Home » » Bulu Kaki Tiruan ini Elak Gangguan Seksual??

Bulu Kaki Tiruan ini Elak Gangguan Seksual??

!Assalamualaikum!


Untuk menjauhkan sebarang potensi gangguan daripada lelaki tidak diingini, sebuah syarikat di China mempelopori ‘fesyen’ kaki berbulu yang boleh dikenakan dari pinggang sehingga ke buku lali.
Sekeping gambar dimuat naik laman sesawang ChinaSMACK di Shanghai menunjukkan bagaimana seorang model mengenakan bulu kaki tiruan itu.
Mengiringi gambar itu ialah keterangan mengenainya yang dianggap sebagai “kelengkapan penting untuk gadis bersiar-siar.” Namun, tidak dinyatakan di mana bulu kaki tiruan itu boleh dibeli.
Carian di Internet juga gagal mendapat jawapan. Imej itu mengundang ratusan komen pengguna Internet yang memberikan pelbagai reaksi.
Satu daripada komen pelayar menyatakan: “Amat menjijikkan!” Seorang lagi pengunjung laman sesawang itu menyatakan penggunaan bulu kaki tiruan itu mungkin memudaratkan pemakainya.
“Ia bukan saja menjauhkan orang tidak diingini, malah menakutkan lelaki kacak daripada menghampiri anda,” katanya. Pengunjung lain mencadangkan kaedah lebih murah memperoleh kaki berbulu.
“Tidak mencukur kaki adalah pilihan lebih menjimatkan,” katanya. Sementara itu, penganalisis berkata, produk itu adalah bayangan kepada pelbagai sarung kaki dikeluarkan syarikat J Crew pada 2010.
Di sebalik matlamat syarikat fesyen itu mahu memberi kelainan pada pemakai, penggunaan sarung kaki berkenaan menyebabkan pengguna seperti memiliki bulu kaki berlebihan. – Daily Mail.

p/s: geli je kan??hehe

5 comments

19 June 2013 at 22:11

tebal sangat tu.. kalau dia buat lebih natural macam bulu kaki biasa pasti lebih menyengat... :)

19 June 2013 at 22:20

geli --' mcm2 ek skrg hoho

19 June 2013 at 22:30

Iyuwwwwww ~ Takotnya tengok !

19 June 2013 at 23:06

nmpk geli lah...xleh nk bayangkan klu pakai..hee

20 June 2013 at 05:08

haha siapalh nk pakai bnda tue..tue lh dlm islam sruh pakai pakaian tutup aurat yg labuh dan longgar supaya tak mnarik perhatian lelaki.x caye cuba buat bancian lelaki jalanan,pakaian jenis mna mreka suka kacau.. ☺

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^