Home » » Pelik! Hidup Dalam Dunia Terbalik

Pelik! Hidup Dalam Dunia Terbalik

BOJANA memegang akhbar secara terbalik bagi membolehkan dia membaca ‘secara normal.’

!Assalamualaikum!

Belgrade: Tidak seperti manusia lain, Bojana Danilovic amat unik kerana dunianya boleh dianggap ‘terbalik’ secara keseluruhan dan keadaan itu membingungkan pakar perubatan.

Bagi Bojana, setiap sesuatu yang disaksikannya dilihat terbalik disebabkan perhubungan ganjil bagi otaknya memproses sesuatu imej.

Disebabkan masalah itu, Bojana, 28, dilengkapi skrin komputer dan papan kekunci khas di pejabatnya, selain membaca dari bawah ke atas.

Sesuai dengan tugasnya sebagai pekerja majlis perbandaran di Uzice, barat Serbia, dia juga diberikan borang rasmi khas.

Apabila pulang, dia menonton televisyen dengan cara terbalik juga.

Kata Bojana, orang lain mungkin melihatnya sebagai luar biasa, tetapi dia sendiri hidup normal sepenuhnya. “Saya dilahirkan begitu.

“Ia cuma cara saya melihat dunia berbeza berbanding orang lain,” katanya. Bojana berkata, pakar neurologi di Institut Teknologi Massachusetts dan Universiti Harvard di AS berpendapat, dia menghidap masalah ‘fenomena orientasi ruang’ menyebabkan imej dilihat menjadi terbalik. - The Sun

p/s: pelik tapi cool..hebatnya ciptaan Allah^____^

4 comments

15 March 2013 at 02:34

Subhanallah <3

15 March 2013 at 02:45

Allahuakbar... Memang rasa pelik.... Kalau nak pikir lebih lebih pon boleh jadi pening... Hohoho....

15 March 2013 at 05:23

saya pun baca terbalik dan menulis terbalik. biasanya orang kidal memang macam ni. hehehe pelik tapi seronok.

16 March 2013 at 19:15

kawan saya ada sorang yg macam ni. tapi dia still boleh baca mcm normal juga but susah sikit la. even mengaji pun dia baca terbalik. Awesome

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^