Simple Giveaway by Nina & Hani


Assalamualaikum , Alhamdulillah akhirnya terlaksana juga nak adakan Giveaway yang simple tetapi hadiah yang lumayan . Semoga GA ini berjalan dengan lancar dan semua dijemput untuk join . GA kali ini 2 blogger berkolabrasi bersama . Diyana Hani dan Mazelina Zaini .
Syarat-syarat :
  1. Follow Blog Mazelina , Diyana Hani  &  Sponsor (diperiksa)
  2. Buat Entry bertajuk Simple Giveaway By Nina dan Hani
  3. Copy coding entry yang telah disediakan dan pastekan di ruangan HTML & publish
  4. Like -->
  5. Klik Sini ---> Tolong Jujur  LINK 1  ---> LINK 2
  6. Letakkan URL Entry GA di ruangan komen Diyana Hani sahaja*

credit: Kak Mia Liana


Hadiah yang bakal dimenangi ialah :






  1. 3 Top Referral daripada blog MAZELINA & 3 Top Referral dari blog Diyana Hani - TSHIRT Running Man
  2. Seorang Pemenang bertuah dengan blog yang Cantik , Kemas , Menarik akan memenangi 1 Blouse Tribal & 1 Button
  3. 24 Orang Pemenang Cabutan Bertuah akan memenangi Tshirt Running Man
  4. Hadiah Saguhati kepada 4 orang blogger 

Jumlah hadiah : 34 Hadiah ^^

Syarat yang senang kan ? Jom Promote dan menjadi Top Referral . Hadiah tentu akan menjadi milik anda !

Pastekan URL GA hanya di entry Diyana Hani !


p/s: jom join ramai-ramai..baju running man kot...ehehe

Kembar Amy Search Dijumpai!

!Assalamualaikum!

Siapa tak kenal penyanyi terkenal Amy Search ni kan? Uishh terkejut jugak terbaca dalam FB tadi..rupanya Amy Search pun ada kembarlah. Siapakah kembarnya itu?? Dia ialah  Padzushah Damodaran..bukan kembar sangat pun, cuma muka dia mirip sangat dangan Amy.

mirip kan?kan?kan?

p/s: hee..aku rasa citer ni dah lama kot, tapi aku ketinggalan sikit..baru tau...hehe..korang layan jelah ye=)

Serius! Budak Ini Seronok Diraba??

!Assalamualaikum!


Budak ini dengan beraninya menyatakan yang dia suka apabila boyfriend dia meraba dia! siap boleh cakap lain kali nak buat lagi...bila benda luar biasa menjadi biasa..aib sendiri pun nak bagitau semua orang..kalau boleh seluruh dunia.

p/s: mari sama-sama doakan agar budak ni berubah*manusia memang tak semua sempurna tapi manusia mampu untuk berubah jadi lebih baik*

BELI MAIXARA C-SENTIAL DENGAN HARGA MURAH!!

!Assalamualaikum!


Produk Maixara c-sential ni dah dikenali ramai terutamanya dikalangan wanita-wanita yang ingin memiliki kulit yang putih, gebu dan cantik. Banyak kelebihan jika menggunakan produk ni kerana produk tidak memberi kesan sampingan malah kesannya dapat dilihat dengan cepat. Kenapa perlu memilih Maixara??

KELEBIHAN YANG TERDAPAT DALAM 1 TABLET @ 1 BOTOL MAIXARA C-SENTIAL :

- Mengandungi kandungan 1000mg vitamin c 
- Mengandungi kandungan 9000mg (Glutathione + Collagen + ekstrak strawberry) 
- Mengandungi kolagen sisik ikan talapia (antara collagen yang terbaik) 
- Mengandungi gluta yang boleh mencerahkan kulit 
- Mengandungi ekstrak strawberi
- Lebih Kuantiti daripada SUPPLEMENT lain iaitu 60 Tablet
- Lebih JIMAT kerana boleh digunakan selama 2 bulan

ANDA JUGA TIDAK PERLU RISAU KERANA :

- MAIXARA C-SENTIAL boleh dihisap atau dikunyah macam gula-gula
- MAIXARA C-SENTIAL mudah dihadam kerana ianya adalah tablet bukan kapsul. 

MAIXARA C-SENTIAL ADALAH :

- Produk keluaran bumiputera Islam
- Dijamin halal dan selamat
- Tidak mengandungi gelatin
- Selamat untuk wanita mengandung dan menyusukan bayi
- Pengilang berstatus GMP
- Terbukti berkesan
- Sesuai diambil lelaki dan wanita 

KELEBIHAN / FUNGSI BAGI YANG MENGAMALKAN MAIXARA C-SENTIAL: 

- Berkesan mencerahkan kulit wajah dan badan secara sekata, licin, gebu, berseri.
- Mengekalkan kelembapan kulit
- Menghilangkan bintik2 hitam
- Memudarkan jeragat dan lingkaran gelap di bawah mata.
- Merawat penyakit kulit seperti bisul, ekzema, dermatitis, batuk serta demam selesema.
- Membasmi bakteria jerawat dan merawat parut.
- Anti penuaan dan anti oksida - Membantu mengurangkan masalah sinus/resdung dan alahan
- Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal 
- Mengekalkan kesihatan gusi & gigi 
- Menaikkan semula kulit wajah, payudara dan punggung yang jatuh - Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain 

ANTARA TESTIMONI YANG DAH BERJAYA





Macam mana??teruja? berminat nak cuba??jangan risau...saya ada jual produk ni dengan harga yang murah khas bagi pembaca blog aku ni...harga pasaran RM99...tapi saya hanya menjualnya dengan harga RM85!! berbezakan?? Sesiapa yang berminat bolehlah terus PM saya di FB kat SINI.

p/s: beli banyak lagi murah...cepat-cepat sebelum habis stok^__^

Pageviews Entry Ini Mencecah 20 Ribu!

!Assalamualaikum!

Engat tak lagi entry aku pasal "entry biasa tapi pageviews luar biasa" hari tu?? aku ade nyatakan ada sebuah entry aku yang terkena keyword ayat-ayat cinta sedih ni..hee..mase hari tu baru 12 ribu..sekarang entry tu dan mencecah 23547 ribu!

Apa yang menghairankan aku, entry tu entry yang biasa sahaja..dan yang banyaknya aku letak gambar..tak caye??cer tengok entry yang mencecah 20 ribu ni haa..tekan SINI..biase je kan entrynya? dan entry tu sebenarnya entry yang dah lama..aku tak ping kat mana-mana pun selain kat blog ni.

Tak ada benda yang paling hepy selain dari keyword melekat kat google...hee..tak payah buat entry setiap hari..mesti ade je orang jenguk blog. Bestnye kalau setiap entry tuh keywordnye melekat di google...fuhhh.kena belajar lagi ni.

p/s: blogger yang pandai bermain keyword, blogger yang sangat pandai bagi aku..contohnya macam blogger ariffshah..memang tabiklah dia bab-bab keyword nie.

Kenapa Awak Curang??

!Assalamualaikum!


Terseksanya hati, hancurnya jiwa bila kekasih yang dicintai curang dan menduakan kita dengan orang lain. Kenapa si dia boleh curang??sedangkan kita setia bagai nak rak?? adakah sebab kita ni jahat sangat?sebab kita ni tak lawa?atau sebab kita ni ada kekurangan yang besar bagi si dia?

Semuenya bermain di fikiran bila si dia curang kan? aku terfikir untuk buat entry ni bukan sebab kekasih aku yang curang tapi kekasih kawan-kawan aku yang pernah curang. Aku rasa sangat pelik bila si lelaki tu curang dengan kawan perempuan aku ni, sedangkan kawan aku ni sangat baik, cantik, comel dan kawan aku ni memang sempurna dimata aku.

Si lelaki ni rupa-rupanya dah lama curang dengan kawan aku ni haa. Boleh pulak dia bermadu kasih dengan dua perempuan sekali gus ye??itu yang kita tahu, kot-kot yang tak tahu banyak lagi kot??entahlah..aku pun tak pasti. Yang aku tahu, aku sangat kesian kat kawan aku ni...hurmm

Kenapa si dia boleh curang ye??korang rasa kenapa??memang orang lelaki ni tak cukup satu ke camne?hehe..tapi aku tak cakap semua lelaki. Aku tahu ramai lagi lelaki yang setia dan jujur pada pasangan diorang tapi kenapa ada jugak yang jaaaattt dan curang camtu ye?

Sebenarnya aku tak tahu sangat kenapa lelaki ni boleh curang*ofkoslah tak tahu, aku bukan lelaki*..hee..wahai si blogger lelaki sekalian, agak-agak kenapa lelaki boleh curang ya?cer komen sikit nak tengok,,nak buat analisis ni..muahaha

p/s: bila si dia curang tinggalkan je, jangan mengharap lagi pada yang mengkhianati dan bagilah peluang pada yang menanti^___^

Aku Berada Di Mekah Atau Madinah Ni??

!Assalamualaikum!
masjid yang berada ditempat ni
"Dimana kah aku berada ni??di Mekah atau Madinah??"..tu lah ayat pertama yang terlintas di fikiran aku semasa menjejakkan kaki di perkampungan yang betol-betol mengamalkan sistem Islam di Yayasan Al-Jenderami di Dengkil, Selangor ni.

Ya..sebenarnya aku bukan berada di Mekah mahupun Madinah tapi hanya di Dengkil. Aku tergamam dengan suasana ditempat ini seperti di negara Arab. Tempatnya tersangat bersih dan tiada satu sampah pun kelihatan! Siyes aku tak tipu.

Cerita yang sebenar, aku dan budak kos aku pergi ke yayasan ini untuk melawat rumah warga emas disini. Rumah warga emas disini bukan seperti rumah warga emas di tempat lain. Orang tua yang berada disini semuanya orang yang berpelajaran dan menetap disini untuk mendalami lagi agama. Tempat ni betol-betol khas untuk orang tua yang ingin belajar agama.

ni mase dalam bas*xde mengena pun pasal tempat ni..hehe*


bersih kan??*siap ade pokok kurma lagi taw*


Semasa berada kat sini, aku dapat rase tenangnya tempat ni. Agaknya disebabkan doa-doa ulama' luar negara yang pernah datang kat sini. Ya, jangan terkejut..ramai ulama'2 arab yang pernah datang ke sini dan mereka memuji-muji tempat ni yang bersih dan cantik siap ade yang kata kat arab tak ada tempat yang sebegini.

Antara ulama'2 arab yang pernah datang kesini
Tempat ni bukan untuk orang tua sahaja, tempat ni juga untuk budak-budak yang ingin belajar agama dan ada juga perkhidmatan hotel yang disediakan untuk orang yang datang melawat disini. Hotelnya sangat cantik dan sememangnya bersih.

ni dalam hotel tuh

Kitaorang juga diberi kesempatan untuk melawat sendiri rumah orang tua disini. Walaupun rumah mereka sedikit kecil tap berbaloilah kerana mereka tinggal seorang serumah. Rumah itu mereka beli dan diwakafkan ke tempat tuh. Mereka boleh tinggal disitu sehingga ke akhir hayat mereka dan anak-anak boleh datang seperti biasa, ternyata rumah orang tua disini bukan seperti ditempat lain. Rumah ni tersangat unik dan orang tua disini boleh belajar agama dengan baik sekali.

antara nenek yang tinggal disini

kemaskan rumah diorang?
Rasanya dah banyak aku terangkan pasal tempat ini. Aku rasa sangat kagum kerana masih ada tempat-tempat yang belajar agama yang sangat cantik ni. Sistem tempat ini seperti sistem belajar dipondok. Tapi ini bukan pondok dahulu, ini pondok moden yang amat memukau sesiapa sahaja yang datang kesini. Korang tengoklah sendiri gambar-gambar yang sempat aku ambik semasa ditempat ini.



depan pokok kurmar*arab sangatkan...hehe*

kawan2 yg selalu menemani*semuenya muke kerut disebabkan matahari yg memancar*


p/s: cantik kan tempat ni??baru je pergi semalam, terasa rindu nak lawat tempat ni lagi.








April - May Giveaway By Nabila Medan

!Assalamualaikum!


Hadiah-Hadiah

Mystery Gift X 1 (Top Refferal)  Impreza Awie
Keychain nama sendiri X 3  Liyana Erythrina
Bawal Tribal X 1  Aina Mansor
Keychain X 3  Nabila Medan
Kain Ela 4 Meter X 3  Impreza Awie
Baju Tidur X 3  Dressuana
Topup RM10 X 1  Impreza Awie
Topup RM5 X 4  Impreza Awie
Topup RM3 X 5  Impreza Awie

p/s: hadiah yang banyak dan menarik kan??*tekan banner comel untuk join*

Segmen Topup 24 Jam by Emas Putih Part #2

!Assalamualaikum!


Hadiah :

Topup RM5 x 5 topup

Jika melebihi 100+ penyertaan, akan ada hadiah misteri untuk Top Referral

Segmen akan tutup pada jam 11:59 malam/24 April 2013

p/s: jom join segmen blogger femess

Blogger Tak Jujur!!

!Assalamualaikum!

 Sebenarnya dah lama aku pendam pasal benda ni..tapi bila dah dua tiga orang sponsor segmen aku sebelum ni aku mengadu, aku rasa baiklah aku suarakan tentang hal ini untuk kebaikkan bersama. Bukan untuk mengaibkan atau menghina cuma untuk menegur sesetengah blogger yang tak jujur ni.

Blogger tak jujur yang camne tuh?? camni, sebelum ni kan aku ada buat segmen, pastu adalah sponsor yang mengadu like di pages dia tak sama dengan bilangan blogger yang join. Memang patotlah dia mengadu sebab dia bukan blogger dan memang nampak jelas dan nyatalah kalo blogger yang join tuh tak like kan?

antara sponsor yang mengadu

Aku rasa pelik sangat..kenapalah susah sangat nak jujur..huu..padahal syarat segmen aku buat senang sangat..just like pages sponsor bukan follow pun. Button like pun aku dah sediakan..tak payah pergi tab lain pun. Susah ye?*heran sangat aku nih*

Pesanan ikhlas dari aku, kalau join segmen mana-mana sekali pun tolonglah jujur kepada diri sendiri. Kalau menipu pun tak ada gunanya, mungkin aku tak nampak atau para penganjur lain tak nampak..tapi Allah Maha Melihat lagi Maha Mengetahui.

Aku mintak maaf kalau ada yang terasa dengan teguran aku ni tapi teguran ni memang ikhlas dari aku sendiri kepada semua blogger. Jadilah seorang yang bertanggungjawab dengan apa yang kita dah buat. Barulah hidup ni berkat kan?

p/s: tak patot betol kan?kan?kan?*yang menjadi mangsa para penganjur sendiri..hurmm*




Tahniah! Pemenang Segmen Saya Nak Menang Hadiah Dan Dibloglist

!Assalamualaikum!
Saat ditunggu-tunggu telah tiba..hee..aku pun tak sabar nak umum pemenang ni. Buat yang menang tahniah dan harap korang hepy dengan hadiah yang diberi..bagi yang tak menang, aku mintak maaf dan cuba lagi lain kali okay??jom tengok siapa yang kena....

TOP REFFRAL
TONY MOLY X 1= TUNTUT KAT SINI
KARDIGAN DUA WARNA= TUNTUT KAT SINI

http://www.ainizakaria.my/2013/04/segmen-saya-nak-menang-hadiah-dan.html


RANDOM 


VOUCHER WAYANG X 2= TUNTUT KAT SINI

KARDIGAN X 1= TUNTUT KAT SINI

LEGGING= TUNTUT KAT SINI


TONY MOLY= TUNTUT SINI


TOPUP= TUNTUT SINI

MANICURE SET= TUNTUT SINI



BLOGLIST 10 ORG*di blog aku sendiri*

130) http://vipdreamland.blogspot.com/2013/04/segmen-saya-nak-menang-hadiah-dan.html


Bagi semua pemenang, sila hantar maklumat details kepada sponsor sendiri, caranya seperti dibawah:

SAYA PEMENANG SEGMEN SAYA NAK MENANG HADIAH DAN DIBLOGLIST
BAGI LINK ENTRY NI
BAGI LINK PENYERTAAN
NAMA PENUH
ALAMAT PENUH
NO. TEL

Tahniah sekali lagi kepada para pemenang. Bagi yang kurang bernasib baik, jangan sedih-sedih tau...nanti banyak lagi segmen yang akan menyusul..nantikan ye^__^. Oh ye, bagi yang menang segmen bloglist, nanti aku letak dalam senarai bloglist aku kat sidebar tu*jangan risau okay?*

p/s: sila tuntut hadiah selama seminggu sahaja, kalau tak hadiah tu akan diberi kat saya*poyo semuanya*..hehe



Subhanallah! Mayat 16 Tahun Ini Masih Kelihatan Baru

!Assalamualaikum!

Subhanallah, mayat ini kelihatan masih baru ditanam walaupun sudah berusia 16 tahun sebenarnya. Siapakah gerangan empunya badan ini? Beliau yang syahid di dalam gambar ialah Khalil al-Sharif Khalil Rahman.

Beliau mati syahid 16 tahun yang lalu. 

Kuburnya dibuka untuk menanam Syahid yang baru di sebelahnya, namun yang mengejutkan ialah selepas ia dibuka, jasadnya masih kekal seakan baru ditanam.


Sumber gambar: Suwar Min Ghazza

p/s: sesungguhnya syurgalah tempat bagi orang yang mati syahid kerana Allah^___^

"MEGA GIVEAWAY by Nisa, Iza & Saadah"

!Assalamualaikum!


p/s: jomlah join..aku pun ade sponsor jugak dalam segmen ni..hehe

Simple Giveaway by YayaHatsumi

!Assalamualaikum!



p/s: alhamdullilah dah ikut semue syarat..hope menang..hehe..eh segmen ni abis pukul 2 esok..cepat join*klik banner comel tuh*

MINI GA 2

!Assalamualaikum!



p/s: nak menang bedak arab tak??syarat mudah..hadiah meletup..jom join^__^

Segmen Blogwalking Aisyah Humaira

!Assalamualaikum!


p/s: best jugak dapat blogwalking tambah follower ni kan?apa lagi jomlah serbu join sekali*tonyoh header tuh*

Segmen Template Paling Cantik, Kemas Dan Ringan 2013

!Assalamualaikum!


p/s: jom join...support adik kite zuhri ni...hee..cantik ke blog aku ni??hurmm bolehlah..haha

Terkini!! Gambar Wanita Bunuh Diri Di Sibu

!Assalamualaikum!

Kes ini berlaku di Wisma Sanyan Sibu, dimana seorang wanita cina dilaporkan telah terjun dari tingkat 5 Wisma Sanyan. Punca bunuh diri dikatakan berkaitan dengan bunuh diri.







Mengikir Mata, Aktiviti Seharian Di China?

!Assalamualaikum!

Budaya ini masih diamalkan di China. Apakah tujuan amalan ini belum dikenal pasti namun amalan ini nampak begitu bahaya.






sumber

p/s: nampak macam sakit jekan??tapi tak tahulah sakit ke tak sebenarnya..huu

SEGMEN: KAMI & BLOG AWAK!

!Assalamualaikum!



p/s: segmen ni best, hope dapat direview oleh blogger-blogger femess tuhh..hehe*klik je banner cute tu*

Hukum: Orang Islam Berkhawin Dengan Jin Islam??

!Assalamualaikum!


Soalan

Ada seorang ditempat saya, disebut oleh orang kampung bahawa dia telah berkahwin dengan jin Islam, mempunyai anak dan hidup dalam keadaan rukun damai. Kebetulan saya pernah ke tempat orang ini, ke rumahnya. Saya dapati dia tinggal seorang diri, tetapi rumahnya bersih seolah-olahnya ada yang menguruskannya. Persoalan besar saya bolehkah kita manusia, berkahwin dan beranak pinak dengan makhluk halus?

 

Jawapan dari Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Seperkara yang jelas kepada kita bahawa makhluk ini wujud dan boleh menyerupai dengan rupa-rupa yang mereka kehendaki dengan izin Allah S.W.T. Persoalan sama ada boleh atau tidak manusia berkahwin dengan makhluk halus dari segi sejarahnya banyak yang kita dengar bahawa Balqis adalah seorang raja di zaman Nabi Sulaiman. Bapanya manusia dan ibunya daripada jin, ibunya bernama Balqmah binti Saisan.

 Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah, katanya Rasulullah s.a.w pernah berkata bahawa salah seorang daripada ibu bapa Balqis adalah jin. Hadis ini ada dalam Kitab al-Jami’ as-Saghir oleh Imam as-Sayuti.

 Tetapi apabila balik kepada masalah hukum, dengan jelas al-Quran, Allah berfirman (mafhumnya), “Dan Allah telah menjadikan bagi kamu pasangan hidupmu dari jenis kamu juga”. (Surah an-Nahli ayat 72)

Firman Allah (mafhumnya), “Dan di antara tanda-tanda keagungan Allah dijadikan bagi kamu dari jenis kamu juga, pasangan-pasangan hidup, supaya kamu mendapat ketenangan dengannya dan dijadikan bagi kamu kasih sayang dan rahmat daripada Allah S.W.T.” (Surah ar-Rum, ayat 21).

 Kedua-dua ayat ini boleh difahami dengan mudah bahawa pasangan hidup manusia adalah manusia juga. Barulah akan wujud ketenangan, kasih sayang, tambatan hati dan saling percaya mempercayai.

 Bayangkan jika kita mempunyai isteri dari kalangan makhluk halus orang lain tidak nampak, kita nampak seorang sahaja, atau mungkin kita pun tidak nampak tetiba kita berselisih faham, bergaduh dan sebagainya, bagaimana akan terjadi kepada rumah tangga kita.

 Hadis yang diriwayatkan oleh Yunus bin Yazid daripada Azzubri katanya, Rasulullah s.a.w menegah manusia mengahwini jin.

 Berpandu kepada ayat dan hadis saya sebutkan, atas alasan ini jumhur ulama berpendirian, tidak harus mengahwini jin, jika berlaku perkahwinan, maka perkahwinan itu tidak sah. Kalau berlaku perhubungan jenis, mereka berkesedudukan dalam keadaan haram.

 Tetapi Imam Malik bin Anas mengatakan perkahwinan itu adalah makruh dan ada ulama yang sependapat dengan Imam Malik.

 Namun apapun yang dapat dilihat maka perkahwinan ini suatu yang kudus, yang pasti diketahui syarat sah perkahwinan, yang paling asas adalah agama.

 Jika jin itu bukan Islam maka perkahwinan tidak sah. Jika dikatakan jin itu Islam, bagaimana boleh kita pastikan benar-benar bahawa dia Islam, apakah dengan pengakuan mulut yang mengatakan bahawa dia (jin) Islam boleh diterima.

 Jika dikatakan jin itu mempunyai keilmuan Islam yang tinggi dan dia beramal dengannya, maka sama juga dengan manusia yang mengkaji Islam, tetapi tidak Islam.

 Malah ada kalangan sarjana Barat yang banyak menghafal al-Quran, menghafal hadis dan mengetahui banyak hukum (terutama orientalis), kalau di alam manusia boleh berlaku, maka tidak mustahil di alam jin juga ianya boleh wujud.

 Maka jalan yang terbaiklah, kahwinilah dengan manusia, seperti yang disebut Rasulullah, “Kahwinilah perempuan-perempuan manusia, kerana mereka boleh mendatangkan harta.”--sumber

 Wallahu’alam….

p/s: pilihlah pasangan sesama manusia je ye..hee^__^ 

Kisah Benar: Barang Hilang Dijumpai Dengan Membaca Surah Yassin

!Assalamualaikum!

Kisah yang aku nak ceritakan ni kisah aku sendiri. Sebenarnya perkara ni berlaku semalam lagi, tapi rasa malas sangat nak citer pasal kes ni semalam, hari ni baru ada mood nak citer..hee..pasal kes beg dompet aku yang hilang kat kampus semalam.

Cerita yang sebenarnya camni, pagi semalam aku pergi makan kat kafe fakulti aku. Lepas je makan bubur yang sedap tuh, tiba-tiba aku sakit perut jadi cepat-cepatlah aku ke toilet dengan bawak sekali beg duit tu. Sampai je ditoilet aku letaklah beg tu dekat atas pam air tu kan*tak ade tempat lain dah*. Selesai je semua, aku terus keluar toilet dan tak ingat langsung kat beg tu

Masuk kelas dengan selambernya dan untuk kali kedua aku sakit perut lagi, dan pergi ke tandas sama lagi. Tapi kali kedua tu pun aku masih tak engat pasal beg tu*pelupa tahap gaban*. Bila masuk je kelas, tiba-tiba aku baru perasan yang beg aku tak ada. Aku keluar balik kelas dan cari beg aku tu di toilet tadi, tengok-tengok dah tak ade..memang dah gelabah dah aku masa tu.

Aku cubalah tanya makcik-makcik cleaner kat situ, ada tak ternampak beg aku tu kan, semua cakap tak ade..aku masuk surau jugak, tanya orang-orang dalam surau ada tak masuk tandas semua kan, semua cakap tak. Masa tu dah hilang akal lah jap kan. Tapi aku cuba lagi untuk bertenang. Atas cadangan kawan-kawan, aku tampal kertas dalam tandas tu buat pengumuman pasal beg hilang tulah*kot2 ada yang dah ambek*.

Mulanya aku tak risau sangat pasal duit dalam beg tuh walaupun ada dalam RM80 jugaklah dalam tu. Pastu bila pikir-pikir balik, rupanya aku ade letak sekali HP HTC aku yang baru tu dalam beg tu dan semua kad-kad bank ada dalam tu. Tu lah yang risau sangat tuh. Dalam 3 jam cari, still tak jumpa, aku mula rasa buntu.

nilah beg aku yang ade macam2 benda tu


Habis je kelas, ada budak kelas aku cakap"Biela, cubalah baca surah yassin dan setiap kali berhenti kat perkataan "mubin"  tu mintak dengan Allah supaya beg tu dijumpai balik". Masa tu baru rasa semangat sikit, aku tahu aku ada tuhan Yang Maha Mendengar lagi  Maha Penyayang.

Balik je kat rumah, solat zohor dan terus baca surrah yassin dan aku niat betul-betul supaya beg aku tu ditemui balik. Allah tu Maha Besar, tak sampai dua jam ada kawan aku chat aku kat FB yang ada sorang perempuan kol dia pagi tadi yang menyatakan beg aku ade dengan dia.

Kawan aku bagi nombor yang kol dia tu, dan aku terus kol balik perempuan tu. Dia Suruh aku pergi ambek beg tu pada masa tu jugak di depan library. Aku dengan kawan aku huda, bergegas ke library untuk ambek balik beg tu. Alhamdullilah semuanya ada tapi yang paling aku terkejut, perempuan tu seorang foreigner nigeria*patotlah speaking*..hee..aku ucap terima kasih sangat-sangat kat dia.

Bila diimbas balik, rupanya masa aku cari kat dalam surau tu, foreigner tu ada..tapi aku tak tanya pun dia sebab aku pikir dia tak tahu kot dan satu lagi sebab aku segan jugak nak tanya..yela, kalo tanya kena speaking pulak kan..hehe*ntah apa-apa aku ni*..memang semuanya telah ditentukan..dan aku amta bersyukur beg aku dah dijumpai balik.

Hebatnya kuasa Allah..aku terharu sangat bila doa aku dimakbulkan..owh ye..jika korang pun ada hilang barang cubalah cara macam aku nyatakan kat atas tadi. Baca surrah yassin dan pada setiap perkataan "mubin" didalam surrah tu berdoa dalam hati supaya barang tu ditemui balik. InsyaAllah barang korang akan dijumpai balik.

p/s: semalam hari yang paling aku sedih dan hari yang paling hepy jugak,sedih sebab hilang beg..hepy sebab aku lihat kekuasaan Allah itu sendiri..Allah...Allah..Allah

Apakah Ini? Wanita Mesti Baca!

!Assalamualaikum!



Luangkan masa 2 minit anda baca info ini! memang perlu kita tahu.. Especially WANITA!. Jom kongsi kongsi.

Gambar yang mengelikan tetapi sebagai wanita kita harus amik tahu!!

Kanser Endometrium(Rahim)- Ini adalah rahim wanita yang telah dibelah oleh doktor, Ianya sangat busuk mungkin disebabkan oleh bahagian yang berwarna kuning itu.

Mengikut teori saintifik, tisu endometrium yang mengalir ke dalam abdomen bersama darah haid akan melekat di organ keliling rahim dan tumbuh di situ. Seterusnya, setiap kali pendarahan haid berlaku, tisu ini akan tumbuh dan berdarah. Tisu ini selalunya terdapat di

1.Ovari
2.Belakang rahim
3.Dinding rahim atau otot rahim
4.Saluran fallopian
5.Parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak
6.Parut bekas pembedahan laparoscopy atau laparotomy
7.Pundi kencing

Tanda-tanda endometriosis:

- Senggugut atau sakit pada bawah perut dan pinggang.
-Berlaku sebelum datang haid dan berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian pelvic dan juga ke bahagian pinggang
-Ketidaksuburan dan kemandulan
-Sakit ketika melakukan hubungan kelamin
-Ketumbuhan

Diagnosa endometriosis. Endometriosis hanya dapat dikesan melalui pemeriksaan:
• V.E ( vagina examinatination ). Pemeriksaan vagina di lakukan di mana perasaan sakit timbul apabila disentuh
• T.V.S ( vaginal ultrasound scan). Ultrasound yang dilakukan melalui faraj boleh mengesan cyst pada ovari
• Laparoskopi Hanya pemeriksaan ini yang dilakukan melalui pembedahan kecil di abdomen yang dapat memastikan diagnosa endometriosis

KAITAN PENYAKIT ENDOMETRIOSIS DENGAN KANSER:

Wanita yang mengidapi penyakit endometriosis lebih cenderung mengalami beberapa jenis kanser. Satu kajian terkini yang dijalankan di Sweden sejak 20 tahun kebelakangan ini, dan melibatkan seramai 20000 orang wanita pesakit endometriosis, mendapati peningkatan beberapa jenis kanser di kalangan wanita tersebut

1. Kajian ini yang dilaksanakan selama 11 tahun menjumpai peningkatan risiko kanser-kanser saperti kanser ovari (90%), kanser darah (40%) dan kanser payudara (30%), pada wanita yang mengalami penyakit endometriosis berbanding dengan mereka yang tidak. Selain dari itu, satu penemuan penting ialah wanita yang mengalami penyakit endometriosis khususnya di ovari mempunyai risiko tinggi mengalami kanser ovari. Jenis kanser ovari yang paling biasa ialah kanser endometrioid dan kanser clear cell carcinoma

2.Penemuan-penemuan ini susah dipertikai kerana faktor-faktor lain (confounding factors) diambilkira sebelum keputusan dibuat, dan jumlah pesakit yang dikaji yang besar. Malahan, satu lagi kajian yang lebih besar di Sweden mendapat keputusan yang sama dengan kajian ini

3. Kajian spesimen lepas bedah kanser ovari juga mendapati kebanyakan kes mempunyai endometriosis atau sista endometriosis

4.Penyakit endometriosis melibatkan antara 7% hingga 15% wanita dalam golongan subur.Wanita yang mengalami perasaan sakit senggugut, pendarahan haid tidak teratur dan ketumbuhan di pelvis mungkin mengidapi penyakit endometriosis. Mengikut Persatuan Kanser Amerika, risiko seseorang wanita mengidapi penyakit kanser ovari ialah 1.4% sepanjang hayatnya

5. Oleh itu, para pesakit dan doktor perlu peka terhadap kemungkinan berlakunya penyakit kanser dikalangan wanita saperti ini. Pemeriksaan ultrasound dan pengeluaran sista adalah tindakan-tindakan penting yang disyorkan.-FB

p/s: kalau ada tanda-tanda tu, cepat-cepat jumpa doktor ok?

Orang-orang Johor Yahudi??

!Assalamualaikum!


Orang johor yahudi??kenyataan ini telah dinyatakan di sebuah FB pages yang terlalu taksub dengan sukan bola ini. Sukan yang sebenarnya untuk merapatkan lagi silatulrahim antara negeri-negeri di Malaysia menjadi isu pergaduhan pula. 

Admin pages ni terlalu biadap menyatakan kenyataan tersebut kerana menang atau kalah sesebuah pertandingan itu adalah perkara biasa. Kenapa perlu menyatakan rakyat Johor pula yahudi??terlalu pendek fikiran admin ini agaknya.

Pages Johor Darul Takzim FC pula memohon agar admin ini tampil memberi penjelasan dan memohon maaf atas kenyataan tersebut seperti gambar di bawah ini:



p/s: diharap admin pages itu akan meminta maaf kepada semua orang johor*walaupun aku bukan orang johor, tapi isu ini amat sensitif sekali buat kita warga Malaysia*

Kalimah Allah Di Temui Di Cap Jari

!Assalamualaikum!

Subhanallah..kalimah Allah ditemui oleh seorang hamba yang tidak diketahui di cap jari. Terlalu besar kuasa Allah menunjukkan semua ini kepada kita.


Cap Jari mempunyai keunikannya yang tersendiri. Betapa hebatnya ciptaan Allah SWT ini, walaupun jumlah manusia di muka bumi ini berbilion ramainya sejak dari kelahiran Nabi Adam 
AS sehinggalah terjadinya hari Kiamat, namun cap jari manusia tidak sama.

p/s: Allah, Allah, Allah.....

Rahsia Besar Tentang Keburukan Ikan Sardin ?

!Assalamualaikum!


Terbaca satu artikel tadi yang menyatakan kita tidak boleh ikan sardin kerana didalam tin ikan sardin itu mempunyai bahan kimia??tapi betul ke??mari kita baca kenyataan itu dan maklum balas dari pihak produk Sardin Ayam Brand sendiri.

Pernah makan ikan sardin? Pasti anda tahu yang tulang ikan sardin tersangatlah lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut? Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.

Apa yang ingin dipersoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.

Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang digunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang wanita yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Setelah disiasat, beliau memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.

Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid akan tumbuh di dalam rahim. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian-pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila sudah cukup tempohnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samada benign atau malignan. Tetapi, berdasarkan kajian ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.

Ada satu lagi kes iaitu seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiat ini, sebaik sahaja anak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia dalam lingkungan 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiat gemar makan ikan sardin.

TAHUKAH ANDA ARTIKEL DI ATAS ADALAH PALSU DAN FITNAH.


MAKLUM BALAS DARI SYARIKAT BRAND SENDIRI

Assalamualaikum.

Tuan / Puan,

Terima kasih kerana menghubungi pihak kami dan memberitahu kami mengenai emel internet palsu yang berniat jahat bahawa Sardin Dalam Sos Tomato Ayam Brand mengandungi bahan yang boleh menyebabkan kanser.

Kami ingin menegaskan di sini bahawa emel yang tuan/ puan terima itu adalah tidak benar dan merupakan kenyataan fitnah yang menyatakan produk Sardin Ayam Brand dalam Sos Tomato mengandungi bahan-bahan yang boleh menyebabkan kanser dan tidak HALAL.

Bagi pengetahuan pihak tuan / puan, tulang ikan menjadi lembut adalah kesan dari proses penyahkuman (sterilization) di mana ikan-ikan sardin yang telah di tinkan di masak di dalam sebuah dandang (atau “retort”) pada suhu mencecah 120°C selama satu jam. Ini perlu bagi memastikan semua kuman dan bakteria yang terdapat di dalam makanan dalam tin tersebut terhapus dan selamat untuk dimakan. Proses ini adalah wajib di dalam sebarang proses pengeluaran produk makanan dalam tin dan ianya tidak boleh disamakan dengan masakan di rumah walau menggunakan “pressure cooker” sekalipun.

Setakat ini tiada laporan klinikal atau saintifik yang mengaitkan sardin sebagai punca kepada ketumbuhan fibroid atau mana-mana jenis kanser. Sebaliknya Sardin Ayam Brand secara saintifiknya mengandungi minyak ikan Omega-3, kalsium dan bahan mineral lain yang kita perlukan.
Semua produk Ayam Brand adalah disijilkan HALAL, dibawah naugan badan-badan pensijilan HALAL yang diiktiraf oleh JAKIM mengikut negara-negara pengeluar produk tersebut.

Semua produk Ayam Brand yang dikeluarkan di Malaysia adalah disahkan HALAL oleh JAKIM ( Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ). Kilang pemproses Sardin dalam Sos Tomato kami di Taiping, Malaysia, adalah disijilkan HALAL oleh JAKIM dan hanya dibenarkan untuk mengeluarkan produk-produk HALAL.
Pengurusan dan pengawalan semua Pensijilan HALAL dan prosedur-prosedurnya adalah dibawah kelolaan Head of Ayam Brand Halal Department.

Kami ingin mengingatkan semua pengguna bahawa penyebaran kenyataan-kenyataan palsu terutamanya yang bertujuan untuk menakut-nakutkan pengguna mengenai produk makanan adalah salah disegi undang-undang jenayah dan pihak kami tidak akan ragu-ragu untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang berbuat demikian.

Kami berbesar hati jika pihak tuan / puan sebagai muslimin dan muslimat yang bertanggungjawab boleh mengedarkan emel ini kepada sesiapa yang telah menerima emel palsu tersebut untuk mengurangkan kebimbangan mereka.

Akhir sekali, terima kasih kerana sokongan pihak tuan/ puan terhadap produk barangan Ayam Brand.
Sila rujuk kepada saya sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau maklumat selanjutnya.

Wassalam.

Yang Benar,

Encik Mohammad Hisham bin Hj.Talib
Head of Ayam Brand Halal Department
A.Clouet & Co (KL) Sdn. Bhd.
Tel : 05-895 8811 ( Direct line )

p/s: sebelum membuat sesuatu kenyataan, perlulah kita menyiasat terdahulu okay??

Buat Luka Palsu Untuk Mengemis!


!Assalamualaikum!

Ramai pengemis di negara China yang membuat luka palsu untuk menagih simpati dari orang ramai supaya menderma. Luka yang dibuat dilihat amat teruk sekali dan kelihatan seperti luka yang betul. Mereka membuatnya dengan bahan-bahan tertentu seperti gambar dibawah:











p/s: pandai betol diorang ni menipu ye...errr
Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^