Home » » Menghayat hati! Dilahir Tanpa Tulang Kering

Menghayat hati! Dilahir Tanpa Tulang Kering



!Assalamualaikum!

Melbourne: Seorang kanak-kanak lelaki yang dilahirkan tanpa tulang kering, lutut atau buku lali akhirnya mampu memiliki sepasang kasut selepas dipasangkan kaki palsu.

Kaki baru Ted Johnson, 3, mempunyai jari tidak seperti beberapa kaki palsunya yang lain. Minggu ini, dia cuba memakai kaki palsu kaca gentian baru berwarna biru buat kali pertama di gelanggang bola keranjang di Hospital Kanak-Kanak Diraja di Melbourne.

Mesin pengimbas gagal mendedahkan Ted mengalami keadaan yang jarang berlaku tibial hemimelia ketika dalam kandungan ibunya, Abbie.

Di sinilah tibia tulang kering sama ada hilang sebahagian atau sepenuhnya ketika dilahirkan. Kakinya mungkin cacat atau mempunyai jari berlebihan. Keadaan Ted itu bermakna ibu bapanya, Abbie dan Peter terpaksa mengambil keputusan genting agar kakinya dipotong ketika dia berusia setahun.

Kanak-kanak itu sebelum ini dilengkapi dengan dua lagi jenis kaki palsu tetapi ini adalah set kaki palsu pertama lengkap dengan jari kaki.

Dan sebaik saja kaki kaca gentian baru berwarna biru itu dipasang pada Velkro, Ted sudah boleh bergerak. Ibunya berkata: “Dia sangat hebat - tiada apa yang boleh menghalangnya.-METRO




p/s: kental semangat adik ni...bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang^^


4 comments

22 March 2013 at 04:24

kita yg sempurna pula selalu mengalah and komplen huhu.

fae tag biela: http://nurfaezahabdullah1712.blogspot.com/2013/03/segmen-tambah-follower-by-marfie-dots.html

22 March 2013 at 06:51

sayu tengok adik ni....muka dia ceria je...

22 March 2013 at 09:03

hebat adik ni...

19 June 2013 at 20:46

moga dia membesar sebagai anak yang berjasa dan berguna...

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^