Nyaris Nak Marah Orang!!

!Assalamualaikum!

maaf..gambo terlalu over..hihi

Aku mengaku, hari ni memang emosi aku tak stabil, semua orang aku rasa nak marah..semuanya gara-gara result semester ni. Result aku turun dari semester lepas. Biasanya setiap sem result naik, tapi semester ni turun plak aihh..tapi aku masih bersyukurlah sebab semuanya lulus T____T

Disebabkan result ni jugak..aku nyaris nak marah customer aku hari ni. Lepas dia bank in kat aku, dia tunjuk resit yang dah diprint...memang peliklah aku tengok..aku ingat dia tipu aku, sebab aku cek kat history tak ade pom RM100 yang dia cakap dia dah bank in tu. Rupa-rupanya aku ni yang bongok, sebab cek kat history sy aku transfer kat orang, bukan yang orang transfer kat aku..adoiyaaa..*nampak tak sikap marah ni membuat maut??hihi*

Nasib baik aku tak maki hamun lagi customer tu, cume tanya balik untuk kepastian...dan aku tak segan-segan mintak maaf balik ngan dia...yela...sebab salah aku yang terlepas pandang dan cuai...ciyes..hari ni memang mood kelauttt..semuanya tak kena!!!

Bila difikirkan balik, takde guna aku marah-marah dan sedih-sedih kan?? result aku tu dah setimpal dengan apa yang aku buat semester lepas*banyaknya tidow je*..camnelah nak naik kan??heee...tapi tak apelah..insyaAllah akan cuba lagi semester depan..chayok2 =)

Ayat quran dari surah Ibrahim ni buat aku lebih lagi bersyukur..terima kasih ya Allah ^___^

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Surah Ibrahim:7)

p/s: dah...aku nak tinggalkan citer hari ni dengan mkan aiskrim dulu...daaaa :P 

SUBHANAALLAH! TUBUH LELAKI INI BERCAHAYA


SUBHANAALLAH...susuk tubuh seorang lelaki bercahaya,
Di laman YouTube, satu video yang melihatkan susuk tubuh seorang lelaki bercahaya yang sedang mendengar khutbah Jumaat dalam Masjid Nabawi tersebar meluas.

Dalam video itu, menampakkan hanya seorang lelaki sahaja sangat bercahaya ketika khusyuk mendengar.
Subhanallah! Itu adalah tanda kebesaran Tuhan. Sekiranya cahaya itu adalah cahaya matahari, boleh dikatakan agak mustahil kerana hanya lelaki itu sahaja yang terkena cahaya.

Sekiranya di edit, wallahu’alam.
Kiranya benar di edit, hebat juga manusia yang melakukan kerja seperti itu.

p/s: Apa-apa pun, semua yang berlaku di muka bumi ini adalah kebesaram dam kekuasaan dari Tuhan, Allah S.W.T.

Aku Gembira Bila "Dia" Gembira

!Assalamualaikum!

Aduh..aduh..rindu betol kat blog yang ni..err..mane blog WP??dah kelaut...hee*nantilah aku citer ye*..malam ni aku nak citer yang aku tersangat gembira hari ni...owhh uuoolss mesti nak tahu kan?okay2 nak citerlah ni.

Korang semua dah sedia maklum yang aku daah ade pages shopping sendiri kan?*kalo tak tahu, buat2 tahu jelah*hihi...sebenarnya aku gembira bila customer aku gembira bila tengok dress yang sampai ke rumah diorang tu cantik..dan diorang berpuas hati dengan baju-baju yang aku jual...alhamdullilah...aku pom turut hepylah!!

Ni antara komen2 yang diberikan oleh customer yang pernah membeli dress di pages aku:
nice sangat katenye..thanks ieda =)

canti sangat2!!woww...hehe

Haa..amecam?tergoda tak dengan komen-komen customer aku dengan baju-baju aku jual??hihi...tergodalah tuh...okay..jangan cakap banyak lagi..mehla usha-usha baju cantik dan murah kat pages aku..konfemmm berbaloiiii ;)

MY ONLINE SHOP


p/s: aku takdelah ambik untung banyak sangat, apa yang penting benda kita jual orang suka dan next time beli lagi..insyaAllah ^____^

Aku Semakin Teruk!!

!Assalamualaikum!

Err dah lama jugak rasanya tak update blog nie..rasa janggal pom ade ni..hihi..tapi takpe..aku hentam sajelah yer...wuuu..aku semakin teruk yer??terok apa??teruklah...3 hari sekali baru nak update blog, apa kes kan??kalau dulu tu setiap hari ade jer citer kan?kan?

Maaf ya semua, bukan aku tak nak update blog macam dulu, tapi banyak sangat projek sejak akhir-akhir ni..al-maklumlah aku dah mula berjinak menjual on9 ni..alhamdullilah..bolehlah buat belanja*tak kan nak mintak duit dengan mak lagi kan??*





Ya, aku mengaku aku dah jarang blogwalking ke blog korang kan?BW pom jarang, apatah lagi untuk komen kan??maaf..maaf,,maaf..aku memang tak sempat nak buat semua tu lagi..huu..tapi insyaAllah akan slow2 blogwalking dan komen sekali ya??

Prestasi blog pun makin merosot hari demi hari...fuhhh memang kena backup baliklah ni..hehe..sowi, aku betol2 tak ada modal nak tulis nihh..pape pom..selamat hari raya lah yer :P

errr..motipp??sajelah nak tayang gigi...hihi..camat hari raya =)


p/s: bagi gurlzz yang suka shopping dress, bolehlah usha-usha pages baru aku yer...kat SINI..jom2 =)

Belum Terlambat?

!Assalamualaikum!

Alhamdullilah,,hari ni dah hari kelima kita menyambut bulan syawal kan??err..belum terlambat kot kalo aku nak ucapkan selamat hari raya??hehe..bukan tak nak ucap awal-awal..tapi disebabkan banyak hal sebelum-sebelum ni sampai tak sempat nak berucap ucap ni haaa.

Kalo sebelum raya aku sibok duk keje kat kedai tudung tuh...sampai malam raya pukul 2 malam baru balik rumah..huu...lepas raya ni pulak aku sibok duk pergi rumah terbuka saudara mara..semua makanan aku rembat...sampai berat aku naik sampai 6 kg!!!wuuu..memang dasyat..selera makan bertambah-tambah sejak dua menjak ni.


berat dah naik 6kg..masih ley terseyum??wuhuhuhu


Rasanya dah dekat seminggu aku tak update blog..memang pemalas tahap ape dah aku ni..PV turun mendadak...ranking alexa pom semakin merosot..owhh memang tak leh dibiarkan ni..nanti bersawang mawanglah blog aku ni haa kalo aku biar camtu je kan?kan?*silalah bagi nasihat kat aku yang semakin malas ni..T__T*

Ya aku tahu, hari dah hari raya kelima..tapi tapi tapi..aku tetap nak ucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin...aku rasa banyak jugak salah aku sepanjang aku berblogging ni..maafkan ya..salah mengumapat ke..mengata ke, mengutok ke...maaf..maaf..maaf..mulut ni haa tak ada innsurans sikit :p

BELUM TERLAMBAT KAN??



p/s: aippp..bacer je??nak duit rayer??hihihi

Inilah Kembar Aku Versi Doodle!!

!Assalamualaikum!

Aku rasa dah ramai yang tengok kembar aku kat FB..hee..tapi ramai yang tak tahu siapa yang lukiskan doodle tu kan?kan? okay, ni nak citer nihh..hihi

Disebabkan aku tengok ramai blogger yang ade doodle sendiri, terasa nak ada doodle versi aku sendiri. Aku nak doodle tu seiras muka aku dan yang paling penting kat doodle tu ada nama aku, yela ramai sangat pencurikk sekarang ni kan..jadi aku mengambil langkah berhati-hati..wuu

Pelukis doodle aku yang comel tuh ialah Alieff..comey sungguh doodle-doodle yang dilukisnya..jadi aku tak segan-silu untuk menempah doodle aku dengan dia..harganya berpatutan dan yang paling penting aku puas hati dengan doodle yang dilukis..doodle tu aku tengok macam muka aku jew..hehe

Yup, doodle ni aku beli ye..bukan free tau! jadi jangan gatal-gatal tangan edit or guna kembar aku versi doodle tu ye*amaran keras yang tak berapa keras..hihi* ..dah lama bercerita panjang, mananye kembar versi kembar aku ni??hee..tengoklah puas-puas kat bawah ni...sama tak?sama tak?




Adik bongsu aku cakap, "yela, macam muka kak ila, kan kak ila muka tembam dah sekarang" errr adik aku ni nak cakap same pom boleh mengata aku lagi...*tapi budak-budak tak pandai menipu kan?huhu*..ye..ciyess muka aku semakin tembammm!!huhu

p/s: nak jugak ye??pergi tempah dengan alieff kat FB dia kat SINI..=)
Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^