Home » » 15,793 calon SPM 2012 peroleh semua A

15,793 calon SPM 2012 peroleh semua A

 
 
 
!Assalamualaikum!
 
PUTRAJAYA - Seramai 15,793 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran yang diduduki, peningkatan 0.13 peratus berbanding 15,079 calon pada 2011.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abd Ghafar Mahmud berkata seramai 13,721 daripada calon itu merupakan calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang meningkat daripada 12,970 calon tahun sebelumnya, dan 2,072 calon lagi ialah calon sekolah bukan KPM, yang mengalami penurunan berbanding 2,109 tahun sebelumnya.

"Di samping itu, seramai 481 calon iaitu 438 calon sekolah KPM dan 43 calon sekolah bukan KPM berjaya memperoleh gred A+ iaitu Cemerlang Tertinggi bagi semua mata pelajaran yang diduduki," katanya semasa mengumumkan Analisis Keputusan SPM 2012 di sini hari ini.

Abd Ghafar berkata seramai 844 calon berkeperluan khas menduduki peperiksaan SPM tahun lalu berbanding 662 calon pada tahun sebelumnya, iaitu pertambahan sebanyak 27.5 peratus.
 
Beliau berkata daripada jumlah itu tiga calon rabun dan dua calon lain-lain jenis kecacatan (Attention Deficit Disorder dan High Spectrum Autism) mendapat sekurang-kurangnya gred A- (Cemerlang) dalam semua mata pelajaran yang diduduki.

"Kejayaan lima calon berkeperluan khas ini menunjukkan bahawa semua calon, tanpa mengira kekurangan mereka, berpeluang untuk cemerlang dalam peperiksaan SPM," katanya.-BERNAMA
 
p/s: wah...ramai dapat semua A yew..tahniah semua!

6 comments

21 March 2013 at 06:08

Seronok diorang yang dapat straight A's kan! :) Tahniah kepada yang dapat straight A's!!

21 March 2013 at 09:03

pandai diorg...

21 March 2013 at 11:34

tahniah kpd yg dapat keputusan cemerlang...:)

21 March 2013 at 11:56

Semakin ramai budak2 yang pandai..semakin banyak persaingan..Kepada adik2 yang tak berjaya..jangan putus asa, pasti ada yang lebih baik menanti.

21 March 2013 at 19:10

Tahniah adik-2 :)

21 March 2013 at 22:15

soalan makin senang ke,..atau ramai yg makin pandai..heheeh ramai dapat A

Post a Comment

Terima kasih sebab komen..^_^

Purple Flame Pointer
 

Terima kasih sudi bacer^^