Home » » Hot!! Kicap Bekas Botol Arak

Hot!! Kicap Bekas Botol Arak


inilah botol yang ditunjuk oleh Ani

!Assalamualaikum!

SUNGKAI, Hilir PErak - Seorang pengguna terkejut apabila kicap yang dibeli di salah sebuah pasar raya dekat sini didakwa menggunakan bekas botol arak.

Pengguna yang hanya dikenali sebagai Ani, 45, berkata, dalam kejadian Isnin lalu, dia membeli kicap buatan bumiputera itu di salah sebuah pasar raya, di sini.

Katanya, dia tidak perasaan tentang perkara itu sehingga diberitahu anak perempuannya yang berusia 16 tahun.

"Anak saya memberitahu botol kicap yang dibeli itu seperti botol arak, kemudian saya memeriksa bahagian bawahnya dan mendapati ada tertulis jenama arak di situ," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Dia yang terkejut dengan penemuan itu, melarang anaknya itu untuk menggunakan kicap itu kerana ragu dengan status isi kandungannya.

“Walaupun mempunyai tanda halal pada label botol, penggunaan bekas botol arak oleh pihak pengeluar kicap itu menyebabkan saya ragu-ragu untuk menggunakannya.

“Apa yang lebih membimbangkan, kicap buatan bumiputera yang berada di pasaran itu dikhuatiri ada yang menggunakan botol arak dan akan memberi masalah kepada umat Islam,” katanya.

Ani berkata, jika produk itu tidak dipantau oleh agensi berkenaan, ia akan memberikan masalah kepada umat Islam kerana diragui status halalnya.

Katanya, jika benar botol yang digunakan oleh syarikat itu adalah botol arak, seharusnya mereka lebih peka dengan sensitiviti umat Islam dan tidak hanya memikirkan untuk mengaut keuntungan semata-mata.

Menurutnya, dia cuba menghubungi syarikat pengeluar kicap berkenaan namun tidak berjaya apabila nombor yang tertera tiada dalam perkhidmatan.

“Saya bimbang jika isu ini tidak diberi perhatian daripada pihak yang berkenaan, mungkin banyak lagi bekas botol arak ini diguna semula untuk pengeluaran kicap di pasaran sehingga menimbulkan keraguan dalam kalangan umat Islam,” katanya.

SUMBER

p/s: hati-hati jika membeli..macam-macam hal sekarang ni kan?

9 comments

8 March 2013 at 03:47

Kenape dia org x buang botol ni?

8 March 2013 at 03:54

bhye btul

8 March 2013 at 04:07

@:: Mrs.Eady ::
tulah pasal..huhu

8 March 2013 at 04:17

Bahaya nie. Nampaknye kena check dulu sebelum membelilah nie.

8 March 2013 at 04:30

Kicap apa ye? Saya selalu beli kicap cap ayam je..hehe.. Bahaya betul lah.

8 March 2013 at 05:31

Baru pagi tadi tolong emak belikan kicap. Alamak, tak check pulak T_T
Thanks for the info :)

8 March 2013 at 05:40

adui..benda mcm nih pon boleh jadi..kenapalah tak demolish jer..

8 March 2013 at 05:53

cmne nak bezakan botol 2

8 March 2013 at 06:36

bahayanya... sebab tu jangan beli kicap jenama pelik2... riso2. boleh meraguinya..

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^