Home » » Gempar!! Waspada Ketika Makan Kangkung

Gempar!! Waspada Ketika Makan Kangkung

!Assalamualaikum!


PENTING : WASPADA KETIKA MAKAN KANGKUNG | Mungkin cerita ini dapat dijadikan perhatian kepada kita semua ketika hendak memakan sayur KANGKUNG.

Suatu hari, di klinik yang terkenal di Malaysia, semua doktor kebingungan kerana ada seorang budak kecil yang menderita sakit perut.

Budak itu dibawa ke klinik oleh ibu bapanya setelah 2 hari menderita cirit-birit.

Sudah pelbagai macam ubat sakit perut yang diberikan kepada budak itu, namun cirit-birit masih tidak sembuh.

Kemudian, ibu bapa budak tersebut ditanya doktor,

“makanan apa yang dimakan oleh anak anda dalam 2 hari ini?”

“ibubapanya bingung, kerana sejak anaknya cirit-birit, anak mereka tidak mahu makan dan hanya meminum susu dan itupun dimuntahkan balik.

Setelah diperiksa, ternyata sebelum menderita cirit-birit, budak berkenaan telah memakan Kangkung Tumis di restoran bersama kedua ibu bapanya.

Doktor segera melakukan X-RAY dan ternyata dalam usus anak tersebut telah membiak LINTAH dengan anaknya yang kecil-kecil.

Doktor menyerah dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medik apapun kerana kes sedemikian adalah luar kemampuan mereka.

Akhirnya, budak malang itu pun MENINGGAL DUNIA.

Setelah diperiksa kembali, ternyata Lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar.

Memang, untuk penggemar kangkung tumis, bahagian yang paling sedap adalah BATANGNYA.

Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walaupun dimasak selama 20 minit, apalagi untuk kangkung tumis, proses memasak tidak terlalu lama untuk menghasilkan rasa kangkung yang sedap dan rangup ketika dikunyah.

Lintah hanya akan MATI jika DIBAKAR.

Di dalam usus budak malang itu, lintah hanya perlu masa 1 – 2 hari untuk membiak.

Jika ada keluarga atau sahabat yang mengalami hal tersebut, lakukan tindakan dengan memberi minum air rendaman tembakau (boleh dihasilkan daripada rokok tembakau) biasanya lintah akan keluar dan dalam keadaan mati.

Dan disarankan bila anda memasak kangkung sila belah batangnya dan bersihkan dengan air secukupnya.

p/s: Mencegah lebih baik dari merawat...beringatlah selalu<3

11 comments

5 March 2013 at 23:51

aduhhhh menakutkan laa , prnh dngr crita pacat je , eeeee xnk mkn knkung! :D

5 March 2013 at 23:54

cerita sama mcam kejadian kat indon.. huhuhu.. lepas dengar cerita ni dulu, sampai la ni tak makan kangkung dah...

6 March 2013 at 00:24

Ada baca berita ni..Tapi ye ke makan kangkung jadi macam ni. Saya pun dulu2 selalu makan kangkung..dari pelbagai tempat. Mungkin adik ni mandi sungai, paya dsb kot, kemudian lintah masuk melalui dubur dalam badan dia. Tak mustahil sebab dulu2 pun nenek2 selalu pesan jangan mandi kerap sangat sungai nanti masuk lintah dalam badan. Tapi apa2 pun kena pentingkan kebersihan semasa memasak kan. ^___^

6 March 2013 at 00:48

takotnya...nampaknya bila nak masak kangkung..kena berwaspada abes-abesan...ngerinya dengar cerita ni...

6 March 2013 at 01:16

aik? cerita ni boleh dipercayai ker? sumber tu sahih? takkan la lintah masuk lam perut tak tercerna dengan acid2 lam perut tu. pH tinggi kot

6 March 2013 at 04:37

saya ni tak suka kangkung..bile tgk gambar ni dan baca berita ni, confirm takkan makan langsung kangkung

Huh...nasib baik saya tak suka kangkung. Ngerinya!!! Ya Allah lindungi kami.

6 March 2013 at 06:16

Pernah terdengar cerita ni, tapi bukan tahun ni, macam dah lama dah. Lepas ni kena hati-hatilah kan, kena bersih betul-betul setiap sayur dan buah-buahan. Jangan anggap remeh. Malang tak berbau.

6 March 2013 at 07:21

Dya pn dh resign mkn kangkung ni

6 March 2013 at 08:39

mmg dah lama citer ni...dulu tersebar melalui email...skang ni siap ada gambar pulak dan siap cakap berlaku di malaysia...

tapi ada sumber katakan benda ni tak betul....lintah ambek masa yg lama utk membiak...tu pun kalau dia masih hidup la lepas kena asid2 dalam perut bak kata mr. kopipasta kat atas tu....

apa2pun sentiasa la bersihkan dulu kangkung sebelum dimasak...

10 March 2013 at 00:37

huuuuu bahaya betul

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^