Home » » Sanggup Bunuh Diri Demi Cinta Pertama!

Sanggup Bunuh Diri Demi Cinta Pertama!

!Assalamualaikum!


Pernah korang merasai cinta pertama?cinta yang sukar untuk dilupakan, cinta yang boleh membuatkan seseorang yang hebat dan ego menjadi lemah dan tak berdaya, cinta yang boleh buatkan orang yang bijak menjadi orang yang paling bodoh dan yang paling dasyat cinta pertama boleh membunuh jua!

Bila bercakap lagi tentang cinta pertama, aku teringat kisah seorang insan yang rapat dengan aku yang sanggup membunuh diri demi lelaki yang dia sayang. Siapakah insan yang aku rapat tu?biarlah rahsia. Disaat waktu itu terjadi, aku bersama insan yang aku rapat tu, aku seakan tak percaya kenapa dia sanggup untuk bahayakan dirinya demi lelaki itu???

Demi lelaki tu, dia sanggup bunuh diri?apa yang nak dia buktikan kepada lelaki yang curang dengan dia tu??aku berfikir dan terus berfikir. Aku buntu! Terus aku imbas kembali cinta pertama yang pernah aku lalui dizaman lampau dulu. Ya, barulah aku dapat rasa apa yang insan yang rapat dengan aku tu rasa. Dia terlalu sayangkan lelaki tu dan sanggup buat apa sahaja demi lelaki itu...owhh inilah panahan cinta pertama.

Aku sedih kerana insan yang rapat dengan aku ni tahu tentang agama, belajar agama macam aku tapi sanggup buat semua tu demi lelaki?? betollah cakap orang, ramai orang sekarang yang belajar agama tapi tak menghayatinya. Bila agama diketepikan, cinta manusialah yang menjadi raja.

Bila aku ingat kembali kisah tu, aku tiba-tiba rasa sedih. Sedih kerana dia ialah antara seseorang yang aku rapat dan sayang. Aku berdoa agar dia dah berubah dan tak akan buat kerja yang dilarang oleh Allah itu lagi  walaupun dia sekarang ni masih bersama si lelaki yang sama itu lagi...aminn.

Ya betol, memang susah untuk lupakan cinta pertama*aku juga pernah merasainya*..namun jika sudah tiada cinta antara kita dan si dia..cubalah lupakan sekuat mampu hatimu. Bayangkanlah jika kamu tetap bersama si dia namun dirimu merana, adakah kamu sanggup mengharunginya sehingga akhir hayatmu?sehebat dan sekuat mana pun cinta pertamamu kepada manusia, ingatlah cinta ALLAH itu lebih agung dari semua cinta didunia.

p/s: doaku bersama dirimu selalu*tolong doakan dia jugak ye semua*

10 comments

12 June 2013 at 11:54

dia terbawak2 dgn perasaan .. sayang dia kat laki 2 kterlaluan .. Semoga dia aman d sana , Amin..

12 June 2013 at 13:35

bagi ak...insan yang x mampu buat kita senyum x layak untuk kita tatang bagai minyak yang penuh... cinta berajakan nafsu....itu padah...tapi syg ramai yang hanyut jugak..huhu

12 June 2013 at 17:06

Selalu dengar pasal bunuh diri bila kecewa bercinta... itulah akibatnya kalau terlalu menyayangi seseorang sehingga merasakan tak ada yang lebih berharga di dunia ini selain cintanya sehingga sanggup bunuh diri... kesiankan!

12 June 2013 at 18:45

Tidak cukup iman dan kurang didikan agama. Macam nie lah :3 Btw, follow this blog yang awesome :D

12 June 2013 at 19:26

Panahan cinta pertama memang macam tu. Macam saya, saya masih ingat g cinta pertama saya walaupun 5 tahun berpisah. Tapi tak adalah sampai bunuh diri bagai. Just rasa sedih and dendam jer.. Huhu..

12 June 2013 at 19:37

bila dah taksub ngan cinta hmmmm

12 June 2013 at 23:08

em..susah gk nk lupe

13 June 2013 at 01:33

susah nak lupakan cinta pertama ni . lebih2 lagi cinta pertama saya selalu ada depan mata saya . erm . tapi saya ok je . tak la sampai nak bunuh diri :(

13 June 2013 at 02:12

Oh cinta pertama "cinta pertama" lagu Hattan.. haha. Chenta pertama cinta pdang pertama "cinta monyet". Bchenta ni seronok sbenarnya tapi end tu tak semstinya seronok jadi berani nak masul alam pchentaan perlu berani amek risikonya.. tapi engat chenta sebenar adalah Cinta pada Si Pencipta. Ade ke manusia sanggup bunuh diri bila putus chenta pada Pencipta? renung2 kan lah...

13 June 2013 at 04:16

Mak ayah pelihara kita bukan ntuk tgk kita menangis kerana lelaki Yg blm tntu jd imam kita , Bukan ntuk tgk kita mati kerana lelki yg blm tnt bole bimbing kita .. sblm wat apa2 tindakan ,ingat laa kedua2 Org tua kita.. Kita bukan siapa2 Tnpa mak dan ayah kita. Kita xkan kenal dunia tnpa mak dan ayah kita. Wtpa laa nk bunuh diri hnya ntuk lelaki yg Bru kenal 3-4 bulan , 4-5 Tahun ?? Mak ayah pelihara kita dr dalam perut pun, Smpai daa besar ,layan macam2 Karenah kita ni, xpun smpai nk bunuh diri .. hargai laa kehidupan kita ni,okay ?

*aku amat sensitif bab bunuh diri kerna cinta ni.. Aiyoo..emotional sbentar ..Hehe.

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^