Home » » Kisah Benar: Barang Hilang Dijumpai Dengan Membaca Surah Yassin

Kisah Benar: Barang Hilang Dijumpai Dengan Membaca Surah Yassin

!Assalamualaikum!

Kisah yang aku nak ceritakan ni kisah aku sendiri. Sebenarnya perkara ni berlaku semalam lagi, tapi rasa malas sangat nak citer pasal kes ni semalam, hari ni baru ada mood nak citer..hee..pasal kes beg dompet aku yang hilang kat kampus semalam.

Cerita yang sebenarnya camni, pagi semalam aku pergi makan kat kafe fakulti aku. Lepas je makan bubur yang sedap tuh, tiba-tiba aku sakit perut jadi cepat-cepatlah aku ke toilet dengan bawak sekali beg duit tu. Sampai je ditoilet aku letaklah beg tu dekat atas pam air tu kan*tak ade tempat lain dah*. Selesai je semua, aku terus keluar toilet dan tak ingat langsung kat beg tu

Masuk kelas dengan selambernya dan untuk kali kedua aku sakit perut lagi, dan pergi ke tandas sama lagi. Tapi kali kedua tu pun aku masih tak engat pasal beg tu*pelupa tahap gaban*. Bila masuk je kelas, tiba-tiba aku baru perasan yang beg aku tak ada. Aku keluar balik kelas dan cari beg aku tu di toilet tadi, tengok-tengok dah tak ade..memang dah gelabah dah aku masa tu.

Aku cubalah tanya makcik-makcik cleaner kat situ, ada tak ternampak beg aku tu kan, semua cakap tak ade..aku masuk surau jugak, tanya orang-orang dalam surau ada tak masuk tandas semua kan, semua cakap tak. Masa tu dah hilang akal lah jap kan. Tapi aku cuba lagi untuk bertenang. Atas cadangan kawan-kawan, aku tampal kertas dalam tandas tu buat pengumuman pasal beg hilang tulah*kot2 ada yang dah ambek*.

Mulanya aku tak risau sangat pasal duit dalam beg tuh walaupun ada dalam RM80 jugaklah dalam tu. Pastu bila pikir-pikir balik, rupanya aku ade letak sekali HP HTC aku yang baru tu dalam beg tu dan semua kad-kad bank ada dalam tu. Tu lah yang risau sangat tuh. Dalam 3 jam cari, still tak jumpa, aku mula rasa buntu.

nilah beg aku yang ade macam2 benda tu


Habis je kelas, ada budak kelas aku cakap"Biela, cubalah baca surah yassin dan setiap kali berhenti kat perkataan "mubin"  tu mintak dengan Allah supaya beg tu dijumpai balik". Masa tu baru rasa semangat sikit, aku tahu aku ada tuhan Yang Maha Mendengar lagi  Maha Penyayang.

Balik je kat rumah, solat zohor dan terus baca surrah yassin dan aku niat betul-betul supaya beg aku tu ditemui balik. Allah tu Maha Besar, tak sampai dua jam ada kawan aku chat aku kat FB yang ada sorang perempuan kol dia pagi tadi yang menyatakan beg aku ade dengan dia.

Kawan aku bagi nombor yang kol dia tu, dan aku terus kol balik perempuan tu. Dia Suruh aku pergi ambek beg tu pada masa tu jugak di depan library. Aku dengan kawan aku huda, bergegas ke library untuk ambek balik beg tu. Alhamdullilah semuanya ada tapi yang paling aku terkejut, perempuan tu seorang foreigner nigeria*patotlah speaking*..hee..aku ucap terima kasih sangat-sangat kat dia.

Bila diimbas balik, rupanya masa aku cari kat dalam surau tu, foreigner tu ada..tapi aku tak tanya pun dia sebab aku pikir dia tak tahu kot dan satu lagi sebab aku segan jugak nak tanya..yela, kalo tanya kena speaking pulak kan..hehe*ntah apa-apa aku ni*..memang semuanya telah ditentukan..dan aku amta bersyukur beg aku dah dijumpai balik.

Hebatnya kuasa Allah..aku terharu sangat bila doa aku dimakbulkan..owh ye..jika korang pun ada hilang barang cubalah cara macam aku nyatakan kat atas tadi. Baca surrah yassin dan pada setiap perkataan "mubin" didalam surrah tu berdoa dalam hati supaya barang tu ditemui balik. InsyaAllah barang korang akan dijumpai balik.

p/s: semalam hari yang paling aku sedih dan hari yang paling hepy jugak,sedih sebab hilang beg..hepy sebab aku lihat kekuasaan Allah itu sendiri..Allah...Allah..Allah

13 comments

18 April 2013 at 10:25

hehe..selamat dah jumpa..dalam kesedihan tu Allah bagi kta kegembiraan..^^

18 April 2013 at 10:28

ya allah, bukan senang hambanya nak rasa sendiri kekuasaan allah .

18 April 2013 at 11:02

dengan kuasa allah, penah jugak ilang brg... memang gelabah la, time nk cari tu tido jap penat lama gak cari... mungkin allah bg petunjuk, lepas bangun tido cari terus jumpa, alhamdulillah

18 April 2013 at 14:00

jom join 2nd giveaway by zeeqa

http://koala-zeeqa.blogspot.com/2013/04/2nd-giveaway-by-zeeqa.html

18 April 2013 at 17:55

Alhamdulillah perempuan tu jujur ^^

18 April 2013 at 19:51

Alhamdulillah :)

18 April 2013 at 19:52

inilah yg dikatakan keberkesanan mukjizat al-quran......setahu eman,masa baca yassin n mintak apa2 hajat semasa "mubin" tuh insya-allah dimakbulkan oleh allah..bukan utk barang2 hilang jer....semua hajat boleh mintak...alhamdullilah beg ditemui balik :D

boleh da belanja slow2..heehee :)

18 April 2013 at 20:30

Alhamdulillah sebab dah jumpak balik. :)

19 April 2013 at 00:26

alhamdulillah,Allah Maha Besar :)

20 April 2013 at 03:15

SubhanaAllah..itulah keagungan Allah S.W.T..Allahuakbar..Alhamdulillah kan. ^__^

Anonymous
31 July 2013 at 18:37

Ya Allah tak percaya sgt..sy sejak kelmarin cari sijil2 sekolah dgn slip muet sy.smpai dh call kolej dh sbb nk cari kt kolej pulak..cari kt rmh xjumpaa2..lpastu hari ni last ikhtiar sy bukk intrnt search doa..pagi ni sy bca yassin dn brhnti doa kt stiap mubin tu..2 jam lpastu mk sy ketuk pintu ckp dh jumpa dh sijil2 tu smua..kuasa Allah..Alhamdulillah sy dpt dh barang sy yg hilang..trima kasih utk entry ni

28 January 2014 at 21:34

Thanks for sharing.
Entri yang sangat berinformasi & berguna (^^,)

15 September 2014 at 18:13

Nasib baik jmpe klau tk jmpe mesti mngis......

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^