Home » » Hadiah Kereta ABPBH Shaheizy Sam Yang Dicuri!

Hadiah Kereta ABPBH Shaheizy Sam Yang Dicuri!

!Assalamualaikum!


KUALA LUMPUR – Kecuaian penjaga sebuah premis pusat servis kenderaan mengawal premis itu membolehkan seorang ejen penghantaran kastam melarikan sebuah kereta mewah jenis Nissan Fairlady 350Z yang merupakan hadiah pemenang Anugerah Bintang Paling Popular 2012, Shaheizy Sam baru-baru ini.

Ejen tersebut, Mohd. Azri Mohd. Kassim, 32, dikatakan telah mencuri kereta berwarna hitam itu dengan menggunakan modus operandi mudah iaitu menyamar sebagai pelanggan kononnya mahu melihat dan mengambil gambar sebelum melarikannya sebaik ternampak kunci kenderaan itu berada di dalamnya.

Mohd. Azri dibebaskan dengan ikat jamin RM15,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada 25 Oktober tahun lalu atas tuduhan mencuri sebuah kereta Porsche Panamera 4 berharga hampir RM1 juta dari bilik pameran di Jalan Bukit Bintang di sini 14 hari sebelum itu.

Kes itu masih berjalan.

Mengulas lanjut mengenai kejadian terbaharu di Segambut di sini pada pukul 10.45 pagi Sabtu lalu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, imej Mohd. Azri kelihatan pada rakaman televisyen litar tertutup premis berkenaan.

Sehubungan itu, katanya, polis sedang mencari lelaki itu bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.

“Polis telah menemui semula sebuah kereta mewah bernilai RM400,000 berkenaan di Taman Skudai, Johor pada pukul 1 pagi tadi (semalam).--Kosmo

p/s: kesian kat sam kan...doakan pesalah tu dapat ditemui=)

6 comments

10 April 2013 at 20:45

Lor kena curi... Erm.. macam2 orang ... Smoga cpt kna tgkap

10 April 2013 at 21:02

lailahaillalah , kena curi ? kesian kat sam . hmm

10 April 2013 at 21:23

jeles la tu sam dapt kete.. aduhhh kete cntik sapa yg xnak

10 April 2013 at 22:20

cantik nya kereta.. Untung sam.
Rasa mcm takda otak pula org yg curi kereta sam ni. =,=

10 April 2013 at 22:24

teruknya pencuri tue...kesian kat sam..

11 April 2013 at 01:10

kes orang dengki lah nih.. =.=

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^