Home » » Guru Paling Kenit Di Dunia

Guru Paling Kenit Di Dunia


terbantut sejak umur 5 tahun!

SEWAKTU berumur 18 tahun, beliau pernah dilabelkan sebagai peserta sarkas pelik, namun lelaki kenit Azad Singh yang berketinggian hanya 91 sentimeter (sm) berjaya menutup mulut masyarakat setempat apabila menjadi guru paling kecil di dunia.

Azad, 22, disahkan menghidap sejenis penyakit gangguan genetik luar biasa yang menghentikan tumbesarannya ketika berumur lima tahun, sekali gus kekal sehingga ke hari ini.

Anak muda yang amat kecil itu, bertanggungjawab mengajar mata pelajaran kemahiran komputer di sebuah sekolah rendah perempuan dalam Haryana, India.

"Kesemua pelajar saya lebih tinggi daripada saya," katanya sambil ketawa.

Bagaimanapun, Azad mempunyai sedikit masalah untuk mengajar, beliau terpaksa berdiri di atas meja guru untuk membolehkannya menulis di papan putih.

Pelajar turut menggelar Azad sebagai 'Chotu' atau 'Cikgu kecil' berikutan memiliki ketinggian 91 sm serta berat 18 kilogram (kg).

"Sejak bekerja sebagai guru, saya memiliki pendapatan sendiri iaitu setiap bulan saya menerima 10,000 rupees (RM563.70)," katanya.

Azad terpaksa akur dengan fizikalnya di mana beliau terpaksa memakai pakaian kanak-kanak walaupun usianya telah mencecah golongan dewasa.- MailOnline

p/s: semue orang ade kelebihan dan kekurangan masing-masing^^

5 comments

5 March 2013 at 23:34

hebat.. ^_^
kekurangan diri bukanlah faktor untuk kita putus asa.. sebaliknya ia harus dijadikan satu semangat untuk kita berjaya..
thanks berkongsi

5 March 2013 at 23:56

yup,beliau hebat!
walaupon beliau memiliki kekurangan dari segi fizikal tapi beliau memiliki keistimewaan yang sangat mulia iaitu beliau Pendidik! =)

6 March 2013 at 00:30

Comel dan sangat kagum dengan indvidu yang macam ini. Boleh kita jadikan sebagai idola untuk kita berjaya. Kekurangan itu dijadikan sebagai batu lonjatan untuk membuahkan kejayaan. Hebat. ^___^

6 March 2013 at 08:41

untunglah sebab dia mengajar kat sekolah perempuan....:)

6 March 2013 at 09:09

betul tu, masalah budak kenit adalah semasa memilih pakaian..

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^