Pageviews Semakin Baik

!Assalamualaikum!

Alhamdullilah..pageviews blog aku semakin baik dari sehari ke sehari....hee..hepy jugaklah sebab tak sia-sia update entry tiap-tiap hari dan buat segmen itu dan ini..semuanya sebab nak naik kan pageviews kat blog ni haaa..

Ni pageviews yang baru aku ambek tadi:

klik untuk tengok lebih jelas



Yang bawah ni pulak yang semalam-semalam punyer*tak engat hari apa*..hihi



Ni lah usaha aku selama 11 bulan ni..insyaAllah akan ditingkatkan lagi untuk memajukan lagi blog ni dari masa ke semasa. Terima semua sebab sudi baca entry-entry diblog ni ye. InsyaAllah dalam masa terdekat ni aku akan buat segmen lagi untuk korang..nantikan=)

p/s: kalau nak PV tinggi kena rajin update entry dan pastikan tajuk meletup..dan..dan..dan..kena selalu ping entry*membebel pulak malam-malam ni haa*

Pernah Rasa Cinta Monyet?


!Assalamualaikum!

Sebenarnya aku rasa nak tergelak bila terbaca satu entry dari seorang blogger pasal dia baru clash dengan pakwe dia sebab pakwe dia ada perempuan lain..hurmm siapakah??kenapa aku nak tergelak?sebab dia baru umur belasan tahun dan terus aku teringat kisah cinta monyet aku masa kecik-kecik dulu*form 4 kecik ke?*hehe

Putus cinta memang pedih untuk diluahkan apatah lagi untuk ditelankan?tapi bagi aku cinta diwaktu persekolahan tu tak perlulah untuk ditangiskan sebab semuanya cinta monyet dik oii..akak dah pernah rasa dan tak nak adik-adik yang masih bersekolah ni rasa.*semuanya sia-sia*.

Teringat dulu waktu cinta monyet aku dihalang oleh family disebabkan si dia ialah sepupu aku sendiri. Kenapa aku terjatuh cinta dengan sepupu sendiri?itulah takdir yang memang tak boleh aku nyatakan kenapa..perasaan tu datang dengan sendirinya dan bukannya aku pinta.

Masih aku ingat kata-kata mak aku sewaktu perkara tu terjadi:

Mak: Dia just nak mainkan ila..jangan percayakan lelaki sangat..awak tu budak lagi.
Aku: Hurmmm*dalam hati tuhan je yang tahu*

Bila aku dah besar ni baru aku sedar, semua yang mak aku katakan tu betol..dan aku rasa menyesal sangat kerana sia-sia kan waktu persekolahan aku begitu sahaja kerana semata-mata cinta monyet itu!Ingatlah wahai adik-adik sekalian..kejarlah cita-cita dahulu sebelum kejar cinta.(kisah cinta monyet aku di SINI)

p/s: bila korang dah masuk U nanti ramai lagi lelaki yang baik-baik dan hensem..jangan risau..belajar dulu..tu yang penting^___^


Diheret Dan Dibakar Gara-Gara Rogol Ibu Kandung

!Assalamualaikum!

Terasa ngeri dan menakutkan apabila tengok gambar lelaki ini yang diheret dan dibakar oleh penduduk setempat gara-gara lelaki ini merogol ibunya sendiri! Kalau ikut difikiran akal memang patutlah kan dia dihukum sebegini tapi kalau ikutkan perasaan sedih jugak tengok apabila lelaki ini dibakar sedemikian rupa.

Diheret diatas jalan raya

hmm takutnya

dibakar
Kesalahan lelaki ini memang berat iaitu merogol ibu kandungnya sendiri!!tetapi patot ke dia dihukum sebegini???*tanya hati masing-masing*

SUMBER GAMBAR

p/s: gerun giler tengok gambar-gambar ni

Segmen Blogger Muslimah


!Assalamualaikum!

WARNA BAJU: HITAM
WARNA TUDUNG: PINK TERANG
NICKNAME: NABILA BIELA*kalau panjang sangat tulis biela je*

MANGSA TAG
AISYAH HUMAIRA'
MIZ RUHA

p/s: dah lama follow..dan dah like pages tu=)

IBU MAMPUS! IBU MAMPUS! IBU MAMPUS!


!Assalamualaikum!

Saya ada sebuah kisah yang mahu dikongsikan dengan semua. Mari baca, semoga timbul insaf dalam diri ini.

Pernah, saya menyertai satu operasi di Muar, dan kami bertolak dari Johor Bahru kira-kira jam 10 malam dan operasi selesai jam 6 pagi. Kami terus pulang ke Johor Bahru. Sepanjang perjalanan, saya yang memandu sendiri berhenti hampir tujuh kali kerana terlalu mengantuk.

Pulang ke Johor Bahru, biar bantal memanggil, terpaksa diketepikan. Perlu disiapkan berita yang operasi itu untuk siaran berita tengahari. Bukan mudah. Selesai segalanya, jam sudah hampir 11 pagi. Jam dua pula ada satu lagi tugasan. Begitulah kehidupan. Kais pagi makan petang, jika tak dikais, memang tak makanlah.

Saya lebih cenderung kepada kisah human interest seperti satu operasi yang saya ikuti bersama sahabat sahabat baik di Cawangan Trafik Johor Bahru Selatan yang bersengkang mata tanpa mengira masa membanteras kegiatan lumba haram.

Antaranya termasuk kisah seorang budak lelaki berusia 13 tahun yang pada mulanya begitu yakin memberi jawapan kepada pegawai serta anggota polis trafik, dia dibenarkan menunggang motosikal oleh bapanya, yang juga pemilik kenderaan itu.

Sebagaimana lazim, pegawai polis bertugas menghubungi ibubapa pelajar itu dan selepas menanti hampir dua jam, akhirnya muncul ibubapanya di tepi jalan Danga Bay.

Dari jauh, tampak si ibu bagai meluru tak sabar sabar untuk tiba ke tempat anak lelakinya berdiri.Si ayah pula berjalan lesu. Waktu tika itu hampir jam empat pagi.

Sebaik tiba di depan anaknya, tanpa lengah si ibu bagai melepas geram terus mencubit dan menampar badan anaknya. Kami terpinga pinga melihatkan situasi itu lantas beberapa anggota polis trafik meredakan keadaan.

Terkedu anaknya yang dua jam lalu, beriya-iya mendakwa ibubapanya sudah memberi keizinan untuk dia menunggang motosikal milik bapanya dan turut dibonceng rakan sekampung berusia 16 tahun.

Ketika cuba ditahan, dia melarikan diri dari sekatan jalanraya dan turut menendang motosikal anggota penguatkuasa yang mengejar mereka!

"Masuk lokap jek encik. Masuk sekolah jahat Henry Gurney. Tak apa, saya rela," tercetus akhirnya luahan hati si ibu sebaik diredakan.

"Aku tak boleh kawal kau lagi. Kat sekolah kau anak murid aku, kat luar aku tak boleh kawal kau seorang. Selama ini kau cakap tak goyang, tak goyang, tengok semua polis ni, tengok.

"Kalau dahi ni tak sujud pada sejadah, inilah jadinya," berterusan si ibu melepaskan geram bagai sebuah drama realiti di depan hampir 50 pegawai dan anggota polis serta anggota Rela yang turut bersama-sama dalam operasi itu.

Suasana menjadi sunyi dan hanya kedengaran suara si ibu. Semua memerhati. Semua bagai menyokong tindakan si ibu. Mat mat rempit lain yang ditahan sebelum ini sibuk berbual sesama sendiri turut kaku melihat adegan itu. Mungkin timbul keinsafan dalam diri mereka?

"Dia cakap, ibu keluar, saya cakap malam minggu jangan keluar. jangan, jangan. Tak tengok kat TV (orang kena tangkap)," luah si ibu dan suaranya beriring nada kekesalan.

"Bila kita marah, dia cakap nak rompak rumah orang. Tak kurang ajar punya anak? Sampai hati kau jadi anak macam ni. Budak sekolah pukul 10 duduk rumah," kata si ibu lagi dan kali ini nada sudah berselang kesedihan.

Tatkala itu, sudah mula mengalir airmata si ibu. Si anak hanya tunduk kaku, tak seperti tika selepas ditahan dua jam sebelum itu, ceria, beriya iya.

Si ayah tak mampu nak berkata kata. Mungkin sudah puas dileteri anaknya itu. Mungkin sudah kering airmata si ayah memikirkan kedegilan anaknya tika dia keluar mencari rezeki buat kesemua anaknya.

Bagi meredakan keadaan, seorang pegawai polis, Inspektor (kini ASP) Mohd Lail Ab Halim mencelah.

"Kami akan charge (tuduh) dia lari dari sekatan jalan," kata Mohd Lail tegas.

Mungkin mendengar penjelasan ringkas Mohd Lail itu, tercetus luahan si ibu lagi.

"Kat rumah berapa kali dia nak tumbuk saya. Sekarang ni apa? Aku ni mak kau. Hari-hari aku doa, Ya Allah jadikanlah anak aku golongan yang baik-baik. Tapi kau apa? Ibu mampus, ibu mampus."

Ketika ini, si ibu mencucuk cucuk perut si anak. Hilang segala kehebatan si anak. Akhirnya ibubapa juga yang datang. Biar marah, kesemua yang menyaksikan bagai mengerti, dia tetap anaknya. Dia tetap darah dagingnya. Mungkin sudah kemuncak kemarahan si ibu.

"Nanti puan datang ke balai trafik untuk jamin anak makcik," jelas Mohd Lail lagi.

Sambil menjeling marah ke arah anaknya, si ibu dengan cepat menjawab: "Jamin kau? No, no. Ibu tak akan jamin kau, tak ada tak ada," katanya bagai puas, biar malam itu menjadi pengajaran buat si anak yang degil itu.

Si ibu berlalu pergi.

Lantas, Mohd Lail mengarahkan anak buahnya untuk membawa pelajar itu ke balai. Tak sempat dibawa, pelajar itu meraung raung menangis mengejar ibunya.

Sekali lagi kami kaget. Si ibu tak memperdulikan. Kami yang melihat bagai menyokong tindakan si ibu. Biarkan dia rasa. Biar dia serik. Biarkan. Itulah kata hati kami. Kami pun marah. Apatah lagi mendengar luahan hati si ibu di pagi yang bening itu.

Berterusan suara si anak merintih pada ibunya. Semakin jelas suaranya. Si ibu berhenti. Dibiarkan anaknya menangis, meraung di depannya. Direnungnya anaknya itu.

Siapa tak sayang anak. Tentu wanita itu ibu yang baik. Apatah lagi sebagai seorang guru, sifat penyayang tinggi dalam diri mereka. Tampak wajah amarah si ibu sudah bertukar menjadi simpati dan penuh kasih sayang, tatkala si anak menarik narik tangan yang sama mengendong dia ketika kecil, memimpinnya ketika melintas jalan, menepuk nepuk tika mahu tidur.

Akhirnya si ibu mengalah. Dipimpin tangan anaknya ke kenderaan polis. Berdiri kaku si ibu melihat si anaknya di bawa pergi.

Selepas segala proses selesai, saya terserempak dengan si ibu berjalan keluar dari balai beriring dengan bapa pelajar itu. Dan di sebelahnya, anaknya tadi, tangan dipimpin erat, kuat kuat bagai tak mahu melepaskan anaknya itu.

Saya sempat bertegur. Menasihat si anak, jika tak kesian pada diri sendiri, kesianlah pada mak ayah. Kesian mereka berhempas pulas membesarkan awak. Esok awak dah kahwin, awak nak anak awak macam awak?

Tertunduk diam si pelajar itu. Saya tepuk bahunya beberapa kali dan sempat berkata padanya, awak mesti anak yang baik sebab tu awak menangis minta maaf pada mak tadi. Dan sempat saya mengucapkan terima kasih kepada si ibu dan ayah kerana tak putus asa dengan kasih sayang pada si anak yang degil ini. Tersenyum si ayah. Bagai mereda hati si ibu.

Itulah antara kisah kisah kecil yang mahu saya jadikan iktibar untuk kita semua. Kongsilah dengan sesiapa, pada anak anak, pada anak saudara atau mungkin pada diri sendiri. Jahat mana sekalipun, ibu ayah tetap bersengkang mata buat anak-anak. Biar sakit lutut, biar membuai diri dek tak lena tidur, demi anak!

Itu hanya sekelumit. Saya memang mahu berkongsi segala kisah di sini tetapi kadangkala masa tak mengizinkan. Yelah kais pagi makan petang. Kalau tak dikais, mahu tak makan petang nanti kan.

Kredit: Crime Watch 

p/s: hormatilah ibu kita walaupun seterok mana pun ibu kita tuh*hmm sedih*

Kelebihan Orang Bercouple

!Assalamualaikum!

Banyak sangat ke kelebihan orang bercouple ni?? Gambar kat bawah ni menerangkan antara kelebihan orang yang bercouple...meh tengok apa yang lebih sangat tu.




Owhh sebenarnya tak ada apa yang lebih pom couple sebenarnya. Kalau nak lebih kawenlah jawapannya..hehe..opsss jangan ada yang terasa hati..jom pakat kawen jom...bahahahaha...saborrrr jelah kan.



p/s: betol jugak kan??hehe*senyum sendiri jap*

Bintang Harry Potter Meninggal Dunia?



!Assalamualaikum!


LONDON 30 Mac - Aktor Britain yang terkenal kerana peranannya dalam filem Harry Potter dan Withnail & I, Richard Griffiths meninggal dunia ketika berumur 65 tahun, kata ejen kepada pelakon itu semalam.

Mendiang yang merupakan satu daripada bintang yang wataknya disukai rakyat Britain meninggal dunia kelmarin akibat komplikasi selepas menjalani pembedahan jantung, kata ejen Griffiths, Simon Beresford.

Griffiths akan terus dikenang peminat filem klasik Withnail & I sebagai Uncle Monty walaupun dia mempunyai penonton terbesar ekoran peranannya sebagai Uncle Vernon Dursley dalam filem Harry Potter.

Sementara itu, Daniel Radcliffe yang merupakan budak ahli sihir dalam siri filem Harry Potter memberi penghormatan terawal kepada mendiang yang menurutnya Griffiths telah banyak memberinya 'dorongan, didikan dan jenaka'. - AFP

SUMBER

p/s: hehe...jangan tertipu..antara bintang citer Harry Potter bukan Harry Potter

Ibu Kejam Rebus Anak Untuk Dimakan!

!Assalamualaikum!



Semua ibu bapa kat dunia ni sayang akan anaknya. Sedangkan haiwan sendiri pun tak sanggup makan anak sendiri..tapi lain pula dengan ibu di NEPAL ni yang sanggup memotong anaknya sendiri untuk dimakan!!sungguh kejam dan tak berperikemanusiaan.

Anaknya dipotong....dismbelih...direbus dan dimasak semata-mata untuk dimakan!!Bertapa kejamnya seorang ibu.


p/s: sedih giler tengok gambar ni....apa salah anaknya tu??=(

Tahniah!! Pemenang Segmen Jom Pilih Hadiah

!Assalamualaikum!

Bismillahirahmanirahim....tahniah kepada pemenang segmen jom pilih hadiah...pemilihan pemenang berdasarkan top reffral (sorang) dan 52 pemenang yang lain melalui cabutan undi tangan aku sendiri dan bukannya random...jom tengok siapakah pemenang yang bertuah tu...=)

Top Refrral



Peplum*tuntut SINI*+ Dress*tuntut SINI*+ Tshirt Muslimah*tuntut SINI*

PEMENANG DRESS*tuntut hadiah kat SINI*

364) http://mymymushie.blogspot.com/2013/03/segmen-jom-pilih-hadiah.html
70) http://misslolhere.blogspot.com/2013/03/segmen-jom-pilih-hadiah-by-nabilabiela.html

PEMENANG PEPLUM*tuntut hadiah kat SINI*

73) http://ceritahatikuu.blogspot.com/2013/03/segmen-jom-pilih-hadiah.html

PEMENANG LIP TINT*tuntut hadiah kat SINI*

27) http://thesitesaya.blogspot.com/2013/03/segmen-jom-pilih-hadiah-by-nabila-biela.html
37) http://thekipaslipaslups.blogspot.com/2013/03/segmen-jom-pilih-hadiah.html

PEMENANG TOPUP RM10*Tuntut hadiah kat SINI*

263) http://iema90.blogspot.com/2013/03/segmen-jom-pilih-hadiah.html
395) http://miseyz.blogspot.com/2013/03/segmen-jom-pilih-hadiah.html
61) http://bubbledoodletrouble.blogspot.com/2013/03/segmen-jom-pilih-hadiah.html
225) http://dekayangan.blogspot.com/2013/03/segmen-jom-pilih-hadiah.html

TOPUP RM10*tuntut kat SINI*

290) http://ordinaryalyaa.blogspot.com/2013/03/segmen-jom-pilih-hadiah.html

TOPUP RM10*tuntut kat SINI*

246) http://annurgiveaway.blogspot.com/2013/03/segmen-jom-pilih-hadiah.html

TOPUP RM10*Tuntut SINI*

30) http://theflickerdoodles.blogspot.com/2013/03/segmen-jom-pilih-hadiah-oleh-nabila.html

PEMENANG TOPUP RM5*Tuntut SINI*

47) http://nidajiwakosong.blogspot.com/2013/03/segmen-jom-pilih-hadiah.html
212) http://www.akupenghibur.com/2013/03/segmen-jom-pilih-hadiah.html

TOPUP RM5*Tuntut SINI*

210) http://aireynhistorylife.blogspot.com/2013/03/segmen-jom-pilih-hadiah.html

TOPUP RM5*Tuntut SINI*

23) http://atienstory0809.blogspot.com/2013/03/segmen-jom-pilih-hadiah.html

PEMENANG HP CASES*Tuntut Hadiah Kat SINI*

433) http://ameramirah.blogspot.com/2013/03/segmen-jom-pilih-hadiah-by-nabila-biela.html
93) http://warnawarnigadiskidal.blogspot.com/2013/03/segmenjom-pilih-hadiah-by-nabila-biela.html
187) http://liyaabloggies.blogspot.com/2013/03/segmen-jom-pilih-hadiah.html
333) http://renjong008.blogspot.com/2013/03/segmen-jom-pilih-hadiah.html
99) http://imaneeda.blogspot.com/2013/03/segmen-jom-pilih-hadiah.html
11) http://www.furrasbubblynotes.blogspot.com/2013/03/segmen-jom-pilih-hadiah.html
186http://superpapaya.blogspot.com/2013/03/segmen-jom-pilih-hadiah.html
8) http://cadburylovescontest.blogspot.com/2013/03/segmen-jom-pilih-hadiah.html
236) http://meansdetermination.blogspot.com/2013/03/segmen-jom-pilih-hadiah.html
78) http://budaxxperasangoergus.blogspot.com/2013/03/segmen-jom-pilih-hadiah_7449.html

PEMENANG KEYCHAIN*Tuntut Kat SINI*

132) http://saadah97.blogspot.com/2013/03/segmenjom-pilih-hadiah.html
144) http://mochaworld-yayaxandria.blogspot.com/2013/03/segmen-jom-pilih-hadiah-by-nabila-biela.html
340) http://azieraadenan.blogspot.com/2013/03/segmen-jom-pilih-hadiah.html 
31) http://budaksukavanilla.blogspot.com/2013/03/segmen-jom-pilih-hadiah.html
377) http://iniblogrockstar.blogspot.com/2013/03/segmen-jom-pilih-hadiah.html
22) http://truebrotherh00d.blogspot.com/2013/03/segmen-jom-pilih-hadiah.html
100) http://imaniiwani-myprincess.blogspot.com/2013/03/segmen-jom-pilih-hadiah.html
14) http://good-night-little-star.blogspot.com/2013/03/segmen-jom-pilih-hadiah.html
201) http://norainirahman.blogspot.com/2013/03/segmen-jom-pilih-hadiah.html
24) http://dyanzakhi.blogspot.com/2013/03/segmen-jom-pilih-hadiah-by-nabila-biela.html

PEMENANG BODY SCRUB*Tuntut SINI*

51) http://blueyarns.blogspot.com/2013/03/segmen-jom-pilih-hadiah.html
77) http://sweetestsmileforyou.blogspot.com/2013/03/segmen-jom-pilih-hadiah.html
66) http://myraliahstory.blogspot.com/2013/03/segmen-jom-pilih-hadiah.html

BANNER DI PINGJE.ORG*Tuntut SINI*

426) http://iamizzahzakaria.blogspot.com/2013/03/segmen-jom-pilih-hadiah.html

NOVEL*Tuntut SINI*

70) http://misslolhere.blogspot.com/2013/03/segmen-jom-pilih-hadiah-by-nabilabiela.html
4) http://afiekoreanlovers.blogspot.com/2013/03/segmen-jom-pilih-hadiah.html

TUDUNG BAWAL*Tuntut SINI*

368) http://ikajohans.blogspot.com/2013/03/segmen-jom-pilih-hadiah.html
118) http://arinalola.blogspot.com/2013/03/segmen-jom-pilih-hadiah.html

TUDUNG BAWAL*Tuntut SINI*

21) http://nursyazana26.blogspot.com/2013/03/segmen-jom-pilih-hadiah.html
430) http://misscacacomot.blogspot.com/2013/03/segmen-jom-pilih-hadiah.html

SHAWL*Tuntut SINI*


MASK MUKA*Tuntut SINI*



Tahniah kepada para pemenang dan mintak maaf banyak-banyak kepada yang tak menang..huu..aku cuba untuk berlaku seadil yang boleh..maaf ye..semuanya dipilih cabutan undi..tak apa..lain kali aku buat segmen yang lebih gempak dan best dari segmen ni okay??sekali lagi mintak maaf banyak-banyak..bagi para pemenang sila tuntut hadiah masing-masing dengan para sponsor sendiri dan sila bagi maklumat details seperti di bawah kepada sponsor:

PEMENANG SEGMEN JOM PILIH HADIAH
NAMA
ALAMAT
NO TEL
MENANG HADIAH APA

#TEMPOH TUNTUT HADIAH HANYALAH SEMINGGU SAHAJA

p/s: fuhh dekat 3 jam aku pilih pemenang...harap semua berpuas hati=)



Ini Ke Dinamakan Wanita Solehah?

!Assalamualaikum!

Wahai wanita-wanita Islam diluar sana..kalau ye pun tak nak layan lelaki yang kacau korang tu, janganlah cakap kasar macam kat atas ni haa...cakap elok-elok sikit tak boleh?? kalau tak nak layan sangat tak payah lah gatal-gatal tangan untuk balas..senang..abis citer kan??*oppss maaf kalau ada sesiapa yang terasa*

p/s: Islam itu indah, jangan cemarinya dengan perbuatan kita yang kurang adab!

Subhanallah! Mayat Ini Tak Reput

!Assalamualaikum!


As-syahid Zaid al Bawardi (Abu Usamah at-Tamimi) telah syahid 2 bulan yanng lepas selepas pertempuran deengan militan Alawi tetapi saudara daripada FSA tidak dapat mengeluarkan mayatnya kerana tempatnya masih dikawal oleh militan Alawi .2 bulan selepas itu mereka berjaya membebaskan kawasan tersebut dan seorang daripada militan Assad yang ditahan telah menunjukkan kepada mujahidin diimana kubur As-syahid Zaid al-Bawardi.

Mereka telah menyorokkannya dibawah karpet yang dipenuhi habuk ,tetapi yang menakjubkan .Subhanallah !darahnya masih segar seperti dia baru saja syahid semalam dan baunya sangat wangi !!

p/s: Nikmatnya mati sebagai seorang yang syahid ,didunia lagi nikmatnya telah ditunjukkan

Inilah Anak Ayu Raudhah dan Zaquan

!Assalamualaikum!


Inilah anak Ayu Raudhah yang selamat dilahirkan pada pukul 2.17 petang tadi. Perkara ini dikongsikan oleh Zaquan sendiri didalam laman twitter beliau.."alhamdulillah...lahirnye hero mummy n daddy..."..comel je kan??

Tahniah sekali lagi pada pasangan Ayu Raudhah dan suami..moga mendapat anak yang soleh dan taat pada mak ayah.

p/s: sebijik muka zaquan kan?like father like son=)


Blogger Terkenal Tak Pandai Cakap?


!Assalamualaikum!

Dia mungkin blogger terkenal...disanjungi oleh ramai blogger mahupun orang biasa diluar sana. Namun dia pun manusia seperti kita..mesti ada kekurangan dalam perbuatan malahan dari segi sifat dia sendiri..normal lah kan....tiada manusia yang sempurna di dunia ni melainkan nabi kita Muhammad.

Owhh apa isu sebenarnya ni ya?camni citernya..hari tu*dah lama dah*..adalah seorang blogger agak femes jugaklah kat Malaysia ni datang kat U aku..siapa??*tak perlulah nak tahu kan*..hee..dia bagi talk kat U aku..*tak engatlah tajuk apa*..huisshh aku pun pergilah sekali kan..yela siapa tak nak jumpa blogger terkenal ni kan..lagi-lagilah blogger biasa-biasa macam kita ni..habis je talk dia tu terjadilah satu perbualan antara aku dan kawan aku:

Kawan: Cakap blogger terkenal tapi kenapa macam tak pandai cakap je?
Aku: Ala biasalah tu...dia jenis introvert sikit kowt.
Kawan: Dalam blog bukan main tulis macam-macam..bila time bagi talk gugup jugak aku tengok.
Aku: Adoi kau ni..dalam blog tu dia taip je tak guna suara, ni talk..mestilah segan sikit kan?
Kawan: Hurmmm agaknya lah kan.

Camtulah perbualan antara dua rakan..hee..memang nampaklah blogger tu macam tak pandai cakap sangat tapi bagi aku okay je. Cuma kawan akulah terasa pelik sikit..yela..dalam blog citer macam-macam..bila bagi talk, tak sehebakk dalam blog.

Bagi aku...kalau kita boleh terima kehebatan dia serta kelebihan dia dalam dunia blogg..tak kan kita tak boleh terima kekurangan dia di dunia luar kan??manusia ni memang tak sempurna..jadi semua tu tak kan jadi isu yang panas pom..so, senyum je=)

p/s: Bila dipikir balik..aku pun taklah pandai cakap sangat kat depan orang..dalam blog boleh pulak cakap macam-macam..ish3..korang camtu jugak ke?

Irma Hasmie Dan Ayu Raudhah Selamat Melahirkan Anak

!Assalamualaikum!

Tahniah buat Irma Hasmie serta Ayu Raudhah yang selamat melahirkan anak sulung mereka pada hari ini. Macam berpakat pulak diorang ni kan. Pagi tadi Irma Hasmie..petang ni Ayu raudhah pula.Moga mendapat anak yang soleh serta solehah=)

comel macam ibu dia kan??








Pencarian Bloglist Fizgraphic Bulan April

!Assalamualaikum!


Blogger femes memes Fiz Graphic sedang mencari bloglist untuk bulan April. Aku tak ketinggalan untuk join sekali..ermm tapi segan jugak nak citer pasal kelebihan blog ni yew..hee..tapi tak apa..aku cuba promote blog aku abis-abisan ye Fiz...hahaha

Blog aku ni tak adalah seglamor blog Fiz lagi cuma aku syukur sebab ranking blog aku dah dibawah 1000 di Malaysia..di dunia tuh masih ratusan ribu lagilah..tapi okaylah kan untuk blog aku yang baru berumur 11 bulan ni kan??*bajet sikit disini*

Blog aku jugak banyak mengupdate isu semasa dan isu sekeliling yang bagi aku patot aku kongsikan di blog.  aku jugak banyak update pasal diri aku sendiri. Aku jugak ada buat tip-tip dan petua bagi pembaca blog aku ni dan buat blogger baru.

Berapa kerap update blog??huisshh soalan cepu mas tuh..setiap hari wajib aku update blog..sekurang-kurangnya satu entry..tu sekurang-kurangnya..kalau yang paling banyak aku boleh update 5 entry atau lebih tengok atas masa jugaklah.

p/s: arap kali ni dapat jadi bloglist fiz, sebab ari tu kecewa jugak sebab tak terpilih..huhu*ayat sadess*..hiii

Hot!! Pendedahan Tentang Pembedahan Plastik Orang Korea

!Assalamualaikum!

Gambar di bawah cukup untuk menerangkan yang ramai artis mahupun orang biasa di Korea yang ramai membuat pembedahan plastik untuk kelihatan lebih cantik!


p/s: yakin dan percayalah..orang Melayu jauh lebih cantik...hehehe

Awas!! Buku Panduan Solat Mirip Islam oleh Kristian Ortodok Syria

!Assalamualaikum!


Perhatian kepada semua umat Islam..baru-baru ini sebilangan pihak Kristian Ortodok Syria telah menerbitkan sebuah buku panduan solat yang bertajuk "Shalat Rabbaniyah" yang ditulis oleh Ignatius Bambang Soetawan.

Buku ini menerangkan tentang solat dan ayat yang dibaca pun hampir dengan ayat Al-Quran! Cara diorang solat dan pakaian dalam solat pun mirip orang Islam seperti berjilbab, bejubah dan berkopiah. Perkara ini amat dirisaukan oleh umat Islam sejagat.



MOHON SHARE

p/s: hati-hati ye semua..sekarang ni macam-macam benda diorang ni nak memesongkan akidah umat Islam

5th Anniversary Mini GA

!Assalamualaikum!


Due date: 31/3/2013
Umum winner: 3/4/2013
p/s: jom join ramai-ramai...aku cop selendang dengan kerongsang tuh..=)

"1st Give Away Love LIMITED EDITION by cci"

!Assalamualaikum!


Pelukis doodle femes memes cci sedang menganjurkan segmen best..hee..dah lame duk usha blog cci yang dipenuhi dengan doodle yang cumeeyy ciptaan cci sendiri..tak payah tengok jauh-jauh..tengok banner segmen kat atas ni..comey kan??alangkah bahagianya kalau dapat doodle secomey tuh..hehe

Tak dapat dinafikan ramai yang join segmen cci ni..tapi aku berharap sangat dapat watermark atau pom header buatan cci sendiri..*tak tidow malamlah kalau dapat nih*..kehkeh..owhh lupa nak bagitau cci jugak ada ambek tempahan buat doodle taw..sesiapa yang suke doodle tomey-tomey ni..cci lah pilihan terbaik=)

Putih-putih melati,Merah-merah delima,Entry dah siap ni cci,Mohon diterima.

p/s: meh pakat join segmen cci ni..*klik banner comey untuk join*


5 Hadiah Tawan Hati Wanita!

!Assalamualaikum!

Aku yakin dan pasti ramai lelaki macho diluar sana yang sering mengalami masalah untuk memilih hadiah yang sesuai untuk dihadiahkan kepada teman wanita mahupun isteri korang kan?jadi aku sebagai wanita sejati sedia pecahkan rahsia hadiah yang terbaik untuk diberikan kepada teman wanita korang..haa suka tak??wink-wink..hadiah apakah itu?

Sepatu Anggun


Kasut dan wanita tak dapat dipisahkan..yeee betol aku cakap ni..korang bagilah sepasang kasut yang aggun dan boleh memikat hati si dia seperti kasut di atas tu haa..komfemmm teman wanita korang akan melonjak ke angkasa!!*sebab terlalu hepy*...hihi

Kamera Kompak

Tipu bebenor kalau teman wanita korang cakap dia tak suka bergambar..padahal dibelakang korang dialah nombor satu bab-bab bergambar ni. Nak pula korang hadiahkan kamera Sony yang terbaru ni*pink lagi tuh* makin tersenyum lebarlah pasangan korang nanti.=)

Telefon Pintar Terkini

Telefon menjadi item wajib bagi pasangan kekasih mahupun suami isteri kan?yela..kalau tinggal berjauhan telefonlah menjadi tempat menghubungkan kalian..hurmm telefon biasa pom tak apa, tapi kalau hadiah telefon terkini kepada si dia, mesti lebih seronok kan??*tak tidur malam agaknya kalau dapat telefon atas nih*..hehe


Gelang


Jika korang tak cukup bajet untuk beli gelang emas mahupun berlian untuk dihadiahkan..cukup dengan membeli gelang yang sweet dipandang dan mudah digayakan untuk diberikan kepada pasangan korang tuh..gelang ini melambangkan cinta kamu tu sendiri=)

Jam Tangan

Tak semua wanita suka kan barangan kemas dan aksesori yang over kan?*opss aku pun tak suka sangat*..jadi bagi pasangan korang yang tak berapa suka akan barangan kemas nih..dengan memberi seutas jam tangan ni pom dah cukup memadai dan mereka akan terasa dihargai.

p/s: wahai para ladies sekalian..yang mana korang paling suka kat atas ni?*aku suke semuenya*..heee..buat para lelaki machoo..sila take noted^____*

Ranking Blog Bawah 1000!

!Assalamualaikum!


Yeahh..tersangat hepy hari ni walaupom ade jugak yang sedih hari ni..ape pom nak citer yang hepy-hepy je dengan korang semua. Alhamdullilah sejak blog aku bertukar domain ranking di alexa makin baik..dan yang paling menggembirakan aku ranking blog aku di Malaysia dibawah 1000!

Dah lama jugak tunggu ranking ni..yela..susah jugak nak dapat ranking yang elok ni kan..sentiasa kena update entry dan pandai tarik minat pembaca. Sejak dua menjak ni pageviews blog makin meningkat, sebab tu kowt ranking makin okay=)

Terima kasih buat kawan-kawan blogger yang sering support blog aku ni dari blog comey-comeyblog dulu hinggalah dah bertukar kepada nabilabiela.com pada hari ni..aku ucapkan ribuan terima kasih..tanpa korang tiada maknanya blog aku ni haa*pinjam ayat artis jap*..hehe

p/s: ranking blog dunia 313, 289..ranking di Malaysia 978...insyaAllah boleh tingkatkan lagi..ehh..korang pom bolehlah=)



SPECIAL GIVEAWAY: BUAH TANGAN DARI LANGKAWI

!Assalamualaikum!
*Nak join? KLIK BANNER*


Akademi Insan Cikgu Fizi diusahakan sepenuhnya oleh Cikgu Fizi. AMIN CF ini yang berada di Akademi Insan Cikgu Fizi, No 7-2, Jln Melati Utama 4, Melati Utama, 53100 Setapak Kuala Lumpur. Cikgu Fizi juga ada menyediakan Bengkel bengkel untuk Anak Yatim di Seluruh Malaysia. Sila lawati CIKGU FIZI' untuk info tentang bengkel bengkel.
Cikgu Fizi juga ada menjual buku Karangan Luar Biasa untuk UPSR, SPM dan STPM. Jika berminat sila Hubungi Cikgu Fizi Tel : 011-15657522
.
Num Hp :  011-15657522

Pada 25/3/2013 Cikgu Fizi ke Langkawi untuk menjayakan satu Bengkel yang dadakan di sana. Bengkel ini untuk Anak anak yatim. Jadi sambil CF pegi Langkawi, CF ingin berkongsi rezeki dengan semua pengunjung blog www.cikgufizi.my. 

Inginkan Ole Ole dari Langkawi oleh Cikgu Fizi? Meh jon SINI. Hadiah memang gempak!!!!!





Pelik! Kenapa Dengan Lelaki Ini??


!Assalamualaikum!

Chandra Wisnu, 57, mungkin satu-satunya lelaki di dunia ini yang menghidap penyakit kulit yang jarang berlaku apabila tubuhnya ditumbuhi dengan benjolan besar seperti buih. Bapa empat anak dari Indonesia itu jarang sekali meninggalkan kediamannya dan apabila dia berbuat demikian, dia terpaksa menutup mukanya dan memakai cermin mata hitam kerana bimbang diejek atau menakutkan orang lain. Jangkitan ketumbuhan mula tumbuh di wajah Chandra ketika dia berusia 19 tahun.

Apabila meningkat usia 24 tahun, jangkitan itu sudah merebak ke belakang badannya dan ketika dia berusia 32 tahun, ia sudah menutupi seluruh tubuhnya. Pada peringkat awal jangkitan, ibu bapa Chandra membawanya berjumpa beberapa doktor dan pakar sakit kulit yang bingung dengan keadaan penyakitnya yang teruk itu. Dia diberitahu keadaan itu berpunca daripada pengaruh genetik dan mungkin disebabkan oleh sistem saraf yang tidak normal hingga membawa kepada tumor yang tidak berbahaya pada kulit atau tulang.

Dia diberikan pelbagai jenis krim tetapi tidak dapat menghentikan penyakit itu daripada terus merebak. Berikutan gagal mendapatkan penawar dan tidak mampu lagi menanggung rawatan perubatan, Chandra terpaksa hidup dengan keadaan yang aneh. Dia berkata: Tidak ada rawatan khusus untuk penyakit saya. Saya hanya diberitahu supaya berjumpa dengan pakar kulit seorang demi seorang kerana mereka tidak tahu cara untuk merawat saya.

“Selepas itu, bapa tidak lagi percaya untuk membawa saya ke hospital dan sejak itu, saya tidak pernah lagi berjumpa doktor.

“Penyakit ini memberi kesan besar dalam hidup saya, benjolan ini sangat sakit dan gatal ketika cuaca panas. “Orang lain takut, mereka takut dengan wajah saya yang buruk ini dan bimbang mereka akan terkena jangkitan penyakit ini.

“Jadi, saya mengelak daripada orang ramai. Saya jarang sekali keluar rumah kecuali untuk menjemput anak perempuan saya, Hasunns dari sekolah. Dan bila saya berbuat demikian, saya menutup kepala dan wajah saya kerana saya tidak mahu anak perempuan saya dibuli rakannya kerana mempunyai bapa yang berwajah buruk,” katanya.

Chandra kini memutuskan untuk mendedahkan wajahnya kepada dunia dalam usaha mendapatkan rawatan pemulihan untuk penyakitnya selepas mendapat tahu anak lelaki sulungnya, Martin Ananda, 32 dan anak perempuannya, Lis Chandra, 26 juga mula menghidap penyakit yang sama.

sumber


p/s: kulit muka berjerawat??bersyukurlah kerana kita masih mempunyai rupa..sama-samalah doakan lelaki ni cepat sembuh^_____^

Kisah Chewing Gum Dilarang Di Singapore



!Assalamualaikum!

Seperti yang sedia maklum, Chewing Gum salah satu benda yang dilarang di Singapore. Nak tahu kenapa??meh baca cerita kat bawah ni haa..hihi

> Ada satu cerita, PM Singapore pegi ke Thailand , dia makan malam dengan
Raja Siam .

> Mula-mula diorang makan udang, PM Singapore tanya kat Raja Siam lepas
makan udang, apa orang Thailand buat dengan kulit udang?

> Raja Siam jawab : Kami tak buat apa. Kami buang aje.

> PM Singapore : Ooo kat Singapore , kami recycle kulit udang jadik
keropok udang, lepas tu kami eksport ke Thailand …

> Lepas tu diorang makan limau plak. PM Singapore tanya lagi : Lepas
makan limau, apa orang Thailand buat dengan kulit limau??

> Raja Siam jawab : Kami tak buat apa, kami buang aje.

> PM Singapore : Ooo kat Singapore , kami recycle kulit limau jadik Jus
Limau, lepas tu kami eksport ke Thailand .

> Last sekali, diorang makan chewing gum. Seperti biasa PM Singapore pun
tanya : Apa orang Thailand buat dengan chewing gum yang dah dimakan??

> Raja Siam jawab : Kami tak buat apa, kami buang aje.

> PM Singapore : Ooo kat Singapore , lepas makan chewing gum, kami
recycle jadik kondom, lepas tu kami eksport ke Thailand .

> Raja Siam plak tanya: Apa orang singapore buat dengan kondom selepas
digunakan??

> PM Singapore jawab : Kami tak buat apa, kami buang aje.

> Raja Siam : Ooo kat Thailand , lepas guna kondom, kami recycle jadik
chewing gum, lepas tu kami eksport ke Singapore .

> Erk! Muka PM Singapore jadik merah padam dan sebaik saja PM Singapore
Balik ke negaranya, dia terus ban chewing gum di Singapore , sampai
sekarang!

kredit: Sukan Star

p/s: haha..lawak jugak kan citernya..tak tahulah betok ke tidak..hiiii*tanyalah sukan star sendiri yew*

Segmen-segmen Best Cuti Sekolah

!Assalamualaikum!

Sejak bermula cuti sekolah ni ramai blogger buat segmen kan?aku pom turut menganjurkan serta menjoinkan diri dalam segmen-segmen tersebut..hee..banyak jugak segmen yang aku join..buat adik-adik or blogger yang tak tahu nak join segmen apa..meh join segmen best-best yang aku join ni haa..jommm=)

Segmen Jom Pilih Hadiah

Ofkoslah promote segmen diri sendiri dulu..ye dak??kehkeh..sebenarnya nak tamatkan awal segmen ni sebab setakat ni dah 350 lebih blogger yang dah join..tapi disebabkan nak bagi peluang kat adik-adik yang bawu cuti sekolah ni...segmen diteruskan seperti biasa..siapa tak join lagi tuh meh join meh..ni linknya .http://www.nabilabiela.com/2013/03/segmen-jom-pilih-hadiah.html

First Giveaway by Mizhani

Nak join segmen hadiah yang banyak lagi awesome...segmen nilah jawapannya..semuenya hadiah best-best dan buat aku tertarik untuk join...jom join!!link----http://www.nabilabiela.com/2013/03/first-giveaway-by-miz-rizhani.html

Saya Nak T-shirt Blog

Owhh okay..yang ni memang aku suke sangat-sangat..sebab para pemenang akan dapat baju tshirt blog..dan di tshirt tu nanti boleh letak link blog kite..best kan??selain dapat pakai baju free dapat jugak promote blog kita ni haa..hihi..link----http://www.nabilabiela.com/2013/03/saya-nak-t-shirt-blog-awak-nak.html

Birthday Giveaway Nur Alja

Blogger Alja ni bawu buat segmen..dah dapat ramai sponsor*jeles*..hehe..rugi sangat-sangat korang tak join...sebab...90 pemenang yang dicari!!haa banyak kan??tak kan lah tak tersangkut satu kowt dalam 90 tuh..mohhh join----http://www.nabilabiela.com/2013/03/birthday-giveaway-nur-alja.html

Pertandingan Tagline Visonnaire

Okay, yang ni pulak segmen dari blogger femes hazwan..kenapa aku join sangat?sebab aku rasa tagline yang aku reka sedap jugak bunyinya..dan kalau tak menang hadiah pom tak apa..asalkan dapat direview blogger femes ni..sape tak nak kan..korang nak jugak?ni link-----http://www.nabilabiela.com/2013/03/pertandingan-tagline-visionnaire.html

Giveaway by Ara Craft

Nak hadiah yang comey-comey tak?macam keychain, card hoder yang comey dan macam-macam lagilah hadiah yang comey...aku cop card hoder pink tuh..korang ambek yang lain ok??hehe...link---http://www.nabilabiela.com/2013/03/giveaway-by-ara-craft.html

Giveaway by Afie

Segmen terbaru dari Afie ni memang meletup hadiahnya..tak caye??meh tengok hadiahnya..Buttong Badge x5 | Felt hp case x2 | Keychain Felt Craft x7 | Bookmark x1 (mungkin akan ditambah kak shida) | Soft Toy x1 | Pakaian wanita x1 | Tony Moly x1 | J&J Losyen x1 | Elianto BB Cream x1 | Brooch Ribbon x5 | Dress x2 | Inner Neck x2 | Keronsang x2 | Blouse x1 | Blouse peplum tribal x1 | Topup rm10 x2 | Topup rm5 x12 | Miniture Pesawat x2 | Gelang x2.....banyak kan??link----http://www.nabilabiela.com/2013/03/gempak-giveaway-by-afie.html

Mini Giveaway Aisyah Humaira'

Siapa tak kenal blogger yang kian meningkat naik Aisyah Humaira' ni??hee..niera sedang buat segmen terbaru..bawu 2 hari dilancarkan dah 100 orang join..mana taknya..hadiahnya banyak sangat...mehla join----http://www.nabilabiela.com/2013/03/mini-giveaway-aisyah-humaira.html

Tu jew kowt segmen yang best aku join..ada yang aku tertinggal eh??bagi link kat komen yew..nati aku join sekali segmen korang tuh..hee..sejak dua menjak ni giler segmen betoll aku ni..hahaha..

p/s: malas buat assgment ni sebenarnya*xde mood*..huuu

Blogger Pilih Kasih Lagi Dan Lagi!



!Assalamualaikum!

Masih ingat entry aku pasal Blogger Pilih Kasih hari tu?haa ni nak citer lagi pasal si blogger tuttt..bukannya apa tau..blogger ni still tak berubah..still pilih kasih semasa memilih pemenang untuk segmen yang dia anjurkan...dan seperti biasa nama kawan-kawan dia jugak yang naik..agaknya segmen dia buat tuh untuk kawan-kawan dia jew kowt..maybe*sinis sangat kan*hihi

Dalam entry sebelum ni akau ada menyatakan yang tak nak join segmen dia lagi..tapi hari tu aku terjoin segmen dia lagi sebab aku fikir tak baiklah kita buruk sangka kan?..ingatkan dia dah berubah..huuu rupanya tetap sama...lagi-lagi kawan dia yang menang..tak tahulah apa masalah dia ni..tak kan nak jaga hati kawan sampai berlaku tak adil macam tu kan??

Buat si blogger pilih kasih tuttt..janganlah amalkan sikap tidak adil kamu tu..nampak terang lagi bersuluh kamu tu tak adil dalam pemilihan pemenang..dan ramai yang tak puas hati sebab aku tengok ada blogger lain komen tak puas hati tentang pemilihan pemenang tuh.*termasuklah aku*

Siapakah blogger pilih kasih tu?mungkinkan dia sedang membaca entry aku ni?haha..tak baiklah kita mengaibkan sesama kita kan..biarlah dia faham sendiri....siapa telan lada dialah merana*kata-kata bawu*..kehkeh

p/s: buat kali terakhir aku join segmen dia..*janji dalam hati*..patotlah ramai yang tak nak join segmen dia..huuu
Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^