Home » » Hot!! ‘Port’ Ponteng Sekolah Diserbu

Hot!! ‘Port’ Ponteng Sekolah Diserbu


Tiga pelajar tingkatan enam dibawa ke balai selepas didapati ponteng sekolah

PETALING JAYA - Sekumpulan pelajar lari lintang pukang apabila ‘port’ mereka bersembunyi untuk ponteng sekolah diserbu polis, semalam.

Menurut sumber, kawasan di sebuah flat di Seksyen 4, Kota Damansara itu dipercayai menjadi tempat pelajar ponteng sejak awal tahun ini.

Hasil serbuan, tiga pelajar yang sedang leka menghisap rokok ditahan dan kemudian dibawa ke balai polis.

“Ibu bapa ke semua pelajar tingkatan empat itu kemudiannya dipanggil ke balai polis untuk mengambil anak masing-masing,” katanya.

Difahamkan penduduk tidak senang dengan sikap remaja yang menjadikan kawasan bawah flat itu sebagai tempat mereka berkumpul untuk ponteng sekolah terutama pada waktu pagi.

SUMBER

p/s: Mak ayah hantar sekolah untuk belajar..kenanglah sikit jasa mak ayah korang tuh..huuT____T

2 comments

7 March 2013 at 09:15

Biasanya budak2 ni ikut kawan2 ni.. Kalau tak ada kawan, susah sikit nak ponteng.

7 March 2013 at 11:19

haha dah kantoi...

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^