Home » » Perasaan Siapa Lebih Penting?

Perasaan Siapa Lebih Penting?

!Assalamualaikum!

Pernah tak korang terfikir, perasaan siapa yang lebih penting? perasaan diri sendiri ataupun perasaan orang lain??  Selama ni kita selalu jaga perasaan orang kan? sampaikan perasaan kita sendiri kita abaikan. Persoalan ni selalu bermain kat fikiran aku, " aku ni asyik jaga hati orang je, tapi orang tak pernah nak jaga hati aku".

ni lah muke orang yang selalu sedih diabaikan..hihihi

Ada orang, dia tak berani nak luahkan ketidakpuasan hati dia kat orang lain..tapi berani pulak update status kat facebook dan blog, ada orang suka cakap lepas kat orang yang dia tak puas hati..sampaikan orang tu pulak yang terasa hati..dan ada satu orang ni ..dia hanya pendamkan perasaan dia hingga ke lubuk yang paling dalam..korang rasa yang mana lebih baik??

Sebenarnya, bagi aku..jaga perasaan orang lain tu penting tapi menjaga perasaan sendiri jugak sebenarnya lebih penting. Sampai bila kita nak jaga perasaan orang hinggakan kepala kita dipijak-pijak kan?? kalau nak jaga perasaan orang lain pun biarlah bertempat, kita dan dia tak ada beza pun..sama je, semua manusia bukan?? 

Cara penyelesaian yang paling mudah untuk menjaga perasaan sendiri, bila ada rasa tidak puas hati kat seseorang..terus je cakap apa yang kita rasa tu kat dia..jangan perli-perli, jangan buat muka, jangan update status kat FB macam meroyan TAPI jujurlah dengan si dia..sebab kita tak tahu apa yang dia tahu..dan mungkin kita tak faham apa maksud disebalik kata-kata dia mahupun perbuatan dia. Jadilah lebih matang, bukan kah itu lebih baik?

p/s: entry ni bukan nak mengata siapa-siapa, secara jujurnya untuk aku peringatkan diri aku sendiri, yang aku mesti jadi lebih berani untuk menjaga perasaan sendiri ^___^

13 comments

20 November 2013 at 05:42

betul tu.. kadang2 pernah gak terfikir camtu..

20 November 2013 at 05:48

@ejulz
kan? =(

20 November 2013 at 05:50

tapi to say ape yg kiter x puas hati directly kat org tu mcm...serba slh jga.. simply say kena karang ayat elok2 supaya kedua2 pihak x sakit hati ape.

20 November 2013 at 05:56

@Nurfaezah Abdullah
btol2..kena tye elok2 =)

20 November 2013 at 06:34

betul tu..perasaan orng kita jaga tapi perasaan kita sndiri diabaikan..

20 November 2013 at 07:04

lyeen pernah melaluinya... yup, pernah meroyan dan sindir2 kat fb..hahaha..tp bila buat mcm tu ternyata lebih bengang...smpi lyeen sndri jumpa empunya diri tanya...alhamdullilah, skrg boleh tersneyum bhgia..:D mmg btul berterus terang itu adlaah lebih baik..:D

20 November 2013 at 07:11

setuju

20 November 2013 at 07:44

Peringatan untuk kita bersama kak.. :)

20 November 2013 at 09:28

payah nak jaga hati orang nih.. lain orang lain ragamnya..

20 November 2013 at 15:31

kadang2, kita perlu jg pntgkn diri sdikit.. asyk2 jga prasaan org, prasan kita trabai.. huhu..

20 November 2013 at 17:03

Betul tu.. Tp kalau dah tak tahan sgt, ckp je lah..

20 November 2013 at 18:08

that the best option. bersemuka juga memerlukan kekuatan.

20 November 2013 at 21:06

bila perlu fikir sedemikian, mmg sukar.

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^