Home » » Buka Tudung Jika Mahu Bekerja??

Buka Tudung Jika Mahu Bekerja??

!Assalamualaikum!

gambar hiasan sahaja

Aku sangat terkejut bila membaca satu artikel di blog harian metro online apabila seorang makcik mengadu bahawa anak saudaranya dipaksa membuka tudung jika mahu bekerja di hospital tersebut! memang tak patot langsungkan..jom baca artikel penuh dibawah ni:

SAYA sudah lama berhasrat untuk memberi pendapat dalam ruangan akhbar keramat ini namun sering tidak kesampaian oleh kekangan masa dan tugas. Kejadian yang menimpa anak saudara saya baru-baru ini memaksa saya menyuarakan pendapat demi keadilan semua pihak.

Anak saudara saya berkelulusan Diploma Kejururawatan daripada salah sebuah kolej tempatan. Pada 14 Mei 2013, beliau telah menghadiri temu duga di salah sebuah hospital di Kuantan.

Semasa ditemu duga, beliau diberitahu bahawa kelulusan, kelayakan dan pengalaman yang ada padanya adalah menepati syarat untuk diterima sebagai kakitangan jururawat di hospital berkenaan. Tetapi beliau hanya akan diterima bekerja di situ sekiranya bersetuju untuk membuka tudung! Anak saudara saya merayu agar dibenarkan memakai serkup/skaf hitam namun tetap tidak dilayan.

Terdapat 11 calon bertudung yang ditemu duga dan hanya calon yang bersetuju mengorbankan pegangan akidah dengan membuka tudung diterima untuk bekerja di situ. Akhirnya, anak saudara saya menolak tawaran tersebut walaupun beliau amat memerlukan pekerjaan kerana sudah hampir setahun menganggur.

Saya terpaku, terkejut dan tertanya-tanya, benarkah kita berada di Malaysia? Sebuah negara yang agama rasminya adalah Islam? Mengapa wanita Islam diperlakukan begini? Syarat yang ditetapkan begitu kejam!
Jika sebelum ini saya biasa mendengar syarat Bahasa Mandarin untuk bekerja di sesebuah syarikat tetapi rupa-rupanya ada syarat-syarat lain yang secara terang-terangan bertentangan dengan hak asasi seorang Islam.

Saya berharap perkara ini disiasat dan janganlah biarkan ‘cacing naik ke mata’ kerana jika dibiarkan akhirnya anak-anak Melayu akan merempat di negara sendiri atau terpaksa menggadaikan maruah diri dan pegangan agama demi sesuap nasi!-sumber

MOKTEH BEKENG,
Kajang, Selangor

p/s: amat bersetuju dengan mak cik ni, perlu diambek tindakan terhadap hospital yang sebegini

9 comments

19 June 2013 at 06:19

Ya Allah!! Nak jadi macam kat negara turki ke??? Astagfirullah... Kalau ena sanggup berhenti kerja kalau syarat2 cenggitu ada

19 June 2013 at 06:32

Bukan nak cakap apa lah.. company ary keje, salah sebuah syarikat agak terkemuka iaitu Ne***e, pun macam tu DULU. DULU ye.. Mereka tak akan menerima wanita bertudung dalam syarikat.

Satu hari, ada akak ni minta keje kat situ. Dia bertudung. Tapi on dat day waktu interbiu, dia tak bertudung. Jadi dia dapat keje tu. Once dia dapat, dia pakai tudung balik n semua pandang slack dengan dia. Sejak itu, makin ramai perempuan bertudung bekerja di situ^^

19 June 2013 at 06:38

rela jadi penganggur la dri buka tudung.. rela cri keje lain

19 June 2013 at 08:42

Apeke ngr islam maju ade praturan yg masih kuno mcm zmn kena jajah jepun ni ? astaghfirullahh

19 June 2013 at 08:48

salam..ya Allah minta jauh dr semua ni..zaman skunk makin menjadi2..semoga Allah sentiasa menjg hati kita sama2 kita berdoa utk agama kita..in shaa ALLAH..

19 June 2013 at 09:43

mcm kes rossa la. kasihan toi. org elok2 nk bertudung, tutup aurat, dia pula suh bukak. dosa

19 June 2013 at 10:10

Peliknya. Tak pernah pun dengar peraturan macam tu. Peraturan baru ke. Huhu..

20 June 2013 at 00:28

mungkin boss dia bukan org islam kot...tp kalau boss dia org islam memang bodoh la...

20 June 2013 at 01:54

mmg dah penah jd before ni, akak sedara sy nk kerja kat hotel sebuah resort kat johor, tp kena bukak tudung dan pakai uniform yg disdiakan, agak ketat gak lah..

ade lg satu kes, majikan melayu, tp bangang gak buat peraturan mcm tu, huh

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^