Home » » Petua Mendapat Jodoh Yang Baik

Petua Mendapat Jodoh Yang Baik

!Assalamualaikum!


Ehemm-ehem..aku tahu korang mesti nak tahu camne nak dapat jodoh yang baik kan??siapalah tak nak dapat pasangan yang baik, yelah..pasangan sehidup semati kita nanti kan. Aku pom nak!!haha..tips atau petua ni aku dapat dari prof. Muhaya dalam TV9 baru ni..meh tengok tips mudah kat bawah ni.

PETUA ATAU TIPS

1) Mula-mula ambek satu kertas, dan tulis ciri-ciri pasangan yang korang nak. Contoh: saya nak suami yang hensem, baik, kaya, hormat orang tua dan lain2..hihi
2) Korang tengok kat kertas tu, ada tak ciri-ciri pasangan yang korang nak ada kat diri korang.
3) Tengok baik-baik, ada tak ciri tu kat korang??? tak ada? ada sikit-sikit?? or memang tak adaa terus??hahaha
4) Kalau ada, insyaAllah korang akan dapat ciri-ciri pasangan korang nak tu, tapi kalo tak ada, korang kenalah berubah lagi untuk jadi lebih baik..okay??

Haa senang je kan petua untuk dapat jodoh yang baik ni?jadi petua ni berbalik kepada ayat Quran yang menyatakan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya.

" Perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. " ( An-Nur ayat 26)

Errr..aku nak suami yang baik, kaya, hensem, tinggi, dan yang penting sayang aku lebey..waaa banyaknya..banyak jugaklah aku kena topup lagi diri aku ni..hihihi

p/s: jom try jom, angan-angan sambil mencuba tak salah kan??

11 comments

27 July 2013 at 08:49

yeahhh. betu2. nak pasangan yg baik kita pn kena berusaha jadi baik kan

27 July 2013 at 09:04

uii...dalam maksudnya tue. nak dapatkan yang terbaik kita kena jd yng baik dulu...

27 July 2013 at 09:09

nice entry. nk share boleh? :)

27 July 2013 at 09:16

@haney
silakan share dear =)

27 July 2013 at 10:20

Betul2 . ^^

27 July 2013 at 22:47

betul tu. kene list kan sekarang juga :P

28 July 2013 at 01:29

Nice sharing sis..

28 July 2013 at 08:36

haiii...blogwalking here...
wahh tenks for sharing kaayyy..saya dah la minat sgt ngan prof muhaya tu...tapi tak tengok pon tv9 tu =(

tpi mmg betul..pasangan kita akan menggmbarkan siapa kita..so kita kena perbaiki diri dulu kalau nak yg terbaik..in syaa Allah..

salam perkenalan=D

28 July 2013 at 21:19

hehe betul jugak :) tak pernah dengar lagi tips macam ni :)

29 July 2013 at 05:29

Maaf tompang lalu
------------------
Saya ingin menjemput anda utk menyertai : Contest Blogger Jejaka Jambu.

31 July 2013 at 12:59

hehe..ayat bagi topup tu memang tak tahan..
hehehe

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^