Home » » Jangan Bermain Dengan Sumpah!

Jangan Bermain Dengan Sumpah!



Soalan:

Saya bersumpah tidak akan kahwin selain dari kekasih saya, tetapi kekasih saya telah mati. Macam mana nak batalkan sumpah tersebut?

Ustaz Azhar Idrus:

Kena beringat supaya kita ni janganlah keterlaluan ketika bercinta. Jangan berjanji sampai bersumpah walau cinta setinggi manapun pada dia. Cukuplah sekadar berkata InsyaAllah….

Kamu kena bayar kafarah sumpah dulu la, lepas tu baru boleh kahwin dengan orang lain.

Kafarah sumpah ini adalah "saman" dari Allah SWT kerana telah melanggar sumpah kepadanya. Caranya ialah samada puasa 3 hari ataupun memberi makan 10 orang fakir miskin sehingga kenyang (nasi bungkus pun memadai) dan dengan berniat sebagai kafarah sumpah.

Janganlah bermain dengan sumpah sesuka hati kita. Jangan jadikan sumpah ni sebagai satu permainan, gurauan, dan seangkatan dengannya. Ada masa kita perlu serius kita serius sebab kesilapan dalam menggunakan sumpah akan membawa kepada dosa besar. Ini sebagaimana yang diterangkan oleh Rasulullah saw:

 Dari Abdullah bin Umar r.a., ia berkata: “Seorang Arab Baduwi menemui Nabi saw. dan bertanya: Wahai Rasulullah apakah dosa-dosa besar itu? – perawi melanjutkan hadis dan didalamnya disebutkan- “Sumpah palsu”. Dalam hadis itu aku bertanya: “Apakah itu sumpah palsu? Beliau bersabda: “Sumpah yang digunakan untuk mengambil harta orang muslim, padahal ia bohong.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

 p/s: maafkan aku ya Allah atas dosa-dosa yang dulu...T_______T

10 comments

2 March 2013 at 03:09

Betul..janganlah suka sumpah2 kan, takut tak tertunai janji kita. Kecik2 selalu sumpah2. Ermm..tak apa yang lalu biarkan berlalu. Kita memang selalu buat silap.

2 March 2013 at 03:22

Salam singgah. ish..tak boleh main-main dengan sumpah ni. Nanti nak tarik balik susah. Thanks for sharing :)

2 March 2013 at 03:23

takut nak main sumpah2 ni :/

2 March 2013 at 03:30

@Nurul Aini
kan?same2lah kite brubah...^^

2 March 2013 at 03:31

@NJihe.am
same2 dear..

2 March 2013 at 03:31

@D i n
mmg pom..bile dh besar ni mmg jarang sgt sumpah

2 March 2013 at 03:33

thanks atas perkongsian..
sy baru tahu ttg ini :)

2 March 2013 at 06:26

dah lama tak sebut sumpah sumpah ni.. takot jugak kot kot dulu terlajak kata... mintak dijauhkan laa... hehe..

2 March 2013 at 07:57

perkongsian yg baik...diharap kita tidak sewenang2nya bersumpah...

3 March 2013 at 04:39

bahaya nyee. takut pulak niee

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^