Home » , » Mencintai Bukan Mudah

Mencintai Bukan Mudah

!Assalamualaikum!


Bila bercakap pasal cinta ramai yang akan tersenyum...tapi aku pasti ada jugak orang yang akan sedih....malah ada yang akan menangis bila ditanyakan mengenai cinta dalam hidup mereka. Ya!! sememangnya cinta itu indah namun yang indah itu pasti bersilih ganti dengan dugaan, kesedihan, kecelaruan,kejelesan dan bermacam lagi perasaan yang kita tidak mahukan dalam sesebuah percintaaan.

Mencintai seseorang memang bukan mudah..ianya perlukan sebuah pengorbanan, kesetiaan, kepercayaan yang tinggi. Jika tiada 3 perkara yang asas ini, itu bukan dinamakan cinta. Pernah aku ditanya, adakah aku pernah bercinta? ya..memang aku pernah mencintai seseorang namun cinta itu hanya mimpi yang tak kesampaian.

Apabila disebut lagi tentang cinta dalam hidupku..aku sering mengatakan aku tak akan mencintai seorang lelaki selagi si dia belum menjadi yang halal bagiku...mungkin sayang tu ada tapi cinta hanya untuk bakal suami aku sahaja. Bukan ingin menunjukkan aku hebakk ataupun aku aku ni alim sangat cuma aku sudah tidak mahu menaruh harapan dan memberi cinta lagi kepada seseorang yang belom pasti menjadi suamiku kelak.

Sejujurnya mencintai itu bukan mudah buat aku. Aku seorang yang suka melepaskan marah atau tension kepada mana-mana lelaki yang aku kenal. Hurrmm yang peliknya kat kawan-kawan perempuan tak pulak..adushh..jadi hanya lelaki yang betol2 paham dan sabar je yang dapat bertahan dengan karenah aku ni haa..huuu...mencintai bukan mudah dalam kamus hidupku TAPI bila aku cinta..aku sememangnya cinta menggila..*sebab tu kot susah nak cintakan seseorang*

Bercintalah dengan sesiapa sahaja yang korang mahu..tapi pesanan aku buat semua kawan-kawan perempuan aku..pilihlah lelaki yang menyayangi kita lebih dari kita sayangkan dia sebab hanya lelaki yang betol-betol sayangkan perempuan sahaja yang membuatkan sebuah hubungan tu akan kekal sampai bila-bila..insyaAllah.*ni nasihat ustazah aku sebenarnya..hehe*

p/s: cintailah seseorang dengan sekadar cinta kepada manusia sahaja..ingatlah..jangan kerana cinta maruah agama kita tergadai*pesan untuk diri sendiri jugak*

10 comments

22 May 2013 at 05:55

mencintai Allah yang Esa adalah cinta sejati....:)

22 May 2013 at 06:01

pohonlah cinta itu dari Ilahi..
insyaAllah kita akan temui cinta sejati ^_^

22 May 2013 at 06:05

interesting entry :)
http://duniablogyana.blogspot.com/

22 May 2013 at 06:20

jemput singgah dan support first giveaway ain ni :) http://nurainothman.blogspot.com/2013/05/1st-giveaway-by-nurainothman.html

22 May 2013 at 07:34

menarik ni :)
akuiki

22 May 2013 at 07:39

Hehe.. 'Kejelesan' tu kelakar sbb trimbau masa lalu~

22 May 2013 at 23:43

Salam.terima kasih atas perkongsian itu,mmg bukan mudah utk mencintai seseorang,tetapi cintalah Allah yang Esa kerana Allah lah yang lebih berhak dicintai. : Jodoh Dan Doa

23 May 2013 at 07:17

jadi Tedi relax jer, cintai alam sekitar!

24 May 2013 at 01:13

perkongsian yang baik.bukan mudah utk mencintai seseorang...ttp senang utk kita mencintai Maha Pencipta, Allah Yang Maha Esa. Insyaalah....

24 May 2013 at 06:02

memohon Allah berikan petunjuk untuk mencari cinta sejati dan berdoa supaya dapat johoh ... insyaallah.

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^