Home » » Sultan Sulu Mahu Berunding?

Sultan Sulu Mahu Berunding?


SULTAN JAMALUL KIRAM III (kanan) duduk di dalam rumahnya di Taguig, selatan Manila semalam. 

MANILA, Filipina - Seorang ketua suku kaum Sulu berdarah raja dan beragama Islam yang mendakwa sebagai Sultan Sulu, Jamalul Kiram III semalam berkata, beliau masih terbuka untuk berbincang dengan pemerintah Filipina walaupun masih berdiri teguh dengan pendirian menolak untuk memberi arahan supaya penyokongnya di Lahad Datu, Sabah keluar tanpa sebarang syarat, lapor portal berita Daily Inquirer semalam.

Namun, sehingga tengah hari semalam, tiada sebarang utusan daripada pentadbiran Presiden Filipina, Benigno Aquino III yang menghubunginya.

"Sebarang rundingan masih belum terlewat kerana segala-galanya masih terbuka. Pintu rundingan masih berbuka," kata Kiram kepada para wartawan di rumahnya di Bandar Taguig.
Aquino telah menuntut supaya sekumpulan rakyat Filipina di Sabah yang diketuai adik Kiram, Raja Muda Agbimuddin Kiram menyerah diri tanpa syarat.

Tuntutan itu dibuat selepas keadaan di Lahad Datu, Sabah bertambah tegang.
Sementara itu, Jurucakap Kiram, Abraham Idjirani dalam satu wawancara di sebuah stesen radio berkata, mereka cuba menelefon Agbimuddin tetapi telefonnya hanya berdering sekali.

"Kira-kira pukul 5 pagi kami cuba menelefon beliau (Agbimuddin) tetapi tidak berjawab," kata Idjirani dalam wawancara di stesen radio dzBB semalam.

Sebelum ini, Idjirani pernah berkata, raja muda itu telah berpindah ke lokasi lain untuk meneruskan perjuangan mereka.

"Jika konfrontasi ini berakhir, ia bermakna sama ada raja muda dan pengikut-pengikutnya dibunuh atau ditangkap," ujarnya ketika itu.

Kumpulan bersenjata itu menyeludup masuk ke Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu sejak bulan lalu. 

Kesultanan Islam Sulu memajak Borneo Utara (Sabah) kepada kuasa Eropah pada tahun 1870-an.
Selepas kekuasaan kesultanan itu beransur pudar ekoran kemasukan kuasa Barat di rantau berkenaan, ia masih menerima bayaran pajakan untuk Sabah.

Sabah yang merupakan bekas koloni British menjadi sebahagian Persekutuan Malaysia pada 1963.
Berdasarkan perjanjian pajakan tersebut, Kesultanan Sulu diberikan pampasan tahunan berjumlah sekitar AS$1,700 (RM5,264) menurut nilai semasa. 

Pada 26 Februari lalu, Aquino meminta Kiram mengarahkan pengikutnya itu berundur dari bumi Malaysia 
secepat mungkin.

Beliau memberi amaran tindakan undang-undang akan diambil ke atas Kiram jika para pengikutnya tidak keluar dari Lahad Datu. - Agensi
SUMBER

p/s: baguslah kalau betol-betol nak berunding T____T

5 comments

4 March 2013 at 02:07

Erm..harap sangatlah boleh berunding..Pelik sungguh dengan mereka ni. itulah pentingnya menghayati sejarah.

4 March 2013 at 02:11

Hanya mampu berdoa agar situasi ini akan beransur reda dan mereka akan berundur dari Sabah

4 March 2013 at 02:58

Pelik.. Kenapa baru sekarang timbul isu ni? Ada unsur politik di situ.. Haha. *mungkin belum cukup mengkaji peristiwa ni* tapi ada nampak dah unsur-2 sebegitu (=___=)

4 March 2013 at 04:14

Doa Jelah..Harap2 benda ni selesai!Amin :)

4 March 2013 at 08:13

diharap boleh setel...benda ni sebenarnya dah lama..cuma kita rakyat malaysia yg tak diberitahu dan kemuncaknya tahun ni bila diorg datang hantar askar2...

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^