Home » » Aku Berada Di Mekah Atau Madinah Ni??

Aku Berada Di Mekah Atau Madinah Ni??

!Assalamualaikum!
masjid yang berada ditempat ni
"Dimana kah aku berada ni??di Mekah atau Madinah??"..tu lah ayat pertama yang terlintas di fikiran aku semasa menjejakkan kaki di perkampungan yang betol-betol mengamalkan sistem Islam di Yayasan Al-Jenderami di Dengkil, Selangor ni.

Ya..sebenarnya aku bukan berada di Mekah mahupun Madinah tapi hanya di Dengkil. Aku tergamam dengan suasana ditempat ini seperti di negara Arab. Tempatnya tersangat bersih dan tiada satu sampah pun kelihatan! Siyes aku tak tipu.

Cerita yang sebenar, aku dan budak kos aku pergi ke yayasan ini untuk melawat rumah warga emas disini. Rumah warga emas disini bukan seperti rumah warga emas di tempat lain. Orang tua yang berada disini semuanya orang yang berpelajaran dan menetap disini untuk mendalami lagi agama. Tempat ni betol-betol khas untuk orang tua yang ingin belajar agama.

ni mase dalam bas*xde mengena pun pasal tempat ni..hehe*


bersih kan??*siap ade pokok kurma lagi taw*


Semasa berada kat sini, aku dapat rase tenangnya tempat ni. Agaknya disebabkan doa-doa ulama' luar negara yang pernah datang kat sini. Ya, jangan terkejut..ramai ulama'2 arab yang pernah datang ke sini dan mereka memuji-muji tempat ni yang bersih dan cantik siap ade yang kata kat arab tak ada tempat yang sebegini.

Antara ulama'2 arab yang pernah datang kesini
Tempat ni bukan untuk orang tua sahaja, tempat ni juga untuk budak-budak yang ingin belajar agama dan ada juga perkhidmatan hotel yang disediakan untuk orang yang datang melawat disini. Hotelnya sangat cantik dan sememangnya bersih.

ni dalam hotel tuh

Kitaorang juga diberi kesempatan untuk melawat sendiri rumah orang tua disini. Walaupun rumah mereka sedikit kecil tap berbaloilah kerana mereka tinggal seorang serumah. Rumah itu mereka beli dan diwakafkan ke tempat tuh. Mereka boleh tinggal disitu sehingga ke akhir hayat mereka dan anak-anak boleh datang seperti biasa, ternyata rumah orang tua disini bukan seperti ditempat lain. Rumah ni tersangat unik dan orang tua disini boleh belajar agama dengan baik sekali.

antara nenek yang tinggal disini

kemaskan rumah diorang?
Rasanya dah banyak aku terangkan pasal tempat ini. Aku rasa sangat kagum kerana masih ada tempat-tempat yang belajar agama yang sangat cantik ni. Sistem tempat ini seperti sistem belajar dipondok. Tapi ini bukan pondok dahulu, ini pondok moden yang amat memukau sesiapa sahaja yang datang kesini. Korang tengoklah sendiri gambar-gambar yang sempat aku ambik semasa ditempat ini.



depan pokok kurmar*arab sangatkan...hehe*

kawan2 yg selalu menemani*semuenya muke kerut disebabkan matahari yg memancar*


p/s: cantik kan tempat ni??baru je pergi semalam, terasa rindu nak lawat tempat ni lagi.








13 comments

25 April 2013 at 06:58

masjid tu lawa . trigin nk pi pulak nk rasai sendiri pengalaman kt sana :D

25 April 2013 at 07:09

cantik..bersihnya masjid tu.. subhanallah ^_^

25 April 2013 at 07:15

subhanaAllah... tempat yang baik untuk dikunjungi. teringin. inshaAllah

25 April 2013 at 07:47

cantik sangat Kak Biela! segala puji bagi-Nya :) macam tempat Arab betul.. teringin nak melawat kat tempat ni ^^

25 April 2013 at 10:06

canteknyeeee...

25 April 2013 at 16:45

Canteknyeee...x taw ad tmpt ni kt slngor

25 April 2013 at 18:00

Cantiknya... tuan tanah pun cantik. Heee
Kat dengkil ehhh. Nanti boleh lawatlah. Nina duk area ni jea. Dekat la jugak :)

25 April 2013 at 23:31

xdpt bayangkan klu dapat gi sana jugak.. cantikk

26 April 2013 at 00:17

Subhanallah..cantik!!

bgusnya klau semua tmpat mcm tuh..

26 April 2013 at 10:27

wah mmg cantik tempatnya....

26 April 2013 at 20:52

subhanallah.c
cantik dan elegan

27 April 2013 at 10:01

saya tag awk..:)
http://www.fatinfikalonely.blogspot.com/2013/04/1st-baby-giveaway-by-kmliahshm.html

28 April 2013 at 03:26

wah , bestnyaa :D

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^