Home » » Terkini: Bayi Maut Tersedak Susu

Terkini: Bayi Maut Tersedak Susu


!Assalamualaikum!

Alor Gajah: Seorang bayi perempuan berusia empat bulan mati dalam keadaan mulut dan hidung berdarah, dipercayai akibat tersedak susu, di rumahnya di Taman Seri Sutera, Pengkalan, di sini, pagi semalam.

Kejadian menimpa T Wesnevy disedari ibunya, T Thandiswari, 19, selepas melihat mulut dan hidung anak tunggalnya berdarah sebaik terjaga daripada tidur, jam 7 pagi. Menurut Thandiswari, sebelum itu, anaknya terjaga dan menangis menandakan bayi sulungnya itu ingin minum susu kira-kira jam 3 pagi.

“Selepas memberinya susu, saya seperti biasa akan menepuk belakang badannya. Tidak lama selepas itu, anak saya tidur semula.

“Bagaimanapun, ketika bangun tidur pagi tadi (semalam) saya terkejut melihat kesan darah pada mulut dan hidung Wesnevy lalu cuba mengejutnya, namun tiada tindak balas,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, dia kemudian memaklumkan kejadian kepada suaminya M Tamilselvam, 22, yang tidur di sebelahnya.

Katanya, bimbang sesuatu yang buruk berlaku, dia terus menghubungi bapanya, V Tamilchelvam, 44, serta ibunya, S Nalini untuk memaklumkan kejadian.

Bayi malang itu kemudian dikejarkan ke Hospital Alor Gajah menggunakan motosikal untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Bagaimanapun, sebaik tiba di HAG, bayi malang terbabit disahkan meninggal dunia oleh paramedik yang melakukan pemeriksaan.

Suasana pilu di sekitar hospital apabila bapa mangsa dikatakan enggan menatang mayat anak tunggalnya masuk ke dalam van mayat, manakala ibu mangsa pula yang masih terkejut dilihat enggan melepaskan mayat anaknya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, bayi berkenaan disahkan meninggal dunia oleh paramedik HAG, jam 7.30 pagi semalam.

KMayat bayi itu dihantar ke Bilik Mayat Hospital Melaka (HM) untuk bedah siasat dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

SUMBER

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^