Home » » Hot!! Mainan Budak Bertanda Salib

Hot!! Mainan Budak Bertanda Salib


Pelekat Bertanda Salib

TELUK INTAN - Seorang bapa terkejut apabila anaknya berusia 5 tahun membeli satu kotak gula-gula dan pelekat yang mengandungi tanda salib dari sebuah kedai runcit di Taman Kerentina, Batak Rabbit, petang kelmarin.

Bapa, Noor Azmi Baharuddin, 37, berkata, ketika itu, dia yang baru pulang dari tempat kerja terkejut anaknya memegang sekeping pelekat cacah tertera gambar salib bersama tengkorak.

Menurutnya, mulanya dia menyangka pelekat itu hanya gambar tengkorak namun apabila di teliti terdapat salib yang dililit ular.

"Bukan sahaja gambar berkenaan menakutkan malah tentangan dengan agama Islam.

"Tindakan syarikat yang membuat permainan itu didapati tidak peka dengan sensitiviti orang Melayu khususnya beragama Islam," katanya kepada Sinar Harian.

Kata Noor Azmi, perkara itu tidak sepatutnya berlaku dan tindakan pihak syarikat berkenaan meletakkan gambar salib adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab.

“Saya mahu pihak pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) segera mengambil langkah bagi memastikan barangan seumpama itu tidak dijual secara rambang kerana bertentangan dengan akidah,” katanya.

Sementara itu, rakannya, Asrizal Buyung, 60, mahu pihak Jabatan Agama Islam Kedah segera membuat pemantauan ke atas syarikat yang beroperasi di Alor Setar itu supaya perkara berkenaan dapat dikawal daripada berleluasa.

Katanya, kanak-kanak tidak tahu apa-apa dan jika perkara berkenaan tidak dibendung akan memberi impak yang besar kepada umat Islam.


p/s: isu ni memang tak boleh dipandang remeh..nanti rosak akidah budak-budak ni ha..siapa nak jawab?*adushhh*

5 comments

2 March 2013 at 07:16

masa kecik dulu, iha suka sgt kumpul sticker.. kadang2 masa beli kotak 30 sen yg ada mcm2 mainan tu ada jgk tattoo mcm ni.. dan tak dinafikan tatu/pelekat yang diberi mengandungi salib..

2 March 2013 at 07:22

Astaghfirullahalazim...jgn gunakan barang mainan dan makanan ringan untuk perdaya kanak-kanak yang masih belum cukup akalnya. ini satu muslihat pihak2 tertentu untuk memesongkan akidah umat Islam

Astaghfirullahalazim

dorg nak hasut dr budak2 so da besar jd remaja yg tak tentu hala.. mak bapak kena pantau

2 March 2013 at 07:55

biasa je artwork camni...cuma ibubapa kena lebih perihatin dan melatih anak2 supaya berhati2 dalam simbol2 yg digunakan....

hal2 berkaitan salib nak lari camne...tak ada kat sticker tu ada je kat logo pasukan bolasepak kegemaran ayahnya....

mmg kita lah yg kena didik anak2...takkan semua nak salahkan agama lain....

2 March 2013 at 08:05

Betul..saya ada baca isu ni..Memang ibu bapa kena pantau sebab budak2 bukan tahu apa.

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^