Home » » Jangan Sombong Boleh?

Jangan Sombong Boleh?

!Assalamualaikum!

Satu hal yang memang aku tak boleh nak terima bila kawan yang kita kenal sombong bukan main dengan kita. Maklumlah bila dah diatas, orang dibawah ni dipandang rendah sahaja, ibarat dia melihat kita ni macam semut api yang kecik-kecik tu haa*nasib baik tak pijak je*.

Kadang-kadang kita selalu pandang rendah dengan kebolehan kawan-kawan kita kan? kita selalu fikir kitalah yang terbaik, perfect, tak ada salah, dan segalanya sempurnalah. Sampaikan kata-kata yang terkeluar dari mulut kita tu pun kita tak sedar akan sakitkan hati kawan kita. Perlian dan cacian kita pandang seperti gurauan yang biasa.

muka sombong yang mintak penampar..hihi


Eh!! jangan nak sombong sangat boleh??mungkin awak hebat dari segi lain dan kawan awak tu hebat dari segi lain. Setiap manusiakan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jika nampak kekurangan kawan kita, tegurlah secara elok..Islam ni indah bukan??

Malas nak membebel panjang malam-malam buta ni. Banyak lagi kerja lain yang perlu difikirkan..cuma satu benda yang nak aku highlightkan kat sini, hidup ni ibarat roda, kadang-kadang kita dibawah, kadang-kadang kita diatas, apabila diatas janganlah lupa melihat orang dibawah, dan jika dibawah jangan pernah berputus asa untuk mengejar orang yang diatas.

" Tidak akan masuk syurga orang yang didalam hatinya terdapat kesombongan  walau hanya sebesar zarah"-Hadis Riwayat Muslim

p/s: perasaan sombong ni tak baik tau, dah! pergi buang jauh-jauh perasaan tu

7 comments

9 October 2013 at 14:23

Siapa kita nak sombong... orang yg sifat sombong nie x ke mana...

9 October 2013 at 17:40

yup..betul tu tak baik sombong2

10 October 2013 at 00:27

tak perlu riak atau sombong.. kita smua sama disisi NYa.. Tapi andai terjumpa org sombong, abaikan je.. tak rugi pun x berkawan dgn org macam tu..malah berkali2 untungnya..

10 October 2013 at 01:41

Sebenarnya saya sendiri pun tak tahu yang saya nih sombong ke tak. Kadang2 tuh tak sengaja. Niat cuma nak bergurau. Tak apalah. Nanti bila awak dah berada on top of the world, awak sombonglah balik dengan dia hahahaha *nasihat yang tak boleh pakai =________=*

10 October 2013 at 02:12

memang betul. tak baik sombong2 ni ^^

10 October 2013 at 08:08

Kalau saya memang saya malas nak layan orang2 sombong nie. Makin dilayan makin menjadi.

28 October 2013 at 19:51

buat apa sombong, nyawa hanya pinjaman dari Allah.

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^