Home » » Pengalaman Baru

Pengalaman Baru

!Assalamualaikum!

Dalam bulan Ramadhan yang mulia ni, macam-macam pengalaman baru yang aku dapat. Sebelum ni tak pernah dapat pengalaman yang sebegini. Hurmm ada rasa excited dan dalam masa yang sama rasa kesedihannya jua.

Apa yang excited??yang excitednya sebab aku dah mula pandai berniaga online..hewhew..rupanya taklah susah sangat berniaga ni, patotlah ramai je orang berniaga online ye. Alhamdullilah walaupom baru dua minggu, tapi hasilnya cukup lumayan. Yelah, dari duk kat umah goyang kaki, baik buat something yang mendatangkan hasil kan??

Sejak berniaga ni, belog aku ni dianak tirikan terus...hihi..dah makin terok aku tengok blog aku ni, PV asyik turun je, ranking alexa pom turut merosot..wuuu..insyaAllah akan cuba perbaiki lagi. Almaklumlah aku ni tak boleh buat dua keje dalam satu masa..sekarang ni pom, duk kat rumah bz bukan main..padahal ngadap laptop je pom.

Owhh itu pengalaman yang excited dan hepy..tapi ade jugak pengalaman yang menyedihkan sepanjang bulan puasa ni. Hmmm nenek aku sakit dan terpaksa ditahan dihospital. Pengalaman baru ialah jaga nenek kat hospital. Nenek aku jatuh bilik air, kaki dia patah. Nak masukkan besi tak boleh sebab dia ada darah tinggi, jadi terpaksalah duk kat hospital sampai kaki dia baik.

Aku yang duk lepak je kat rumah ni, jagalah nenek dihospital. Kesian giler kat nenek, dia makin lupa dan badan dia gatal2 dan menggelupas. Kalau ikutkan hati aku, nak je aku mandikan nenek tapi apa kan daya, kaki nenek patah jadi untuk bawak ke bilik air memang aku tak mampu. Aku hanya mampu lap badan nenek dengan kain basah, tapi kulit nenek tetap kering dan menggelupas..hmm

Masa nenek sihat semua nak dekat, bodek2 nak harta, masa nenek sakit semua nak lari tak nak jaga nenek.Walaupom kadang rasa nak marah, tapi apa lagi aku boleh katakan, hakikat manusia memang camtu. Bila kita senang semua nak dekat, bila kita susah satu batang idongg pom susah nak nampak kan??

p/s: aku tahu korang semua baik hati, tolong doakan nenek aku sihat balik ye =)

8 comments

17 July 2013 at 23:06

Semoga nenek Nabila cepat sembuh.... (^_^)

17 July 2013 at 23:10

wah.. bes2 niaga online, hehe..

dah jd lumrah manusia dah cam tu bile harta dunia jer nmpk kat mata.. bile kate bodoh, marah tp bile hulur harta, senyum..

moga nenek tu cepat2 smbuh ^_^

# sbelah sini pn hadapi prkara same jugak :)

17 July 2013 at 23:19

dulu ayu jaga nenek juga.
biasa nabila.. manusia suka yg lawa,yg sedap, yg cantik, yg ada hasil.

tp kena ingat juga, apa yg nabila buat hasil pahala,syurga.hasil yg xnampak di mata.

btw, dulu sy kerap sapu losyen atau minyak zaitun kat kulit dia.

17 July 2013 at 23:32

niaga online ape..nk tau jgak..

17 July 2013 at 23:38

Semoga nenek akak cepat sembuh . Amin :D

#dina teringin jugak nak berniaga online . Tapi tak tau nak berniaga ape . Dan alasan paling MUNASABAH adalah "masih kecik" :''(

18 July 2013 at 00:14

niaga online apa ek...?
semoga nenek cepat sembuh.....

18 July 2013 at 00:38

semoga nenek Biela cepat sembuh.

fae nak try jugak eh buat online business hihi

18 July 2013 at 04:51

semoga nenek biela cepat sembuh, insyaAllah.. All the best.. apapun, teruskan usaha! Chayok!

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^