Home » » Blogger Terkenal Tak Pandai Cakap?

Blogger Terkenal Tak Pandai Cakap?


!Assalamualaikum!

Dia mungkin blogger terkenal...disanjungi oleh ramai blogger mahupun orang biasa diluar sana. Namun dia pun manusia seperti kita..mesti ada kekurangan dalam perbuatan malahan dari segi sifat dia sendiri..normal lah kan....tiada manusia yang sempurna di dunia ni melainkan nabi kita Muhammad.

Owhh apa isu sebenarnya ni ya?camni citernya..hari tu*dah lama dah*..adalah seorang blogger agak femes jugaklah kat Malaysia ni datang kat U aku..siapa??*tak perlulah nak tahu kan*..hee..dia bagi talk kat U aku..*tak engatlah tajuk apa*..huisshh aku pun pergilah sekali kan..yela siapa tak nak jumpa blogger terkenal ni kan..lagi-lagilah blogger biasa-biasa macam kita ni..habis je talk dia tu terjadilah satu perbualan antara aku dan kawan aku:

Kawan: Cakap blogger terkenal tapi kenapa macam tak pandai cakap je?
Aku: Ala biasalah tu...dia jenis introvert sikit kowt.
Kawan: Dalam blog bukan main tulis macam-macam..bila time bagi talk gugup jugak aku tengok.
Aku: Adoi kau ni..dalam blog tu dia taip je tak guna suara, ni talk..mestilah segan sikit kan?
Kawan: Hurmmm agaknya lah kan.

Camtulah perbualan antara dua rakan..hee..memang nampaklah blogger tu macam tak pandai cakap sangat tapi bagi aku okay je. Cuma kawan akulah terasa pelik sikit..yela..dalam blog citer macam-macam..bila bagi talk, tak sehebakk dalam blog.

Bagi aku...kalau kita boleh terima kehebatan dia serta kelebihan dia dalam dunia blogg..tak kan kita tak boleh terima kekurangan dia di dunia luar kan??manusia ni memang tak sempurna..jadi semua tu tak kan jadi isu yang panas pom..so, senyum je=)

p/s: Bila dipikir balik..aku pun taklah pandai cakap sangat kat depan orang..dalam blog boleh pulak cakap macam-macam..ish3..korang camtu jugak ke?

21 comments

29 March 2013 at 05:36

same yg aiman punye tp aiman nyg jenis yg len. heheee

29 March 2013 at 05:48

macam tau sape.. hihi.. tapi niera tak gi dgr talk tu.. :)

29 March 2013 at 05:48

@Aiman Aziz
betol2..ade gak bace yang awk punyer ari tu..hehe

29 March 2013 at 05:50

hehe, tgk org lah jgk kut, kalau baru kenal malu2 sikit, bila dah lama okay lah. Mugkin kut. eh,,,

29 March 2013 at 05:52

maybe blogger tu nebess kot tgok org ramai sgt..hehe..darah gemuruh org kata..dalam dunia blog ni, kita taip2 je entry org xnampak pun juz baca je kan..hee..

29 March 2013 at 05:54

@aisyah humaira'
niera tau eh??wat syap2 je taw..hehe

29 March 2013 at 06:03

hoho sama la.. memg gugup ketag segalanya kalao depan audiens

29 March 2013 at 06:06

Hahaa kekadang mungkin sebab tak pandai bercakap laa, dia dianugerahkan pandai blogging. Macam Fatin Liyana, dia blogging sebab tulisan dia buruk :) Last last jadi femess. Huhuu. Ada hikmah :D

29 March 2013 at 06:15

talk laen tuu, hehe.. duk cakap dpn orang rmai, mesti ler segan,, slalu menulis jer, hehe

29 March 2013 at 06:39

lebih kuranglah.. ehee.. ;)

29 March 2013 at 06:39

sama la ngan Hana.. Hana jenis darah gemuruh kalau depan orang ramai.. sebab tu lagi selesa ngan blogging :) sbb kita guna jari aje, bukan guna suara ^^

29 March 2013 at 06:39

lain orang, lain kelebihannya ~ =) ` nebess sangat tu kot..hehe

29 March 2013 at 07:15

Betul lah..semua ada kekurangan kan. Ada yang mampu meluahkan melalui penulisan tapi tidak dengan kata2. Nabila mesti power ni..hehe..dua2 boleh kan. Sebab Nabila bakal kaunselor yang berjaya. InsyaAllah..Amin.. ^__^

29 March 2013 at 07:20

@Nurul Aini
hehe..kite xpndai ckp sgtlah aini

29 March 2013 at 09:15

saya terbalik pulak... depan org berani dan boleh bercakap... bila nak tulis blog apa pun tak boleh..kejung kepala..

29 March 2013 at 12:36

mmg la tak boleh nak bandingkan penulisan dan public speaking...dalam penulisan boleh pikir, kalau salah boleh delete....tapi kalau public speaking kena lancar dan nada suara kena menarik...

PS: kalau kat blog boleh preview dulu...

29 March 2013 at 17:06

Yeah..Samelah...
Saya ni pemalu sebenarnya..hehe..:)

30 March 2013 at 01:15

Saya pun jenis malu bila nak kena cakap depan orang ramai. Sebab tulah, saya buat blog supaya saya dapat luahkan, ceritakan dan berikan pandangan. Boleh membebel macam-macam. Kan? ^_^

30 March 2013 at 01:34

amal kalau start cakap lagi gila-gila

31 March 2013 at 19:42

ramai je kot yg macam tu...menulis dengan bercakap secara lisan memang sangat2 berbeza...

27 May 2013 at 04:55

Komunikasi dengan penulisan adalah suatu yg berbeza..memerlukan kemahiran yg bbeza..tak semua org mampu bercakap dengan baik walaupun dlm blog smmgnya terbaik..ehee^_^

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^