Home » » Adakah Ini Satu Petanda?

Adakah Ini Satu Petanda?

!Assalamualaikum!
Hari ni kelas habis awal..lepas je abis kelas terus pergi kedai Seng Heng kat nilai ni dengan niat nak beli hanphone kecintaan..sampai je kat Seng Heng tu..terkejut!!kedai tutup lagi..padahal dah pukul 11 pagi dah masa tu..hampa jugaklah sebab sebenarnya dah 3 kali pergi seng heng tu untuk survey handphone yang boleh menggunakan rebat RM200 tu*tak guna lagi ni*..huu

Terfikir kat otak aku pada masa tu..adakah ni satu petanda supaya aku tak payah beli handphone lagi?sebab dah 3 kali pergi kedai selalu je ada halangan. Kali pertama tu sebab aku tak bawak cukup duit. Kali kedua pulak aku tak bawak kad matrik U..dan kali ketiga tadi tulah..KEDAI TUTUP..adushhh

Ikutkan hati ni serba salah jugak nak beli..yela hanset yang aku guna sekarang ni okay lagi cumanya terasa rugilah pulak kalau tak guna rebat RM200 tu kan?hurmm..tapi bila difikir-fikirkan balik macam banyak halangan untuk aku beli hanset pada kali ni. Aku tak tahu kenapa aku rasa camtu.

Tadi kol mak cakap aku tak beli lagi hanset tu..mak pun bising-bising jugaklah..yela dari bulan satu dua lagi dapat rebat tu tapi aku buat tak tahu je..hehe..dahla rebat tu habis hari jumaat ni*yang aku punyerlah*..tapi aku rasa ada hikmah kesemua halangan ni.

Agaknya sebab nak suruh aku jimat cermat....semester depan nak pergi Indonesia pulak..kompemlah guna duit jugak kan?hurmm..tak payah beli lagilah ke camne ni?kompius-kompius..hee..

p/s: mungkinkah ini satu petanda?*bebelan dimalam buta*..haha

3 comments

3 April 2013 at 11:53

hmmm cuba pg lagi esok tgk camne....^_^

3 April 2013 at 21:21

try your best...tgk arini mcmana...hehe

4 April 2013 at 06:32

hehhee, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. :D

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^