Lelaki Ditipu RM2,760 Beli Motosikal Secara Online!



KUANTAN - Gara-gara terpedaya dengan tawaran seorang wanita yang ingin menjual sebuah motosikal menerusi internet, seorang lelaki kerugian RM2,760 selepas tertipu dalam urus niaga itu.

Mangsa, seorang pekerja swasta, 30, menyedari ditipu setelah motosikal yang dibelinya daripada wanita itu yang mendakwa dari Johor awal bulan ini masih belum diterima sehingga hari ini dan membuat laporan di Balai Polis Raub semalam.

Ketua Polis Daerah Raub, Supt Wan Samsudin Wan Osman berkata, setelah membaca tawaran itu di laman web pada 8 Februari lepas, mangsa menghubungi wanita itu untuk membeli motosikal Yamaha RXZ itu yang ditawarkan pada harga begitu murah
iaitu RM2,500.

"Wanita itu kemudian meminta mangsa menambah RM260 untuk kos penghantaran menggunakan lori penghantaran ekspres dan mangsa yang bersetuju kemudian memasukkan RM500 ke dalam akaun wanita itu sebagai wang pendahuluan," katanya
ketika dihubungi di sini, hari ini.

Wan Samsudin berkata, pada petang hari yang sama, mangsa memasukkan RM2,260 ke dalam akaun wanita berkenaan.

"Selepas memaklumkan bayaran penuh terhadap motosikal berkenaan sudah selesai, wanita terbabit kemudian berjanji dengan mangsa akan menghantar motosikal itu dalam tempoh lapan hari," katanya. - Bernama

SUMBER

p/s: berhati-hati kalau membeli di internet^^

sitemap







Travel

Food


Beauty

REVIEW


PETUA/ TIPS

Single??



Single? It happened for a reason. It's God's way of saying, "Learn to love yourself. You already gave so much for others."

p/s: belajar sayangkan diri sendiri sebelum sayangkan orang lain..♥

Beli Losyen Felinna Inchloss Dengan Harga Runtuh!




First time dengar pasal fellina ni dari kawan aku. Dia citer pasal kakak dia turun 7kg dalam masa dua minggu!terkejut giler aku masa tu. yela camne tak terkejut, susah kot nak turun berat dengan mendadak camtu tanpa bersenam kan? tapi inilah hakikat dan kenyataan.

Disebabkan aku terlalu berminat dengan produk fellina ni, aku terasa nak jual sendiri produk ni untuk kita kebaikkan bersama. Alhamdullilah aku dapat harga yang memang murah dari harga-harga yang dijual di internet dan semestinya original=)

Dah ramai yang mencuba produk ni, produk yang bagus untuk turunkan berat badan dengan masa yang singkat! losyen ni wangi, tak panas macam losyen kurus yang lain, tak melekit dan banyak lagi kelebihan produk felinna ni.



Pengasas produk ni sendiri telah mencubanya, dan sememangnya berkesan! Dari badan yang gemuk dan montel bertukar menjadi badan yang slim dan diidam ramai.

PENGASANYA SENDIRI  PN.FELINNA


Meh bace apa kata PN.FELINNA sendiri:

Salam ♥ 
sila jangan shut down n fikir ini adalah virus ♥

hahaha after hari tu upload gambar ramai yg cakap felinna propa plus ada gak yg cakap gambar gemuk tu adalah kakak,adik or sapa2 bukan felinna and ada gak yg cakap gambar kurus itu sebelum menjadi gemuk..
ok sy tahu gambar gemuk ni xfull tapi harap maaf masa mengalami masalah kegemukan tu memang i alergik ngan camera and confident terus hilang..so susah sgt nak cari gambar ni ha.. yups 3bulan lepas bersalin saya rasa sangat buruk okey! hingga jumpa inchloss and terfikir untuk buat jualan bagi membantu lebih ramai wanita yg takut makan pil.. takut nak minum minuman kurus tuh utk sama2 rasai kehebatan produk ni.. ya! SAYA BERJAYA TURUN 5KG DALAM 1 BULAN..dan saya semakin yakin walau bukan kembali ke berat asal saya masih xjemu2 sapu inchloss ke lemak2 yang masih bermahrajalela.. ada lagi 5kg untuk diturunkan.. jom sama2 inch loss and rasai kehebatan nya!


NOW XDE SAPA DAH NAK PERTIKAI ORIGINALITI GAMBAR KOT? HEHE ITU SUAMI YANG SAMA.. XBESAR2 DAN ANAK YG SAMA YG MAKIN MEMBESAR.. JADI SILA TELITI DAN INI MEMANG SAYA..KALAU BUKAN SAYA XKAN SUAMI NAK PELUK KAN?

Dah bace apa kata PN.Felinna?haa..best jew kan?siapalah tak nak kurus dengan cepat dan berkesan..wuuu aku pom nak..tapi sayang..aku ni dah kurus...kehkeh..kalau tak dah lama aku guna. Malas nak citer panjang atau membebel tak sudah..siapa nak beli Felinna dengan aku boleh PM kat FB yew.

HARGA RUNTUH
Harga biasa yang dijual di internet ialah RM75 sebotol tapi aku jual:
RM55 jew sebotol*beli banyak dapat lagi murah*


p/s: kalau nak beli PM aku kat FB SINI yew...cepat-cepat taw..takut abis stok pulak nanti..hehe^_____^



Akhirnya Dr Fadzilah Kamsah Mohon Maaf



Berikut adalah kenyataan media dari Pakar Motivasi negara, Dr. Fazillah Kamsah mengenai video yang tersebar di YouTube baru-baru ini yang telah mengundang kritikan dan kutukan banyak pihak.

Selain dari dirinya sendiri yang menerima kritikan, kaum keluarganya juga telah menjadi sasaran, sedangkan yang menyatakan pendirian untuk tidak bersetuju dengan cara PAS berdoa itu adalah beliau.

Tak patut rasanya diheret sama kaum keluarganya untuk diaibkan..

Dalam kenyataan media ini selain dari meminta maaf terhadap pihak yang terguris dengan kata-katanya itu beliau juga dengan rendah diri memohon agar individu yang telah memuatnaik video tersebut ke dalam YouTube supaya memadamnya.

Dan beliau juga memohon agar semua individu yang telah memuatnaik gambar-gambar yang mengaibkan keluarganya itu supaya memadamkannya..

KENYATAAN MEDIA DR FADZILAH KAMSAH

Bismillahirrahmanirrahim. As salamu'alaikum shbt yg di muliakan Allah SWT. Selawat & salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Di doakan semuga kita semua di rahmati Allah SWT. Saya terpanggil utk memberi penjelasan krn maruah keluarga saya terjejas & utk mengelakkan salah faham & penjanaan dosa yg berterusan. Saya tak mampu nak jawab semua isu, cuma nak sebut mana yg termampu. Mempertahankan maruah diri & keluarga adalah jihad & jika mati dlm usha mempertahankan maruah diri & keluarga, insya Allah di kira mati syahid.

Pertamanya saya memohon ampun & maaf kpd semua pihak yg tersinggung dgn komen saya tersebut. Saya cuma seorg rakyat biasa & bkn bercakap sbg org politik. Saya langsung tidak bermaksud utk memalukan mana2 pihak. Amat malang sekali bila komen saya di politikkan hingga menyebabkan kemarahan berbagai pihak.

Rakaman temuramah tersebut di lakukan di PWTC selepas majlis Bantuan Amal Palestin. Saya telah di temuramah lebih 10 kali oleh berbagai stesyen TV, radio, akhbar, majalah & blogger. Suasana sekitar yg agak bising menyebabkan saya menguatkan suara saya utk menenggelamkan kebisingan di persekitaran. Ini menyebabkan suara saya di anggap kasar bila menjawab soalan2 yg di ajukan. Bila dah menjawab terlalu byk soalan, maka soalan drp blogger (penemuramah terakhir) saya jwb dlm kedaan yg tergesa gesa & mungkin tak berfikir dgn mendalam.

Bila bercakap tentang kezaliman, saya memberikan pandangan secara umum & membandingkan situasi di Malaysia dan situasi & penderitaan rakyat Palestin. Di Majlis Bantuan Amal palestin itu kita telah di terangkan melalui ucapan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, mengenai kezaliman Israel terhadap saudara seIslam kita di Palestin. Itu sebab saya katakan, berbanding penderitaan rakyat Palestin, kita di Malaysia amat bahagia & tidak di zalimi. Inilah konteks hujah saya ketika itu.

Sejak kecil saya telah di didik oleh ibubapa & guru2 saya utk sentiasa berbuat baik kpd org lain, membantu org lain setakat kemampuan & mendoaakan kebaikan org lain. Justeru, saya amat sedih bila org mendoakan kehancuran saudara seIslam sama ada di Malaysia atau di mana2 di dunia ini. Saya juga amat sedih jika tindakan kita itu di salah ertikan oleh org bukan Islam di Malaysia. Tindakan sedemikian juga boleh memberi ganbaran yg kurang positif kpd anak2 yg masih belum mampu berfikir dgn rasional spt org dewasa. Saya yakin masih byk cara yg lebih tertib & berhikmah yg boleh di gunakan.

Saya lihat diri saya sebagaai guru & pendakwah kerdil (walaupun saya bkn ustaz & jahil agama), dan akan berterusan mencari ilmu, berkongsi ilmu & membantu sesiapa saja yg perlukan bantuan nasihat & kaunseling. Inilah jihad kecil yg saya akan lakukan hingga akhir hayat saya.

Saya juga telah memberi teguran setakat kemampuan kepada berbagai pihak termasuk media di Malaysia melalui kursus yg saya kendalikan atau prog motivasi di media tempatan. Insya Allah teguran saya tidak tertumpu kpd pihak2 yg tertentu sahaja. Saya tak takut kpd sesiapapun di dunia ini, saya cuma takut kpd Allah SWT.

Di Mekah & Madinah tempohari saya telah berpesan kpd sahabat2 dari Malaysia utk tidak lupa mendoakan keselamatan Malaysia, agar semua org Islam di Malaysia bersatu & kita mati dalam husnul khatimah.

Saya amat sedih bila gambar2 anak2 saya yg sudah lebih 9 tahun yg lalu, di sebarkan semula. Gambar anak lelaki saya & isterinya juga di sebar seolah2 gambar masa berdating, walhal itu gambar2 selepas mrk berkahwin. Insya Allah anak2 saya telah berubah & saya telah berwasiat kpd mereka utk: Jaga solat 5 waktu, baca Quran tiap hari, tutup aurat setiap masa, buat apapun dgn terbaik, bantu org & jangan menyusahkan org lain.

Pesan Nabi SAW: Barangsiapa yg menutup aib saudaranya, maka Allah akan tutup aibnya di dunia & di akhirat. Saya seru diri saya & shbt yg di muliakan supaya tidak mengaibkan sesiapa di dunia ini. Bila nampak org buat silap, nasihatkan dia jika mampu & doakan agar Allah beri mrk hidayat, segera bertaubat & dpt berubah. Bila kita mengutuk org lain, kita seolah olah mengatakan kita ni sempurna & kita lebih baik drp org yg di kutuk itu.

Ingat pesanan Imam al Ghazali: Jika kamu nampak org jahat depan kamu, jgn sangka kamu lebih baik drp org itu. Org yg jahat itu mungkin sempat bertaubat sebelum mati, & kita yg kononnya baik ini (pastinya byk dosa) belum pasti sempat bertaubat sebelum mati.

Kita tidak maksum & semua kita buat silap. Org yg bertaubat, insya Allah akan di ampunkan semua dosanya. Moga shbt yg mulia dpt ampunkan semua dosa kami sekeluarga.

Dengan rendah diri saya memohon agar saudara Norsammudin dapat menurunkan atau delete video tersebut & semua shbt dpt delete gambar2 yg boleh memalukan keluarga saya. Doakan saya sekeluarga agar dpt menjadi insan yg Allah redha & dapat memberi sumbangan kpd rakyat di Malaysia.

Salam hormat & salam ukhwah drp saya sekeluarga. Moga Allah rahmati & lindungi kita semua. Aamiin. Wassalam.

-Dr Fadzilah Kamsah-

SUMBER


p/s: no komen..yang pasti tak baik aibkan orang..semua manusia tak sempurna=)

Gempar!! Bukti Kekuasaan Allah Taala



Bukti kekuasaan Allah jelas terbukti di dalam Gospel iaitu kitab bible yang asal yang menyatakan Rasulullah s.a.w. yakni Nabi Muhammad adalah pengutus dan Rasul terakhir....tergamam jap bacer pasal info ni di FB tadi..

Seperti yang kita tahu...kitab bible yang asal memang menyebutkan tentang kebenaran sahaja..namun kitab Bible yang sekarang sudah banyak diubah oleh orang kristian untuk menyesatkan lagi ajaran agama kita pada hari ini.

Aku jugak ade terbacer dalam keratan akhbar diatas yang menyatakan para paderi sekarang tidak pernah membuka atau membaca kitab Gospel diatas..*maybe diorang tak nak ambik tahu*..marilah kita sama-sam a berdoa supaya para paderi yang melihat kitab Gospel ni akan memeluk Islam..aminn


p/s: jom share..biar ramai yang tahu pasal hal ni..Islam untuk semua^_____^



Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli




Eraz Fadli mengajak semua blogger untuk join Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli.. Segmen yang sangat simple dan insyaallah akan memberi manfaat kepada semua.. Segmen ini bermula pukul 8.30 pagi hingga 11.59 malam ini sahaja.. Top Refferal akan mendapat sesuatu daripada Eraz Fadli.. 


Syarat : -
  1. Follow blog Eraz Fadli , dan like Page E'raz Fadli..
  2. Buat tajuk entri Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli..
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri..
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen..


# Senang.. Idea cara yang simple dan mudah ini Eraz Fadli kreditkan kepada blogger Mia Liana.. 



Wang Hantaran Kahwin Mengikut Sijil?



Isu ni memang telah lama dihebahkan dan jadi gosipp hangat di sekalian mak jemah di Malaysia..kehkeh..aku jugak tak ketinggalan untuk join sama bersama mak jemah,mak senah dan mak-mak lain lagi untuk berbicara mengenai wang hantaran kawengg yang mengikut sijil atau status seseorang perempuan tu.

Aku yakin korang pom dah biasa dengar kan pasal hal ni...yang paling lawaknye kalau kat kampung siap menetapkan lagi harga wang hantaran kaweng mengikut sijil masing-masing...yang tak ada sijil tu pom ada disebutkan jugak..bahahaha..lawak-lawak.

Harga Biasa Yang diGosipkan

SIJIL
1) Tak Ada Sijil: RM3000-RM5000*paling murah*
2) SPM: RM5000-RM7000
3) DIPLOMA/STPM: RM7000-RM10000
4) IJAZAH: RM10000 dan keatas

STATUS
1) Anak Dara: Harga seperti diatas
2) Janda: RM3000-RM5000
3) Artis: RM20000 dan keatas*atas kefemesan*..

Bagaimana pula kalau perempuan yang ada Master dan PHD yew?kompem mahal lagilah kalau ikut sijil kan...ish-ish...kesian kat lelaki nak cari duit...lagi-lagilah kalau anak dato' or anak menteri...lagilah mahal kowt..*sabar jelah*

Persoalannya...relevan ke penetapan harga wang hantaran kawengg ni?kaweng untuk duit atau kaweng untuk nak bahagia??*kompiuss*

p/s: hakikat sebenar dalam Islam..semakin murah wang hantaran seseorang wanita itu..maka semakin mulia dia dipandangan tuhan*tak menyusahkan bakal suami*..^_____^

Pelik!! Wanita Dakwa Lahir Anak Kembar Buaya



Sinjai: Penduduk di daerah ini di Sulawesi Selatan heboh dengan kelahiran bayi lelaki yang mempunyai kembar seekor buaya.

Penduduk Sinjai dan kawasan bersebelahan berpusu-pusu mengunjungi rumah wanita bernama Huda, 40, untuk melihat kejadian aneh itu.

Anak buaya itu diletakkan di dalam besen berhampiran bayi berkenaan.

Ketika diwawancara wartawan, Huda mengaku mengalami kelainan ketika hamil kali ini, berbanding dengan sebelumnya.

Menurutnya, ketika melahirkan kandungannya di Dusun Bontosunggu di Sinjai Barat, Desa Terasa, dia hanya dibantu oleh suami, Marping. “Yang keluar bukan bayi, tetapi telur putih sebesar bola tenis. Tiba-tiba telur itu pecah dan seekor buaya berwarna hitam dan keemasan muncul. Perut saya tetap besar. Keesokan harinya, saya melahirkan pula bayi saya,” katanya.

Huda dan suaminya yakin anak buaya yang mereka namakan Nur Baya itu ialah kembar anak lelaki mereka yang diberi nama Muhammad Nur. - Kompas

p/s: entah betol ke tidak perempuan ni yew...kehkeh...^_____^

Kenangan Dulu



Siang berganti malam,
Malam berganti siang,
Bumi berputar diatas paksinya,
Bintang pula bermain kerdipan yang gemilang,
Tinggallah kenangan yang bermain di fikiran.

Banyak kenangan yang silam,
Membuatkan hatiku sedikit kelam,
Aku tertanya-tanya,
Kenapa perkara itu yang aku ingatkan,
Sedangkan telah lama kutinggalkan.

Semua orang mempunyai kenangan,
Indah atau hitam,
Itulah kenangan,
Walaupun sakit untuk ditelan,
Itulah warna-warni kehidupan.

Ohhh kenangan,
Jika ianya indah cepatlah datang,
Jika ianya gundah,
Lupakanlah...
Namun siapalah kita untuk menetang,
Semunya telah ditetapkan.

p/s: fuhh dah lama tak tulis sajak..janggal pulak rasenye...hehehe....nak bacer sajak yang lain-lain?just tekan tab menu poems kat atas tuh^_____^

'Saya Tidak Mahu Mati Lagi'



KOTA BHARU - “Ore tok sir mati lagi (Saya tidak mahu mati lagi) ummi.” Itulah luahan Muhammad Azim Nor Hazri kanak-kanak penghidap kanser mata yang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sejak awal bulan ini.

Walaupun Muhammad Azim sudah mengetahui penyakitnya itu amat kritikal namun, kanak-kanak tersebut berusaha melawan kesakitannya, apatah lagi seolah-olah mahu meyakinkan ibu bapanya yang dia masih kuat.

Kata-kata itulah yang memberi kekuatan bagi ibunya, Nik Zuraidah Nik Yali, 39, tatkala melihat anaknya berusia empat tahun itu terbaring dan mata terkebil-kebil kerana terpaksa menanggung penderitaan sejak dua tahun lalu.

Nik Zuraidah berkata, dia sendiri memberitahu anaknya berhubung penyakitnya berada di tahap keempat sebagaimana dinyatakan pihak hospital untuk persediaan awal bagi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

“Sebak hati saya ketika menceritakan tentang kematian bersama Muhammad Azim, namun saya gagahkan jua supaya dia mengerti keadaannya sekarang. Rupanya di sat sebegini pun dia kuat.

“Lebih menyedihkan saya dan juga menjadi pembakar semangat sehingga ke saat ini apabila anak kecil ini merenung kepada saya dan memberitahu dia tidak mahu mati lagi,” katanya.

Nik Zuraidah dari Kampung Keroh, Kuala Krai mengakui dengan kesengsaraan yang ditanggung oleh anak bongsunya itu, dia reda apa jua akan berlaku selepas ini kerana pelbagai usaha dilakukannya termasuk kerap kali dibedah.

“Saya sudah puas menangis, saya reda dengan ketentuan ALLAH uji kehidupan kami sekeluarga, namun selagi umur panjang kami tetap akan menjaga Muhammad Azim dengan baik,” katanya.

Nik Zuraidah yang kini terpaksa bergilir-gilir dengan suaminya, Nor Hazri Ahmad, 40, menjaga Muhammad Azim di HUSM juga memberitahu anaknya sebelum ini petah berkata-kata namun sekarang menjadi semakin pendiam.

“Sepanjang hari Muhammad Azim tidur dan sekali-sekali membuka matanya. Jika dahaga dia akan minta air dengan suara yang perlahan. Dia kurang makan kerana doktor memberikan susu khas membuatkannya kenyang.

“Dia hanya boleh minum menggunakan penyedut minuman kerana bonjol pada matanya menutup sedikit ruang mulutnya dan ini menyukarkannya minum seperti biasa,” katanya.

Kelmarin, Sinar Harian melaporkan penderitaan dilalui Muhammad Azim setelah disahkan menghidap retinoblastoma atau sejenis kanser mata kanak-kanak pada 2011.

Di samping itu, ibu bapanya mengharapkan gaji harian selain bantuan bulanan RM300 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menampung perbelanjaan bagi menyara dua lagi tanggungannya.


Bagi mereka yang ingin membantu bolehlah menyalurkan sumbangan menerusi akaun Maybank Nik Zuraidah sendiri iaitu, 153029208754.

Gambar terkini keadaan bonjolan pada mata Muhammad Azim ketika menerima rawatan di HUSM Kubang Kerian.



p/s: nak nangis tengok keadaan mata adik ni...T_____T

Cantik Dalam Masa 5 Minit!



Alhamdulillah..rezeki mencurah-curah sejak dua menjak ni..^_^..bawu ni aku menang segmen aisyah humaira'..menang hadiah best pulak tuh..iaitu tomatox mask dan abuse tint dari Atie House..*gambar kat atas tuh*..memang excited giler bila dah tahu hadiah sampai...kehkeh

Opsss..tajuk entry over sangat yew?tapi memang betul lah..dalam masa 5 minit jew korang boleh jadi cantik jika pakai dua benda kat atas tuh..tomatox mask untuk melembabkan dan mencerahkan kulit muka..dan abuse tint tuh untuk mencantikkan bibir comey korang jadi lebih gorgeousss...*ciyess loll*

Aku dah try sendirik dua benda nih...memang best sangat...lagi-lagi lah tomatox mask tuh..sesuai ngan kulit muke aku yang sedikit kering nih....cara pakai pom senang dan cepat!just letak..urut..dan biarkan dalam masa 5-10 minit lepastuh basuh..dah hasilnya amat lumayan..hihi

Nak tunjuk muke kan aku segan..so aku tunjuk kulit tangan aku jelah sebagai testimoni yew..xpew kan?perbezaan warna kulit amat jelas!!

SEBELUM
Sebelum pakai tomatox*pakai cincin tak semestinya dah kawengg*kehkeh

SELEPAS
sekali lagik...pakai cincin tak semestinya dah kaweng

Haa camne...berbeza kan??tuh aku pakai tomatox mask...ni aku nak tunjuk testimoni pakai abuse tint yang kecik molek tuh pulak...*cute mute*

ABUSE TINT

kecik-kecik cili api..yang ni letak kat bibir yew

Hurrmm yang abuse tint ni aku tak tahu nak bagi testimoni camne..sebab segan kowt nak tayang bibir comeyy aku ni kat korang*perasaaannn jap*..muahaha..tapi apa yang aku boleh katakan..bibir korang akan jadi warna pink kemerahan camtu...memang lawa dan gorgeouss kalau korang pakai taw..ade banyak pilihan warna tak silap aku..jadi korang pilihlah mengikut kesesuaian warna bibir korang yew..^___^


tengoklah sendirik bibir aku*pink-pink sikit kan*..hee..aku tudung hijau tuh

Aku tahu korang akan tanya nak dapat kat mane tomatox mask dengan abuse tint ni kan?*over confident*....kehkeh..korang boleh dapatkan di Atie House...cepat sikit order..takut abis pulak karang....=)

p/s: cik Atie..nak satu lagik tomatox mask tuh boleh??*muke tak malu*..T_____T









Tips Menganjurkan Segmen


Segmen tak dapat sambutan?tak ada orang nak join?mesti rasa macam serba tak kena jew kan kalau segmen kita buat tak ada sambutan?okay tak apa..kita belajar dari kesilapan yew^^..cube tips kat bawah ni..insyaAllah segmen korang akan meriah lagik lepas ni.

TIPS-TIPS

SYARAT
Pastikan syarat segmen yang korang buat tuh mudah untuk dibuat..contohnya just follow blog dan like pages blog korang..dan kalau ada sponser..just 2, 3 sponser jew...janganlah ramai-ramai..jenuh blogger yang join nak ikut syarat korang nanti..mule-mule nak join..bila tangok banyak sangat syarat..terus malas nak join...*akulah tuh*..kehkeh

HADIAH
Sediakan hadiah yang hot dan meletup sikit..barulah orang terasa nak join...dan kalau boleh hadiah tu berbentuk barang....biar nampak jelas barang yang korang nak bagi tuh..letak gambar pom tak apa..untuk menarik minat blogger lain untuk join sekaki.

TEMPOH
Kalau buat segmen tuh janganlah sampai bertahun-tahun atau tak ada tempoh langsung...*ciap tulis selama-lamanya*...tak ade kesudahanlah kalau camtu kan?tak best kowt kena tunggu lama-lama untuk tahu pemenang..hee..paling lama pom..sebulan okaylah...^^

SPONSER
Ni part yang penting..kalau nak hadiah banyak pom janganlah cari sponser sampai beratus sponser...kalau sponser tuh just suruh like jew tak apa..ni ciap follow sekali..kan membebankan orang yang nak join...kalau aku..aku just pilih sponser yang nak bagi hadiah banyak dan best...tak payah nak ramai-ramai kan?*bagi akulah*

PEMILIHAN PEMENANG
Cara pemilihan pemenang pom perlu diambik kira...janganlah buat hadiah just untuk top reffral....sebab kebiasaannya..blogger yang femess dan ramai follower jew yang menang..tak adil lah bagi blogger yang masih baru kan?kalau korang nak selamat..buat dua-dua...random dengan top reffral..barulah blogger yang baru*macam aku ni*..nak join...kalau tak...jangan harap newbie ni nak join..hehe


Tu jew kowt tips yang boleh aku kongsikan kat korang..alhamdullilah...setakat ni segmen yang aku anjur ramai jugak yang join...just guna tips kat atas....insyaAllah..segmen korang akan gempak dan luar biasa sambutannya...amin..^______^


p/s: apa tunggu lagi...cubelah tips diatas sesuka hati..kehkeh...*kompemm gegar*

Kepala Putus Digilis Kereta Api



BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki yang dipercayai warga asing maut digilis kereta api di bawah jejambat berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Mertajam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Azman Ab Lah berkata, lelaki yang berusia 30-an itu ditemui tertiarap manakala bahagian kepalanya putus di atas landasan.

“Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 8.35 malam itu, sebuah keretapi barang dari Utara melalui kawasan tersebut dan melanggar mangsa yang sedang meniarap.

“Bagaimanapun, kejadian itu hanya disedari pemandu lokomotif berikutnya yang melalui kawasan tersebut dan membuat laporan polis

“Mayatnya dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat,” katanya.

Mangsa yang masih belum dikenal pasti identitinya itu bertubuh kurus, memakai seluar pendek biru berbelang serta berbaju T kelabu dan bertatu di bahagian kaki kanannya.

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati tidak ada unsur jenayah dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

p/s: kecian kowt..bawu jew mati mengejut..kena gilis di kereta api pulak...ish-ish..T_____T

Telling The Truth is Better




Telling the truth and making someone cry is better than telling a lie and making someone smile..(-.-")




Review Blog: noraqilah johari



Blog pink dan berbunga-bunga..memang comeyyy sangat blog noraqilah johari ni....gaya penulisan aqilah amat menarik bagi aku...macam gaya seorang penulis novel pom ade...memang best...ayat-ayat yang ditulis menusuk kalbulah..*over ke?*....hihihi

Macam-macam citer ada kat blog aqilah nih haa...citer tentang kehidupan seharian beliau pom ade...eh...kire diary dia jugaklah kan??rugiii korang tak pergi bacer taw...tak nak ke usha-usha belog si cik mek molek aqilah nih?? ^___^

Apa lagi yang ditunggu dan dinanti...perlu ke termenung lagik??jangan tunggu lama-lama...jomlah serbu ke blog aqilah johari ni untuk melihat sendirik kebesttsan belog beliau*kebestssann pom ade*...kehkeh...jommmm!*tonyoh header untuk terjah*

p/s: alhamdullilah..ramai yang sewa tapak di blog ni..hee..aqilah adalah salah sorang darinya..nak sewa jugak?PM aku kat SINI yew..=)

Hot! Jangan Kongsi Dosa!



Fitrah manusia memang tak kan lari dari melakukan dosa..siapa sahaja pernah buat dosa..termasuklah diri aku sendirik..tapi kita mampu untuk berubahkan??gerun jew tengok ustaz Azhar cakap kat atas tuh..."Bila kita post atau share gambar yang buka aurat..kita juga akan berdosa..jika 10 ribu orang tengok gambar itu..maka kita dapat 10 ribu dosa!!yup...absolutely true lolll..T__T

Seharusnya aku jeles dengan blogger yang post citer pasal artis...bila post jew pasal artis...meletup-letuplah pageviews kan??tapi yang tak sedap mata memandang artis yang tak pakai tudung or tak tutup aurat pom diletaknya..malah ada yang sengaja letak gambar artis yang seksi-seksi untuk meningkatkan lagi pelawat di blog....ok ke macam tuh??*??*

Bukan setakat di blog..kalau ternampak kawan kita yang tak bertudung tayang-tayang gambar di FB janganlah gatal-gatal tangan nak share or nak like gambar diorang tuh..bukan nak boikot ke ape..cume kita tak nak kongsi dosa...kan..kan..kan?..

Memang...orang yang pakai tudung tak semuanya baik dan orang yang tak bertudung tak semestinya jahat..tapi perempuan yang baik tuh mesti bertudung kan?...tutuplah aurat...pakailah tudung..kompemm lebih comey..*ciyess tak tipu*..hehehe

Maaflah andai entry aku ni membuatkan korang rasa tak puas hati..tak ada niat pom nak sakitkan hati korang..just nak share apa yang aku tahu...sharing is caring kan?tak payahlah nak dapat dosa free dengan menyebarkan gambar perempuan yang tak tutup aurat....maybe blog kita akan femes di dunia ni..tapi di akhirat nanti nak jawab apa yew? (-.-")

p/s: Nak dapat pahala senang..nak dapat dosa lagilah senang..semuanya atas kita..^_____^



Blogger Pilih Kasih!



Sesi luahan rasa hati sikit hari ni...hee..sebenarnya dah lame aku pendam dalam-dalam pasal hal ni..tapi makin menjadik pulak si blogger sorang ni...T__T..blogger ni sering pilih kasih atau dalam bahase senangnye tak adil.

Tak adil macam mana?blogger ni selalu jew buat segmen taw...dan orang yang join segmen dia ni boleh tahanlah jugak....yang tak adilnya...selalu orang sama jew yang menang segmen dia..tak kiralah segmen tuh dia pilih sendiri pemenang or random..selalu orang tuh jew yang menang...kenapa yew??

Aku tahu..dia rapat dengan si blogger sorang tuh...dan aku tak tahulah sama ada dia sengaja or tak sengaja pilih orang yang sama jadi pemenang..tapi apa boleh aku nyatakan biasanya kawan-kawan blogger yang dia rapat jew jadi pemenang*aku dah kaji sendirik*..jadi spy jap..kehkeh

Buat si blogger tuh..or blogger lain-lain diluar sana..janganlah pilih kasih kalau nak pilih pemenang segmen di blog kita...maybe kita nak jaga hati kawan kita tapi adil ke untuk blogger lain yang join jugak dalam segmen kita tuh??kalau nak pilih bulu camtu baik tulis dalam syarat segmen tuh"segmen ni untuk kawan blogger yang rapat dengan saya sahaja"..haa kalau dah mention camtu kan senang...hihihi

Entry aku ni bukanlah nak aibkan sape-sape atau nak sakitkan hati sape-sape tapi siapa yang makan cili...dia sendiriklah terasa pedasnya kan?cuma kat sini aku nak cakap berlakulah adil kalau anjurkan sesebuah segmen tuh..barulah orang seronok nak join..by the way...mintak maaf banyak-banyak kalau terasa hati...ini just pendapat aku...^____^

p/s: dulu rajin jugak join segmen dia...tapi sekarang..no way!!sebab dah tahu siapa yang menang..muahahaha...(-.-")

Segmen Template Siapa Paling Cantik ?


Template korang kompem cantik kan?jomlah meriahkan lagi segmen cik fie ni....ramai yang sponser hadiah untuk segmen ni taw...fuhhh..harap menang kali ni!!yeahhh...*Klik header untuk join*


Segmen saya nak header part 1 by dysha sahhir



Di hari yang indah lagi amat menenangkan nih..apa kata kita pakat join segmen akak dysha nih...kalau menang dapat doodle free dari akak dysya...comey kowt doodle akak dysha buat...jom join!!*klik header comey atas untuk serbu*

PELIK!! Makanan Dari Ulat dan Serangga

!Assalamualaikum!

Ulat dan serangga menjadi makanan harian??sedap sangat ke?mungkin bagi kita amat menggelikan namun lain pula buat mereka yang minat makanan exotik...berikut adalah makanan yang menambat hati mereka....

mee rebus brangkali...kehkeh

Biskut ranggup bersama lebah...ishhhh

yang ni memang gelii!!!

ok...jemput makan (-.-")

p/s: camnelah diorang boleh telan semua makanan ni yew?? (-.-?)

Wanita ini Minum Darah Ular!



ASKAR AS MINUM DARAH ULAR TEDUNG | BANGKOK – Sejumlah anggota marin Amerika Syarikat (AS) meminum darah ular tedung dalam latihan ikhtiar hidup di sebuah pangkalan tentera laut di Sattahip, wilayah Chonburi, dekat Pattaya, selatan Thailand.

Mereka juga diajar cara untuk membunuh ayam dengan menggunakan gigi semasa menggigit leher haiwan tersebut.

Askar-askar AS itu juga belajar cara untuk menangkap ular tedung.

Latihan yang dikenali sebagai Cobra Gold itu turut disertai oleh askar-askar Thailand, Singapura, Indonesia, Jepun, Korea Selatan dan Malaysia. – AFP

p/s: kalau nak jadi askar..yang pelik-pelik kompem kena buat....T___T
Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^