Home » » Gempar!! Imej UFO Dirakam Crowe Dibincang Dengan Meluas

Gempar!! Imej UFO Dirakam Crowe Dibincang Dengan Meluas

!Assalamualaikum!

GAMBAR objek terbang tidak dikenali yang dirakamkan

SYDNEY - Gambar objek terbang tidak dikenali (UFO) yang dirakamkan oleh aktor terkenal Hollywood, Russell Crowe dibincangkan dengan hangat di internet, lapor akhbar The Sydney Morning Herald semalam.

Crowe sebelum ini menyatakan imej UFO itu dirakamkan di luar pejabatnya di sini.

Klip video yang disiarkan di laman perkongsian sosial YouTube menunjukkan objek berwarna merah dengan cahaya berwarna kuning melintasi luar tingkap pejabatnya.

Akhbar New York Post turut melaporkan bahawa Crowe memuat naik video itu kerana dia mungkin percaya tentang makhluk asing.

Imej itu menyebabkan isu sama ada terdapat makhluk asing yang telah mendarat di Sydney dibincangkan dengan meluas di internet.

Bagaimanapun, beberapa pakar video dan gambar menyatakan imej tersebut sebenarnya sebuah bot.

Seorang pengguna YouTube memberi komen objek tersebut kelihatan ganjil kerana terdapat teknik muslihat fotografi telah digunakan.

Bagaimanapun, menurut akhbar The Sydney Morning Herald yang memetik agensi berita AAP, Crowe membuat kenyataan di Twitter bagi mempertahankan imej tersebut.

"Saya tidak mengetahui apakah sebenarnya, tetapi menganggap gambar itu sebagai palsu merupakan ke****han," katanya.


Menurut Crowe, imej itu kelihatan semasa dia mahu merakamkan gambar kelawar keluar dari Taman Botani.

p/s: persoalannya..wujud ke UFO??




6 comments

8 March 2013 at 02:58

Aduhai.... UFO lagiii...... Macam tak percaya tapi.......... Errr payah nak cakap hehehe....

8 March 2013 at 03:27

ermmmm susah nak percaya lebih2 lgi kalo media barat yg siarkan hehe..

jom terjah: http://nurfaezahabdullah1712.blogspot.com/

8 March 2013 at 03:55

edit pun boleh..hurrm..tknk percye..sush nk percye..

8 March 2013 at 04:34

Dulu2 waktu kecil saya selalu takut bila nampak roket sebab ingatkan UFO..huhu.

8 March 2013 at 07:52

samada UFO wujud atau tak wallahualam...tapi tak mustahil ada UFO ni...bila cakap pasal UFO tak semestinya makhluk asing...mungkin jugak teknologi tentera...

8 April 2013 at 04:16

ufo tak wujud sebb kalau uo datang bumi k""""""""

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^