
  • Sanggup drive 5 jam semata-mata nak jumpa kamu
  • Menyanyi untukmu walaupom tak sedap..hihi
  • Tenung kamu lelama..
  • Senyum sokmo!
  • Tak hensem pom takpe..asal manis tu ade ;)
  • Selalu sabar denganmu walaupun hatinya sakit
  • Berkelakuan "cute" bila inginkan sesuatu
  • Kol kamu TANPA sebab

Inilah ciri-ciri lelaki yang digilai ramai wanita Melayu...oppss..betol atau tidak?cubalah tanya wanita-wanita diluar sana. Aku tulis ni bukan main hentam je, pikir logik jugakkklah weiii..bahahaha..tapi ade satu aku yang tertinggal...THIS PERFECT GUY NOT CHANGE HIS BEHAVIOUR ALTHOUGHT AFTER MARRIED ;)

p/s: untunglahh sesape yang dah ade lelaki camni...jeless tau :P
Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^