Home » » Telefon Bimbit Ini Tak Perlu Caj 15 Tahun??

Telefon Bimbit Ini Tak Perlu Caj 15 Tahun??



SPARONE PLUS cuma memerlukan sebiji bateri saiz AA untuk bertahan selama 15 tahun.

BARCELONA - Tidak dapat membuat panggilan kecemasan kerana telefon pintar anda kehabisan bateri? Jangan bimbang, Xpal ada penyelesaiannya.

Telefon bimbit baharu firma berkenaan, SpareOne Plus boleh bertahan sekitar 15 tahun menggunakan hanya sebiji bateri bersaiz AA.

Gajet tersebut turut didatangkan dengan pek kalis air supaya anda dapat menyimpannya untuk kegunaan kecemasan bagi dekad akan datang.

"Ini bermakna saya boleh mematikan telefon ini dan menyimpannya di dalam laci atau kompartmen kereta contohnya, se lama 15 tahun dan jika saya di timpa kecemasan dan perlu membuat panggilan, gajet ini sentiasa boleh digunakan," kata pengarah Xpal, Alan Cymberk noh pada pameran Kongres Mo bil Sedunia 2013 di sini yang berakhir semalam.

Pengguna juga katanya, tidak perlu berlanggan dengan pembekal telekomunikasi kerana panggilan kecemasan adalah percuma tetapi ia masih memerlukan kad modul identiti pelanggan (SIM) jika mereka mahu membuat panggilan biasa.

"Setahun sejak versi pertama dilancarkan, jualan telefon ini amat memberangsangkan di Amerika Syarikat," ujar Cym berknoh

Model terbaharu telefon itu boleh menghantar lokasi pemanggil melalui sistem pengesanan global apabila panggilan kecemasan dibuat. - AFP

p/s: wah..hebak-hebak kalau dapat guna telefon camni..jimat elektrik kat rumah..


4 comments

1 March 2013 at 22:08

Nak jugalah sebiji..senang..hehe.

1 March 2013 at 22:08

lama tu 15 tahun... dia tak guna banyak kuasa kot..

1 March 2013 at 23:50

wahh, mesti mahal ni. hehe

2 March 2013 at 07:59

ooh utk kecemasan baru guna ye...bagus jugak tu....

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^