Home » , » Aku Diugut Blog Akan Dihack!

Aku Diugut Blog Akan Dihack!

!Assalamualaikum!


Korang pernah diugut blog korang akan dihack??ataupun kawan-kawan blogger korang yang blog diorang telah dihack?hurmm sebenarnya aku pernah diugut blog aku dihack beberapa bulan yang lepas. Masa tu tuhan je tahu bertapa cemasnya aku, yela blog yang kita sayang akan dihack, mestilah takut kan??

Cerita ni dah lama, baru sekarang aku berani untuk bercerita dekat korang semua. Masa kejadian tu aku tidak berani untuk ceritakan kat mana-mana blogger sekali pun sebab aku rasa ada juga salah aku pada masa tu. 

Sebenarnya budak tu ugut aku disebabkan aku cerita kat blog aku yang dia kata buruk-buruk pasal emak dia kat FB. Tapi aku sedikit pun tak dedahkan siapakah dia dan tutup semua yang mengenai dia. Aku kongsikan diblog supaya menjadi pengajaran kepada budak-budak lain diluar sana, tapi malangnya aku dipersalahkan jua.

Dia ugut aku supaya padam entry aku mengenai kes dia tu, masa tu entry tu mendapat sambutan di laman busuk.org..mungkin disebabkan itu dia tahu mengenai entry tersebut. Aku tak berfikir panjang terus padam entry pasal kes tu. Hurmm punyalah takut pada masa tu.

Tu lah pengelaman pertama dalam hidup aku diugut blog akan dihack. Memang menggelabah giler masa tu, tuhan je yang tahu. Buat budak tu, hargailah mak awak tu..walaupun sejahat mana pun mak kita, janganlah kita kata yang buruk-buruk kat mak kita apa ntah lagi di FB. Hormatilah ibu bapa kita kerana kalau tiada diorang, tiadalah kita pada hari ini.

p/s: ade orang bagitau, susah nak hack-hack ni, selepas ni tak kan gelabah lagi^___^

22 comments

12 April 2013 at 19:31

stahu paly xde lagi hacker kat malaysia yg bleh hack betol2.. setakat deface blog orang sape2 pun bleh buat, huhuhu

12 April 2013 at 19:41

facebook je senang dihack... hahaha..
ape2 pun, mnx pndpt apit... dye hackers..

12 April 2013 at 19:47

hayaaahh... seramm nye ... :D

12 April 2013 at 19:53

Bukan senang nak hack2 ni..kalau ia pun pandai nak hack atau org tu terer dlm godam mengodam dia takkan hack2 sesuka hati kerana risiko menghack amat tinggi..jadi untuk hack sesebuah blog/website kena ada kepakaran yg tinggi kalo setakat budak hingusan yg spt admin aktakan itu rasanya x mampuh kot dia hack..haha..so,jgn takut dan jangan gelabah kerana tiada yang akan menggodam atau berani menggodam.menggodan dikategori sebagai darurat sahaja..dalam malaysia ni rasanya hanya ada beberapa org atau group je yg tahu nak hack2 itu pun mereka takkan sesuka hati nak buat sbb benda ni bukan senang.. :)

By oney Admin@pingje.org

12 April 2013 at 19:58

wah nsb biak xda apa2 ke...akk dulu x png diugut nk hack bagai.tp sorg blogger indon tu sggh blog n mrh2 sbb entri akk psl rimasnya warga asing yg byk di msia...akk tulis entri pun x ksr cuma bthu rs x selesa dan slmt dgn ramainya indon,bangla,myanmar,nepal.

bygkanlah bila sesat tpaksa tya security guard yg mmg x reti ckp bm,bi pun mcmitik dgn ayam.gi kl lagi tak yah tya...rs mcm duk ngra pelik mn nth he3....akk grm akk sggh blk blog org tu n komen elok2 akk kata blog adlh hak milik msg2, jji akk tulis bkn nk pecah belahkan perpaduan antara ngra.

dh itu blog akk sbg org msia dh tentu luahan hati sbg rkyt msia.akk tgk dia x bls2 n dh x sggh lg blog akk ....ngehhh

12 April 2013 at 19:58

@PingJeDotOrg Page
TQ atas info tuh=)

12 April 2013 at 20:00

apit dah banyak kali terima ugutan cmnie. email, cbox, komen.. :-)

12 April 2013 at 20:16

akak pernah jd mangsa hack xtahu la sebab apa.. ermmm.. sedih betul

12 April 2013 at 20:16

tak salah pun kalau kita nak tulis entry kalau niat nak bagi pengajaran dan iktibar bersama.janji kita xmention dan yang penting nawaitu kita :)

12 April 2013 at 20:23

klu akak pun ketaq lutut juga, blog kesayangan tu, akak pun baru tahu yg orang susah nak hack blog, ok la nabila buat entry ni, at least entry ni dapat komen2 membina..;-)

12 April 2013 at 20:30

takut kalau fikir ada org nak hack blog kesayangan kita ni.. takpela.. insya-Allah takde apa2..

btw, akak bukannya mention sapa budak tu kan? lagipun okey la tu sbb elok sbg pengajaran utk org len..

12 April 2013 at 20:43

lor... ada jugak yang ugut macam tu yer... x pela, yg penting niat kita... ada masanya niat kita sering di salah tafsirkan ... bersabar jela...

12 April 2013 at 21:19

insyaAllah xde papew..

12 April 2013 at 22:34

tak pernah lg la kena ugut smp cmtuh..huhu emmm entry nk beri pengajaran pun org ssh nk terima..haishh manusia~

12 April 2013 at 22:45

buat rilek je :D haha

12 April 2013 at 22:51

uih, bahaya tu,,kdg2 nak tulis entri tu kena pandang depan belakang jugak..i mean, hati2..:)

12 April 2013 at 23:13

Dia ugut nak bagi Kak Nabiela takut dan delete entry tu je. Sebenarnya dia bukan tau pun nak hack2 ni. Cakap kosong. Sabar tau akak

13 April 2013 at 02:51

Hack dia balik..hehe..ada hati nak hack orang. Meh sini..mai nak kasi pelempang sekali..Kurang ajar amat ye.

13 April 2013 at 02:55

owh, entry yg dulu tu. Sya pernah baca. hehehe. Tp belum lgi ada yg nak ugut, haraplah takda.

13 April 2013 at 04:26

dasyatnya.. sapai kena ugut ? budak 2 pun satu.. yg terasa sgt pehal.. dh memang dia salah pun.. lg pun adik bkn sebut nama dia pun kan..

dik, nk tanya.. cne buat backgroung kotak komen yg kaler pelangi ni?

13 April 2013 at 09:11

aien pnh kene..tp cm deface 2 je..tp diorg x kcu ape2..just bg pringatan spaya kita lbh berhati2 utk ms dpn..n jgn ssuka hati tekan link ..

14 April 2013 at 10:57

uihh..len kali tnya pda yg pakar2 hehe..bkn sng nk hacked..len kali jgn takutt biar dia rasa kn ^_^

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^