Home » , » HUKUM PAKAI BULU MATA PALSU

HUKUM PAKAI BULU MATA PALSU

!Assalamualaikum!


Zaman sekarang ni pemakaian bulu mata palsu berleluasa dikalangan perempuan remaja dan dewasa. Apa yang menyedihkan apabila diorang semua tu adalah orang Islam sendiri. Tahukah korang semua hukum memakai bulu mata palsu?? Mari kita baca soal jawab bersama ustaz dibawah ni:

Soalan

Assalamualaikum,
Apakah hukum memakai bulu mata palsu dan maskara?
 
Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Pemakaian bulu mata palsu adalah haram selaras dengan Hadis Nabi mengenai pengharaman pemakai rambut palsu:

“Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” (Shahih al-Bukhari, no: 5934)

Apa-apa perbuatan tabarruj yakni berhias diri dengan melampau maka ia diharamkan dalam Islam.
Pemakaian maskara adalah harus selagi mana ia tidak merubah wajah yang sebenar dan bahan yang digunakan tidak mengandungi unsur syubhah dan tidak kalis air. Ini dibimbangi ketika mengambil wudhuk air 
itu tidak rata ke anggota wudhuk.

Sebagai peringatan Panel menasihatkan gunakanlah maskara yang tidak menonjol ketebalan bulu mata tersebut sehingga menarik perhatian kaum lelaki. Sesungguhnya tabarruj atau pemakai perhiasan yang berlebihan itu adalah amalan zaman jahiliyyah.-sumber

p/s: apa yang haram ni ramai orang buat kan??nauzubillah-mohon dijauhi oleh kita semua=)

4 comments

5 June 2013 at 07:25

baru pula tahu. alhamdulillah, belum pernah lagi guna buluh mata palsu. thanks for this sharing sis. ^^

5 June 2013 at 07:25

p/s: bulu. hahahha

5 June 2013 at 08:25

mmg xbley sbb merubah ciptaan tp sgt berleluasa yg guna

13 February 2014 at 19:56

Pengantin2 skrg pun ramai y pakai...samada mereka tak aware atau tahu tapi mahu...

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^