Home » » Wanita Tertipu Beli IPad Plastik RM1,500

Wanita Tertipu Beli IPad Plastik RM1,500



Boston: Seorang wanita berang apabila mendapati iPad yang dibelinya di pasar raya Walmart di sini dengan harga AS$499 (RM1,542) sebenarnya plastik.

Suzanne Nassie berkata, dia menyedari ada sesuatu tidak kena sebaik membuka bungkusan yang renyuk itu.

Pemalsuan itu sungguh mengelirukan, malah pasar raya terbabit enggan memberikan ganti rugi kepadanya sebelum akhirnya akur. “Ini bukan tablet sebenar. Seseorang pasti meletakkan alat palsu itu ke dalam kotak bungkusan iPad,” katanya.

Suzanne membawa alat itu kembali ke pasar raya berkenaan, tetapi tidak dibenarkan bercakap dengan pengurus dan enggan diberikan ganti rugi walaupun dia membawa resit belian dicetak 20 minit sebelum itu. Dia sebaliknya disuruh mengemukakan aduan kepada Apple, syarikat yang mengeluarkan iPad.

Suzanne bukan pelanggan pertama tertipu dengan pembelian iPad di Walmart.

Ramai pelanggan membuat aduan membeli perlatan palsu di premis pasar raya itu di New Jersey, Florida dan Texas sebelum ini.

Pada November lalu, Emilio Pereda dari Florida memberitahu media, dia membeli iPad palsu daripada peruncit gergasi itu dengan harga $500 (RM1,545).

SUMBER

p/s: macam-macam dunia sekarang ni yew..T___T

4 comments

1 March 2013 at 06:57

salam singgah. Huh, bahaya betul beli barang online ni, lagi-lagi telefon mahal macam tu. studioous.blogspot.com

1 March 2013 at 07:46

Bahayanya..dahlah mahal..zaman sekarang ni..alahai macam2.

1 March 2013 at 08:04

saman jer pasar raya tu... tu nak kaut untung lebih la tu...

1 March 2013 at 12:16

aduh beli kat wallmart pon kena tipu...mmg kesian la...

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^