Home » » Petua Kuruskan Badan Berkesan

Petua Kuruskan Badan Berkesan

!Assalamualaikum!

Petua kuruskan badan berkesan ni amat sesuai buat orang yang suka Makan! Makan! Makan! Tu je tau kan..yela, bila makan terasa nikmat duniawi yang sementara ni..hehe. Secara jujurnya dan sejujurnya, berat aku naik tang tang tang semester ni. Memang agak terkejut sebab selama ni aku makan banyak-banyak pun berat maintain je, tapi kali aku silap besar.

Bila dah naik berat badan, barulah rasa insaf sikit..google kat internet camne nak turunkan berat ni haa..akhirnya aku jumpa jalan selamat. Nak tahu apa petua yang senang diikut ni??korang boleh makan macam biasa tapi berat turun dengan jayanya..camne?meh tengok meh.


Banyak Minum Air
Okay, petua ni memang senang dibuat bukan? tak payah modal beribu untuk kuruskan badan, just minum banyak air sebab sebenarnya bila kita minum banyak air, metabolisme dalam tubuh kita akan meningkat, bila metabolisme meningkat, makanan yang kita makan akan cepat diproses dan dibuang. So, can untuk kurus tu amatlah tinggi

Makan Berjadual
Mentang-mentang nak kurus, setiap masa tak makan ye?? owwhh..itu diet yang amat-amat salah sebenarnya. Jika nak kurus, makan itu sangat perlu tapi setiap hidangan perlulah dikurangkan. Contohnya sebelum ni makan nasi satu pinggan penuh, sekarang cubalah makan nasi suku ke..or sikit lagi ke..hee

Bersenam
Ya, untuk kuruskan badan memang tak lari dari bersenam. Bersenam ni tak semestinya korang pergi berlari selalu. Mengikut kajian, senaman yang paling baik ialah bila kita berjalan tau. Jadi untuk kuruskan badan dengan cepat, korang banyak kan berjalan ya..hee

Jangan Makan Tengah Malam
Punca aku berat naik disebabkan aku selalu makan tengah malam. Bayangkan pukul 12 malam or pukul 1 malam masih melahap nasii. Owhh memang aku ikut nafsu makan je tanpa fikir panjang. Sebenarnya makan yang elok pada pukul 8 malam dan ke bawah. Metabolisme kita pada waktu tengah malam amatlah rendah, jadi penghadaman pun jadi lambatlah. Waktu yang paling bagus untuk makan ialah pada waktu sarapan, masa tu metabolisme kita tinggi.

Okay, tu je yang aku boleh kongsikan..hasilnya?? silalah cuba, alhamdullilah berat aku sekarang makin kurang sikit dari hari tu.hee..walaupun sikit, nanti lama-lama jadi gununglah kan??amin...hee..malu jugak bila orang cakap kita makin berisi kan? =P

p/s: cubalah, kalau berkesan share-sharelah dengan aku ye ^__^

10 comments

25 November 2013 at 20:14

skrg ni tgh nak naikkan berat bdn ja..ada tips x?hehe

25 November 2013 at 20:26

biela bagi tips nak turunkan berat... hazwan pula nak naikkan berat...

25 November 2013 at 22:42

@miz ruha

thank you !! sekarang ni musim menggemukkan badan .. memang semua menjadi bulat semacam belooonnn .. hik hik ..

25 November 2013 at 23:23

Tang mkn nasi tu mmg btul...sy lost dlm 3 kg...sbb ambik nasi skit...je...lauk yg bnyk...tp lauk plak kena yg seimbang la...kurang kan mnyk..elok yg bkar2 je...cuba la...kena kuat smngt pun ye juga...

26 November 2013 at 00:11

nice tips.. hehe.. licha salu bila brt naik je demam. so ok lagi la. hehe.. singgah sini

26 November 2013 at 03:58

Macam saya pulak, makan banyak mana pun, badan macam tuu jugak. Best3. Tapi nak jugak naikkan berat badan sikit :(

26 November 2013 at 05:38

Salam kenal...

Wow, sangat kena entry ni dgn diri sy pun, hahaha, berat mmg naik dgn galaknye setahun dua ni...

Sy ssh nak control makan... Tu masalah dia, tau makan je, hahahaha... ;p

26 November 2013 at 19:26

mmg tepat sekali nabila..sebelum kahwin badan naik turun tp bila dah kahwin, slow sgt nk turun balik..

26 November 2013 at 22:13

thank you ... berat elis pun semakin menurun sejak2 ikut petua ni.. ;)

12 February 2014 at 22:17

Perkongsian tips yang sangat menarik. Saya suka amalkan cara kurus dengan menggunakan tiga langkah penting, iaitu bakar lemak, buangkan toksin dan bina otot untuk mempastikan metabolisme tubuh menjadi tinggi agar penurunan lebih berkesan. :)

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^