Home » » Perkara Tentang Bruce Lee Yang Anda Perlu Tahu

Perkara Tentang Bruce Lee Yang Anda Perlu Tahu

!Assalamulaikum!

Siapa tak kenal Bruce Lee yang terkenal pada satu ketika dahulu. Seperti mana yang kita tahu Bruce Lee ialah antara seorang guru Kung Fu yang terbaik dan banyak menghasilkan cerita Kung Fu kan?*selalu jew tengok masa kecik-kecik dulu*..bukan itu sahaja banyak lagi tentang Bruce Lee yang menarik seperti dibawah.

1. Bruce Lee mempunyai kecacatan semulajadi : kaki yang panjang sebelah dan testis yang besar sebelah.

2. Bruce Lee sebenarnya rabun teruk dan memakai cermin mata tebal, dan dia menggunakan soft lens. Terbukti di Amerika, soft lens sudah wujud pada zaman itu

3. Bruce Lee bukan 100% Chinese, ibunya Grace Lee adalah campuran Chinese & Jerman, dan ini menjadikan Bruce Lee memiliki 1/4 darah Jerman.

4. Bruce Lee pertama kali muncul dalam filem ialah pada umur 3 bulan. Dia dibawa ayahnya, seorang yang cukup terkenal dalam Chinese Opera untuk tampil pada filem pertamanya.

5. Dalam suatu majlis lelong, sebuah surat tulisan tangan Bruce Lee untuk memotivasi dirinya sendiri dgn tajuk “My Definite Chief Aim” dijual dengan harga US$29,500.

6. Kelajuan pukulan Bruce Lee adalah 1/500 saat dari jarak sekitar 1 meter ke sasarannya.

7. Bruce Lee seorang yang sangat kuat untuk saiznya, dia dapat melakukan push ups 50 kali dgn satu 
tangan. Bolo Yeung (aka Chong Li) yang begitu besar tidak pernah menang melawan Bruce Lee.

8. Bruce Lee dapat melakukan push up dgn satu tangan hanya dgn 2 jari (telunjuk dan ibu jari) dan push ups dengan dua tangan, namun hanya menggunakanibu jari sahaja.

9. Bruce Lee mempopularkan teknik ‘one inch punch’ iaitu tumbukan dari jarak 1 inci. Pada satu pertandingan karate, dia mempraktikannya pada seorang juara judo berasal Jepun yang memiliki berat sekitar 100 kg. Juara judo itu jatuh terduduk dan kakinya terangkat apabila terkena one inch punch dari Bruce Lee.

10.Ketika umur 13 tahun Bruce Lee berguru dengan Yip Man untuk belajar Wing Chun kerana pada ketika itu, Bruce Lee dan geng nya sering bergaduh dengan geng lain. Bruce Lee terfikir jika beliau diserang ketika berseorangan. Jadi beliau pun belajar Wing Chun untuk belajar berlawan dengan ramai orang sekaligus.

p/s: lame tak tngok citer Bruce Lee ni..rindu pulak aishhh..heee

5 comments

22 March 2013 at 20:48

wahh , memang hebat! btw , mulakn hari anda dgn sarapan yg hebat. nak tahu , terjah sini. http://coretangirlblog.blogspot.com/2013/03/sarapan-pagi-hujung-minggu-mcdonald.html

22 March 2013 at 21:05

waah . 3bulan dah masuk opera . suka tengok bila kungfu chinese ni . next time , jackie chan pula yee . huhu^^

22 March 2013 at 23:07

Nice sharing Nabila...akak mmg suka tengok crita Bruce lee ni...Ip Man pun my feberet gak tau...

23 March 2013 at 03:32

perghhh..hebatlah..

23 March 2013 at 05:20

wahhh, hebat nya. >.<

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^